Archive for July 2011

Tarikh dan Tempat Lihat Anak Bulan Ramadhan 1432H

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi tahun 1432 Hirah/2011 Masihi bagi menentukan tarikh permulaan puasa bagi seluruh umat Islam di seluruh Malaysia ditetapkan pada petang Ahad, 31 Julai 2011 bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.


Kenyataan dari Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah :
  1. Pontian Kecil, Johor
  2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka
  3. Teluk Kemang, Negeri Sembilan
  4. Bukit Melawati, Selangor
  5. Pulau Angsa, Selangor
  6. Bukit Jugra, Selangor
  7. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor
  8. Pantai Pasir Panjang, Perak
  9. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
  10. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah
  11. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah
  12. Menara Alor Setar, Kedah
  13. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu
  14. Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu
  15. Pulau Perhentian, Terengganu
  16. Balai Cerap KUSZA, Setiu, Terengganu
  17. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
  18. Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai, Kelantan
  19. Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu, Kelantan
  20. Tanjung Lubang, Miri, Sarawak
  21. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
  22. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak
  23. Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah
  24. Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Pahang
  25. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang
  26. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang
  27. Menara Universiti Malaysia Sabah, Labuan
  28. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
  29. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
  30. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.
26 July 2011
Posted by Unknown

GAMBAR DUIT SYILING BARU

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baharu sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan hari ini oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam dominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Siri duit syiling baru ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.

Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.
Posted by Unknown

Suhaila Dedah Rahsia Bersengketa Dengan Jimmy Shanley


PETALING JAYA: Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.

"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.

"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.

Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.
Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.
"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.

 
Suhaila akhirnya "membuka mulut" kenapa dia enggan bersuamikan Jimmy.
“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.
"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.

Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.
Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.

"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.
"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya.

Jimmy dan Suhaila hanya mengecapi kebahagian selama 10 hari perkahwinan mereka.
Sementara itu Jimmy yang dihubungi mStar Online bagi mendapatkan reaksi ke atas dakwaan-dakwaan yang dibuat isterinya itu tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila.

Tetapi katanya, dia berbuat demikian kerana isterinya telah mengingkari nasihatnya.
Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu.
"Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,” ujar Jimmy.

Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.
Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.

Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.
"Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy.

Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.
Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.
Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.

Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.
Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu. Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.

by mstar online
Posted by Unknown
Tag : ,

Tak Bertudung vs Bertudung


Salam semua, korang dah baca statement kat atas nie kan. Actually this is fake facebook wall.
Saya ambil entry nie di blog Bard Bahtiar masa tengah google tadi.

Apa yang dipaparkan bukanlah untuk menyakitkan hati mana2 pihak, ianya hanyalah sekadar renungan dan nasihat kepada kita agar menjaga tingkahlaku, adab dan aurat yang jelas telah di sebut dalam Hadis berikut : -

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا


Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda : 2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga.Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. 
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka. Hadith ini adalah hadith sahih. Wassalam


http://www.bardbahtiar.com
25 July 2011
Posted by Unknown
Tag :

Ranking Universiti Malaysia 2011

Kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda ranking terbaru universiti bagi tahun 2011 di Malaysia. Rasanya ramai diantara anda yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat univesiti pada September nanti.


Jadi, sedikit sebanyak, anda dapat mengetahui mengenai kedudukan universiti yang anda bakal menjadi tempat pembelajaran anda selama 3 atau 5 tahun selepas ini.Berikut dibawah adalah senarai Top 50 universiti terbaik di Malaysia.
  1. Universiti Sains Malaysia
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. University of Malaya
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi Mara
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. Taylor’s University College
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. Universiti Malaysia Terengganu
  24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. Universiti Tun Abdul Razak
  26. Monash University Malaysia
  27. Universiti Industri Selangor
  28. Wawasan Open University
  29. UCSI University
  30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  31. Asia Pacific Institute of Information Technology
  32. International Medical University
  33. Help University College
  34. Tunku Abdul Rahman College
  35. Al Madinah International University
  36. Universiti Kuala Lumpur
  37. National Defence University of Malaysia
  38. Segi College
  39. Universiti Sultan Zainal Abidin
  40. Universiti Malaysia Kelantan
  41. Limkokwing University of Creative Technology
  42. KDU College
  43. Selangor International Islamic University College
  44. Sunway University College
  45. Malaysia Theological Seminary
  46. Malaysia University of Science & Technology
  47. Olympia College Malaysia
  48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  49. Malaysian Institute of Management
  50. University of Malaya Medical Center
Kedudukan ranking universiti di mana tempat saya bekerja telah naik dan lebih baik dari UPSI. Walau dimanapun kedudukan ranking universiti anda,apa yang penting, adalah ilmu yang anda belajar. Ranking sesuatu universiti hanyalah satu faktor.Bagaimana anda mengaplikasi ilmu yang anda pelajari, adalah lebih penting.

diedit dr artikel http://beritasemasa.com/
22 July 2011
Posted by Unknown

Ilusi Mind-Bending Kerusi Biru

 Nampak macam kerusi biru yang banyak tapi sebenarnya..


Arkitek Jepun Yoichi Yamamoto mencipta illusi mind-bending ini
yang hanya boleh dilihat dengan baik sekiranya seseorang itu berdiri pada kedudukan yang tepat.


Ianya dilihat disebuah butik bernama Issey Miyake di bandaraya Tokyo.


20 July 2011
Posted by Unknown

#Wordless Wednesday#

 http://1.bp.blogspot.com/-Atu1Vy3x424/Th8TD9AkaSI/AAAAAAAABkE/xgQDmJ1qB7k/s1600/264769_10150381898049572_331481044571_10253013_1992863_n.jpg

Kelantan besar mana, Melaka sekangkang 'kera' jer.....Korang nilai la sendiri

Posted by Unknown

VIRUS BARU DIFACEBOOK ! Saya Juga Telah DiSerang

YouTube Virus Supposedly Spreading on FaceBook; Trojan Worm to Plague Your Computer

Saya yakin semua blogger mempunyai akaun facebook. Mungkin ramai juga dah tahu mengenai virus atau mungkin hacker sedang beroperasi menggodam akaun facebook sesiapa saja yang menjadi mangsanya. Penggodam ini menggunakan cara yang amat mudah dan tanpa disedari pemilik facebook akan terkena virus tersebut.

Ikuti apa yang dilakukan oleh penggodam kepada akaun facebook anda.


PENERANGAN

1. virus tersebut tersebar melalui chat box/IM anda dimana dia bermula dengan
chat kepada anda melalui chat box milik rakan yang menjadi member anda....jadi anda rasakan umpama rakan anda yang menegur anda.

"hi. how are you?"


2. kemudian korang reply pd chat tersebut , dia akan hantar


"Wanna laugh? :)"


3. selepas korang reply , dia akan menghantar kan


"It is you on the video ?)) want to see?)"


4. then lepas tu , dia akan hantar

satu LINK ..... link tu laa VIRUS ^_^(biasanya hanya link bernombor sahaja yang dihantar kepada anda.

Kami mohon agar anda jangan klik link tersebut.Sekiranya anda klik link tersebut kemudian selepas anda log out akaun facebook anda tidak akan dapat login kembali akaun facebook anda.
S
Saya telah diserang dengan virus tersebut beberapa hari lepas....semalam bila saya kembali ke ofis baru boleh login semula. Pastikan anda tukar password account anda supaya lebih selamat.

Moga memberi menafaat kepada anda semua. Terima kasih
19 July 2011
Posted by Unknown

Jersi 3rd Kit Baru Liverpool Musim 2011/2012

Jersi 3rd Kit Baru Liverpool Musim 2011/2012
Jersi-jersi Liverpool musim 2011/2012
Jersi Liverpool ke-3 musim 2011/2012
Kini Jersi Liverpool ke-3 (3rd kit) 2011/2012 di pertontonkan kepada umum. Jersi berwarna campuran putih, cyan dan hitam yang diilhamkan dari jersi pertama Liverpool. Jersi ini telah dilancarkan secara rasmi pada Julai 14. pada tahun 1892 yang berwarna putih dan biru dan di’moden’kan tetapi masih memberi nostalgia terdahulu
Jersi Liverpool ke-3 musim 2011/2012
Steven Gerrard
Jersi Liverpool ke-3 musim 2011/2012
Andy Carroll
Jersi Liverpool ke-3 musim 2011/2012
Dirk Kuyt
Jersi Liverpool ke-3 musim 2011/2012
Luis Suarez
Jersi Liverpool ke-3 musim 2011/2012
Jamie Carragher
Hmm Blue? for me looks really jambu.....but for sure i will get it one for my collection.
You'll Never Walk Alone
15 July 2011
Posted by Unknown

Gambar Malaysia's Liverpool Supporters

Liverpool have arrived in Malaysia for the second leg of their Asia tour and Kenny Dalglish and his side were greeted by an incredible welcome.
The Liverpool supporters in Kuala Lumpur were outside the team hotel patiently waiting for their heroes to touch down and here are some great pictures of the wonderful scenes.

14 July 2011
Posted by Unknown

Liverpool FC Tiba Di Malaysia


Kelab gergasi bola sepak England, Liverpool FC tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini dari Guangzhou, China pukul 4.25 pagi ini untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Harimau Malaya Sabtu ini.

Sejurus tiba di KLIA pemain-pemain Liverpool terus dibawa ke hotel penginapan di Damansara.


Aksi pertama pemain-pemain Liverpool akan dapat disaksikan peminat mereka pada sesi latihan yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 7 malam ini.


Ini adalah kunjungan pertama Liverpool yang juga dikenali dengan 'The Reds' ke Malaysia.


'The Reds' yang hadir tanpa kelibat ketua pasukan, Steven Gerrard dalam kunjungan ini, akan menentang pasukan kebangsaan pada Sabtu ini bermula 5.45 petang di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.


Malaysia menjadi persinggahan kedua Jelajah Asia 2011 mereka selepas China. Pada perlawanan persahabatan di sana, Liverpool mengalahkan Guangdong Sunray Cave 4-3.
Posted by Unknown

Keputusan Terkini Malaysia VS Arsenal

Arsenal vs Malaysia
Keputusan Perlawanan Persahabatan Malaysia lwn Arsenal
Stadium Nasional Bukit Jalil
13 Julai 2011


Keputusan Separuh Masa Pertama

MALAYSIA 0-2 Arsenal
Jaringan gol: Aaron Ramsey m-6 (penalti), Theo Walcott m-37

Keputusan Separuh Masa Kedua

MALAYSIA 0-4 Arsenal
Jaringan gol: Carlos Vela m-58, Thomas Rosocky m-90

FULL Time: 

MALAYSIA 0-4 Arsenal


Tahniah Arsenal, Malaysia cuba lagi (ayat nie dah bepuluh2 kali sebut)

13 July 2011
Posted by Unknown
Tag : ,

RM 3 For Regular Domino's Pizza

Another promotion nak share dengan semua....
But this time Mister Potato nak bagi sesuatu yang mengujakan, Domino's Pizza pada harga serendah RM3 sahaja. Dengan setiap pembelian Mister Potato anda akan menerima kupon RM3 Domino Pizza.
Saya belum beli but memang kena try for sure. Semalam dah cuba McD Double Cheeseburger Promotion
seperti entry lepas memang berbaloi.

Firstly kena la beli Mister Potato dulu......Jom makan2. (Penuh la perut aku dengan fast food, kena la do more exercise, buang lemak2 fast food yg dolu2)

Promotion tamat pada 31st October 2011
12 July 2011
Posted by Unknown
Tag :

Liverpool Asia Tour 2011 Membara di Hot FM


Liverpool Asia Tour 2011 Membara di Hot FM
Seperti yang anda semua tahu, kelab bola antarabangsa Liverpool akan bermain 
di Malaysia pada 16 Julai ini. Apa yang pasti, ini akan menjadi kenangan paling 
manis dalam hidup anda jika dapat menyaksikan perlawanan Liverpool dan 
Harimau Malaya secara langsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Khusus buat peminat fanatik atau kipas susah mati Liverpool FC, Hot FM sekali lagi 

membuka peraduan buat para peminat setia Hot FM dan Liverpool FC untuk memenangi 
2 keping tiket ke perlawanan menentang pasukan kebangsaan Malaysia pada:


Tarikh :  16 Julai 2011
Masa :  5.45 pm
Lokasi :  Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur


Bagaimana nak menang? Cara-caranya sangat mudah. Anda hanya perlu:
  • LIKE fan page Hot FM. Klik di sini untuk LIKE.
  • Nantikan soalan mudah BERKAITAN PASUKAN LIVERPOOL di laman sosial
  • Facebook Hot FM yang akan diaktifkan pada waktu-waktu tertentu.
  • Jawab soalan mudah dan jadilah penghantar komen pertama yang berjaya 
  • menjawab dengan tepat.
  • Anda cuma dibenarkan menghantar jawapan sebanyak SEKALI SAHAJA di 
  • ruangan komen yang disediakan untuk memberi ruang kepada setiap peserta. Sekiranya terdapat lebih daripada satu jawapan yang dihantar di dalam tempoh 10MINIT yang diberikan, secara automatiknya penyertaan anda akan disingkirkan pihak Hot FM berhak memilih pemenang yang lain walaupun tekaan anda adalah tepat.
  • Jika tiada pemenang di dalam tempoh 10 MINIT yang diberikan, nantikan peluang Menang Tiket Liverpool Asia Tour 2011 yang seterusnya dalam jangka masa terdekat.
  • Pemilihan pemenang berdasarkan kepada penghantar JAWAPAN TERPANTAS yang PALING TEPAT TANPA KESILAPAN EJAAN / MENAIP di dalam tempoh 10 MINIT yang diberikan.
  • Penyertaan yang dihantar ke selain dari laman sosial Facebook Hot FM tidak akan di ambil kira.
  • Penyertaan yang dihantar di ruangan yang tidak berkaitan tidak akan di ambil kira.
  • Penyertaan yang dihantar selain dari tempoh masa yang telah ditetapkan tidak akan di ambil kira.
  • Semua fan Hot FM layak menyertai peraduan Menang Tiket Liverpool Asia Tour 2011 yang telah/bakal diadakan tetapi hanya layak memenangi sekali sahaja di sepanjang peraduan Menang Tiket Liverpool Asia Tour 2011 dijalankan.

Hot FM menawarkan 100 tiket untuk dimenangi di mana setiap pemenang akan memperolehi 2 keping tiket untuk menyaksikan Liverpool vs Harimau Malaya.

Ada lagi yang lebih hangat. Aktifkan diri anda setiap masa di laman sosial
Facebook Hot FM. Bagi soalan bonus, anda bakal membawa pulang 4 keping tiket.

Dengarkan Hot FM untuk mengetahui nama pemenang terkini. Adakah anda? Segalanya pasti menjadi kenyataan di laman sosial
Facebook Hot FM.
11 July 2011
Posted by Unknown

Jari Bayi Rosak Satu Demi Satu


Di Machang, Sepasang suami isteri terkejut apabila jari dan tangan kiri bayi perempuan mereka berusia enam bulan menjadi hitam dan mengecut selepas menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan di Kota Bharu. Bapa bayi tersebut, Ismail Lee, 30, mendakwa, anaknya, Nur Ayreen Imanie menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana mengalami masalah pernafasan, Mac lalu.

Ismail mendakwa, dia menyedari tangan kiri bayinya itu berubah menjadi hitam dan kebiru-biruan dari paras siku hingga ke jari menyebabkannya merujuk kembali Nur Ayreen ke HRPZ II sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Dakwanya, ketika di HRPZ II, doktor menjalankan ujian imbasan dan mengesahkan ada saluran darah tersumbat pada bahagian bekas suntikan sebelum bertindak memberikan ubat pencair darah sebagai tindakan awal, namun tidak berhasil.

“Tangan anak saya semakin teruk selepas itu dan mula mengecut, namun tiada tindakan yang diambil oleh doktor bagi mengatasinya kecuali tunggu dan lihat. “Selepas beberapa hari, baru doktor cuba berbuat sesuatu namun, tidak berjaya dan memberitahu kami, sudah tiada harapan bagi menyelamatkannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tualang Kelikir di sini, hari ini.

Tambahnya, dia dan isterinya, Zuhariana Baharum, 30, menerima takdir tersebut namun, apa yang dikesalkan adalah tindakan pihak hospital yang gagal menangani masalah kesihatan anaknya itu sehingga menyebabkan tangan kiri anaknya hampir tidak berfungsi.
Jelasnya, selain masalah komplikasi pada tangan kiri, anak bongsu daripada dua beradik itu juga terpaksa ditebuk lehernya kerana masalah pernafasan.
“Apa yang kami pertikai kenapa selepas beberapa hari baru doktor mengambil tindakan susulan, kenapa tidak serta-merta. Kami sedar ini semua adalah dugaan dan takdir daripada Allah namun apa yang dikesalkan ialah tindakan yang dilakukan pihak hospital dalam menangani masalah kesihatan anak saya,” ujarnya. Katanya, dia kini menunggu laporan penuh daripada pihak HRPZ II sebelum memutuskan untuk mengambil tindakan selanjutnya, termasuk kemungkinan tindakan undang-undang.
Posted by Unknown

Free Double Cheeseburger


Another buy 1 get 1 free from McDonald Malaysia.
Kali ini Double Cheeseburger pulak diorg nak bagi.

But with a condition, you must buy a Double Cheeseburger (ala carte) to get another one. Easy right. Korang juga boleh add on drink and fries.

This coupon valid from today 
11 July - 13 July 2011 | 11.00 am - 12.00 midnight

print Coupon here Kat Sini

enjoy your meal. : )
Posted by Unknown
Tag :

Tazkirah : Berpakaian Tapi Telanjang

Salam semua...
Pada Jumaat yang mulia ini saya ingin kongsikan berkenaan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh wanita Muslimah dalam berpakaian, dan pernah di definisikan sebagai 'Berpakaian Tapi Telanjang'. Sejak akhir-akhir ini terlalu ramai wanita khususnya remaja yang berpakaian tetapi tidak menepati ciri-ciri yang dituntut oleh islam. Berikut adalah sebahagian kesalahan yang biasa dilakukan :-

Semoga kita dapat nasihatkan pada rakan2, adik @ kakak supaya terhindar dari maksiat dan pandangan yang menyesakkan mata. Wallahhualam.
08 July 2011
Posted by Unknown

Updated : Lelaki Bersenjata Jadikan 30 Kanak2 Tadika Tebusan


Updated :
Drama tebusan yang mendebarkan penduduk sekitar Sungai Abong di sini berakhir apabila polis berjaya menyelamatkan 30 kanak-kanak tadika yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bersenjatakan tukul besi, awal pagi Khamis setelah melepaskan gas pemedih mata ke kawasan itu sebelum menyerbu masuk ke banglo itu. 

Polis mengesahkan lelaki yang dipercayai kurang siuman itu ditembak.
Kanak-kanak itu telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Turut diselamatkan ialah empat guru tadika terbabit.


MUAR: Seorang lelaki bersenjatakan tukul besi menahan 30 kanak-kanak tadika sebagai tebusan di Sungai Abong di sini.

Lelaki itu mendesak polis menyerahkan pistol atau kanak-kanak terbabit dibunuh.
Bagaimanapun selepas seorang pakar psikiatri, Dr Lau Keen Lee bercakap dengan suspel dari luar banglo dua tingkat tersebut, lelaki itu kembali tenang.

“Dia sekarang lapar dan mahukan makanan," katanya pada Khamis sambil menambah bahawa mereka berada di aras atas banglo berkenaan. Semasa makanan diambil, dua trak Unit Tindakan Khas (UTK) memasuki kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Trafik Daerah Muar, Asisten Supritendan Suhaimi Ahmad memberitahu kaum keluarga dan media supaya menunggu di luar kawasan banglo.
Katanya, suspek mungkin akan takut jika terlalu ramai yang berhimpun dekat kawasan berkenaan.

ps - mohon semua dapat doakan keselamat kesemua anak2 ini daripada diapa-apakan suspek.  Amin
07 July 2011
Posted by Unknown

Gambar Ribut Pasir Melanda bandar Pheonix

Ribut Pasir Melanda Phoenix (Gambar/Video)


Ngeri dan sungguh menakutkan, mungkin ada yang melihat kaca TV kelmarin mengenai kejadian ribut pasir yang melanda  di kawasan Phoenix, seolah-olah ingin menelan bandar tersebut. Data Radar menunjukkan debu yang menjulang tinggi ribut telah mencapai setinggi 8000 hingga 10,000 kaki, atau hampir dua batu. Menunjukan ada kuasa yang  tiada tandingannya, pasti ada sesuatu yang tersirat lagi tersurat.

Satu ribut pasir gergasi melanda bandar Pheonix, di negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS) sekali gus menyebabkan jarak penglihatan terhad dan penerbangan terpaksa ditangguhkan pada malam Selasa lalu. Ribut yang disertai dengan angin kuat itu menyebabkan sejumlah pokok tumbang manakala ribuan penduduk terputus bekalan elektrik.

Ribut yang disertai dengan angin kuat itu menyebabkan sejumlah pokok tumbang manakala ribuan penduduk terputus bekalan elektrik.

Awan pasir yang bergerak melintasi lembah Pheonix itu telah menyebabkan ribut berlaku di kawasan Tucson. Menurut seorang pakar di Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Paul Iniguez, ribut itu kemudian bergerak ke bahagian utara gurun sebelum merempuh kawasan bandar seperti satu ombak besar.

"Kami dengar daripada ramai penduduk bahawa ini adalah ribut paling hebat pernah mereka lihat," kata Iniguez. Ribut berkenaan adalah sebahagian daripada musim monsun di Arizona yang biasanya bermula pada pertengahan Jun dan berlanjutan hingga September.

ps - di Malaysia pun dah ada puting beliung....tak mustahil satu hari nanti ribut pasir juga akan sampai di sini
Posted by Unknown
Tag :

Toddler Tower : Rekaan Katil Yang Selamat


Reka bentuk modular empat kepingan ini sangat unik, menunjukkan ciri-ciri moden walaubagaimanapun unsur-unsur friendly-child adalah asas binaannya selain kreatif dan pemilihan warna yang berhati-hati.

Firstly, bahagian tepi yang licin dan penggunaan politena lembut (untuk tangga serta loteng bagi setiap katil) membuat ia selamat di pasang, bermain-main dan tidur di dalam katil biru yang tersusun. Selain daripada kestabilan dan dan ketahanan, kebersihan ialah satu pertimbangan perlu dan utama.


Pada masa yang sama , walaupun, rekaannya ala-ala retro-moden namun orang dewasa juga menyukainya– dan satu kesederhanaan adalah ia dibina dari bahan-bahan dan teknik-teknik pembinaan murah.


Finally, unsur-unsur bertingkat boleh dibahagi-bahagikan kepada kepingan-kepingan komponen berasingan dimana katil setingkat bagi setiap bilik, atau berubah-ubah digunakan untuk memudahkan serta mengikut citarasa anda. Katil ini adalah hasil rekaan Marc Newson.
04 July 2011
Posted by Unknown

Pizza Hut July Promotion


Click on the coupon image above to download your Pizza Hut Hot Coupon.
Only RM 33 for 3 Regular Viva Pizzas + 2 Garlic Bread (Save RM 23.40)

Date:
4, 5 and 6 July 2011 only (11am - 11pm)

Terms & Conditions:
  • One redemption per customer per transaction
  • Available for take-away and delivery only
  • Black & White print-out or Photocopied coupon are accepted
  • Valid at all Pizza Hut outlets across Malaysia except Genting Highlands and KLCC
Posted by Unknown

CONTEST : WATERMARK UNTUK DARKBATMAN

Salam semua...
Ini kali kedua saya join contest yang blogger buat....

Kali ni blogger Darkbatman create Contest yang sangat mudah, yang membolehkan anda berpeluang memenangi wang tunai  RM 100 tuu.

Klik pada banner untuk Join Contest nie.

Darkbatman


Watermark yang telah saya buat (hemtam sajalah)


TEMPOH CONTEST : 29 Jun 2011 hingga 7 Julai 2011

02 July 2011
Posted by Unknown
Tag :

Tahniah Imam Muda Hassan @ Pemenang Imam Muda 2011


Imam muda Hassan telah muncul juara @ pemenang Imam Muda musim ke 2 2011  menewaskan  Imam Muda Nazrul dalam Kemuncak Imam Muda 2 yang di bawakan secara langsung dari Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur 1 Julai 2011. 

Imam Muda Hassan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran & Hadith) Universiti Islam Antarabangsa (UIA). 

Dalam Kemuncak Imam Muda 2 ini yang ditayangkan secara live di saluran 106 Astro Oasis, kedua-dua Imam Muda ini melakukan 3 tugasan wajib iaitu tazkirah dan khutbah Jumaat serta menganjurkan Qiamullail.

Sesi soal jawab pada malam kemuncak membawa markah sebanyak 50% telah menentukan siapa yang layak muncul sebagai Imam Muda Unggul.


Imam Muda Hassan membawa pulang hadiah tempat pertama bernilai RM350,000 termasuk biasiswa penuh (pakej platinum) selama 4 tahun di Universiti Al-Madinah tajaan Yayasan Al-Madinah, sebuah kereta tajaan Proton Edar, wang tunai RM30,000 sumbangan Astro, pakej perabot tajaan Jatimas,

Hadiah iringan yang lain ialah pakej haji dan umrah tajaan Salamfon, pakej percutian tajaan Hiraq Marketing, Macbook Apple tajaan Infotech Quest, iPad Apple sumbangan Astro, telefon bimbit tajaan Bank Islam, Sijil Pentauliahan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan trofi sumbangan Astro.
Manakala, Imam Muda Nazrul di tempat kedua pula akan mendapat biasiswa penuh (pakej emas) di Universiti Al-Madinah tajaan Yayasan Al-Madinah, wang tunai RM20,000 sumbangan Astro, pakej perabot tajaan Jatimas, pakej umrah tajaan Salamfon.

Hadiah lain untuk naib johan adalah pakej percutian tajaan Hiraq Marketing, Macbook Apple tajaan Infotech Quest, iPad Apple sumbangan Astro, telefon bimbit tajaan Bank Islam, Sijil Pentauliahan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan trofi sumbangan Astro.

Tahniah buat Imam Muda Hassan yang muncul juara @ pemenang Imam Muda Musim ke 2 2011. Semoga beliau  mampu memikul tanggungjawab berdakwah dan menjadi  ikon kepada masyarakat dan remaja hari ini... 
Posted by Unknown
Tag :

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -