Archive for March 2011

HOT : Myvi versi Extreme 2011

Adakah ini MyVI versi Sport Extreme yang akan dilancarkan pertengahan tahun 2011 or lebih awal dari jangkaan. Look better than other version.  Asyik-asyik MyVI yang dipertingkatkan (improvisasi) jer. Jap2 kuar SE lah, facelift lah, Limited E lah, Sport lah.....Tapi bila Perodua nak kuarkan model Sedan ek ? Wait and see and see....



 




credit to - funtastickodesign and arena kereta
29 March 2011
Posted by Unknown

Random GiveAway Polo Wallet by darkbatman

DSC_0523
Salam,
bro Darkbatman (bg nampak jambu) ada buat GA.....so this is second GA saya Join.....
harap2 bro batman mai la singgah blog nie and then pick me as a winner......hu3
dapat wallet Polo ( original tu kata bro darkbatman ).

DSC_0525

Nak habaq mai kat depa 3 orang kat bawah pasai GA nie -   
aidildbahri
magika-kotak
me-viewingtheworld

Nak tau lebih lanjut klik SINI
Posted by Unknown
Tag :

Jozan dalam Maharaja Lawak

Maharaja Lawak bakal menggegarkan isi perut anda semua yang dahagakan lawak setelah berakhirnya Rajalawak musim ke 5. Kali ini beberapa otai lawak yang pernah menjadi juara rajalawak untuk semua musim akan dihimpunkan untuk diuji betapa hebat dan yang paling mantop. Kesemuanya seramai 12 orang peserta iaitu:
1. Nabil
2. Jozan(johan + Zizan)
3. Sepah
4. Alex
5. Jihan
6. Balas
7. Jambu(Tauke + YUS)
8. Amir
9. Man
10. R2
11. XN3
12. WAI(Kecik+ idlan)
Hadiahnya memang lumayan sekali buat raja-raja lawak yang memang sudah kaya ini:
Juara dapat hadiah lumayan: RM 300 000
Naib juara : RM 200 000
ketiga : RM 100 000
Maharaja Lawak akan disiarkan mulai 1 April ni, siapakah peserta pilihan anda...
Pada saya  nabil, jozan, R2, Man, Sepah adalah peserta favourite.....
tak sabor nak tengok....
Posted by Unknown

Reveal The Truth About......

Pendapatan melebihi suku juta sebulan hanya melalui SAMAN.
Yes. Your MONEY. They will get Easy MONEY. Thanks to You!!
Entry ni akan cakap pasal cara orang sekarang nak KAYA. Bertambah KAYA.

Ini merupakan salah satu cabang portfolio business sahaja. Belum kira lain-lain lagi yang berkonsepkan UNTUNG ATAS ANGIN saja.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengutip RM476.6 juta bayaran saman daripada pesalah trafik sepanjang tempoh lapan bulan sehingga Februari lalu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata daripada jumlah itu sebanyak RM421.2 juta dikutip di kaunter PDRM manakala RM55.4 juta dipeolehi melalui laman web seperti www.myeg.com.my (MyEG) dan www.rilek.com.my (RILEK).

Kerajaan membayar caj komisen sebanyak 1.8 peratus daripada jumlah kutipan keseluruhan bulanan yang dipungut melalui MyEG dengan transaksi yang menggunakan kad kredit dan sebanyak RM0.50 bagi setiap transaksi yang berjaya melalui kad debit. Selain itu, RM2 juga dikenakan kepada pembayar bagi setiap transaksi yang berjaya untuk dibayar kepada MyEG - BERNAMA

RM55,400,000 @1.8% komisen = RM997,200/-

Say if 1 saman RM100 there will be 554,000 transactions.
554,000 transactions @RM2 per transaction = RM 1,108,000/-
Say half bayar guna Credit Card and half Debit Card.
277,000 transactions @RM2 per transaction = RM 554,000/-
277,000 transactions @RM0.50 per transaction = RM 138,500/-
Total EASY MONEY dalam masa 8 bulan = RM 2,797,700/- or RM 349,713/- sebulan.
No wonder yang kaya makin kaya.
Oleh itu, marilah mengkayakan mereka hanya dengan tidak mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya.
Nota:
1. Andaian satu saman RM100 walaupun ada saman yang RM30 hingga RM300/-
2. Andaian jumlah transaksi pembayaran dibuat menggunakan kredit kad sama dengan debit kad.

ps: nasib baik la aku tak der saman2 nie......pemandu berhemah la katakan......alhamdulillah....mcm riak jek ek
28 March 2011
Posted by Unknown
Tag :

Isnin aka Monday

 Hari Isnin atau Monday dalam Bahasa Inggeris merupakan hari ke-2 dalam seminggu dan terletak antara hari Ahad dan Selasa. Perkataan Isnin itu berasal dari Bahasa Arab, Isnain yang bermakna dua, iaitu hari kedua dalam seminggu. Namun begitu, di sesetengah tempat di Eropah, Isnin dianggap sebagai hari yang pertama. 

Di kebanyakan negeri di Malaysia pula hari Isnin juga merupakan hari pertama bekerja. Tetapi bagi negeri-negeri di Pantai Timur dan sebahagian negeri di Utara Semenanjung permulaan hari bekerja mereka adalah pada hari Ahad manakala Jumaat dan Sabtu adalah cuti hujung minggu. 

Walau bagaimanapun, semua orang bersetuju bahawa hari Isnin adalah hari pertama bekerja. Jadi, sesetengah orang mungkin mengalami rasa malas atau "sakit" pada hari ini. Garfield, seekor kucing kartun yang popular, bencikan hari Isnin. Kelakarkan Garfield nie......



Posted by Unknown
Tag :

Future Technology 2020


Selamat datang ke dunia teknologi masa depan 2020 !!!
Bayangkan teknologi terkini yang ada pada masa kini pun kita dah terkebelakang, bagaimana pula dengan 'Future Technology'.
Gambaran teknologi masa depan oleh Corning Incorporated! Awesome !!


bagaimana impian teknologi masa depan anda ?

26 March 2011
Posted by Unknown
Tag :

Earth Hour 8.30 PM, 26 Mac 2011

Kempen earth hour kembali lagi, seperti tahun-tahun sebelum ni saya pernah lakukan dirumah. Tutup lampu selama sejam di semua ruangan dalam rumah kecuali toilet.....kang gelap sgt cmner nak melaburkan. :) Di Malaysia kebanyakan premis perniagaan dan bangunan tinggi seperti KLCC dan KL Tower telah mengambil inisiatif ini untuk membantu dalam kempen Earth Hour ini dengan mematikan lampu dibahagian yang tidak kritikal. Sekiranya seluruh bandaraya KL bersama-sama dengan kempen ini bandaraya metropolitan ini pastinya KL akan bergelap dalam tempoh sejam.

earth hour 2011 official video

Kempen Earth Hour telah dimulakan di Sydney, Australia pada tahun 2007 atas kesedaran mengenai perubahan iklim. Setahun selepas tu, kempen ni tersebar serata dunia dan menjadi pergerakan global yang melibatkan lebih daripada 50 juta penduduk di 35 negara. Menurut laman webnya, pada march 200, dianggarkan 100 juta penduduk diseluruh dunia mengambil bahagian dalam kempen Earth Hour ke-3. Manatahu untuk tahun ni hampir kesemua penduduk didunia menyokong aktiviti ni kan. Walau apapun, jom kita sokong aktiviti ni dengan menutup suis lampu selama sejam pada  26 Mac 2011 dari pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam.
25 March 2011
Posted by Unknown

Hukum Pendapatan Melalui Nuffnang & .....

Semakin ramai blogger-blogger baru yang muncul. Sama ada sengaja nak muncul atau tak sengaja. huhu. Berblog kerana wang? minat? hobi? atau sebab-sebab lain? Ramai di antara blogger mengharapkan blognya dapat menjana wang yang banyak terutamanya dari iklan nuffnang.
Dan ramai di antara mereka yang pasang iklan nuffnang ni kerana terpengaruh dengan kawan-kawan. Main klik-klik dengan mengharapkan earning akan cepat naik. Memang boleh cepat naik. Tak dinafikan. Aku dulu pun pernah terpengaruh sebab tak tahu.
Apabila ditegur dan membaca entri-entri dari otai blogger. Aku dah stop lama dah. Tapi, bila aku buat blogwalking, ramai lagi yang duk buat macam ni lagi. Sampaikan diorang sanggup blogwalking berpuluh-puluh blog dan mungkin beratus-ratus blog untuk hanya menjayakan misi diorang. Bukannya duk membaca entri atau meninggalkan komen yang bernas lagi berharga kat blog tu. huhu.
Masalah ini dinamakan kontemporari (masalah baru) yang timbul dalam dunia bisnes internet. Ramai orang yang menyertainya kerana bisnes ini sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan, ada orang pernah memperolehi pendapatan dari bisnes ini sehingga ribuan ringgit.
  • Maksud iklan perklik
Seseorang yang memiliki blog atau laman web memohon menyertai ahli di dalam bisnes iklan perklik ini dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh syarikat pengeluar. Iklan yang dipohon dimasukkan ke dalam blog atau laman web dan dibayar pada setiap kali pengunjung mengklik iklan yang disediakan di blog atau laman web peserta.
Contoh : nuffnang, advertlets, google adsense, dapatwang dan banyak lagi..
  • Hukum menyertai
Harus(dibolehkan) – tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka.
  • Pembeli dan penjual?
Penjual – ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik
Pembelinya – pemblog(owner blog @ blogger ) yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik, bukan pengunjung sebagai pembeli, kerana pemblog yang melakukan permohonan dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pengeluar.
  • Syarikat yang mempunyai iklan yang diharamkan oleh Islam?
Semasa pemohon mengisi boring jenis iklan yang diingini oleh pemohon, jika pemohon menerima iklan-iklan yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon redho (bersetuju) dengan iklan yang diharamkan Islam.
Tetapi pemohon memilih iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya.
Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan, ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya.
  • Peringatan :
“Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi :
” Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan ”
” Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini ”
” Bantu saya dengan satu klik pada iklan “
Setiap ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas.
Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan duit pengiklan.
Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung mengklik kerana kasihan atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika mengklik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut.”
+ Boleh buat ayat untuk menarik minat visitor melawat iklan yang akan keluar, tapi lebih baik elakkan guna perkataan klik @ click. Tak salah rasanya.
  • Kesimpulan
Iklan perklik ini diharuskan dengan hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual (pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham).
Tetapi perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram seperti mana telah diperjelaskan di atas.
Entri ni aku ambil dari blog ustaz amin. Atas hasil kajian yang beliau buat. Ini hanya sebagai pendapat dan renungan bersama. Lagi-lagi bila kita dapat penjelasan dari seorang ustaz. Ke korang ada pendapat-pendapat lain?. Kita boleh share sama-sama. Mudah-mudahan rezeki yang kita dapat lepas ni adalah dari sumber yang halal. InsyaAllah.

P/s :Credit kepada ustaz amin dan aizuddin.com
24 March 2011
Posted by Unknown
Tag :

FREE 2 McDonald’s Big Breakfast

bukti me and wife eat big breakfast

Hai all.....saya sharekan sesuatu yang boleh mengenyangkan pagi anda
Mcd nak bagi makan free kat korang semua but with minimum purchase of RM5.
RM 5 ringgit tu korang beli lah soft drink or tea or hot milo ( ikut suka la ) sebab this free breakfast does not come with drink ok.



All you have to do is just print this coupon, cut it out, go to the nearest/favourite McDonald’s Restaurant (that serves breakfast 4am-11am), redeem and enjoy 2 FREE Big Breakfast! 
McDonald’s Malaysia mentioned in their Facebook fanpage:
" Dear fans, you can also download the coupon by clicking on the link here. We do accept black and white print out. "

masih sempat lagi kalau nak makan free......coz this voucher is still 
valid till 31 March 2011.
selamat menjamu sarapan pagi anda dgn McDonald’s Big Breakfast.
22 March 2011
Posted by Unknown
Tag :

Lenanya Tido Dalam Baby Cot Baru

Salam semua....alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk bernafas di bumi Allah nie.. ewah ayat mukadimah.
Entri pada kali ini saya nak kongsikan sesuatu yang menarik. Last week saya dan wife telah pegi ke Puchong, actually we all memang selalu pegi Puchong sebab nak cari barangan baby di store Fabulous MoM and then dah alang-alang sampai sana bleh la cuci mata di IOI MaLL. Nilai ke Puchong lebih kurang 47 minutes driving. Actually bukan tu yang saya nak kongsikan. Saya nak share new baby cot yang saya beli di Twin Baby store, Puchong. Sebelum masuk ke IOI Mall ada Fabulous MoM, sebelum Fabulous MoM ada Twin Baby store. Saya beli bukan apa sebab Tihani dan mula merangkak so kena ada sesuatu untuk avoid dia dari jatuh then bleh la tinggal2 kejap. Inilah hasilnya daripada xtvt menshopping di Twin Baby.....actually tak susah sangat nak install benda alah nie.....just follow my steps.....heheheee

asingkan setiap bahagian

bahagian sisi 

follow the instruction.....then u get the answer...he3

imani pun dah tak sabar nak main2 dalam nie

dah siap pasang 50% more to go

alaalaaa.....dia pun nak tolong jugak....

pandangan sisi


dah siap....tapi apsal terbalik

then.....siap pasang bedding set....tihani pun dah tak sabar nak guling2
dah penat main......trus terlena.....

seronok dapat tidoq katil sendiri.....just like a princess....he3
Posted by Unknown

Gambar Sebelum & Selepas Tsunami - Dasyat


Perkampungan berdekatan dengan Pusat Janakuasa Fukushima
1-Village-wiped-out-near-Fukushima-nuclear-power-plant
Sebelum
2-Village-wiped-out-near-Fukushima-nuclear-power-plant
Selepas
Pusat Janakuasa Nuklear Fukushima
3-Fukushima-II-nuclear-power-plant
Sebelum
4-Fukushima-II-nuclear-power-plant
Selepas
Bahagian Selatan Pusat Janakuasa Nuklear Fukushima
5-South-of-Fukushima-nuclear-plant
Sebelum
6-South-of-Fukushima-nuclear-plant
Selepas
Pantai Iwaki
7-Iwaki-beach
Sebelum
8-Iwaki-beach
Selepas
Ueda di Iwaki,  Sungai Samegawa
11-Ueda-in-Iwaki,-Samegawa-river-outlet
Sebelum
12-Ueda-in-Iwaki,-Samegawa-river-outlet
Selepas
Selatan Kesensuma
15-South-coast-of-Kesennuma
Sebelum
16-South-coast-of-Kesennuma
Selepas
Minamisanriku
17-Minamisanriku
Sebelum
18-Minamisanriku
Selepas
Padang Bola di Munamisankiru
19-Soccer-field-in-Minamisanriku
Sebelum
20-Soccer-field-in-Minamisanriku
Selepas
Berhampiran dengan Minanisoma
21-Coastline-near-Minamisoma
Sebelum
22-Coastline-near-Minamisoma
Selepas
Rikuzentakata
23-Rikuzentakata
Sebelum
24-Rikuzentakata
Selepas
Lapangan Terbang Sendai
27-Sendai-Airport
Sebelum
28-Sendai-Airport
Selepas
Arahama di Sendai
29-Arahama-in-Sendai
Sebelum
30-Arahama-in-Sendai
Selepas
Fujitsuka di Sendai
31-Fujitsuka-in-Sendai
Sebelum
32-Fujitsuka-in-Sendai
Selepas
Yuriage di Natori
33-Yuriage-in-Natori
Sebelum
34-Yuriage-in-Natori
Selepas
Yuriage di Natori (pandangan barat)
35-Yuriage-in-Natori-(looking-west)
Sebelum
36-Yuriage-in-Natori-(looking-west)
Selepas
Kishimaku di Minamisoma
37-Kashima-in-Minamisoma
Sebelum
38-Kashima-in-Minamisoma
Selepas
Haranomachi di Minamisoma
39-Haranomachi-in-Minamisoma
Sebelum
40-Haranomachi-in-Minamisoma
Selepas
Yagawahama di Miyagi
41-Yagawahama-in-Miyagi-(Oshika-Peninsula)
Sebelum
42-Yagawahama-in-Miyagi-(Oshika-Peninsula)
Selepas

sumber: mediadump, abc.net.au
17 March 2011
Posted by Unknown
Tag :

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -