Archive for November 2011
Wireless Mouse 'Oppopet' Yang Comel
Siri Wireless Mouse ini dikeluarkan oleh syarikat Elecom usahasama bersama company Nendo. USB receiver diireka menyerupai bentuk ekor binatang/menate sekaligus memperlihatkannya seperti binatang peliharaan yang kecil. Negara Jepun baru sahaja mengedarkan siri ini untuk pasaran tempatan selepas mereka mengumumkan mengenainya pada tahun lalu.
'Oppopet' boleh terus digunakan dengan sambungkan USB tail ke laptop atau PC tanpa perlu proses install. Tapi sebelum tu perlu ada sebiji bateri AAA untuk menggerakkannya. Berikut adalah beberapa 'ekor' mouse yang dikeluarkan.
Dolphin
Chameleon
Pig
Cat
Dog
Rabbit
Seyes comel giler.....bleh la beli satu set menatang nie he3
Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah 1433H
Assalamualaikum......
Alhamdulillah pejam celik kita dah pun menghampiri akhir tahun 1432Hijrah pada Sabtu ini iaitu bersamaan 30 Zulhijjah 1432H. Banyak perkara dan peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 1432H. Antara yang paling diingati tentulah pemergian Ibu tersayang pada 9 Zulkaedah yang lalu akibat penyakit Sepsisemia (virus merebak dalam darah). Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohmu Ibu.
Tahun baru Hijrah pula akan muncul pada keesokan hari, iaitu Ahad bersamaan dengan 1 Muharram 1433H. Semoga tahun baru yang bakal tiba ini memberikan lebih keazaman dan semangat kepada kita. Disini saya sertakan sekali doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah untuk panduan rakan blogger sekalian.
Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad). Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wassalam
Wassalam
Lirik Selamanya – Ultras Malaya Feat Altimet, Joe Flizzow & Carleed Khaza
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya sokong Malaysia
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya
Harimau malaya
Harimau malaya
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah
Inilah tanah tumpahnya darahku
Negara pasukan piala hanya satu
Harimau kami berlari laju
Belang nak tertanggal dari baju
Harimau kami cekap gelecek
Pertahanan lawan tumbang sederet
Bila turun padang berumahkan gelanggang
kalau berani mari bertandang hah
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya ooh Malaysia
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya
Semua berlari hingga tiada keringat
Gol pertama untuk negara kedua untuk pingat
Bila atas padang main tak ingat
Tiap hantaran kemas tiap gerak ligat
Pernah kah ada harimau yang jinak
Jawapan nya tidak semestinya lincah
Penyokong di stadium beranak pinak
Untukmu Malaysia kami ceria
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya ooh Malaysia
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya
Hey, mari kita semangat
Hitam kuning terpahat
Mari kita berjuang
Teguh berperang di padang
Sekali lagi maju lagi serang lagi
Gagah berani sebati tidak gentar tenang
Dengan sorakan gemilang
Harimau malaya pasti menang
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya ooh Malaysia
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya
Harimau malaya
Download sini Selamanya – Ultras Malaya Feat Altimet, Joe Flizzow & Carleed Khaza
9 Sticky Notes Yang Sangat Kreatif
Wooden Block Sticky Notes
KAKUZAI memo block sticky notes berbentuk seperti bongkah kayu.
Fruit Sticky Notes
Sticky notes berbentuk buah Apple dan Pear dari Japan.
Iphone Sticky Notes
Sticky notes seakan-akan saiz dan bentuk iPhone sebenar.
Balding Sticky Notes
Sticky notes yang sangat bijak direka berbetuk kepala dan rambut yang semakin berkurangan.
Talk To The Hand Sticky Notes
Sticky notes yang direka berbentuk tapak tangan.
Twitter Sticky Notes
Kreatif dan unik sticky notes diilhamkan dari laman sosial femes Twitter.
Murder Ink Sticky Notes
Sticky notes ini didatangkan bersama pen 'killer', sesuai untuk senaraikan kerja penting.
Black Sticky Notes
Unik sticky note pad didatangkan bersama metallic silver pen
Floppy Disk Sticky Notes
Sticky notes yang diilhamkan daripada floppy disks 3.5″.
Kelebihan Membaca Surah Al Baqarah
Antara kelebihan surah Al baqarah seperti yang telah di sabdakan oleh Rasulullah SAW:
1. Rumah yang di bacakan surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan
Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Muslim dan An-Nasa-I meriwayatkan dari Suhail bin shalih, dari ayahnya, dari abu hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kuburan, sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan“ At tirmidzi mengatakan : hadis ini hasan sahih
Syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah.
Dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Semoga aku tidak mendapatkan salah seorang daripada kamu meletakkan salah satu kakinya diatas kaki yang lain sambil menyanyi dan meninggalkan surah Al Baqarah tanpa membacanya, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah. Sesungguhnya rumah yang paling kosong adalah rumah yang hampa dari kitab Allah (Al-Quran)“
Hadis riwayat An-Nas-I dalam kitab al-yaum wa al-lailah
Abdullah bin Mas’ud mengatakan : Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah Al baqarah iaitu ayat ;
• Surah Al baqarah ayat 1-5
• Ayat kursi dan 2 ayat berikutnya
• Surah Al Baqarah ayat 284-286
Maka syaitan tidak akan masuk kerumahnya pada malam itu. Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa dia dan keluarganya tidak akan didekati syaitan dan apa yang dibencinya ( binatang buas seumpamanya ). Dan tidaklah ayat ini jika dibacakan kepada orang gila akan membuatkannya sedar.
2. Malaikat bersama dengan orang yang membaca surah Al Baqarah
Ini merupakan salah satu fadhilat dan kelebihan surah Al baqarah kepada pembacanya. Al Bukhari meriwayatkan dari Al-laits, dari yazid bin Al-Haad, dari Muhammad bin Ibrahim, dari Usaid bin Hudhair:
“Pada suatu malam dia membaca surah Al-Baqarah sementara kudanya ditambat berhampiran dengannya. Tiba-tiba kudanya itu pun berputar-putar. Ketika Usaid berhenti membaca, kudanya itu pun kembali tenang. Kemudian Usaid membacanya kembali dan kudanya itu pun kembali bergerak dan berputar-putar. Tatkala dia berhenti membaca, kudanya kembali diam. Kemudian dia membacanya lagi, kudanya itu pun bergerak dan berputar-putar. Maka dia pun berhenti membacanya sedangkan puteranya Yahya berada berhampiran kuda tersebut. Oleh kerana berasa bimbang dan kasihan kuda itu akan memijak anaknya, dia pun mengambil anaknya seraya penglihatannya mengadap ke langit dan dia melihat satu bayangan putih (berkelip-kelip) sampai dia tidak melihatnya lagi.
Ketika pagi menjelang, dia pun menceritakan perihal tersebut kepada Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda :
“Wahai putera Hudhair, baca terus” Dia menjawab “ Ya Rasulullah, aku merasa bimbang kepada Yahya kerana dia berada dekat dengan kuda tersebut. Kemudian aku mengangkat kepalaku dan melihat ke langit, tiba-tiba aku melihat seperti suatu bayangan yang mirip lampu-lampu. Setelah itu aku keluar rumah dan melihatnya sampai aku tidak melihatnya lagi.”
“Tahukah engkau apa itu“ Tanya Rasulullah. “Tidak“ Jawabnya.
Beliau pun bersabda “ itulah malaikat yang mendekatimu untuk mendengar suara bacaanmu. Seandainya kamu terus membacanya (sampai pagi), nescaya pagi ini manusia akan dapat melihatnya tanpa terhalang.
3. Mendapat syafaat ketika di padang mahsyar.
Surah Al baqarah dan surah Ali’- Imran dipanggil surah az-Zahrawain yang apabila dibaca akan mendapat syafaat di padang mahsyar kelak. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah, dia berkata: “Aku pernah memdengar Rasulullah bersabda: “Bacalah Al-Quran kerana Al-quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di Akhirat kelak. Dan bacalah az-Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali’-Imran, kerana kedua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah keduanya bagai tompokan awan, atau 2 bentuk payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Keduanya akan berdalih untuk membela pambacanya di hari kiamat.“
4. Mengelak dari terkena sihir
Kemudian beliau bersabda lagi “Bacalah Al-Baqarah kerana membacanya akan mendatangkan berkah dan meninggalkanya bererti penyesalan. Dan para tukang sihir tidak akan sanggup menjangkaunya (si pembaca)” Kedua hadis diatas juga diriwayatkan oleh Muslim dalam kitabnya As-shalah.
Dalam sahih bukhari dan muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah membaca kedua-dua surah itu dalam satu rakaat.
Membaca dan mendengar bacaan Surah Al baqarah dengan terjemahan adalah salah satu dari Majlis zikir.
Sumber : http://hadith2u.blogspot.com/
BookTree Design Yang Mengagumkan
Rak ini dinamakan dengan nama BookTree kerana rekabentuknya berasaskan tree branches atau ranting-ranting pokok. BookTree telah direkabentuk sepenuhnya oleh seorang arkitek terkenal iaitu Kostas Syrtariotis dari Greek-Italy.
Untuk pengetahuan anda BookTree ini dibuat khusus untuk Perpustakaan Kanak2 dan telahpun dipersembahkan kepada umum di Milan Design Week 2011 dalam kategori KidZoonRoom.
Klik sini untuk daftar ChurpChurp every register RM 1.00, every click RM 0.20 for you.
Burger King RM1 Burger
ONLY FOR TODAY 16 November 2011
Burger King RM1 Burger
Burger King RM1 Burger
1BKrazy Day
A la Carte Spicy Chick N Crisp at RM1 Only
with any Medium Carbonated drink purchase
Location
At all Burger King outlets in Peninsula Malaysia
except KLIA
Apa Kes, Homepage Nuffnang Aku Error?
Salam blogger semua.....
Sejak beberapa minggu nie page Nuffnang aku asyik ada error jer......keluar script xml kat home dia. Aku tak pasti apa masalah teknikal yang berlaku. Mungkin ada minor problem yang Nuffnang sedang atasi. Rasanya almost three weeks benda alah nie jadi camni.
Wassalam
11 Sebab Pilihanraya Tak Buat Tahun Ni

Khabar angin yang mengatakan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan pada tahun ini telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu walaupun tempoh memerintah kerajaan sedia ada masih lagi berbaki 17 bulan.
Namun terdapat 11 sebab mengapa PRU13 tidak akan diadakan pada tahun ini:
1) Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu bagi membincangkan mengenai pembahagian kerusi dikalangan 14 parti komponennya. Pemilihan calon yang dikemukakan akan dipersembahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam mesyuarat yang akan diadakan pada petang Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
2)Peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan hanya berakhir pada pertengahan bulan Disember. Ini kerana kebanyakan dewan serta bilik darjah sering digunakan sebagai pusat membuang dan mengira undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPM akan hanya berakhir pada 14 Disember sementara STPM pula akan berakhir pada lewat sehari kemudian.
3)Kumpulan terakhir jemaah Haji Malaysia akan hanya berlepas pulang ke tanah air selepas 11 Disember dan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia pergi ke Mekah untuk menunaikan haji pada tahun ini. Adakah satu tindakan yang tidak popular mengadakan pilihan raya ketika mereka (jemaah haji) masih belum pulang ke tanah air. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan pada musim monsun kali ini adalah lebih buruk daripada tahun lalu.
4)Berdasarkan kejadian banjir yang berlaku di Thailand, pakar melaporkan taburan hujan yang diterima di Malaysia akan meningkat lebih 40 peratus daripada musim monsun sedia ada. Adalah sukar untuk mengadakan pilihan raya ketika musim banjir kerana ia mungkin terpaksa ditangguhkan kerana banjir yang teruk.
5)Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan bahawa mereka akan pergi bercuti pada bulan Disember.
6)Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember dan agak mustahil untuk parti itu mengambil bahagian dalam pilihan raya kerana mereka perlu mengadakan mesyuarat beberapa minggu untuk merancang tindakan serta starategi untuk menghadapi pilihan raya.
7)SPR memerlukan notis sekurang-kurangnya 60 hari untuk membuat persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh beberapa minggu. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata walaupun Parlimen mungkin akan dibubarkan dalam bulan ini atau Disember. Namun suruhanjaya berkenaan mempunyai masa untuk mengadakan PRU pada bulan Januari tahun hadapan.
8)Najib juga mahu memastikan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serta turut mengadakan PRU pada tarikh yang sama. Beliau tidak mahu mengadakan pilihan raya sebanyak dua kali dalam tempoh yang singkat. Setakat ini hanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bersetuju sementara, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang enggan mengambil tindakan yang serupa. Menurut sumber, Najib telah dimaklumkan bahawa tiga negeri berkenaan tidak akan membubar DUN masing-masing sekiranya PRU13 diadakan pada tahun ini.
9)Najib telah mengumumkan beberapa langkah penambahbaikan bagi meringankan beban rakyat dalam pembentangan Bajet 2012 serta langkah pembaharuan seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) . Semua langkah yang diumumkan ini akan berkuat kuasa tahun hadapan.
10)Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya baru sahaja memulakan tugas mereka dan mereka tidak mampu menyiapkan tugas tersebut dalam tempoh tujuh minggu. Adalah satu perkara yang ganjil sekiranya Najib mengadakan pilihan raya namun tanpa membuat perubahan yang telah dijanjikan dalam sistem pilihan raya sedia ada.
11)Sebab yang kesebelas ialah kerana hari ini adalah 11v November dan nombor 11 merupakan angka kegemaran Najib. Ramai yang mendakwa Najib akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU pada tarikh bertuahnya itu. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan beliau akan mengumumkan sesuatu yang penting hari ini.
sumber : mstar.com.my
Soalan Uji Minda Anda
Assalamualaikum....dear friends...
Today 11.11.11 bersamaan dengan hari mulia Jumaat....hari Ibu telah dijemput menghadap Allah yang Maha Esa lebih sebulan lepas....kasih sayang mak takkan luput dalam ingatan kami anak2 mak. Al-Fatihah buat arwah Ibu....
Baik, kita hilangkan rasa sedih dengan soalan uji minda hari ini. Ada 5 soalan semuanya.
Siap ada tips lagi before u all nak jawab....
Siap ada tips lagi before u all nak jawab....
'di nasihatkan agar berfikir luar daripada kotak...adakalanya jawapan itu tak logik dek akal...tapi itu la jawapannya yang sebenar.....'
1. Benda apa kah yang memberi kuasa untuk berjalan melalui dinding ??
2. Dalam banyak-banyak kawasan di Malaysia....kawasan manakah yang dibangunkan dengan menggunakan 2 alatan sahaja..??
3. Apa yang jauh di mata....tapi dekat di hati ??

4. Ia ada 2 Ibu dan 8 anak..apakah ia...??

5. Dalam Setahun.. dia ada, dalam Sebulan.. dia ada, dalam Sehari.. dia ada, dalam Sejam.. pun dia ada....tapi dalam Seminit je dia tiada....who is that.....??

That's all the questions......nie suka-suka je tau.....jgn emo plak....hehehe
Sila jawab dengan tenang dan berfikiran waras....boleh mintak pertolongan dengan jiran2 anda sekiranya anda rasa nak pecah dah otak memikior......Good Luck guys
23 Animated Photographs Yang Cool
What do you get when you mix a photographer, and a master of animation? Jika anda dapati animasi gif yang cantik anda tepat sekali. Jamie Beck dan Kevin Burg telah bersama-sama menghasilkan beautiful animated photographs, a.k.a Cinemagraph.
Disini saya kongsikan beberapa animasi gif yang dihasilkan Jamie dan Kevin. Untuk lebih mendapatkan inspirasi lawati Jamie’s Tumblog Fromme-toyou.tumblr.com.











































