Archive for May 2011
Tarif Elektrik Naik 7% Mulai 1 Jun
Tahniah kerajaan Malaysia kerana telah menaikkan satu lagi keperluan rakyat selepas gula, petrol dan macam-macam lagi lepas nie.
Kerajaan mengumumkan tarif elektrik yang barudengan kenaikan purata sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) berkuat kuasa 1 Jun ini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, bagaimanapun kenaikan itu tidak akan menjejaskan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan atau kurang.
"Ini bermakna, 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik bulanan selagi mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Selain itu Chin berkata, kerajaan juga memberikan bekalan elektrikpercuma kepada pengguna berpendapatan rendah yang menggunakan elektrik berjumlah RRM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember tahun ini.
"Kerajaan dijangka akan menanggung kos sebanyak RM122 juta setahun bagi membiayai bekalan elektrik percuma kepada 900,000 pengguna di Semenanjung," katanya.
Menurut beliau lagi, selaras dengan dasar kerajaan untuk melindungi kebajikan pengguna terutama golongan berpendapatan rendah, jumlah 'lifeline band' untuk pengguna domestik akan dikekalkan pada 200kWj sebulan pada kadar unit 21.8sen/kWj.
"Oleh itu tiada kenaikan tarif untuk pengguna 'lifeline band' yang terdiri daripada 3.3 juta pengguna atau 55.4 peratus daripada pengguna domestik," katanya.
Jelas beliau, semakan tarif elektrik ini akan membolehkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur pembekalan elektrik yang lebih baik termasuk pengukuhan sistem penghantaran dan pengagihan.
"TNB dijangka melabur sebanyak RM4.5 bilion setiap tahun untuk menyediakan dan menaik taraf sistem infrastruktur bekalan elektrik.
"Sesuai dengan semakan tarif asas ini, pihak kerajaan meluluskan pakej penstrukturan tarif yang perlu dilaksanakan oleh TNB seperti menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi 'Thermal Energy Storage (TES) daripada 1.5 sen/kWj kepada 3.5 sen/kWj," katanya.
Kata Chin lagi, TNB perlu memberi diskaun sebanyak 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagiannya oleh kerajaan seperti yang diberikan kepada rumah ibadat, institusi kebajikan dan institusi pendidikan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
Panduan Langsaikan Hutang

Berikut adalah guidance ataupun panduan nak langsaikan hutang :
1) Senaraikan Hutang, Pendapatan dan Perbelanjaan – Bila kita senaraikan semua hutang, pendapatan dan perbelanjaan bulanan, kita akan dapat kenal pasti hutang mana yg paling tidak baik dan perlu diselesaikan terlebih dahulu. Dengan menyenaraikan perbelanjaan bulanan kita boleh kenal pasti perbelanjaan mana yg boleh dikurangkan. Dengan mengetahui sumber pendapatan kita boleh tahu berapa banyak yg lebih untuk kita selesaikan hutang tidak baik tu
2) Jangan Tambah Hutang – Memang boleh berhutang untuk selesaikan hutang(seperti overdraft, refinance property utk dapat cash atau another personal loan), tapi amatlah tinggi risiko kalau tak ada orang asing yg monitor, mendisiplin dan guide all the way. Untuk mereka yg sedia bermasalah, memang tidak perlu menambah lagi hutang, kelak jadi semakin berserabut.

3) Selesaikan hutang yang paling tinggi interest – Tak perlu tambah hutang jadi kita selesaikan hutang yang paling tinggi interest. Ranking pertama interest tinggi selain ALONG adalah kad kredit, jadi kad kredit la kene selesaikan dulu, kalau ada 3,s elesaikan 3 dahulu baru proceed ke hutang lain. Kemudian baru proceed untuk personal loan pulak yg mana kadar interestnya tidak setinggi kad kredit tapi masih lagi dikira tinggi. Harus diingatkan yg hutang lain kene serve jugak, bukan semua duit settlekan kad kredit tapi loan lain tak bayar
Pernah dengar Pay Yourself First? Yang bermaksud kita set aside our income untuk simpanan dan pelaburan, selebihnya barulah utk perbelanjaan. Untuk mereka yg ada masalah hutang, menyelesaikan hutang tak baik adalah perbuatan ‘pay yourself first’, ini kerana perbuatan ni akan selamatkan diri penghutang dari situasi hutang yg lebih teruk seperti muflis
4) Step by Step, Month by Month – Nak berhutang kadang2 dalam 24 jam dah boleh ada cash dekat tangan. Kalau hutang pakai kad kredit lagi cepat, leret atau ‘swipe’ jer. Part nak membayar adalah sebaliknya. Untuk mereka yg nak langsaikan hutang tidak baik, dengan situasi kewangan, memanglah perlu dilakukan satu per satu, dari bulan ke bulan. Kalau ada kenaikan gaji, bonus atau dividen dalam simpanan/pelaburan, boleh salurkan untuk selesaikan hutang tidak baik secepat mungkin. Sabar dan disiplin agar tak guna kenaikan gaji, bonus atau dividen utk tujuan lain. Alternative lain ialah dengan cara menambah pendapatan melalui part time, tak kiralah berniaga kerongsang, tudung, burger atau blogging, yg pasti kita boleh segera keluar dari lubang hutang yg membelanggu itu. Macam contoh diatas, kalau bergantung dgn kerja harian dan budget yg betul sahaja, rasanya perlu sabar dan disiplin selama 2 tahun barulah boleh selesai (hutang x baik)
Hutang tidak baik (bad debt) perlu dilupuskan terlebih dahulu. Kelak hutang tak selesai, kaya confirm tak tercapai. Biarlah one step at a time. Bila dah berjaya keluar dari lubang hutang, barulah bina semula asas kewangan yang kukuh. Jangan risau kalau perlu tangguh setahun atau dua keinginan untuk menjadi kaya kerana hendak melangsaikan hutang tidak baik. Kalau kesihatan mengizinkan, memang boleh tercapai satu hari nanti. Ingat, Colonel Sanders memulakan empayar KFC pada umurnya 66 tahun
Pada saya mencegah lebih mudah dari mengubati. Utk itu seawal mula bekerja kita sudah perlu utk merancang wang kita.Semoga panduan ini dapat memberikan kita sedikit ruang untuk cuba melangsaikan hutang-hutang di sekeliling kita dengan berhemah.
ps : jangan lupa hutang kita dengan Allah wajib ditunaikan.
ps : jangan lupa hutang kita dengan Allah wajib ditunaikan.
China Juara Piala Sudirman 2011
Kejohanan Piala Sudirman 2011 / Sudirman Cup telah pun sampai ke kemuncaknya, perlawanan akhir yang melibatkan pasukan tuan rumah China dan lawannya dari eropah Denmark baru sahaja selesai.
Pasukan China memonopoli setiap perlawanan dalam peringkat akhir tadi apabila menang kesemua perlawanan. Mereka menewaskan Denmark dengan mata 3-0. Tiga perlawanan pertama dimenangi oleh China dan mengesahkan mereka sebagai juara. 2 perlawanan belakang iaitu perseorangan wanita dan beregu wanita tidak perlu dilangsungkan lagi.
3 perlawanan awal yang telah menjadikan China sebagai Juara adalah beregu campuran, perseorangan lelaki dan beregu lelaki. Nama peserta dan keputusan perlawanan tersebut adalah seperti bawah ni.
![]() |
| [klik untuk besarkan] |
Dengan ini, kuasa besar badminton itu sekali lagi telah menguasai kejohanan berprestij dan tidak kurang hebatnya itu. China merangkul kejuaraan tersebut untuk kali yang ke-8 secara keseluruhannya. Untuk rekod, kejohanan berpasukan itu disertai 32 negara dari seluruh dunia untuk 2011 ini.
Sumber : www.phycrewz.com
bila la pasukan badminton Malaysia akan kembali menjadi Juara....i'm waiting
Drama Nora Elena Makin Menarik
![]() |
| Cunkan Siti Saleha nie.....hu3 |
Para pelakon yang membintangi drama ini adalah pelakon terkenal Aaron Aziz, Siti Saleha dan beberapa barisan pelakon yang lain. Sekarang dah masuk kepada fasa selepas Nora dan Seth Tan berkahwin. Saksikan di TV3 Isnin - Khamis jam 7.00 - 8.00 mlm (buat kaum muslimin sekalian jangan lupa break sat utk solat Maghrib)
Sinopsis Drama Nora Elena
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.
Kuiz Di Pagi Jumaat
Assalamualaikum.....
Alhamdulillah, Syukur kepada Allah kerana kita masih diberikan kesempatan untuk bertemu untuk sekian kalinya dengan Jumaat yang Mulia.
Pagi-pagi ni saya nak uji blogger2 semua dengan soalan2 mencabar minda dan pengetahuan kita. Sejauh mana pengetahuan kita tentang ilmu fardhu Ain. (saya pun tak pasti jawapannye.....so kita sama2 selesaikan. He3)

soalan pertama
soalan kedua
soalan ketiga
soalan keempat
Sila komen untuk beri jawapan. Thanks.
Kereta Bugatti Veyron milik Sultan Johor
Kereta yang terpantas di dunia iaitu Bugatti Veyron ini dikatakan milik Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim yang telah tiba di Malaysia baru-baru ini. Difahamkan Bugatti Veyron milik Baginda Sultan Ibrahim akan menjadi kenderaan yang pertama berada di Malaysia setakat ini. Terdapat spekulasi mengatakan sudah ada 2 orang individu yang memiliki Bugatti Veyron di Malaysia tetapi tiada yang dapat mengesahkan kesahihan berita tersebut.

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Bugatti Veyron yang anda perlu tahu (beli tak mampu buat apa nak amik tahu ye tak):
1. Satu liter minyak yang di isi untuk Bugatti hanya boleh bertahan sejauh 3.2 kilometer sahaja.
2. Sistem brake yang digunakan untuk kereta Bugatti mampu bertahan untuk suhu setinggi 1800°C.
3. Tenaga yang digunakan bagi menjalankan enjin Bugatti mampu menghasilkan tenaga haba untuk 10 buah rumah ketika musim salji.
4. Bugatti Veyron menggunakan tayar Michelin PAX yang tidak dijumpai bagi mana-mana kenderaan. Sebuah tayar adalah 14.5 inci lebar iaitu 2 kali ganda tayar biasa. Tayar yang ingin ditukar harus di import dari Perancis dengan kos sehingga USD70,000.
5. Sebuah tangki minyak Bugatti mengambil masa sehingga 8 hari untuk disiapkan.
6. Kelajuan Bugatti mampu mencecah 100km/j dalam masa 3 saat dan 300km/j dalam masa kurang 14 saat.
7. Bugatti Veyron dapat berhenti pada kelajuan 400km/j dalam masa kurang dari 10 saat sahaja.
8. Pada kelajuan 400km/j di atas jalan raya, tayar Bugatti Veyron hanya mampu bertahan selama 15 minit sahaja.
9. Difahamkan harga bagi sebuah kenderaan yang dihasilkan di Perancis ini mencecah RM4 juta sebelum cukai. Jika termasuk cukai, harga terus melambung ke RM12 juta. Berminat?
10. Kuasa maksimum enjin Bugatti ialah bersamaan dengan 1100 BHP iaitu menyamai 10 enjin Campro CPS.
11. Sebuah enjin Bugatti mempunyai 16 silinder iaitu menyamai 4 buah enjin kereta biasa.
12. Bugatti Veyron mempunyai 7 gear sama seperti kereta Formula 1.
13. Berat kosong Bugatti ialah kira-kira 1.9 tan iaitu hampir sama dengan berat 2 buah kereta MyVi aku.
14. Pada kelajuan 400km/j ke atas, Bugatti menggunakan lebih kurang 1.2 liter petrol.
15. Pada kelajuan 400 km/j juga, jumlah udara yang disedut oleh enjin Bugatti membolehkan manusia normal bernafas selama 4 hari.

SEGMEN DRAMA KREATIF BLOGGER bersama BEN ASHAARI
Selamat siang blogger semuanya......
Baru balik lunch baru perasan bro Ben Ashaari ada buat segmen menarik yang membuatkan aku nak join da club. Sempat lagikan sebab segmen ni ditutup kul 3.00 PM.
Filem Fast And Furious 5 jadi pilihan aku and the Rock watak yang aku suka.
The Rock ni jadi polis yang memburu geng Dom ni.So,dieorng ni ada konflik antara polis dengan group pengedar dadah ni.Adala aksi fighting antara Dom dengan The Rock ni.Kalau The Rock berlakon mesti gaduh ala wrestling tu mesti ada punye.Aksi smack down ‘If you smell what the rock is cooking’ pun ada
Klimaks movie Fast And Furious 5 ni bila rompakan dekat balai polis tu bermula. Memang aku rasa ni rompakan yang paling cool pernah aku tengok.McChicken Free....Datang Lagi
HOT NEWS! Remember my previous entry here
It's back by popular demand,
It's back by popular demand,
The mid-month special of
BUY 1, FREE 1 ala carte McChicken Offer
will be available again
on the 24 & 25 May 2011
It’s one redemption per customer per transaction only
Enjoy your meals.
My Imani Suka BabyTV
Ibu bapa muda kini mempunyai sokongan tambahan dalam proses membesarkan anak dengan kemunculan saluran televisyen baru, BabyTV, yang direka khas bagi membantu perkembangan kanak-kanak seawal usia setahun.
BabyTV yang diterbitkan oleh Fox International Channels (FIC) boleh ditonton menerusi saluran ASTRO 618 dan disiarkan selama 24 jam tanpa gangguan iklan dengan pengisian direka khusus oleh pakar pembangunan awal kanak-kanak.

Buat masa ini saluran ini akan disiarkan secara percuma sehingga penghujung September depan dan bermula Oktober, pelanggan yang berminat boleh melanggan dengan harga RM5 sebulan. (ni yang payah skit)
BabyTV nie memaparkan rancangan bertemakan pembelajaran awal kanak-kanak yang memberi maklumat dengan cara menghiburkan bagi membuka ruang pembelajaran untuk masa depan mereka.
BabyTV nie memaparkan rancangan bertemakan pembelajaran awal kanak-kanak yang memberi maklumat dengan cara menghiburkan bagi membuka ruang pembelajaran untuk masa depan mereka.

Imani memang suka sangat bila saya turn on to BabyTV channel, terus dia merangkak pegi depan TV, ketawa sorang2, buat bunyi2, jerit sikit, so funny lah.
Alams Family in Pa&Ma Jun 2011
Assalamualaikum blogger semua......
Berita gumbira menjadi nyata, gambar keluarga saya terselit dalam Majalah Pa&Ma edisi JUN 2011. Ala..sikit je pun. Terselit2 macam tu je pun. Tak apa yang nak dibanggakan sangat. (ayat poyo padahal syok gila bleh masuk majalah). Gambar wife yang banyak, ye la promote barangan ibu mengandung dan menyusu tak kan la hubby dia plak yang lebey.
Al kisah mcm mana bleh terjebak dengan dunia artis nie (he3), actually masa tu kitorg baru lepas checkup baby di Annur Hospital, Bangi, Tihani got fever and some flu. Lepas tu wife ajak pegi usha baju kat butik mumDreams kot2 ada yang dia berkenan. Masa dok pilih2 tu wakil karangkraf datang nak shoot gambar utk dimasukkan dalam majalah Pa&Ma. Masa nie lah owner butik/sale asisstant tu offer kitorg jadi model untuk diorg, mungkin diorg nampak aura pelaris pada muka suci kitorg nie kot. So we accept the offer, and the review as below.
Baby Tihani walaupun not well, tp ceria dok belek kasut n dress 4 her
wife I memang patut jadi model la kan
Thanks Pa&Ma sebab siarkan gambar kitorg dalam Majalah, famous la kejap 1Malaysia, sana sini member call, sms, message, fb tanya camner kitorg dapat 'masuk' magazine. Terima kasih juga buat mumDreams butik sebab offer mamat hensem dan mommy cute n cantik ni as a model. Lepas nie kalau ada sesapa nak offer jadi part time model kitorg on jer. hu3.
Dan sebagai menghargai mumDreams saya nak promote sikit for moms out there :-
"Sebagai menghargai sokongan anda semua, bermula 21 Mei 2011 sehingga 20 Jun 2011, mumDreams mengadakan jualan istimewa sempena Hari Ibu (Mei) dan Hari Bapa (Jun). Dapatkan produk mumDreams dengan harga istimewa !"
Takziah Kepada Mangsa Tragedi Tanah Runtuh Hulu Langat
Salam semua.....
Seperti yang kita semua maklum berkenaan tragedi tanah runtuh di Hulu Langat. Takziah kita ucapkan kepada keluarga mangsa dan marilah sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat mereka.
Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.

Sehingga jam 5.30 pagi ini, semua mangsa yang tertimbus sudah dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban dan sembilan cedera.
Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada 5.05 pagi.
Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap.
Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.
1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Zaim *
7) Angah *
8) Rahimi *
9) Zaid Ashwal, 18,
10) Riz, 9,
11) Lokman, 11,
12) Fahad, 9,
13) Aiman, 10,
14) Hazim, 9,
15) Mustakim *
16) Hasril, 11,
Sembilan yang terselamat ialah:
1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiq, 23,
* umur tidak diketahu
KONGSI RM 7 Juta Dalam 7 Hari
FILEM Kongsi yang ditayangkan di pawagam sejak Khamis lalu, awal-awal lagi mencipta sejarah apabila mencatat kutipan RM1,085,064 pada hari pertama tayangan termasuk tayangan tengah malam di Malaysia, Brunei dan Singapura.
Berdasarkan rekod tempatan selama 15 tahun, jumlah ini mengatasi kutipan hampir semua filem luar termasuk Hollywood apabila berada
di tangga kedua selepas Transformer 2 yang mencatat kutipan RM1.2 juta pada hari pertama manakala filem Hollywood yang ditayangkan bersama Kongsi, Fast & Furious 5 (Fast Five) hanya mencatat RM800,000.
Ternyata sambutan penonton terhadap filem dijayakan bintang popular, Shaheizy Sam itu terus hebat apabila mencatat kutipan berjumlah RM6.3 juta untuk tayangan Khamis hingga Selasa dan diramalkan mencecah RM7 juta dalam tempoh seminggu.

Produsernya, David Teo berkata, kejayaan ini satu keajaiban dan rezeki dari Tuhan dan sangat gembira kerana kerja keras semua pihak daripada pengarah, penata muzik, penyunting, pengarah fotografi dan pemasaran, membuahkan hasil.
Katanya, kutipan Kongsi paling tinggi pada Sabtu dengan jumlah RM1.4 juta diikuti Ahad (RM1.2 juta) manakala hari Jumaat dan Isnin RM900,000 dan RM700,000.
“Ini satu kejayaan besar bagi filem tempatan kerana kini setaraf dengan kutipan filem Hollywood sekali gus menjadi bukti filem Melayu mampu menarik perhatian penonton dan bangkit di bumi sendiri.
“Saya bangga kerana semuanya memainkan peranan dengan baik dan berkesan.
“Begitu juga bahagian R&D (penyelidikan dan pembangunan) yang melakukan penyelidikan mengenai selera penonton, turut membawa kejayaan kepada filem ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Kata David, dia memulakan promosi Kongsi dari awal iaitu enam bulan sebelum tayangan dengan menayangkan trailer selama 60 saat melalui Youtube dan ia ditonton lebih 800,000.
“Sambutan hangat ini membuatkan pihak panggung memberi perhatian kepada filem ini dan kerjasama yang cukup baik ini membuatkan saya tidak teragak-agak membuat 100 salinan untuk filem ini,” katanya.
Mengenai nasib Kongsi apabila Nur Kasih The Movie ditayangkan hari ini, David tidak bimbang kerana kedua-dua filem berkenaan mempunyai genre berbeza.
Kongsi arahan Farid Kamil genre komedi aksi manakala Nur Kasih arahan Kabir Bhatia genre drama.
Faces of Footballers
Saya ingin kongsikan lakaran beberapa bintang bola sepak dunia. Karikatur ini dilukis oleh Sakiroo Choi, pereka karakter dari Korea Selatan. Menarik bukan.....

Cristiano Ronaldo

Didier Drogba

Lionel Messi

Lukas Podolski

Wayne Rooney

Ryan Giggs

Ronaldinho

Park Ji-Sung

Steven Gerrard
Fernando Torres
picture credit to singgit.com
Mc Chicken Free.....Only 4 Today
Hari ni aku bermurah hati nak bagi korang Burger McChicken Percuma. haha... macamla MCD tu aku punya. Sebenarnya aku nak share ngan korang kupon istimewa ni. Buy 1 FREE 1. Maknanya korang beli sebijik burger McChicken, korang akan dapat percuma lagi sebijik. Ayuh kita ke McD sebelum kul 12malam ni.
Kalau korang memang nak free jugak... korang print kupon ni. Pastu korang g mcD, tunggu je kat kaunter. Kalau korang nampak ada org order McChicken, korang hulurkanla kupon ni. So, korang dh dapat free McChicken. Selamat mencuba...
List Membersihkan Rumah Selama 30 Minit
Salam blogger semua,
Agak lama saya tidak berblogging kerana terlalu membusykan diri dengan kerja2 di pejabat. Sampaikan saya tiada masa untuk pergi bercuti bersama keluarga. Tapi dalam perancangan telah ada beberapa destinasi menarik yang ingin dikunjungi. Hopefully I have much time to spent with my family for a holiday.
But before that why not I spent time with my family to bersihkan rumah this weekend. Di sini saya notekan beberapa senarai penting, my priority semasa proses pembersihan dan kemasan (wife I, bab-bab kemas nie memang dia suka)
For ur info, membuat senarai kerja pembersihan rumah pada hari minggu adalah langkah bijak. Kerana ini, dapat membantu anda untuk memastikan yang rumah anda sentiasa bersih, kemas dan selesa untuk tetamu yang tidak disangkakan akan hadir. Apatah lagi anda perlu fikir strategi yang sesuai untuk memudahkan anda mengemas selama 30 minit sehari.
Bukan sahaja dapat elakkan anda malu kepada rakan anda tetapi ia juga dapat membuat anda merasa selesa ketika berada dirumah sendiri. Tugas ini memerlukan anda meluangkan masa selama 30 minit sehari untuk memenuhi tugas pembersihan, jika anda mempunyai beberapa orang ahli didalam keluarga anda ia lebih baik daripada melakukan seseorang.
Pekerjaan 30 minit sehari ini terlibat didalam membersihkan setiap bilik, melakukan persiapan dan meneruskan kerja kepada bilik yang seterusnya. Bonusnya? anda dapat melakukan ini semua bersesuaian dengan senarai kerja yang telah sedia ada dan memerlukan peralatan yang sudah disiapkan untuk digunakan.
Jadi pastikan perkerjaan ini cuma mengambil 30 minit dan kesemuanya perlulah dilakukan secara berkumpulan :-

- Bersihkan semua tingkap, cermin atau barang-barang yang mengunakan cermin.
- Bersihkan bilik, bilik mandi, sinki, dan jangan lupa tandas anda sekali.
- Dapur, barang-barang masak perlulah disusun rapi dan diletakkan di tempat yang sesuai. Perkara ini haruslah dilakukan setiap minggu, sebab ini adalah tempat anda memasak.
- Kalau boleh, tukarkan cadar, selimut dan tuala anda dan pastikan dibersihkan.
- Bersihkan habuk di permukaan televisyen, lampu, dan sofa anda.
- Sapu atau gunakan penyedut habuk(vacuum) lantai anda dan jangan lupa untuk mop sekali. Periksa kandang peliharaan anda dan pastikan sentiasa bersih.
- Rehat sepenuhnya. anda telah berjaya membersihkan rumah anda selama 30 minit.