Archive for December 2011
Wordless Wednessday
Salam u alls.....hari ni tak nak cakap banyak....nanti banyak dosa....hehehe
Enjoy my simple post today.....
Enjoy my simple post today.....


Seksaan Akibat Meninggalkan Solat

Rasulullah SAW bersabda: "Perjanjian antara kita dengan Allah adalah solat, barang siapa yang meninggalkannya bererti dia telah betul-betul kafir". Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Barang siapa sengaja meninggalkan solat lima waktu maka tiada baginya cahaya di dalam kuburnya."
SEKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA
1. Allah mengurangkan keberkatan umurnya.
2. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah.
3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam.
4. Hilang cahaya soleh dari wajahnya.
5. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.
SEKSAAN KETIKA SAKARATUL MAUT
1. Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina.
2. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan.
3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebayak tujuh lautan.
SEKSAAN KETIKA DALAM KUBUR
1. Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.
2. Kuburnya akan digelapkan.
3. Allah akan menyeksanya dengan pedih sehingga hari Kiamat.
SEKSAAN KETIKA BERADA DI AKHIRAT
1. Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mashyar oleh Malaikat.
2. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan.
3. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan diseksa dengan keras di dalam neraka.
NISBAH DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG
1. Sembahyang Subuh - Ia akan diseksa selama 60 tahun di dalam Neraka (bersamaan 60,000 tahun dunia).
2. Sembahyang Zuhur - Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.
3. Sembahyang Asar - Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
4. Sembahyang Maghrib - Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (bagi lelaki) atau dengan ayahnya (bagi perempuan).
5. Sembahyang Isyak - Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar ia mencari bumi lain.
Sesi Photoshoot Tihani (8 Gambar)
Assalamualaikum....
Entry kali ni mengenai sesi Photoshoot my daughter yang telah diambil di sebuah studio Kuantan. Sesi photoshoot nie ambil masa yang agak lama, maklumla ini budak tak bleh duduk diam, blum sempat snap dia dah gerak-gerak. Alhamdulillah, selepas hampir 3 jam setengah baru lah selesai. So inilah hasil gambar-gambar yang sempat saya kongsikan bersama blogger semua. Wassalam. (entry pendek je hari nie fokus on Pictures)Subhanallah, Janin Berusia 15 Minggu Dilahirkan Hidup
Hanover, Jerman – Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?
Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….
Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.
Selepas 6bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Subhanallah, sungguh besar kekuasaan Allah.
Sumber mamaLUV
Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….
Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.







Sumber mamaLUV
Keletah Si Kecilku Nur Imani Tihani
Assalamualaikum.....
Entry kali ni khas untuk anakku yang comel lote ni...Nur Imani Tihani Binti Ayahnya (huhuhu). She's already 1 year and 3 months old. Dah besar dah anak ayahkan, banyak perkara yang dia dah explore dan nak tahu. She can say many words now likes :
- Nak/ Tanak
- Air
- Abih dah
- Aa Ba Taa (tiga huruf je yg lekat dibibir)
- A B C Nanananaa (pun 3 huruf jugak)
- Ayah/Ummi/Abi (Ibu dia susah skit nak sebut, sian ibunya....hu3)
- Sedap....(kalau makan je mesti sebut perkataan ni)
- Akit aka Sakit...
- Tima kashih....(nie aku paling suka)
- Jatuh (dia jatuhkan benda tu pastu ckp jatuh...so genius my girlkan)
Bila bab makan la yang paling dia suka....anything yang kita bagi sure dia akan makan....pedas skit pun boleh tahan (ikut ibunye kot suka pedas, ayah tak berapa suka pedas). Now plak she's trying to makan nasik sendiri, tanak dah ayah suap, tak adventure katanya. Hu3. Macam2.
Itulah antara keletah anak2 yang akan sentiasa membuat kita tersenyum, terjerit sana sini (bila dia cuba buat sesuatu yg membahayakan) dan ketawa bersamanya. Semoga anak ayah membesar dengan sempurna dan penuh kasih sayang dan Insyaallah didikan agama yang paling utama perlu dititik beratkan dalam mendidik anak. Moga menjadi insan solehah dan taat pada ibu ayah. Amin...
Ni gambar photoshoot Imani yang dibuat di Kuantan tempoh hari. Nanti saya akan masukkan lebih banyak gambar Imani dalam entry berkenaan sesi Photoshoot nie. Wassalam....
10 Hadiah Paling Bermakna Buat Insan Tersayang
“CINTA SEJATI, CINTA ABADI BERKEKALAN”
Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya.
Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita iaitu SUAMI ISTERI, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.
1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”
5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia
6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.
7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.
10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.
Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA)

Assalamualaikum.....
Semalam keluar berita pasal SBPA.....tapi apa yang diterangkan oleh Pengarah JPA tu tak berapa nak clear. So pagi ni terus cari website JPA utk dapatkan maklumat lanjut.
Antara intipati yang terkandung adalah seperti di bawah : -
Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, perlu ada multiskill, iaitu mampu membuat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telefon dan lain-lain selepas ini.
Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
Markah 75 % – tiada kenaikan
Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan
Antara intipati yang terkandung adalah seperti di bawah : -
Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan
Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar):- Premier
- Jusa
- Pengurusan Tinggi
- Pengurusan dan Profesional
- Pelaksana
Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, perlu ada multiskill, iaitu mampu membuat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telefon dan lain-lain selepas ini.
Skim SBPA Gaji Baru 2012: Penilaian Markah Penjawat Awam
Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut:Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
Markah 75 % – tiada kenaikan
Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan
Pekeliling SPBA (PP.11/2011) ini telah keluar secara rasmi di laman web JPA.
Klik pautan dibawah untuk muat turun dari web JPA.
Happy 2nd Anniversary Sayang
Assalamualaikum........
Alhamdulillah tanggal 4 Disember 2011 genaplah dua tahun usia perkahwinan kami berdua. Begitu cepat masa berlalu begitu juga dengan usia perkahwinan yang bertambah tahun demi tahun. Kebelakangan nie saya agak sibuk dengan konvo di U**M tempat kerja saya. So masa untuk blog dan berblog memang takde coz kebizian sepanjang minggu (memang patut la visitor blog aku drop). Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar. Berbalik pada cerita 2nd Anniversary we all. Actually my wife besday pun jatuh dalam bulan nie (Disemberlah), actuall date takleh kasi tau, secret. So planning nak celebrate sekaligus 2nd Anniversary and Birthday for my lovely Wife. I have something special for her....can't wait !! Sebelum tu saya nak dedicate kan puisi indah ini to my Sayang. (i'm not so sure this is puisi or sajak and so on).
Isteri bagaikan angin lembutnya melenakan
Ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.
Namun, teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.
Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk pandai-pandailah memujuk buka
telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.
Namun, teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.
Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk pandai-pandailah memujuk buka
telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan semarakkan belaian.
Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.
Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam tetapi... kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa. ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam tetapi... kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa. ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.
Sayang I Luv U with all my Heart, Semoga Allah kukuhkan ikatan perkahwinan yg telah kita bina selama 2 tahun ini, semakin sayang. Bahagia untuk selamanya hingga ke SyurgaMu jua.














