Archive for August 2011

Subhanallah..Awan Jatuh Dari Langit

Subhanallah....Maha Suci Allah
Video ini pertama kali saya lihat di facebook dan sungguh kagum dengan fenomena yang jarang sekali berlaku di mana-mana. Bersasarkan percakapan perakam video mungkin kejadian ini berlaku di negara Arab.
 Video tersebut menunjukkan awan tersebut berlegar-legar di awangan dan akhirnya jatuh ke bumi. Secara perlahan ia mula bercerai sedikit demi sedikit.

awan jatuh ke bumi

Dari Youtube:

Wallahualam.......
17 August 2011
Posted by Unknown

Gambar Keretapi Di Bangladeshi...Ada Bran





Sumber asal Izismile
16 August 2011
Posted by Unknown
Tag :

WIGAN ATHLETIC BERMINAT LAMAR BADDROL BAKTIAR

 Badrul Baktiar (307x376)
JIKA benar seperti apa yang dilaporkan dalam akhbar Kosmo hari ini mengenai hasrat kelab Liga Perdana Inggeris, Wigan Athletic yang dilaporkan mahu menawarkan ujian percubaan kepada pemain skuad bola sepak kebangsaan, Badrul Bakhtiar, ini adalah satu berita yang amat positif untuk bola sepak negara.

Aksi anak jati Sungai Petani, Kedah itu begitu mengagumkan ketika diberi peluang berdepan kelab Arsenal dan Liverpool, bulan lalu. Tetapi, dia tidak diturunkan pengendali kebangsaan, Datuk K Rajagobal semasa dua pertemuan menentang Singapura menyaksikan Malaysia kecundang 6-4 secara agregat di pusingan kedua.

Pada April 2008, Baddrol pernah dihantar berlatih selama dua minggu bersama Chelsea iaitu dua kali sesi bersama skuad senior, manakala selebihnya bersama skuad simpanan kelab itu. (sumber facebook)
Walaupun Badrol belum menerima surat rasmi daripada kelab terbabit, semua berharap ia akan menjadi kenyataan dan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu membuat tindakan susulan untuk memastikan hasrat yang dinyatakan dalam laman web itu menjadi kenyataan.

Sudah pasti perkembangan terbaru itu akan meningkatkan lagi semangat anak muda yang baru 23 tahun itu untuk terus beraksi cemerlang terutama ketika bersama skuad Harimau Malaya. 
15 August 2011
Posted by Unknown
Tag : ,

Perkara Sebenar Ketika Pemeriksaan JAIS Di Gereja Methodist

Makluman, ini adalah sedutan sidang akhbar 45 NGO Islam seluruh Selangor yang diadakan di bilik mesyuarat utama Masjid Negeri Shah Alam pada Isnin.

Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain;

Sebelum benda itu merebak ke tahap yang tidak dapat dikehendaki, elok buat PC (sidang akhbar), untuk jawab soalan-soalan supaya media faham.

Apakah niat kita?

Apakah tindakan yang dibuat oleh JAIS ini betul atau tidak, adakah tindakan yang dilakukan oleh Gereja Methodist ini, yang dipanggil dengan nama Gereja Methodist Damansara Utama yang sebetulnya bukan Damansara Utama, dia (terletak) di Seksyen 13 iaitu lima kilometer dari Damansara Utama.

Kita lihat laporan media mengenai perkara ini, di seluruh negara, yang merisaukan kita (NGO) adalah orang Islam dengan orang Islam pun bercanggah akan kesahihan perkara yang berlaku.

Hari ini kita panggil media, kami NGO telah menguji kekuatan (menyoal) JAIS selama hari Jumaat, Sabtu, Ahad hingga ke pagi ini untuk mencari apa sebenarnya yang telah berlaku.

Kami tidak sempat bertemu gereja kerana kesuntukan masa.
Dengan dokumen-dokumen yang kami terima, apa yang dilakukan oleh JAIS itu (bertujuan) baik.
Dengan itu, kami NGO-NGO yang bergabung untuk membetulkan keadaan ini ada 45 (pertubuhan) menyokong sepenuhnya tindakan JAIS dan perkara ini telah dimajukan kepada Sultan Selangor.

Mengapa kami percaya dengan cakap Jais?

Kami mudah, salah kami kata salah, kalau betul kami kata betul. Kami tidak ada hubungan dengan agensi kerajaan dan politik.

Segala yang berlaku pada malam itu, maklumat awalnya adalah daripada ‘orang dalam’ yang dirahsiakan identitinya.

Apa yang berlaku?

Upacara yang dilakukan dipanggil Thanksgiving Dinner iaitu satu perkataan inggeris, terima kasih Allah, terima kasih Jesus, Thanksgiving atau dalam bahasa kita kenduri kesyukuran.

Itu hak masing-masing.
Perkara itu berlaku dari pukul 6.30 petang, pada 3 Ramadan yang berlaku di satu dewan yang boleh menampung 100 orang.

Pintu yang ditutup dan pintu dewan ini diletakkan bunga manggar, untuk mengelirukan bahawa upacara ini untuk umum.
Di dalam dewan ini, berlakulah upacara Thanksgiving yang berlarutan sehingga jam 10.30 malam.
Dengan maklumat yang diperolehi, 13 penguatkuasa JAIS dan 20 polis telah datang ke tempat itu anggaran pukul 9.00 malam.

Ketika sampai ke situ pintu, ada satu ruang legar, yang mana JAIS dan polis menunggu di situ lama dan memberi isyarat mereka adalah polis dan JAIS.

Mengambil masa yang lama juga, 20 ke 25 minit sebelum pintu itu dibuka. Jadi perkataan ‘raid atau raiding’ serbu atau serbuan itu yang memberi satu gambaran pintu itu dipecahkan dan ditendang tidak berlaku.
Orang itu menunggu dengan baik di luar. Gambar pun ada.
Bila pintu dibuka, dalam bilik itu ada kira-kira 100 orang dengan satu per lima adalah penganut Islam.

12 dewasa, tiga lelaki, sembilan wanita dan lapan kanak-kanak. berada dalam tempat itu.

Apa yang berlaku, 

pada pukul 7.15 petang, jamuan makan dimulakan, ini bermakna, mana letaknya puasa? Kemudian terus kepada tarian.

Pada pukul sembilan lebih dilakukan pulak membaca ayat karangan mereka yang bertajuk, Alhamdulilah dan Allahuakbar?


Ini apa bersangkut paut dengan Thanksgiving (dinner) dan Methodist, mengapa ayat-ayat yang diharamkan untuk digunakan oleh bukan Islam dalam Enakmen Agama Bukan Islam (kawalan perkembangan dikalangan orang islam 1988)

Sesudah itu, pada pukul 9 15, berlaku satu prayer intersession sembayang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan tuhan mereka.

Ingat masa itu 20 penganut agama kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak? Pesong kan?

Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini?

Dia datang dengan dua helai kertas yang menanyakan apa maksud perkataan Islam, apakah maksud perkataan Muslim? Apakah maksud perkataan Quran dan kefahaman dan keimanan.

Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad,


Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan?

Inilah kuiz yang diberikan pada malam itu, yang mana sepatutnya menumpukan kepada adat istiadat Kristian.

Bila JAIS masuk ke dalam, kertas soal-soal jawab ini sudah berkecai-kecai sudah dimasukkan dalam tong sampah, jika niat baik kenapa nak masuk dalam tong sampah?

Dengan itu bila masuk tong sampah, JAIS dah sita benda ini, untuk jadi maklumat hendak dibawa ke mahkamah.

Bila mereka keluar, satu persatu, tiap-tiap Kad Pengenalan (IC) ditengok dan yang kad Pengenalan Islam diambil oleh JAIS, tapi tak ambil IC kanak-kanak sebab tak ada IC.

Dengan itu bahawa tindakan JAIS di dalam perkara ini benar. Mereka tidak pernah memecahkan pintu, berlaku dengan kekasaran, JAIS juga mengoyakkan kertas, macam-macam fitnah telah dilakukan.

Taklimat media ini demi masa depan agama Islam dan cucu cicit kita agar kita semua dapat dibetulkan.
Saya berharap saudara-saudari kita yang Kristian janganlah lakukan perkara ini.
Masjid dan surau pantaulah benda ini.
Kita bukannya menyusahkan orang, tapi orang menyusahkan kita.

Soalan media: Bila jumpa JAIS?
Jawapan: Jumpa JAIS Jumaat, Sabtu, Ahad…

Soalan media: Jumpa siapa, pengarah ke?
Jawapan: Kami jumpa penguatkuasa saja.

Tugas NGO adalah membetulkan keadaan dan perkara yang berlaku ada sebab musabahnya, dan kami solid di belakang JAIS dalam perkara ini. Janganlah JAIS rasa curiga,… positif juga dengan Istana.

Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah

Kita menyokong ketegasan Dr Hasan Ali dan Jais dan kita kecewa dengan sikap Menteri Besar yang apologetik dan membelakangkan kuasa sultan.

JAIS tertakluk di bawah kuasa sultan, bukan di bawah kuasa kerajaan negeri.

Apa tindakan Jais dibuat berdasarkan undang-undang. Enakmen Ugama Bukan Islam 1988.

Sikap apologetik oleh kerajaan negeri dan MB, mengagal dan melemahkan penguatkuasaan oleh JAIS

Ini akan beri peluang yang terbuka kepada org bukan Islam untuk mendakyahkan agama mereka dikalangan orang Islam. Ini akan mengeruhkan suasana dalam negara kita.

Di peringkat NGO juga, kita amat kecewa dengan laporan media, Malaysiakini, Malaysian Insider, yang memberikan laporan salah kepada rakyat di luar sana.

Mengatakan bahawa Jais telah serbu, sedangkan tidak ada sebarang serbuan, penguatkuasa JAIS hanya periksa, atas aktiviti adanya orang Islam di sana.

Sebagainya gambaran yang disampaikan termasuk dari Istana, oleh wakil-wakil pihak gereja, dan media bukan Islam menggambarkan seolah-olah JAIS bertindak begitu rakus.

Perkara-perkara sebegini amat mendukacitakan kita. Dan diperingkat kita. Selepas kita dapat maklum balas JAIS mengenai proses daripada permulaan pemeriksaan dilakukan.

Tidak ada sebarang serbuan, keganasan, bahkan penangkapan, tetapi gambaran yang disampaikan oleh media, dan laporan yang disampaikan kepada pihak Istana terlalu berbeza.

Kita rasa ini tidak beretika sama sekali.
Perkataan serbuan itu ganti dengan pemeriksaan. Buka pintu dialog, dan periksa kad pengenalan sahaja… akan dibawa ke mahkamah.

Tidak ada tangkapan, hanya periksa IC sahaja. Terdapat juga di sana motto “matlamat utama pihak gereja adalah mengkristiankan seluruh warga dunia”.

Formula yang diguna pakai adalah mencari mereka yang memerlukan bantuan samada bantuan kewangan atau sebagainya.

Tarik hati mereka, rapatkan diri dengan target groups, akhirnya mereka akan di Kristiankan secara halus.
Kita dedahkan supaya umat Islam bersatu hati menyekat perkara ini.

Motto ini ada dalam gereja.
Setiausaha Agung Persatuan Imam,Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor (Pimpinan), Fakurruddin Eshak

Persatuan imam, kami menyokong tindakan JAIS bukan itu sahaja perlu ada satu satu undang-undang (supaya) pihak berkenaan yang melakukan jenayah, melanggar Perlembagaan.

Kita beri kebebasan untuk mengamalkan agama mereka , mereka tidak ada hak untuk sebar agama kepada umat Islam.

Kita perlu ada undang-undang jika premis itu ada upacara untuk memesongkan akidah, kita mesti ambil tindakan.
Mesti ambil tindakan, contohnya kunci selama dua bulan dan sebagainya.

(kerana tindakan ini) mungkin boleh menaikkan semangat orang-orang Melayu, sebab pernah satu masa dahulu, hanya satu orang sahaja. Natrah itu dan kita tidak mahu perkara itu berulang.
Kalau ada undang-undang akan selesai lebih baik.

Penutup Dr Dzulkhaini Husain;

Kita lakukan ini untuk membetulkan keadaan Islam di Malaysia. Kalau umpama yang berada tidak mengambil tindakan yang tegas, saya takut banyak Nattrah lagi akan berlaku?

Kalau ada perkara-perkara yang penting dan menggugat Islam, kami akan kehadapan lagi.-8/8/2011- OLEH HELME HANAFI
10 August 2011
Posted by Unknown

Penghuni Burj Khalifa Perlu Berbuka Lewat

BURJ KHALIFA...penghuni yang ada di tingkat 80 dan ke atas perlu menunggu dua hingga tiga minit lebih lama sebelum boleh berbuka.
BURJ KHALIFA
 
DUBAI: Umat Islam yang tinggal di dalam bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, terpaksa berpuasa lebih lama sepanjang Ramadan.

Ketua ulama Dubai, Mohammed al-Qubaisi, berkata penghuni yang berada di tingkat 80 dan ke atas bangunan itu perlu berbuka dua minit lebih lewat berbanding orang lain.

“Penghuni di tingkat 150 dan ke atas pula perlu berbuka lewat tiga minit,” katanya.
Keadaan itu, kata Mohammed, berlaku kerana mereka melihat matahari lebih lama berbanding orang Islam yang ada di bawah.

“Keadaan mereka sama seperti dialami seseorang Muslim yang bermusafir menggunakan kapal terbang atau penghuni kawasan tanah tinggi.

Menara Burj Khalifa setinggi 828 meter dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010 dan memiliki 160 tingkat yang boleh dihuni. -Harian Metro
09 August 2011
Posted by Unknown

Bonus Setengah Bulan Gaji Minimum RM500


Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbanganserta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
credit picture to Utusan Malaysia Online
Posted by Unknown
Tag : ,

Apabila Kanak-Kanak Menjadi Ibu Bapa





picture credit to Fuzz!
08 August 2011
Posted by Unknown
Tag :

Ke Mana Perginya Wang Zakat Kita?

Sepertimana yang kita ketahui bahawa tiada manusia bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.

Mengenai isu tentang orang Islam yang hadir di majlis berbuka anjuran gereja tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7Ji9D7_ss21BPxLQaVZIg9jxnB-lDKozurDIAbKUkVYoqctHszirHzpSKXcvTSB6oij7ASUqSHIitfVAWAPMRBQMgwIcWO-_RoUBnipe7je3qpGGf3i0_-MWb8Q_OFFdWnaFiB5XuC4I/s1600/Zakat-GivingAlms.jpg

Difahamkan bahawa orang Islam yang hadir, terutama ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal.
Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa 'jatuh hati' dan 'terhutang budi'. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;

1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain?

2. Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri.
Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.
Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?


3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!

4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat.
Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

5. Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu.
Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa.
Janganlah jika kita gagal membantu – sedangkan kita mampu - kita menyalahkan orang lain yang membantu.

6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan.
Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim?
Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?

Maka, banyak persoalan perlu masyarakat Muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!

sumber asal : ulasan Dr MAZA dalam malaysiakini.com
Posted by Unknown

#Wordless Wednesday (Mode Sedih)


Musibah yang telah menimpa saya sebelum Ramadhan...
What to say, before nie tengok orang jer excident....at last sendiri sudah terkena.
Berat mata memandang, berat lagi tangan nie nak keluar duit utk repair.
Kalau sempat saya buat another entry bout this Musibah.
03 August 2011
Posted by Unknown

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1432H


Salam Ramadhan muslimin muslimat sekalian....
Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam
01 August 2011
Posted by Unknown

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -