Archive for April 2011

Kelebihan Ayat Seribu Dinar


Bermaksud :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
28 April 2011
Posted by Unknown

Bangku Kosong - I'm In


Salam blogger and Bro Bangku Kosong, sempat lagi ker nak join nie. 
Hopefully diterima. Thanks bro

Sapa nak join (bleh lagi ke dah closed nie) Empty Chair
Posted by Unknown

Celebrate My Birthday

Assalamualaikum rakan blogger semua,
Nak story skit masa celebrate my birthday kat Jusco Seremban2 aka JJS2. Actually memang dah agak lama tak datang sana since last year coz we have a choice to shopping at Alamanda. Alamanda most nearest to our home than JJ S2 and tak payah bayar tol. (jimat sikit la)

Bila dah sampai je biasa la parking penuh, hari minggu. Lepas dapat port nak parking kitorang apalagi pusing-pusing kat dalam JJ tu. Firstly mestilah nak cari sandal sebab sandal hadiah besday tahun lepas dah tak boleh dipakai (paham2 la kenape). Ada sale kat Viss masa tu so aku grab dua sandal for RM 30. Berbaloi kan, murah gilaaa. Then my wife belikan t-shirt dan long-sleeved shirt untuk aku pakai pegi keja. Muahh.....thanks Sayang.

Dah penat pusing2 'kampung' perot dah berkeroncong,apa lagi carik port nak makan plak. Nak makan kat food court sure penuh hujung minggu nie, so we all decide nak mkn kat Kenny Rogers memandangkan fast food lain pun dah full house.
Ni la makanan yang telah di order
Dok melayan budak kecik nie masa tunggu turn nak makan pulak
Cuba nak capai ais blended mommy
Turn wife plak jaga masa daddy cool nak makan. he3
Alhamdulillah, dengan pertambahan usia, maka makin banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan terutamanya kepada Allah, keluarga, isteri dan anak, fuhh besar tu amanah. Semoga aku lebih matang dengan usia dan mampu untuk memikul amanah ini. Amin

Posted by Unknown

Semakan Pelajar Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan  PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2011/2012  boleh dibuat mulai 28 April 2011. Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi kolej penempatan atau melawat laman sesawang kolej untuk maklumat lanjut . 
Pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan  melalui laman sesawang yang sama mulai 28 April hingga 13 Mei 2011.
 
Semakan Melalui Online
Layari website http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/

Semakan Melalui SMS 
Taip MOE MAT (jarak) Nombor Kad Pengenalan dan hantar ke 15888
 Contoh: MOE MAT 930328015488 dan hantar ke 15888
Posted by Unknown
Tag :

CONTEST TAGLINE BLOG YUYU LAR

Salam blogger semua ......
sajer gatai2 tangan nak join contest cik YUYU


TAGLINE :
  1. YUYU IN DA HOUSE
  2. AMAZING BOARDING With YUYU
  3. APA ADA PADA MAYA
  4. WE LEARN FROM THE PAST
TAG blogger
closing date : 2/5/2011

klik YUYU untuk masuk.....
27 April 2011
Posted by Unknown
Tag :

2 Pasang Kembar Beradik Kongsi Tarikh Lahir

Guinness World Records baru saja mencatat rekod bayi kembar yang lahir di hari yang sama dengan abang kembar mereka.

Pasangan Tracey dan Davood Bageban sangat beruntung kerana memiliki 2 pasang kembar seiras yang di lahirkan pada tarikh sama iaitu 27 hb Februari .

Pasangan anak kembar lelaki iaitu Diego &  Armani di lahirkan 3 tahun sebelum kelahiran adik kembar perempuan mereka iaitu Dolcie & Elisia.

Kebarangkalian untuk memperolehi pasangan anak kembar seiras di lahirkan pada tarikh yang sama adalah 1 dalam 17 juta.
 

Beruntunglah keluarga ini kerana pada 27hb Februari setiap tahun sambutan harijadi untuk 4 orang anak sekaligus pada satu tarikh yang sama. 
Davood dan Tracey sedang menabung untuk persiapan acara ulang tahun ke 4 bagi Diego dan Armani, yang pertama bagi Dolcie dan Elisia, sekaligus yang pertama bagi mereka berempat, tanggal 27 Februari tahun depan.

ps : Saya pun berharap untuk dapat anak kembar dlm masa 2 @ 3 tahun dari sekarang, jangan tak percaya saya juga ada history kembar dalam keluarga. 
Cuba teka siapa......cer teka cer teka

credit to http://www.miecyber.com/ 
Posted by Unknown

Kilang mesin taip terakhir di dunia ditutup

TUGAS mesin taip sudah diambil alih sepenuhnya oleh gajet lebih canggih terutama komputer.

 MUMBAI, India - Syarikat Godrej and Boyce yang menjadi pengeluar mesin taip terakhir di dunia terpaksa menghentikan operasinya dan hanya meninggalkan beberapa ratus buah mesin taip dalam stoknya sebelum dijual kepada orang ramai, lapor sebuah akhbar semalam.

Penutupan kilang itu dipercayai akibat permintaan terhadap mesin taip semakin berkurangan sejak 10 tahun lalu selepas orang ramai beralih kepada komputer.
Pengurus Besar Godrej and Boyce, Milind Dukle berkata kepada akhbar tempatan India, Business Standard: "Kami tidak menerima banyak permintaan sekarang. Sejak awal tahun 2000, penggunaan komputer terus mendominasi pengguna di seluruh negara. Semua syarikat yang mengeluarkan mesin taip menghentikan operasi masing-masing kecuali kami.
"Sehingga tahun 2009, kami hanya menghasilkan 10,000 hingga 12,000 mesin taip setahun. Mungkin sekarang adalah waktu terbaik buat pengguna mesin taip untuk mendapatkan produk terakhir kami."
 
Syarikat itu memulakan perniagaan sejak tahun 1950-an selepas bekas Perdana Menteri, Jawaharlal Nehru menganggap mesin taip sebagai simbol pengembangan kemerdekaan dan industri di India.
Terdapat sebanyak 200 buah mesin taip ada dalam stok syarikat tersebut. Majoritinya terdiri daripada model dengan aksara bahasa Arab.
Pada awal 1990-an, Godrej and Boyce menjual 50,000 unit mesin taip setiap tahun. Tetapi pada tahun lalu, ia hanya dapat menjual 800 unit sahaja.

kosmo.com.my
Posted by Unknown
Tag : ,

Selamat Ulang Tahun ke 27

Salam blogger semua....
Agak lama juga saya tidak berblogging. Maklumlah dek kekangan masa dan kerja yang agak membuatkan aku busy kebelakangan ini, student nak exam aku plak yang sibukkan kan kan. Selain melayan kerenah my daughter yang agak lincah selepas dapat kaki nak begerak. (sebenarnya dia merangkak jer, then bila ada benda nak pegang sure trus berdiri). Tapi memang seronok sangat melihat keletah dia, hilang terus rasa penat aku lepas balik keja.
Tihani twin inside the mirror
myself with Tihani (ada tangan cuba sentuh myhair)
Happy besday to me happy besday to me......
Actually semalam 25 April 2011 genaplah usia saya 27tahun (pejam celik pejam celik, mak aiii dah tua rupanya aku ni). Lagi 3 tahun nak jejak ke angka 30. sekejap je rasanya. Alhamdulillah, dipanjatkan syukur kepada Allah s.w.t kerana masih diberikan kesempatan untuk aku menghirup oksigen sekaligus memanjangkan umur hingga aku terus dapat hidup kat muka bumi ni.

Tahun ni paling bermakna sebab dah ada buah hati no2......mybaby dan tak lupa mak-baby. Thanks sayang sebab hadir dalam hidup abang, susah senang sayang sentiasa bersama, ingatlah abang akan sentiasa akan menyayangi Sayang hingga akhir hayat. Amin (menjiwang sekejap)

Terima kasih kepada rakan-rakan facebook yang sudi wish my birthday semalam  Thank you so much. Love korang semua. Rasa macam artis ABPBH plak Haha. But, aku appreciate sangat wish dari korang.  Akan aku balas satu persatu.
Terima kasih juga kepada orang yang wish terus ke my phone. Insyaallah aku akan sentiasa ingat kat korang semua.
26 April 2011
Posted by Unknown

Mencukur Bulu Kemaluan

Jika tak percaya, ramai diantara kita yang tak pernah cukur bulu ari-ari sampai bertahun-tahun lamanya sehingga ada satu cerita kelakar yang pernah kita dengar.

Ceritanya begini: 

Ada seorang budak perempuan berumur 8 tahun memanjat pokok rambutan ditepi jalan. Lalu Pak Haji dan terpandang budak diatas pokok rambutan yang tidak memakai seluar dalam. Dipanggil budak itu turun dan diberikan RM5. 
"Nah ambil duit ini,balik rumah tak payah panjat lagi!"
Apabila sampai dirumah, ditunjukkan kepada ibunya duit yang telah diberi oleh Pak Haji itu kerana memanjat pokok rambutan. Jadi si ibu terfikir, jika anak boleh dapat RM 5 mungkin dia akan dapat RM10. Keesokkan hari si Ibunya pula panjat pokok rambutan sambil memetik buah rambutan dan menunggu Pak Haji yang kebiasaan akan lalu kearah situ.

Maka lalulah Pak Haji dan terpandang si ibu memanjat pokok dengan berbaju t-shirt dan kain batik lalu dipanggil si ibu turun.

"Nah Jah, ambil 50 sen ni!"...tercenggang si ibu dan bertanya kepada Pak Haji kenapa dia hanya dapat 50 sen sahaja sedangkan anaknya dapat RM5. "Ambil duit ini beli pisau cukur!"... Pak Haji suruh beli pisau cukur kerana si ibu tak pernah cukur pun...?%$. 

"Moral of the story"...kita tak pernah kisah untuk bercukur. Ada kakcik dan Makcik yang selalu mengaji kat ustaz. Bab lain-lain tekun mengaji. Tapi bab cukur tak pernah ambil kisah. Berbalik kepada tajuk. 

Istihdad ialah mencukur bulu ari-ari, dilakukan dengan mempergunakan pisau, iaitu pisau cukur. Al-Aanah  ialah rambut yang tumbuh sebelah atas zakar lelaki dan tumbuh disekitar faraj perempuan.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa:
"Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama empat puloh hari, supaya tidak lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu ari". (HR Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad,Tirmidzi,Nasai dan Abu Daud) .
Bermaknanya  paling lama 40 hari kenalah kita servis bahagian-bahagan tersebut. Adakah kita berbuat demikian wahai pembaca?. Jangan kata orang yang tak tahu memang tak buat, Yang dah tahu pun tak buat. Ada yang tak pernah bercukur sampai bertahun-tahun lamanya. Tebal macam hutan belantara. Selepas ni belilah pisau cukur dan mulalah cukur hutan belantara ini.

Dan dialog Rasulullah SAW dengan Iblis,
Pertanyaan Nabi:
"Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?" 
Jawab Iblis:
"Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."
Didalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Jabir larangan mendatangi isteri tengah malam sebelum bersisir lebih dahulu dan mencukur bulu ari-ari bagi orang yang baru pulang dari perjalanan jauh.

Kerana itu tidak diragukan lagi, mencukur bulu ari-ari dan membersihkannya termasuk perbuatan mustahabbah (Disunatkan) untuk mencegah kutu (kupan) dan bau yang tidak enak.

Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari)
Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.

Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah حلق العانة (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)

Al-Nawawi berkata:
“al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).
Perbuatan ini adalah sunnah, dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan manusia itu sendiri. Ini dapat difahami dari segi logic akal fikiran manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim (Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian tentang orang yang suka kepada kebersihan

Sebab saintifik kenapa perlu dibuang.

Kawasan bulu ari-ari adalah kawasan mudah berpeluh dan banyak keluar peluah. Sekiranya tidak dicukur bulu tersebut, maka ia akan menjadi banyak dan lebih banyak mengeluarkan peluh. Apabila terkena kesa-kesan kumuhan badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan. Lama kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur bulu ari-ari mencegah daripada pembiakan kutu. Selain itu, ia juga membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.
Wallahualam .
Posted by Unknown
Tag :

Aksi Semasa Naik Roller Coaster

 
 

24 April 2011
Posted by Unknown
Tag :

Petua Menyihatkan Payudara


Wanita! Jagalah buah dada anda
Marilah berkongsi beberapa tips tentang cara menyihatkan payudara anda. Di antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kecantikan payudara anda adalah;

1. Lakukan pemeriksaan
Melakukan pemeriksaan payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid. Bagi yang masih mendapat haid, waktu terbaik memeriksa payudara iaitu beberapa hari setelah berakhirnya masa haid, setiap bulan. Ketika itu payudara sudah kembali lembut. Jika terdapat sebarang perubahan, anda disarankan berjumpa doktor.

2. Pembedahan
Elakkan melakukan pembedahan payudara jika sekadar untuk membesarkan ukurannya. Kecantikan wanita bukan sekadar terletak pada aset ini sahaja, tetapi terletak pada ‘hatinya’.

3. Senaman
Lakukan senaman dan perawatan payudara secara sendirian iaitu senam payudara dan yoga. Salah satu cara melatih otot pektoral adalah dengan menekan kedua telapak tangan separas dagu pada dinding (seperti posisi mendorong), arahkan pandangan ke langit, tahan beberapa detik, kemudian lepaskan. Ulangi latihan ini sampai 10 kali. Latihan ini boleh dilakukan ketika anda berada di bilik mandi. Rasakan tarikan pada otot pektoral ketika anda menggerakkan kepala ke atas. Kegiatan mengankat dan menurunkan bahu, apabila dilakukan berulang-ulang, dapat memperkuatkan otot dada.
Jika senaman yoga menjadi pilihan, mula-mula tenangkan fikiran, mulai dengan dalam posisi yoga. Depakan kedua lengan separas bahu. Gerakkan dengan lembut lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah. Kembalikan posisi lengan hingga sejajar dengan bahu. Rehat kira-kira 5 saat. Kemudian ganti posisi, lengan kiri ke atas dan lengan kanan ke bawah. Lakukan gerakan tersebut masing-masin 10 kali.

4. Urutan
Mengurut payudara dengan minyak aroma terapi, dapat menjaga keanjalan payudara. Urutan baik untuk merangsang sirkulasi darah. Caranya lakukan urutan ke arah luar, ke bawah dan ke arah dalam, kemudian mengikuti aliran getah bening ke arah ketiak, ke bawah tulang selangka dan ke arah tulang dada. Dibandingkan dengan masker dan krim yang disapukan, penggunaan minyak aroma terapi adalah lebih efektif kerana urutan akan lebih mudah meresap ke dalam kulit, mengalir dalam darah, kelenjar susu serta menyusup ke seluruh tubuh.

5. Bersihkan payudara
Payudara yang sihat adalah payudara yang bersih. Perhatikan kebersihan puting yang merupakan tempat keluar air susu, sekaligus kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan puting dan arela, agar tidak kering dan kulitnya tidak pecah. Gunakan kapas yang sudah dibubuhi minyak zaitun untuk membersihkan sisa kelenjar iaitu kelenjar minyak yang sering melekat pada puting.

6. Penggunaan Coli
Gunakan baju dalam atau coli yang sesuai dengan anda dan bukannya sekadar melekap di situ sahaja. Seelok-eloknya memakai coli yang sesuai mengikut saiz payudara, iaitu sepanjang tempoh kehamilan dan waktu menyusu anak.

7. Penyusuan
Sekiranya menyusukan anak, letakkan posisi bayi dengan betul dan selesa agar ia tidak terlalu menarik payudara. Terdapat masalah dalam tempoh penyusuan, ia termasuk bengkak buah dada. Cara mengatasi masalah itu, perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkan terlebih dahulu sebelum menyusu atau tuam air suam untuk melegakan kesakitan.
Kelebihan menyusukan anak dapat menghindarkan dari penyakit barah payudara, barah ovari dan membantu mengecutkan rahim kembali kepada asal (selepas bersalin).

8. Ramasan
Elakkan pasangan anda membuat ramasan payudara (sewaktu melakukan hubungan seksual) dengan menolak ke kanan atau ke kiri terlalu kuat. Ini adalah kerana perlakuan sebegini kerap boleh membuatkan payudara anda kendur lebih cepat.
Posted by Unknown

Piala Raja Sepanyol rosak selepas dilanggar bas

 si penyebab - sergio ramos dan iker casilas

MADRID: Piala bola sepak paling berprestij bagi kelab Sepanyol, Piala Raja Sepanyol, yang baru saja dimenangi pasukan Real Madrid terjatuh di depan bas pasukan itu apabila ia terlepas daripada genggaman pemain dan difahamkan rosak teruk.

Pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, yang mengangkat trofi seberat 15 kilogram itu di atas kepalanya ketika berada di dalam bas tanpa bumbung, terlepas piala berkenaan sebelum ia jatuh di depan bas yang membawa pasukan terbabit. 

Bagaimanapun, ia gagal diselamatkan apabila bas terbabit melanggar piala berkenaan sebelum sempat memberhentikan kenderaan itu.
Menurut laporan berita radio Cadena Ser, petugas perkhidmatan kecemasan memungut sekurang-kurangnya 10 bahagian piala yang sudah pecah

ps: sian Real Madrid baru nak celebrate dah hancur, punah, ranah piala tu
21 April 2011
Posted by Unknown
Tag :

Sistem Parking Bertingkat di Kuala Terengganu

Sistem parkir automatik di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu yang mempunyai 24 set sistem parkir untuk kereta biasa telahpun beroperasi pada awal 2011. Setiap set boleh memuatkan 10 set kereta dan jumlah kereta yang boleh dimuatkan pada satu-satu masa adalah 240 buah.
Kelebihan menggunakan sistem parkir automatic jenis rotary ini adalah:
  • Menjimatkan penggunaan tanah
    Dapat memuatkan 10 buah kereta dengan menggunakan luas dua buah kereta.
  • Menjimatkan masa
    Pemilik hanya perlu meletakkan kenderaan di ruang kosong tanpa perlu berpusing berkali-kali seperti di dalam parkir bertingkat biasa.
  • Aspek keselamatan
    Pemandu khusunya wanita tidak perlu menaiki lif atau tangga atau berjalan jauh untuk keluar seperti di dalam bangunan parkir bertingkat biasa.
  • Memudahkan
    Pemandu hanya perlu meletakkan kenderaan di ruang yang tetap dan sistem akan memutarkan ruang parkir yang kosong untuk kenderaan seterusnya
  • Gambar parking bertingkat di Kuala Terengganu.
    picture credit to : izzudin.com

Projek Emel 1Malaysia guna MyEmail.my

Setelah diumumkan semalam, kini halaman untuk projek emel 1Malaysia telah pun boleh diakses, dimana ianya menggunakan nama domain MyEmail.my. Selain daripada itu, ianya juga dilihat yang mana memandangkan ianya dibangunkan dengan kerjasama pihak Microsoft, kelak ianya akan mengguna-pakai perkhidmatan Windows Live sebagai tonggak utamanya.

Halaman Utama MyEmail.my
 
Melalui laman tersebut yang dibangunkan bersama oleh Tricubes Sdn Bhd, dan Microsoft merupakan salah satu initiatif kerajaan, dimana melaluinya mereka berharap untuk menyediakan sebuah platfom yang selamat dan boleh dipercayai.
Beberapa info pada laman tersebut memperlihatkan yang mana MyEmail kelak akan menyediakan ruangan sebanyak 25Gb, serta turut sama didatangkan bersama-sama dengan fungsi-fungsi lain yang terdapat pada Windows Live, termasuk kebolehan untuk mengubah dokumen secara terus melalui atas talian.
Buat masa ini, pendaftarannya belum lagi dimulakan, dan ianya dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Julai kelak.

credit tu amanz.my
20 April 2011
Posted by Unknown

Pizza Hut Wow Savers 50% Discount

Enjoy 50% discount everyday from Monday to friday on selected food

Monday
  • Hawaiian Chicken Personal Pan Pizza RM 9.00 RM 4.50
  • 4pcs Wing Street RM 7.50 RM 3.75
Tuesday
  • Meatball Bolognaise RM 10.50 RM 5.25
Wednesday
  • Super Supreme Personal Cheesy Lava Stuff Crust Pizza RM 13.50 RM 6.75
Thursday
  • Island Supreme Personal Pan Pizza RM 11.00 RM 5.50
Friday
  • Creamy Carbonara RM 10.50 RM 5.25
Limited Time Offer only..
Enjoy your Pizza Hut today..:)
18 April 2011
Posted by Unknown

Keputusan EPL Liverpool vs Arsenal

ARSENAL 1 - 1 LIVERPOOL
Van persie (90'+ 8' pen) - Dirk Kuyt (90'+12' Pen)
 

Kedudukan terkini  liga EPL 2011
 
Walaupun Liverpool dah agak jauh ditinggalkan oleh team2 poyo.....hu3
 Hopefully pasnie bleh naik ke fourth place...
angan2 nak ke Champion League lagi kesampaian

 ps : Liverpool You'll Never Walk Alone, hampa tak kesorangan. :  )

Posted by Unknown
Tag :

5 Mitos Pemakanan Yang Sering Dipercayai

Untuk mengurangkan berat badan, menjaga pemakanan dan melakukan aktiviti fizikal perlulah bergerak seiringan. Barulah usaha yang telah kita laburkan membuahkan hasil, insyaAllah. Berikut saya bincangkan beberapa mitos berkaitan pemakanan yang mungkin sudah lama tumbuh meliar dalam amalan hidup kita.
 
1.  Makan selepas pukul 8 malam menyebabkan kegemukkan.
Sebenarnya : Peningkatan ataupun pengurangan berat badan kita adalah sangat bergantung kepada perbezaan antara jumlah kalori yang diambil, jumlah tenaga yang digunakan serta kadar metabolisma badan. Kenyataan diatas mungkin boleh diterimapakai, namun tidak semua individu akan mengalami hal yang sama. Kita ambil contoh terdekat dengan melihat rakan-rakan, mahupun, ahli keluarga kita sendiri yang mungkin sering makan ketika larut malam. Sekalipun begitu, sesetengah mereka tetap tidak mengalami masalah berat badan.
Suatu kajian telah dilakukan oleh Pusat Nutrisi Dunn di Cambridge, dengan menggunakan beberapa sukarelawan. Dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberikan makanan tengah hari yang berat dan makanan malam yang lebih ringan. Kumpulan kedua pula, diberikan makanan tengah hari yang ringan dan makanan malam yang berat. Dengan menggunakan ‘whole body calorimeter’ yang berfungsi untuk mengukur jumlah kalori yang telah digunakan dan disimpan, kesemua sukarelawan menunjukkan tiada hubungkait antara makanan berat pada waktu malam dengan pembentukan lemak.
Tidak kiralah, pukul berapa kita makan, apa yang menjadi penentu utama adalah jumlah kalori yang kita ambil dalam masa 24 jam perlulah selari dengan aktiviti fizikal yang kita lakukan.

2. Berlapar boleh membantu dalam mengurangkan berat badan
Apabila berpuasa, badan kita akan mula membakar lemak yang ada tersimpan untuk menghasilkan tenaga. Hasilnya berat badan kita akan turun seperti yang diharap-harapkan. Tetapi, menurut Claire MacEvilly, pakar nutrisi di MRC Pusat Kajian Nutrisi Manusia di Cambridge, “Berlapar atau berpuasa bukan sahaja membakar lemak, bahkan turut membuatkan pengecutan otot berlaku”
Sekiranya Pengecutan otot berlaku, ini membuatkan kadar metabolisma badan kita mula menurun. Kadar metabolisma ini merupakan kayu-ukur kepada kalori yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Apabila kadar metabolisma menurun, badan kita memerlukan kalori yang lebih kecil berbanding sebelumnya. Sekiranya kita berhenti mengamalkan rutin berlapar, dan mula makan seperti biasa. Justeru, kalori yang diambil sudah pasti lebih tinggi daripada keperluan badan, lantas kita akan cenderung untuk mengalami peningkatan berat badan.
Suka saya mengingatkan, untuk mengurangkan berat badan, kedua-dua entity ini harus ada – menjaga pemakanan dan melakukan aktiviti fizikal. Hal ini demikian kerana, apabila bersenam, kita akan membina otot, sekaligus mampu mengekalkan kadar metabolisma badan. Anda merancang untuk berlapar? Amalkan sekali dengan bersenam!


3.  Makan kuantiti kecil dengan kerap boleh membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma
Secara teori ramai yang percaya, dengan meninggikan kadar metabolisma, lebih banyak jumlah kalori yang boleh diambil. Sekiranya individu itu mengambil jumlah kalori yang sama (lebih rendah daripada kadar metabolisma), ini boleh menghasilkan penurunan berat badan. Tetapi adalah perlu diingatkan, jumlah mahupun kadar kekerapan pengambilan makanan, tidak memberikan sedikit impakpun kepada kadar metabolisma badan. Sebaliknya, apa yang mampu memberikan kesan adalah komposisi dan saiz badan.
Maka, sekali lagi adalah digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal. Dengan melakukan senaman berkala, sangat membantu dalam membina otot-otot dan seterusnya meningkatkan kadar metabolisma badan.


4.  Minum ‘Coffee’ berperanan menurunkan berat badan
Mengamalkan minum kopi setiap pagi dianggap mengurangkan selera makan dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Tetapi, sebenarnya kesan ‘tiada selera makan’ yang dicetuskan daripada minuman kopi ini hanya sementara dan tidak memberikan impak yang nyata dalam penurunan berat badan.
Mengamalkan kopi ini sebenarnya bukan sahaja mengakibatkan gangguan tidur, bahkan turut boleh mengakibatkan kegemukan. Kenapa? Sekurang-kurangnya dua kajian telah membuktikan individu yang mengalami gangguan tidur (salah satu faktor : mengamalkan kopi) cenderung untuk meghasilkan lebih banyak hormon ghrelin, hormon yang meningkatkan selera makan. Selain daripada itu, hormon leptin, hormon untuk mengurangkan selera makan, kurang dihasilkan. Justeru, individu tersebut semakin berselera untuk makan lantas menjadi punca kepada kegemukkan. Ini merupakan kajian yang dibuat di Universiti California. 

5.  Susu boleh mengurangkan berat badan
Secara teori, kalsium membantu mencernakan lemak dengan lebih cekap dan seterusnya mengurangkan berat badan. Tetapi, secara realitinya, susu tidak memiliki keajaiban seumpama ini. Banyak kajian telah dilakukan perihal teori ini, namun kajian-kajian ini mendapati keputusan yang pelbagai.
Untuk mendapatkan sumber kalsium, kita digalakkan untuk mengambil susu ataupun mana-mana produk berasaskan susu (dairy products) yang mengandungi rendah lemak dan rendah kalori. Selain itu, sumber kalsium juga boleh diperolehi daripada, sayur-sayuran hijau tua, soya, jus oren, dan ikan salmon.
Secara kesimpulannya, saya telah kongsikan 5 mitos perihal pemakanan supaya boleh kita jadikan panduan dalam merangka perancangan untuk mengurangkan berat badan. InsyaAllah minggu hadapan saya akan berkongsi beberapa mitos pemakanan dan seterusnya berkaitan aktiviti fizikal.
“Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati.”
“Dengan mempromosikan kesihatan kepada orang ramai, maka lebih ramai orang mencari kesihatan berbanding mencari perubatan.”

17 April 2011
Posted by Unknown

Keputusan Rasmi Pilihanraya Sarawak 2011

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.
DAP menambah enam kerusi kepada 12 kerusi, manakala PKR juga menambah satu kerusi menjadi tiga. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Jumlah pemilih keluar mengundi ialah 70 peratus.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN mendapat undi terbanyak dengan 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064).
Manakala seramai 71 calon telah hilang wang deposit.


Selain Taib Mahmud, yang juga Pengerusi BN negeri, berjaya mempertahankan kerusi Balingian, dua lagi pemimpin parti komponen BN, Datuk Seri Dr James Masing daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Datuk Seri William Mawan daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), turut mencatatkan kemenangan di kubu kuat  masing-masing iaitu di DUN Baleh dan DUN Pakan.

Bagaimanapun, BN mendapat kejutan bagi kerusi DUN Piasau di Miri apabila presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan, dikalahkan.

ps. rakyat Sarawak pun dah mula nak kan perubahan....bukan senang nak jadi pemimpin yang adil kepada rakyat....dan ikhlas kerana Allah.......renung2kan lah
Posted by Unknown
Tag :

Tazkirah Jumaat | 15 Maksiat Yang Disegerakan Balasanya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9X8pWCdMzdj3hGTuwkwRe-SzyH3y0k2H8krFiGQwh3YnbVIbDjsgO8jdkyjZgkJFRcqmNDkjg70q8FbladE_3qn-Ds0PHlcRRo-2fFvFnZ9tV1nV1xWkfcWNCWHwHu2HAPLycdLY1Ou0/s1600/sujud-2.jpg
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasullah S.A.W bersabda : 
" Apabila umatku telah membuat lima belas perkara ini maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :

1 . Apabila harta negara hanya beredar pada orang - orang tertentu .
2 . Apabila amanah itu dijadikan sumber keuntungan . 
3 . Zakat dijadikan hutang .
4 . Suami memperturutkan kehendak isteri .
5 . Anak derhaka terhadap ibunya .
6 . Sedangkan ia berbaik - baik dengan kawan nya . 
7 . Suka menjauhkan diri dari ayahnya . 
8 . Suara ditinggikan di dalam masjid . 
9 . Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka .
10 . Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatan nya .
11 . Arak diminum di merata tempat .
12 . Kain sutera banyak di pakai kaum lelaki . 
13 . Para artis disanjung - sanjung . 
14 . Muzik banyak dimainkan . 
15 . Generasi akhir umat ini melaknat ( menyalahkan ) generasi pertama ( sahabat ) . Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan di roboh menjadi makhluk lain . 
Hadis.Riwayat TIRMIZI . 

Sekadar renungan di pagi jumaat . Mungkin ada yang berkata , aku pun bukan lah di kalangan yang terbaik untuk mengingatkan pada semua , tetapi sekadar berkongsi tidak lah mendatangkan apa - apa kerugian . 

Semoga pada hari Jumaat ini sama - sama  kita kekal hidup di atas bumi ini dengan rahmat dari - NYA. Sekian .
15 April 2011
Posted by Unknown
Tag :

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -