Archive for October 2011

25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

anigif penmerah 25 Things Random Giveaway by Penmerah.com
klik pada banner untuk join
25 barangan untuk Random Giveaway contest dianjurkan oleh blogger Pen Merah dengan 25 hadiah disediakan kepada pemenang. Hadiah dia memang terbaeekk dari kilang Pen...Macam2 ada untuk aku menang semua sekali....Bapak tamak giler nak balun sorang2....Antara hadiahnyer adalah tengtedeng :-

IMG 1208 25 Things Random Giveaway by Penmerah.com
IMG 1211 25 Things Random Giveaway by Penmerah.com
DSC 0697 25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

Macam mana nak join:
1. Buat entri dengan ”25 Things Random Giveaway by Penmerah.com”
2. Kena la follow blog Penmerah.com. Muahahahaaa.
3. Copy banner comel tu dan letak dalam entri untuk join Random Giveaway.
4. Tag kawan – kawan minimum 3 orang aje. Nak tag ramai pun boleh takde masalah.
5. Dah siap entri, tinggalkan link entri tu kat ruangan komen bawah nanti. Semoga tuah menjadi milik korang ye!

Tempoh Kontes : 21 Oktober – 10 November 2011

Nak habaq mai kat depa 3 orang kat bawah pasai GA nie - 
aidildbahri
magika-kotak
me-viewingtheworld

Selamat berjaya untuk diri aku....gud luck guys...
31 October 2011
Posted by Unknown
Tag :

Creative Artwork (9 Photos)

Nak tarik keluar dinding kedai
Atas wayar eletrik

Main game lagi
Bapak ayam bersama ibu ayam
Bulldog dah jadi buku roti
Sempat lagi uncle ni curi satu
Water ski
Blue tears
Asyik bergambar....dah kena rompak
27 October 2011
Posted by Unknown
Tag :

Kempen'Trash Your Tevez Shirt' Di Old Trafford


CARLOS TEVEZ tiba-tiba menjadi musuh nombor satu di Manchester. Penyerang Argentina itu yang meninggalkan Manchester United untuk bersama pasukan jiran, Manchester City pada 2009 kini mula dibenci penyokong City pula selepas didakwa enggan bermain menentang Bayern Munich bulan lalu hingga dipinggirkan pengurus, Roberto Mancini. Sejak itu, penyokong City mula melupakan bekas kapten mereka dan Manchester kini nampaknya sepakat untuk menyingkirkan bekas bintang West Ham itu.


Satu trak sampah besar dengan tulisan ‘Trash Your Tevez Shirt’ akan diletakkan di luar Old Trafford, dengan cat separuh merah dan biru bagi membolehkan penyokong membuang replika jersi yang tertera nama Tevez untuk ditukarkan dengan yang baru. Jersi-jersi Tevez yang dibuang tersebut akan dihantar ke Argentina dan diserahkan kepada badan kebajikan negara itu. Sudah beberapa kali Tevez mengecewakan peminatnya. Tiada cara yang lebih baik untuk penyokong menunjukkan kebencian mereka selain membuang jersinya.



Berita mengenai kempen ‘Recycling Tevez’ kini sudah pun hangat dibincangkan di Twitter. Peminat Manchester City, Gore93Mcfc, menulis: ‘Jika ada trak sampah Tevez di luar City, saya akan membuang jersi Tevez milik saya.”
Seorang penyokong United, 1Philadelphia menulis: ‘Satu-satunya perkara yang menyatukan kedua-dua penyokong Manchester United dan Manchester City adalah ‘’Trash Your Tevez Shirt’!’


sumber http://www.solihinzubir.com/
24 October 2011
Posted by Unknown

Pada Zaman Dahulu...27 Nov 2011 di TV Alhijrah



Selepas kejayaan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dalam Siri Animasi Upin dan Ipin hingga membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa. Kini, Les’ Copaque akan melancarkan satu lagi siri animasi terbaru yang lebih menarik dan berkualiti tinggi yang berjudul “Pada Zaman Dahulu” yang akan mula ditayangkan pada Pada 27 November 2011 di saluran Astro 114 (TV Al-Hijrah). Siri animasi yang mempunyai 12 episod ini, banyak berkisar kepada kisah teladan Cerita Sang Kancil yang bijak, yang diceritakan kembali oleh Atok Aki kepada cucu-cucunya.
 Les Copaque, Upin dan Ipin, Pada Zaman Dahulu
Les Copaque, Upin dan Ipin, Pada Zaman Dahulu
Les Copaque, Upin dan Ipin, Pada Zaman Dahulu


Les Copaque, Upin dan Ipin, Pada Zaman Dahulu
Memang meriah la siri animasi tanah air sekarang nie....karya anak tempatan sekarang dah maju dan sangat kreatif dan boleh dibawa ke peringkat Internasionale.....

Gambar kredit to Mr Kerro
Posted by Unknown
Tag : ,

Modern and Unique Sofa....

Memang best kalau ada sesuatu yang lain dari yang lain. Disini saya kongsikan Modern and Unique Sofa yang menarik perhatian dan sangat unik. Mungkin ia akan menjadi isnpirasi kepada penghias ruang tamu rumah anda.











23 October 2011
Posted by Unknown

Angry Birds Sebenar

Amik di Facebook.....sapa ntah yang share.
21 October 2011
Posted by Unknown
Tag :

HASRULHASSAN.COM - Inilah Blog Saya



Assalamualaikum......Pertamanya mohon untuk rakan2 blogger semua sedekahkan Al-Fatihah untuk ibu. Semak entry terdahulu. Terima kasih.
Hari ni rasa lebih tenang dan rasa nak join segmen HasrulHassan plak.....apa yang perlu anda buat -

Cuba ceritakan bagaimana anda boleh bermula membuat blog, dan siapakah yang  mendorong anda untuk terus berblog. Nyatakan beberapa orang blogger yang memberikan semangat untuk anda terus berblog.

Macam mana aku boleh buat blog? Start blogging January 2011. Kenapa bleh terjebak, coz slalu jugak menjengah ke blog-blog untuk untuk mendapatkan info terkini. Then bila dapat tahu dengan berblog juga dapat menjana wang ringgit, so saya mengambil keputusan untuk mencuba nasib dalam dunia blog nie. Alhamdulillah memang ada hasilnya walau tak seberapa. Jangan ingat saya berblog kerana duit, tapi tujuan asalnya nak share info dan berkenalan dengan ramai blogger yang lebih otai, cari pengalaman. He3. Dorongan?, actually sendiri yang beria-ia nak berblog disamping dapat inspirasi dari blogger2 femes seperti HasrulHassan, Faizal Fredley dan ramai lagi.
20 October 2011
Posted by Unknown

#Wordless Wednesday


Gambar terakhir arwah mak bersama saya dan isteri.
Kenangan bersama mak akan menjadi memori terindah sepanjang hidup....We love U
AL FATIHAH
19 October 2011
Posted by Unknown

Perjalanan Hidup Steve Jobs

Salam....
Hari ini genap 13 hari Ibu pergi meninggalkan kami......Al Fatihah buat arwah Ibu.
Baru perasan tarikh ibu meninggal dunia sama dengan kematian pengasas Apple, Steve Jobs.
Disini saya paparkan perjalanan hidup Steve Jobs sepanjang kariernya.

Gambar asal
Posted by Unknown

Al Fatihah.....Buat Ibu Tersayang




Assalamualaikum......saya agak menyepi dari menulis blog kebelakangan ini (hampir dua bulan agaknya). Mungkin kesibukan kerja dan keluarga membuatkan masa saya terbatas untuk berblog. Dan.....

Baru-baru ini saya dan keluarga telah diuji dengan ujian yang sangat hebat, Ibu yang amat kami sayangi telah pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya.

Tanggal 7 Oktober 2011 pada jam 5.00am, di Subuh Jumaat yang hening, di Hospital Serdang ibu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dihadapan ayah dan kami sepuluh beradik. Tiada apa yang mampu kami lakukan hanya berserah dan redha pada ketentuan Allah. Ayah kata biarlah ibu pergi daripada terus bergantung pada mesin sokongan pernafasan semata.

Sepanjang beberapa hari Ibu di hospital, hanya bacaan Yaasin dan doa yang mampu kami tadahkan memohon Ibu cepat sembuh dan kembali ceria seperti dulu. Namun Allah lebih menyayangi Ibu. Ibu pergi terlalu cepat.....hanya doa dan fatihah kami kirimkan buatmu.

Ibu, engkau pergi disaat kami sangat memerlukan kasih sayangmu
Ibu, masih banyak tunjuk ajarmu yang kami tagih
Ibu, belum sempat untuk kami berbakti lebih lama kepadamu
Ibu, jasamu tidak ternilai harganya
Ibu, semoga Allah sentiasa merahmatimu

Ya Allah, tempatkan ibuku bersama para solihin.....
Ya Allah, temukan lah kami bersama ibu di dalam Syurga Mu....Amin..

Al-Fatihah

Bersambung di Bahagian II....
18 October 2011
Posted by Unknown

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -