Archive for June 2011

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Taiwan

 http://beritametro.net/wp-content/uploads/2011/06/malaysia-vs-taiwan-2011.jpg

Kita semua masih lagi segar dengan kemenangan skuad Olimpik Malaysia tempoh hari apabila berjaya menumpaskan Pasukan Olimpik Lubnan dengan jaringan 2 - 1.
Tahniah sekali lagi pada pasukan negara kerana berjaya menundukkan pasukan Piala Dunia Taiwan dengan jaringan 2 - 1. Semoga pasukan negara membawa semangat yang tinggi pada perlawanan kedua di Taiwan nanti. Berikut adalah ulasan yang sepanjang perlawanan berlangsung.
Ulasan separuh masa pertama:
Pada minit 15 pertama, malaysia agak lemah, Taiwan agak garang membuat beberapa percubaan yang agak merbahaya. Mereka menyedari Malaysia sukar untuk ditembusi. Mereka ada banyak percubaan dari luar kotak penalti sebanyak 4 kali. Malaysia agak kaku, tak mendapat rentak dalam permainan.
Taiwan, banyak juga membuat serangan dibahagian kiri,  pasukan ini lebih menguasai bola. Membuat percubaan yang agak merbahaya.
Sentuhan Safee Sali agak hambar, keserasian diantara pemain dan juga mungkin disebabkan sudah lama tidak digandingkan, membantutkan serangan yang agak tak menjadi.
Hinggalah minit ke 28, Safiq rahim memecah kebuntuan, hasil gandingan bola dari Safee Sali dan juga gunalan. Sepakan lencong kencang , menjadikan bola itu masuk ke gawang yang menjadi. Ruang yang agak sukar.
Malaysia terus mendapat peluang selepas itu, namun masih juga buntu untuk menghasilkan gol. Dalam pada itu juga, Taiwan juga ada sekali sekala membuat serangan secara rahsia.

Ulasan separuh masa kedua:
Kedudukan agak selesa pada minit ke 55, apabila Aidil Zafuan menaringkan gol kedua, buat malaysia. Namun, dilihat ,rentak serangan agak mula tak berapa menjadi. Hinggalah pada minit ke 77, kita leka dibahagian pertahanan tidak menjaga dengan baik. Tiada siapa yang mengejar pemain Taiwan.
Menyebabkan Taiwan mula garang, dan mendapat semangat kembali. Taiwan juga hampir-hampir menjaringkan gol penyamaan. Malaysia memang ada  banyak peluang  yang disia-siakan Tetapi agak mengecewakan semua percubaan, tidak disempurnakan dengan sebaiknya.
Mengharapkan permainan pusingan ke 2 di Taiwan dengan kebolehan yang ada. Dan juga bekalan, yang perlu ada ialah disiplin. Focus, dengan kepercayaan dan semangat juang yang tinggi.
Biarpun kelebihan 2-1. Ini sedikit tekanan, buat malaysia perlu bekerja keras di tempat lawan pula. Walaubagaimanapun tahniah buat pasukan Malaysia kerana telah sampai ke tahap ini.
Go Harimau Malaya.........


credit to zikrihusaini.com for ulasan
30 June 2011
Posted by Unknown
Tag :

Amalan & Peristiwa Israk dan Mikraj


Bulan Rejab merupakan bulan Allah yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada umat-Nya. Pintu rahmat terbuka luas untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas yang perlu dikerjakan dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Malam 27 Rejab

Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.

Amalan Malam Rejab

  1. Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.
  2. Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.
  3. Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..
  4. Berdoa.
  5. Memohon keampunan diri dan ibu bapa.
  6. Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.
Banyak lagi ganjaran yang Allah beri jika umat Islam beribadat sepanjang Rejab. Berpuasa sunat adalah antaranya. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj.
Sayyidatina Aishah berkata bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: “Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Mereka tetap kenyang tanpa berasa lapar dan tidak pula haus.”

Peristiwa Penting

Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab, antaranya:
  1. Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  2. Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.
  3. Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW.
  4. Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.
  5. Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)

Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah di“Israk”kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di“Mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.

Semuanya berlaku dalam satu malam sahaja. Perjalanan ini disebutkan Allah di dalam Al-Quran menerusi firman-Nya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”    (Surah Al Israa’: 1)
29 June 2011
Posted by Unknown

Remaja Dari Alor Gajah Menang Cipta Logo Filem Transformer


ALOR GAJAH: Seorang pelajar Malaysia muncul sebagai pemenang utama dalam peraduan "Iridescent Artwork" iaitu mencipta logo bagi edisi kelima siri filem blockbuster Hollywood - "Transformer".
Wan Muhammad Hazzim Wan Muhammad Zulkifli, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Dol Said di sini berjaya menewaskan peserta dari seluruh dunia menerusi pertandingan tersebut.

"Saya tidak menyangka kerana ia kemenangan pertama saya lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa bagi mencipta logo bersempena jelajah konsert Linkin Park di Moscow bermula Jumaat lepas," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Saujana Heights, di sini, petang Isnin.
Beliau berkata, logo tersebut adalah sebagai latarbelakang 'soundtrack' filem "Transformers: Dark Of The Moon" yang dinyanyikan oleh kumpulan antarabangsa itu.

Katanya, proses menyiapkan logo tersebut hanya memakan masa selama setengah hari dan kemenangan itu merupakan satu kebanggaan bagi diri dan keluarganya.
Wan Muhammad Hazzim yang bercita-cita untuk menjadi seorang pereka animasi sememangnya meminati siri Transformers dan menjadikan minat beliau sebagai inspirasi mereka logo itu, katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui hadiah yang bakal dimenanginya kerana belum dihubungi oleh penganjur bagi ganjaran itu.

"Saya mengetahui kemenangan saya menerusi e-mel dan facebook," katanya remaja bongsu dari dua adik-beradik itu yang bagaimanapun kurang mengemari muzik kumpulan Linkin Park.
Bagi ibunya, Zaharah Ramli 48, pensyarah dalam bidang seni reka grafik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, sememangnya menyokong minat dan cita-cita anaknya dalam bidang yang diminati.
"Saya sekeluarga rasa bangga di atas pencapaian Hazzim," katanya.

Filem Transformers arahan Michael Bay itu bakal menemui penonton tidak lama lagi dan ianya sekaligus meletakkan nama anak Malaysia sebagai salah seorang individu yang terlibat.
Hasil logo tersebut akan dibawa bersama sepanjang siri konsert jelajah Linkin Park di Moscow sebagai latar kepada 'soundtrack' konsert tersebut. - BERNAMA
27 June 2011
Posted by Unknown
Tag : ,

"The Ark" Hotel Terapung Berasaskan Bahtera Nabi Nuh

foto

Bahtera Nabi Nuh baru kini dibangunkan oleh para arkitek Rusia. Kali ini, bahteranya berbentuk dan bercirikan hotel yang dinamakan "Ark Hotel". Bahtera yang bercirikan hotel ini, dalam konsep yang ditayangkan pada Isnin (10/1/2011), dibina untuk mengatasi bencana banjir akibat kenaikan pemukaan air laut.

foto

Ketika bencana banjir terjadi, hotel ini boleh terapung di air laut sehingga mampu menyelamatkan manusia yang berada didalamnya. Dalam keadaan tersebut, hotel yang direka berbentuk kulit kerang ini juga masih mampu membekalkan tenaga kepada penghuninya kerana dibahagian dalamnya ditanam pokok yang kehijauan.

foto


foto

Selain mengatasi banjir, hotel ini juga dikatakan tahan gempa. Para arkitek yang merekabentuknya mengatakan, rangka dan design hotel mampu menyeimbangkankan berat secara merata sehingga mampu menjamin penduduk dari bencana gempa bumi yang mungkin terjadi.

foto


foto

Hotel ini juga memiliki panel suria dan penampung air hujan yang akan memberikan tenaga dan air secara semulajadi. Bahagian dalam hotel dilengkapi dengan tumbuhan hijau yang selain memberikan kualiti udara yang baik juga mampu menjadi sumber bahan alternatif.

foto

Rekaan luar hotel dibuat dari bahan yang transparent untuk memastikan cahaya mencukupi. Kontrol penyebaran cahaya dilakukan dengan adanya filter di bahagian dalam ruangan. Sementara, sebuah lapisan khusus juga digunakan untuk memastikan kualiti cahaya yang masuk ruangan adalah mencukupi.

foto


foto

Hotel ini akan dibina oleh firma arkitektur Remistudio Rusia dan International Union of Architect. Alexander Remizow dari Remistudio mengatakan, "Hotel ini dibina sebagai cabaran yang ada saat ini. Dibina untuk menyokong sistem kehidupan yang independen."

foto


foto

Cabaran yang dimaksud antaranya adalah keperluan keselamatan dan perlindungan dari kesan perubahan iklim serta keadaan alam sekitar yang extreme. Selain itu juga akan menjadi penyelesai keperluan perlindungan dari aktiviti manusia yang merosakkan.

foto


foto

Untuk membina sistem kehidupan yang independen, Remistudio mengatakan, "Semua tanaman telah dipilih berdasarkan kesesuaian, efisiensi dalam mengatur pencahayaan dan kemampuan dalam memproduksi oksigen. Atap yang transparan mebuat tanaman mampu mendapatkan cahaya yang cukup."

ps: terbaca di akhbar Kosmo dan rasa amat menarik untuk dikongsikan dgn semua.
Posted by Unknown

Wordless Wednesday



 Pictures describe a thousand words.
22 June 2011
Posted by Unknown

Funny Little Penguin


Mesti korang rasa kelakarkan tengok kereta nie. Untuk makluman kereta yang di panggil 'little penguin' ini baru sahaja dilancarkan oleh syarikat pengeluar kereta nasional India, TATA Motors. Mereka telah melancarkan dua model yang comel gitu iaitu Tata Ace Zip dan Magic Iris. But for me with both look soft toy cute (to me at least) with their wide open eyes and odd proportions. Eyelashes will work well here, don’t you think? He3.


Wait, it gets funnier.Bagi Model Magic Iris, is described as a four-wheel, 3-4 seater small passenger carrier, a good alternative to those three-wheelers that are popular in India or Turk Turk in Thai. The pick-up bodied Ace Zip on the other hand, is described by the press release as a 600-kg micro truck “for deep-penetration goods movement”. By the way, this is not Google Translate playing tricks, the release is in English. Deep penetration goods movement, I like!

Kedua-duanya dikuasakan oleh enjin berkapasiti 611 cc, water cooled engine with 11 hp and 31 Nm of torque. Menggunakan rim 12 inch. No performance figures are given, but Ace Zip boleh memuatkan sehingga 600 kg. Turning radius is a small 3.5 metres. The body is all steel, including the hard top and double steel sheet doors on the Magic Iris.
Harga atas jalan bagi Magic Iris ialah Rs 1.95 lakh (about RM13,000) manakala Ace Zip costs Rs 1.90 lakh. They come with a warranty of 36,000 km or 12 months. 

artikel asal - paultan.org
Posted by Unknown

Perodua Myvi Elegance 2011

Myvi Elegance 3 Perodua Myvi Elegance   spesifikasi dan harga
Malam tadi merupakan penamat kepada penantian terhadap model kompak generasi terbaharu Perodua Myvi, dilancarkan pada jam 9.00 malam oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putra World Trade Centre (PWTC).
Kesemua model terbaru Myvi 2011 dilengkapi enjin 1.3 liter, di mana enjin 1.0 liter telah digugurkan dari senarai. Antara faktor kenapa Perodua tidak lagi menawarkan Myvi 1.0 liter ialah sambutan dan minat yang kurang dari pembeli, terutamanya disebabkan pengurangan kuasa enjin yang ketara berbanding model 1.3, selain tahap penggunaan petrol yang kurang efisien.
Perodua Myvi Elegance merupakan varian dengan spesifikasi paling tinggi berbanding dua varian lain iaitu Premium dan Standard. Ukur panjang Myvi baru ini 3765mm, lebar 1665mm dan tinggi 1545mm.  Jarak titik rodanya pula sepanjang 2440mm. Berat kering (kerb weight) Myvi Elegance bagi versi SXE (manual) ialah 975kg manakala versi EZE (automatik) ialah 985kg, perbezaan sebanyak 10kg.
Myvi Elegance 1 Perodua Myvi Elegance   spesifikasi dan harga
Beralih ke bahagian teknikal yang agak kontroversi, ramai yang salah faham apabila menyangka Perodua Myvi baharu menggunakan enjin baru seperti Daihatsu Boon 2010 atau Toyota Passo 2010. Hakikatnya Perodua Myvi generasi kedua ini masih menggunakan enjin lama dengan kod K3-VE, DOHC 16 Valve dengan sistem DVVT. Kuasa kuda yang dihasilkan sebanyak 90hp@6,000rpm dan tork maksimum terhasil pada angka 117Nm@4,400rpm. Sistem transmisi kekal serupa, manual 5 kelajuan dan automatik 4 kelajuan.

Enjin lama dengan sistem Electronic Fuel Injection (EFI) ini sebenarnya masih lagi bagus, di mana menurut Perodua tahap ekonomi bahan apinya adalah lebih menjimatkan berbanding model Myvi sebelumnya. Semua itu disumbangkan oleh faktor rekabentuk Myvi baru yang lebih aerodinamik dan bersaiz lebih kompak. Kapasiti tangki minyak pula boleh diisi maksimum 40 liter, lebih dari cukup untuk perjalanan yang agak jauh.

Sistem brek tiada sebarang perubahan, masih mengekalkan brek cakera di depan dan brek drum di belakang. Cuma saya berharap tahap pemberhentian Perodua Myvi baharu ini terutamanya untuk versi high-line Elegance, daya cengkaman breknya lebih baik dan streng tidak akan bergegar apabila dibrek dengan kuat dan secara tiba-tiba. Sistem suspensi seperti yang ditulis di dalam brochure adalah seperti berikut ; Front – MacPherson Strut with coil spring; Rear – Torsion Beam with coil spring. Apa pun, saya merasa selesa dengan Myvi lama, jadi sudah pasti Myvi Elegance akan memberikan perasaan yang sama (atau mungkin lebih baik).
Myvi Elegance 2 Perodua Myvi Elegance   spesifikasi dan harga
Masih lagi di bahagian luaran (exterior), antara perubahan utama yang dapat dikesan sekilas pandang ialah lampu utama di depan. Kali ini lampu utama dilengkapi lampu jenis projektor dan rekabentuknya bagi saya sangat menarik dan sporty. Ianya juga tersedia lampu kabus di bahagian bampar di bawah lampu utama. Cermin sisi menampilkan teknologi terbaru untuk model Myvi, apabila ia kini boleh dilipat secara elektronik, juga tersedia lampu isyarat untuk membelok.
Antara yang terbaru pada Myvi Elegance ini merupakan pemasangan lapisan penebat haba (tinted film) untuk semua cermin. Menurut Perodua, ianya memberikan perlindungan dari sinar Infra Red, Visible Light (VL) dan Ultra Violet (UV) dengan berkesan, di samping memberikan lebih perlindungan dan suasana di dalam kabin lebih nyaman.

Antara ciri-ciri lain di bahagian luaran Perodua Myvi Elegance seperti pemegang pintu di bahagian luar dengan warna krom, spoiler belakang bergaya, kombinasi lampu belakang menarik dengan rekaan baru, skirting depan, tepi dan belakang, ‘side door moulding’ di sisi pintu, dan tiang pillar diwarnakan hitam untuk gaya lebih sporty. Tidak dilupakan rim aloi bersaiz 14 inci disaluti tayar dari siri 175/65 R14. Bagi saya bahagian luaran Myvi Elegance sangat bergaya, sporty dan menampilkan ciri-ciri lebih maskulin.
Myvi Elegance 7 Perodua Myvi Elegance   spesifikasi dan harga
Menyentuh bahagian dalam (interior) seperti mana yang diwar-warkan oleh Perodua sebagai ciri utama yang bakal menarik minat pembeli, papan pemuka kini berwajah baru dengan rekaan lebih menarik dan mempunyai dua tona warna. Versi automatik memperlihatkan tuil gear diletakkan pada posisi di papan pemuka dan dilengkapi butang pelepasan dan kunci (Dash-mounted Gear Shift & Shift Lock Release Button).

Kedudukan tuil gear bagi versi manual masih sama seperti model Myvi lama, namun apa yang saya rasa agak ‘kurang’ ialah apabila ruang kosong di bahagian gear untuk versi automatik telah dikosongkan untuk versi manual. Bagi saya adalah lebih ‘cantik’ jika ruang tersebut ditutup sepenuhnya, atau diisi dengan peralatan lain. Mungkin Perodua ada sebab-sebab tertentu, atau ruang kosong itu sendiri ada fungsinya yang tersendiri.

Bahagian paling menarik sudah pastinya di bahagian meter dengan gaya baru hasil kombinasi meter optitron dengan kesan 3D. Warna biru kehijauan yang dipaparkan terang terasa amat sesuai sekali bagi meninggalkan kesan pandangan yang menyenangkan, terutamanya apabila memandu di waktu malam. Nasib baik Perodua tidak melakukan uji kaji dengan meletakkan meter speedometer di tengah-tengah papan pemuka seperti Toyota Vios, jadi posisi dan rekaan konsol tengah kali ini bagi saya lebih menarik berbanding model Myvi terdahulu.
Myvi Elegance interior Perodua Myvi Elegance   spesifikasi dan harga
Antara ciri-ciri menarik dan terbaru di bahagian meter kali ini ialah terdapat penunjuk jumlah baki petrol dan berapa jauh perjalanan boleh dilakukan dengan baki petrol tersebut, sesuatu yang amat berguna untuk pemandu. Pemegang pintu di bahagian dalam yang digunakan untuk membuka pintu menampilkan citarasa mewah, disaluti krom dan bahagian perehat tangan diberikan kesan ‘carbon fibre’.

Perodua Myvi Elegance dilengkapi kusyen berbalut kulit, menampilkan citarasa premium dan keselesaan pada tahap maksimum untuk pemandu dan penumpang di dalamnya. Beg udara (airbag) dibekalkan standard bagi semua jenis varian untuk pemandu dan penumpang depan. Suis power window untuk keempat-empat cermin juga merupakan peralatan standard, dan apa yang saya harapkan kali ini ianya lebih berkualiti dan tidak mudah rosak. Perodua Myvi versi 2005-2010 sangat ‘familiar’ dengan kerosakan suis di setiap bahagian pintu, termasuk suis utama berdekatan pemandu.
Myvi Elegance 5 Perodua Myvi Elegance   spesifikasi dan harga
Selain itu, Perodua Myvi versi Elegance ini turut menampilkan kelainan apabila tampil buat pertama kali dengan panel skrin sesentuh multimedia pelbagai fungsi bersaiz 6 inci dengan keupayaan sistem GPS terbina dalam, pemain DVD, Bluetooth dengan fungsi bebas tangan, teknologi SRS, TruBASS dan FOCUS serta mempunyai port penyambungan USB yang begitu popular ketika ini. Merujuk kepada brochure, karpet di bahagian lantai turut tidak dilupakan Perodua apabila tampil dengan rekaan eksklusif. Di bahagian pemandu, karpet tersebut disediakan dua skru untuk mengunci karpet tersebut agar ianya tidak beralih dari kedudukan asalnya, memang bijak.

Ciri baru lain seperti pengendalian pemanduan yang kini dibantu dengan teknologi ‘Electric Power Steering’ (EPS), yang mana teknologi tersebut membantu pengendalian dengan lebih cemerlang dan stabil pada kelajuan tinggi. Apa yang saya faham, pada kelajuan tinggi, stereng tidak akan bergegar, menjadi lebih berat dan membantu kereta menjadi lebih stabil, seterusnya menjadikan pemanduan lebih selesa dan menyeronokkan.
Myvi Elegance 6 Perodua Myvi Elegance   spesifikasi dan harga
Untuk bahagian keselamatan, Perodua myvi Elegance tampil dengan sistem ABS (Anti-Skid Braking System) bersama EBD (Electronic Brake-force Distribution) dan BA (Brake Assist). Ianya turut dilengkapi sistem anti pencuri apabila dipasang standard sistem penggera dan immobiliser. Selain itu di bahagian dalam, terdapat sistem ‘ISOFIX child restraint’ untuk keselamatan kanak-kanak.

Untuk makluman anda, ruang bagasi dibelakang untuk model Perodua Myvi 2011 kini hanya seluas 208 liter berbanding 225 liter untuk Myvi lama, bermakna pengurangan ruang simpanan barang-barang sehingga 17 liter. Menurut Perodua, perubahan tersebut disebabkan oleh apa yang dikatakan Perodua sebagai “increased couple distance (front to rear) and thicker padding for the rear seats”.

Perodua Myvi Elegance tersedia tiga jenis warna sama ada solid atau metalik, antaranya Mystical Purple (metalik), Ebony Black (metalik), dan Ivory White (solid). Namun jika anda berminat dengan warna Mystical Puple yang menawan itu, anda perlu menunggunya sehingga bulan Ogos depan, buat masa sekarang warna tersebut masih belum dikeluarkan. 
Myvi Elegance 4 Perodua Myvi Elegance   spesifikasi dan harga
Harga paling terbaru untuk Perodua Myvi Elegance seperti berikut ;
1) Perodua Myvi Elegance SXE (M) Solid – RM53,900.00
2) Perodua Myvi Elegance SXE (M) Metalik – RM54,400.00
3) Perodua Myvi Elegance EZE (A) Solid – RM56,900.00
4) Perodua Myvi Elegance EZE (A) Metalik – RM57,400.00

Jika berminat, apa yang perlu anda lakukan kini hanyalah dengan mengatur langkah pertama menuju ke bilik pameran Perodua esok. Majlis pelancaran rasmi Perodua Myvi 2011 baharu sudah selamat disempurnakan oleh TPM di PWTC, esok tiba masanya untuk kita semua melihat dengan lebih dekat pengganti bagi model terlaris 5 tahun berturut-turut itu.

artikel asal : ArenaKereta
17 June 2011
Posted by Unknown

Barbican Bebas Alkohol

Keputusan ujian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebuah makmal swasta di sini mendapati minuman jenama Barbican bebas daripada elemen alkohol. Lepas ni siapa yang terasa nak minum tu, bolehlah minum tanpa perlu rasa was-was lagi.
UJIAN pengesanan halal UKM mendapati produk Barbican bebas daripada elemen alkohol baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Keputusan ujian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebuah makmal swasta di sini mendapati minuman jenama Barbican bebas daripada elemen alkohol.
Pengarah Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Al Yateem berkata, laporan itu diterima pada 7 Jun selepas syarikat itu menghantar sampel minuman edaran pihaknya ke UKM pada 1 Jun lalu.
“Perkembangan positif ini membuktikan Barbican bebas alkohol dan selamat diminum oleh pengguna beragama Islam.
“Saya harap orang ramai terutama pengguna yang beragama Islam tidak perlu bimbang lagi untuk meminum Barbican,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Media sebelum ini melaporkan, syarikat tersebut menjadi syarikat kedua selepas Malaysia Iranian Corporation Sdn. Bhd. yang tampil menegaskan bahawa produk edaran mereka bebas alkohol dan boleh diminum oleh pengguna beragama Islam.

credit : KOSMO
16 June 2011
Posted by Unknown

Lebih 20 Laman Web Malaysia di Godam

AnonymousBecause.jpg


Seperti yang dilaporkan pada malam semalam, sejumlah besar halaman web tempatan telah digodam oleh pengodam sepanjang malam lepas. Ianya kelihatan yang mana Yes World menyediakan laporan penuh pengodaman tersebut, dimana ianya dilihat lebih 24 disenaraikan samada digodam ataupun ditutup.

Berikut merupakan senarai penuh halaman yang digodam sepanjang malam semalam:
  1. SabahTourism (http://pastehtml.com/view/ax3mejiup.html)
  2. TourMalaysia (http://tourmalaysia.com.my/)
  3. UiTM Penang (http://penang.uitm.edu.my/)
  4. JBioTech (http://jbiotech.gov.my/admin/)
  5. Ezi2Care – Jabatan Kebajikan Masyarakat (http://ezi2care.jkm.gov.my/)
  6. CIDB (http://www.cidb.gov.my/v6/)
  7. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (http://www.spad.gov.my/)
  8. KRU Studios (http://www.krustudios.com/)
Selain daripada laman-laman web tempatan yang digodam, sejumlah laman web juga dilihat telah DDOS, ataupun telah ditutup oleh pentadbirnya sendiri untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Berikut merupakan antara laman web yang terlibat;
  1. 1Malaysia (http://www.1malaysia.com.my/)
  2. ASEANConnect (http://www.aseanconnect.gov.my/)
  3. Kementerian Pendidikan (http://www.moe.gov.my/)
  4. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (http://www.sprm.gov.my/)
  5. Bomba Malaysia (http://www.bomba.gov.my/)
  6. Parlimen Malaysia (http://www.parlimen.gov.my/)
  7. Kementerian Kerja Raya Malaysia (http://www.kkr.gov.my/)
  8. Treasurey (http://www.treasury.gov.my/)
  9. Malaysian Meteorological Service (http://www.kjc.gov.my/)
  10. Universiti Kebangsaan Malaysia (http://www.ukm.my/)
  11. Jobs Malaysia (http://www.jobsmalaysia.gov.my/)
  12. (http://www.kpkk.gov.my/)
  13. Kementerian Sumber Manusia (http://www.mohr.gov.my/)
  14. Polis Diraja Malaysia (http://www.rmp.gov.my/)
  15. National Sports Council (http://www.nsc.gov.my/)
  16. Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (http://www.kpkk.gov.my/)
Pada masa yang sama, pentadbir GengBlogger.com juga seperti telah mengubah halaman utama laman mereka, serta membawa kepada sebuah halaman khas yang memperlihatkan pelbagai laman-laman blog dibawah mereka.

artikel asal : amanz.my
Posted by Unknown
Tag :

Amazon Kritik Hikayat Merong Mahawangsa

Filem epik hebat (pertama di Malaysia) yang diarahkan Yusry Abdul Halim iaitu Hikayat Merong Mahawangsa dikritik hebat oleh pengulas filem di Amazon.co.uk. Rata-rata pembeli yang membeli DVD filem itu yang bertajuk "Clash of Empires: Battle for Asia" memberikan filem tersebut 1 bintang sahaja.
Filem yang dibintangi Stephen Rahman-Hughes, Dato Rahim Razali, Umie Nazeera, Khir Rahman dan ramai lagi bintang antarabangsa itu diedarkan Metrodome Distribution. Antara komen yang disifatkan agak pedas termasuklah komen dari pembeli yang menggunakan nama "Johnny Ramone" dari Hertfordshire, United Kingdom yang menyatakan filem tersebut "absolute trash". Manakala, "Bob Salter "Captain Spindrift"" dari Wiltshire, England pula memilih filem ini sebagai calon untuk Golden Turkey Awards. (Amazon.co.uk - boleh baca komen-komen kat weblink ni)

Itu antara sebahagian daripada komen-komen pedas yang dilemparkan kepada pembikin filem ini. Namun demikian, di sebalik kata-kata pedas yang dilontarkan, ada pembeli yang menyukai filem ini. Menggunakan nama "Mclovinwithfries", dia menyatakan filem ini menampilkan visual yang mengagumkan selain adegan aksi yang cukup cemerlang. "Mclovinwithfries" memberikan 4 bintang untuk filem ini.

ps : kos produksi untuk filem epik ini tidaklah segah filem2 epik luar yang mencecah beratus juta dollar. kalau kita ada bajet besar macam tu sure kita bleh buat filem yang setanding dengan mereka, mungkin lebih hebat lagi. Whateverlah, we always support industri perfileman Malaysia

credit to http://www.izyan.com/ 
10 June 2011
Posted by Unknown
Tag :

Pemimpin Yang Adil....Renungkanlah

Hijjaz- Pemimpin Yang Adil

Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya

Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama

Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah

Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita

Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini

ps : bukan mudah untuk adil & amanah sebagai pemimpin
Posted by Unknown
Tag :

ASB/ASN Haram !

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:
Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.
 
Komen Ustaz Azhar Idrus dalam facebook

artikel asal : www.islamituindah.my
09 June 2011
Posted by Unknown

Petronas Untung Besar, Dividen RM30 Bilion Kepada Kerajaan

 http://www.divestterror.org/wp-content/uploads/2010/10/800px-petronas_logo-svg.png

KUALA LUMPUR: Petronas melihat perolehan dan keuntungan yang lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang lebih tinggi produk utamanya di celah-celah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh sungguhpun ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Presiden dan Petua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata perolehan meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion.
Keuntungan pracukai meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini.
Syarikat minyak negara itu mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.
Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) untuk tahun itu termasuk keuntungan bersih RM9.2 bilion hasil tawaran awam awal Petronas Chemicals Group Bhd (PCGB) dan Malaysia Marine dan Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB).
Tidak termasuk keuntungan itu, EBITDA meningkat 18.5 peratus, selaras dengan perolehan yang lebih tinggi, kata Shamsul Azhar kepada sidang media di sini.
Pulangan pada hasil bagi tahun itu iaitu 37.5 peratus, sungguhpun kos semakin meningkat, menunjukkan harga yang lebih kukuh dan usaha berterusan kumpulan ke arah keberkesanan operasi.
Harga yang lebih tinggi dan permintaan rancak menyebabkan prestasi yang lebih tinggi bagi semua perniagaan teras, kata naib presiden eksekutif kewangan Petronas Datuk George Ratilal.
"Prestasi Petronas sendiri juga selaras dengan pesaing kami, menunjukkan satu tahun lagi prestasi berdaya tahan kumpulan," katanya.
Beliau berkata perolehan kasar meningkat 12.9 peratus dengan perniagaan hiliran menjadi penyumbang perolehan terbesar pada 42.4 peratus daripada jumlah perolehan kasar.
Tunai daripada operasi adalah RM70.8 bilion berbanding RM56.1 bilion tahun lepas, satu peningkatan 26.2 peratus berikutan perolehan yang lebih baik.
Sejumlah RM34.9 bilion pada perbelanjaan modal digunakan kebanyakannya kepada merancakkan aktiviti eksplorasi dan pengeluaran dan meneruskan usaha-usaha lain.

ps : wang yang banyak jika diurus dengan baik dan amanah oleh pemimpin yang bertanggungjawab, pastinya rakyat akan hidup lebih selesa, tetapi disebabkan ketamakan pemimpin rakyat menjadi mangsa terpaksa menerima padah dengan kenaikan harga barangan keperluan dengan alasan kerajaan banyak menanggung subsidi, padahal rakyat telah banyak membayar cukai kepada kerajaan, semua benda nak dikenakan cukai, termasuklah GST 6% yang telah bermula 1 Januari 2011. Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.
Posted by Unknown

5 Tips Kurangkan Stress

 

Tidak dinafikan, semua orang mengalami tekanan setiap hari bergantung kepada beban dan tanggungjawab yang dipikul…Berikut adalah tips ringkas untuk kurangkan stress:
  1. Tidur Sejenak. Tidur seketika selama 30 – 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stress adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.
  2. Pengurutan. Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda. Jaga-jaga, jangan pikir berlebihan untuk mencari unsur lain bagi pengurutan ini. :)
  3. Berusaha jadi seorang yang kreatif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.
  4. Kerap ketawa. Ketawa boleh menyebabkan stress yang anda hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda. Perlu diingat, jangan berlebihan supaya orang lain tidak salah faham terhadap anda. (ada yang menganggap anda gila atau kurang siuman)
  5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri. Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.
08 June 2011
Posted by Unknown

Filem Mael Lambung Box Office

 
Filem Mael Lambung bakal menggegarkan panggung di seluruh negara dan penerbit yakin filem ini akan menjadi box office.. Pastinya peminat Zizan serta pencinta filem melayu tidak sabar untuk menyaksikan filem arahan sulung Zizan sendiri bersama dengan pasangan Maharaja Lawak nya--Johan.. 
 
Filem ini juga dibintangi oleh Syamsul Yusof yang bakal keluar dengan filem terbarunya KL Gengster pada 9 Jun ini.. Walaubagaimanapun, filem Mael Lambung tidak diketahui bila akan ditayangkan di Malaysia tetapi akan ditayangkan di anugerah Film Cannes terlebih dahulu. Namun filem ini hanya rekaan semata-mata. Jangan marah hah. Aku amik poster nie dari blog yang terpaksa dirahsiakan identitinya (atas permintaan kucing beliau yang comel). Tapi kalau Mamat Khalid nak buat citer ni sure bleh box office. Hu3
03 June 2011
Posted by Unknown
Tag :

TV Alhijrah di Saluran Astro 114

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-P0tUekPYSXhUl5YCPOghnf-3StjXn5Kh8xYQuRepib6omY0OAceLI1oROgTgvmVxijnH-Yf_7ccSeCMshds-uCwKCyto1866uDo-Z8Rq4hueJs76oIYffwz4epPxaV7LMLYStIgnAEA/s1600/tv-alhijrah.jpg


Tahniah Tv al-Hijrah kerana telah mula bersiaran sejak 1 Jun 2011 di ASTRO saluran 114. Berita itu dimaklumkan melalui facebook rasmi TV al-Hijrah yang sudah disertai oleh lebih 16 ribu pengguna facebook. Menurut maklumat itu lagi, walaupun TV al-Hijrah sudah bersiaran di Astro, mereka masih lagi merupakan stesen tv percuma dan sentiasa berusaha untuk meluaskan transmisi.

Dengan kehadiran tv al-Hijrah di Astro ini harapannya akan lebih meluaskan lagi misi dakwah melalui penyiaran televisyen. Para penggiat seni juga boleh beralih arah menuju seni yang selaras dengan ajaran Islam, begitu juga kepada penonton mempunyai pilihan yang lebih baik selain daripada saluran-saluran yang lain. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Posted by Unknown

For The Rest Of My Life ( Malay Version ) – Maher Zain

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyu22ea5gHKwNj7J4mvEqgzrMI7RnnUtubOKzLBhpRDoG_RuBp9hbB53B1jU15r2I4UDxFj3Tpx1W6KKyd27-zCxLc1y6dfo2WJURz_CokFWJWQ21Oq6fMOCCvlDGo5ahqbAoi7bSgE8Wr/s1600/Maher-Zain1.jpg
Kali pertama dengar terus jatuh cinta dengan lagu nie.....lirik yang disampaikan dalam lagu nie cukup mendalam dan menyentuh hati. Not bad jugak Maher Zain bawak lagu ni dalam Bahasa Melayu......2nd song after Insyaallah.
For The Rest Of My Life ( Malay Version ) – Maher Zain

Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku

Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan s’lamanya
Aku milikmu
Yakini hatiku

Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan s’luruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku

Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan s’lamanya
Aku milikmu
Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi

Untuk download klik sini Maher Zain - Sepanjang Hidup

credit to www.izwanyusof.com for downlaod link
02 June 2011
Posted by Unknown

Nera AF9 - Hatimu Milikmu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiM_Z_xQSkrb7AhsezIHjISCn10SMMqpkav-XWxlfes9PNSH7j7mO0W5XaGI78eRGYNPEc7x9vdD9ha2atmnpAyhLpez1HyT96eaM8WnwILka8N-sTb4w4ZHhVN0Rg4urswHR9R_H4cels/s1600/nera-af9.jpg 

Biodata Nera AF9
Nama Sebenar : Queennera Francine Francis Kitingon   
Umur: 19 tahun
Asal: Sabah


Lirik Lagu Hatimu Milikmu - Nera AF9

Pernahkah engkau hargai
cintaku yang sejati
pernahkah engkau mengerti
akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
memberiku sejuta pilu
betapa agungnya asmaramu
membuatku terpaku

Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Kan kuabadikan dikau
suatu kenangan yang manis
yang tak mungkin aku lupa
untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
dapat jadi yang terindah
di dalam hidupku ini

chorus:
Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Korus
Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku ini
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Aku coretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
agar jadi yang terindah
dalam hidupku ini

Download
Nera AF9 - Hatimu Milikmu.mp3 | mediafire | 4shared
Posted by Unknown

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -