Archive for February 2012

Alhamdulillah, 2nd Cashout ChurpChurp Tercapai

Assalamualaikum....
Agak lama saya tidak membuat entry baru....entry 'copy paste' je sebelum nie yang banyak pun. He3. Alhamdulillah..saya nak sharekan something dgn U ols...hoyay hari nie dapat Cashout kan my Churp2 untuk kali yang ke 2. Cek pertama yang dah dihantaq boleh refer SINI DOWH. Excited gila walaupun tak seberapa dak. Cer usha nun di bawah -

Maybe ramai lagi blogger yang income ratusan ribaan....tapi syukur dengan apa yang kita dapat. So kena usha lebey kalu nak dapat lebey....
Semalam dah cashout En Nuffnang kali pertama lepas peram beberapa bulan purnama. Alhamdulillah bila dah campur tolah ngn Ms. Churp2 boleh la nak bayar bil api, letrik (api ngan letrik bukan sama ke ntah), astro, beyond blum subscribe, prepaid.....
So sesapa yg blum register cer try register tgk (tapi aku sure 80 percent blogger dah ada acc Churp2 kan kan kan). Cara-caranya mcm nun dibawah sinun -
  1. Login laman web churpchurp
  2. Lepas tu click button "signup" then isi butiran i.e. e-mail address, password, alamat, IC dan sebagainya
  3. Then, dalam tu anda boleh mula share kempen @iklan melalui e-mail ke, facebook ke, twitter ke, blog ke or apa-apa le
  4. Income dikira iaitu setiap unique click dari link yang kita promote dapat RM0.20, so bila dah cukup RM100, bolehlah cashout
  5. So apa lagi bagi yang mempunyai ramai followers atau friends, jom join churpchurp
Jika ada yang tertarik dengan iklan kita dan klik, kita akan mendapat komisyen dengan setiap klik. Sometimes sampai RM0.40 sen perklik! disamping dpt menjana pendapatan sampingan.

Belum cuba belum tahu.......Wassalam
28 February 2012
Posted by Unknown

Gambar Erykah Badu Bertatu Kalimah 'Allah'

Kenapa gambar seperti di atas boleh disiarkan di akhbar The Star - Star 2 - Music ms 17 - hari ini, 27 Februari.

“Dan kenapa penyanyi Erykah Badu boleh buat persembahan di Kuala Lumpur setelah seolah-olah menghina Islam dengan gambar ini?” demikian pertanyaan dilontar seorang pembaca Harakahdaily yang menamakan dirinya Hamba Allah.

Beliau merujuk kepada satu artikel yang disiarkan akhbar tersebut hari ini mengenai Erykah Badu yang akan membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Justeru, penyanyi Neo-Soul kelahiran Texan, Amerika Syarikat, Erykah Badu yang bakal mengadakan persembahan di Malaysia hujung Februari ini disifatkan menghina Islam.

Perkara itu jelas melalui tatu kalimah Allah yang terdapat di dadanya seperti gambar yang disiarkan akhbar The Star.

Kehadiran penyanyi yang berusia 40 tahun itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihak berkuasa sepatutnya memantau sebarang artis luar yang ingin membuat persembahan di negara ini.
 
Permohonan maaf dari The Star disini  Apology for Erykah Badu photo

sumber HarakahDaily
27 February 2012
Posted by Unknown
Tag :

Lirik Lagu Kerana Kasihmu - GenX-4 (OST Vanilla Coklat)


Kerana Kasihmu - GenX-4 (OST Vanilla Coklat)

VERSE :
Terkadang bicara hati mula berbisik
Kehadiranmu anugerah yang terindah
Mengapa rindu ini semakin hebat ku rasakan
Sekalung cinta mu takkan ku persia

PRE CHORUS :
Andai daku dapat kuggenggam erat jari-jemari mu
Mengharungi nista hidup yang penuh berliku
Harapan ku kau mengerti dan cuba memujuk hati
Terima diri ku seadanya

CHORUS
Cahaya pesona kasihku terindah untukmu
Terukir di hati hanya untuk mu
Sambutlah tangan bawa ku terbang ke awan biru
Dengarlah kasihku
Dengarlah sayangku …

RAP:
Role … Role … Role … Roda berputar laju
Ku merindu pada mu
Setiap saat waktu
Ku merindu belaian mu … dan manja mu … kasihku

Ku merindu pada mu
Setiap saat waktu
Ku merindu belaian mu … dan manja mu … kasihku

Terlebih rindu … Terlebih manja
Terlebih sayang kepadamu
Bagaikan dunia jadi milik kita
Selama-lamanya …
ho hu ho ….

VERSE 2: ;
Semusim tlah berlalu menggamit jiwaku
Di saat diperlukan wajahmu menjelma
Andai sedetik saat ku hidup tanpa diri mu kasih
Tak terdaya ku meluahkan nya

PRE CHORUS :
Andai daku dapat kuggenggam erat jari-jemari mu
Mengharungi nista hidup yang penuh berliku
Harapan ku kau mengerti dan cuba memujuk hati
Terima diri ku seadanya

CHORUS
Cahaya pesona kasihku terindah untukmu
Terukir di hati hanya untuk mu
Sambutlah tangan bawa ku terbang ke awan biru
Dengarlah kasihku
Dengarlah sayangku …

donlot sini dowh.... eh bukan SINI DE
Posted by Unknown
Tag :

8 Gambar Bayi Sleeping Of Beauties

Tomey sungguh gambar bayi yang baru lahir nie.....terserlah pada wajah mereka kesucian dan keindahan ciptaan Allah. Fotografi ini diambil dari sebuah buku by the name of “Sleeping Of beauties: Newborns in Of Dreamland” . Maybe my second baby nak try ambil gambar style macam ni, sure menangis punyalah.

 
 
 
 
 
 
23 February 2012
Posted by Unknown

Iklan Jalanan Yang Sangat Aewsome

Street advertisement atau iklan di jalanan. Di negara kita memang agak jarang iklan jenis ini dikormesialkan. Bagaimana pun ada juga syarikat pengiklanan yang berani mencuba tetapi mungkin belum dapat disebarkan secara meluas. Padahal kat luar negara street advertisement memang dah agak biasa....but for me this was extraordinary.....Cool right !!

 
get it from [acidplus.org]
20 February 2012
Posted by Unknown

Wordless Wednessday - Kenapa Trafik Malaysia Selalu Sesak


What do U think....lets picture tell everything....that's why Malaysia always have traffic JAMMED. Ha3
15 February 2012
Posted by Unknown

Mufti Perak Terkilan Najib Hadir Perayaan Thaipusam

       Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang "menggadai akidah" apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini. Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... Sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka. Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... Sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu. "Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... Itu upacara ibadat mereka."

"Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan," katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.

Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

"Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... Kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah."

"Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... Kalau tidak mahu dengar terpulang," kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.

Gambar sebesar patung berhala

“Kami menegaskan agar pihak Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa terhadap hal ini agar umat Islam khususnya dan rakyat amnya tidak akan keliru demi menjaga kemuliaan Islam dan aqidah umat,” katanya lagi.

Harussani juga dilapor membidas menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam dan penasihat agama perdana menteri kerana gagal menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

najib thaipusam 2011Pada acara tahun ini, gambar perdana menteri juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves dan pasangan itu dipakaikan kalungan bunga yang amat besar.

HarakahDaily

Apa pandangan anda....tepuk dada tanya Iman....
14 February 2012
Posted by Unknown

Cool Magazine Illusions

Post santai hari ini setelah agak lama bertapa....
Here are some really cool illusions created by using magazines.










13 February 2012
Posted by Unknown
Tag :

Dr Haron Din Bermimpi Bertemu Dengan Rasulullah SAW


Salam semua....cuti panjang minggu lepas sampai semalam.....membawa diri ke Kuantan bersama Wifey and si comel Tihani. So tak sempat nak buat new post. Sempat lagi kot nak ucapkan selamat Menyambut Hari Keputeraan Rasul Junjungan kita Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal 1433H. Semoga kita sentiasa menjadikan baginda sebagai panduan hidup kita berlandaskan Al Quran dan As Sunnah.

Baru-baru ni ,pendakwah terkenal Datuk Dr. Haron Din berkongsi pengalaman bagaimana beliau bermimpi bertemu seseorang yang beliau yakin Rasulullah SAW. Ia terjadi suatu beliau sedang menderita sakit tidak lama dulu.

Dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah r.a (mafhumnya): “Rasulullah SAW menjelaskan bahawa mimpi manusia ada tiga jenis. Satu, mimpi-mimpi baik lagi benar (rukyaa sadiqah), kedua, mimpi gangguan syaitan dan yang ketiga, mimpi sebagai mainan tidur atau menggigau.”

Mimpi benar memang wujud dan boleh berlaku, dengan izin Allah SWT. Mimpi benar, khususnya bermimpi bertemu Rasulullah SAW boleh digolong dalam erti mimpi anugerah Allah kepada seseorang.
Abu Hurairah berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, sesungguhnya sesiapa yang bermimpi melihat daku dalam tidurnya, maka akan dilihat daku ketika sedarnya (yaqazah), atau seolah-olahnya dia melihat daku dalam sedarnya. Syaitan tidak boleh menyerupai daku.”

Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Banyak lagi hadis yang menceritakan hal mimpi bertemu Rasulullah SAW yang menggambarkan bahawa mimpi sedemikian adalah berlaku dan ia adalah benar.

Didalam video tersebut sambil menitiskan airmata, beliau terharu kerana doanya untuk bertemu Baginda ditunaikan oleh Allah SWT.
Bukan berniat untuk mempengaruhi sesiapa agar mempercayai mimpi tersebut, namun penulis percaya ada yang kita boleh ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Wallahualam. Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)

Video disini www.youtube.com/watch?v=B_CyNQqtArs
08 February 2012
Posted by Unknown
Tag :

Bahaya Penyakit Leptospirosis (Kencing Tikus)

 
LEPTOSPIROSIS atau jangkitan yang dibawa haiwan, termasuk daripada keluarga tikus dikategorikan sebagai jarang berlaku biarpun ia sebenarnya bukanlah asing kepada penduduk negara ini.

Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd’s, Demam Pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis Berdarah, Penyakit Stuttgart dan Demam Canicola.

Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Sungai Buloh, Dr Christopher Lee berkata, leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’

“Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia,” katanya.

Jelas Lee, jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika. Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii.

Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir. Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika.

Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat. Kerap kali, mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis.

Rekod WHO menunjukkan antara kes wabak leptospirosis yang meragut banyak nyawa adalah ketika Taufan Mitch pada 1995. Wabak leptospirosis yang dilaporkan di Nicaragua itu membabitkan komplikasi pendarahan di paru-paru. Pada 1998, wabak itu melanda kawasan tengah Amerika Syarikat. Tahun yang sama ia berlaku di Peru dan Ecuador disebabkan banjir besar.

Pada 21 September 2000, empat kematian direkodkan di Perancis membabitkan peserta merentas desa, Eco-Challenge. Tarikh yang sama di Kanada enam kes disyaki dijangkiti leptospirosis juga membabitkan peserta merentas desa Eco-Challenge. Sementara pada 17 Jun 2004, Kementerian Kesihatan Kenya melaporkan enam kematian dan 141 kes jangkitan leptospirosis dilaporkan di sekolah menengah di Bungoma, Kenya.

Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

Di antara faktor risikonya adalah:
1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran – misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Gejala:
1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.
4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)
5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
6) Radang selaput mata
7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber – Infosihat.gov.my)
03 February 2012
Posted by Unknown

Safee Sali Jutawan Bolasepak Pertama Malaysia

PETALING JAYA: Penyerang sensasi negara, Safee Sali pada Rabu mencatat sejarah sebagai jutawan bolasepak pertama negara apabila membuat keputusan nekad untuk terus menyambung semula kontraknya bersama kelab Pelita Jaya FC, Jakarta Indonesia selama dua tahun lagi.

Kontrak bernilai RM2 juta itu ditandatangani di Jakarta, Indonesia pada Rabu. Keputusan itu disahkan oleh Pengurusnya, Zakaria Rahim menerusi satu kenyataan media. Menerusi kontrak terbarunya, Zakaria berkata, Safee akan menerima pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh dua tahun.

Menurutnya, Safee turut mendapat penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC. “Beliau juga akan menerima pakej tambahan iaitu hak imej. Kelab tersebut akan mendapatkan sokongan komersial bagi pelbagai produk di Indonesia untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran,” katanya dalam satu kenyataan.
Zakaria berkata, bekas penyerang Selangor itu bukan saja dilantik sebagai Duta Sekolah Sepak Bola Pelita Jaya di Sawangan, Jawa Barat, Indonesia malah akan dipertimbangkan untuk menerima saham pemilikan Akademi Sepak Bola milik kelab tersebut untuk masa depannya.

“Akademi itu sudahpun memiliki 600 pelajar di Jakarta dan mempunyai cawangan di daerah lain di Indonesia,” katanya. Zakaria turut menyambut baik keputusan Safee untuk kekal menyarung jersi Pelita Jaya FC dan yakin penyerang tersebut sudah meneliti perkara itu sedalam-dalamnya dengan mengambil kira pelbagai aspek dan risiko.

Jelas Zakaria, komitmen dan pengorbanan Safee dilakukan demi membantu menaikkan imej bola sepak negara dan meniup semangat pemain muda untuk mengikut jejak langkahnya. Sementara itu, Zakaria berkata, kehadiran bekas jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Rachmad Darmawan lebih menyakinkan Safee untuk terus menyarung jersi bersama kelab tersebut.

“Safee juga akan bergandingan dengan penyerang sensasi Indonesia, Greg Nwongkolo, bekas penyerang kebangsaan Montenegro, Alex Bajevski yang pernah beraksi pada Liga Juara-Juara Eropah dan kapten bawah 23 tahun Indonesia, Egi Mergiansyah. Ekoran prestasi yang memberangsangkan bersama Pelita Jaya FC, Safee turut mendapat tawaran dari Muangthong FC dan Buriram FC di Thailand.

Malahan, difahamkan empat pasukan tanah air iaitu Kelantan FA, Negeri Sembilan FA, Johor FA dan Selangor FA turut berminat untuk mendapatkan khidmatnya. Safee bagaimanapun jelas Zakaria hanya akan kembali berentap dalam saingan liga tempatan selepas beraksi sekurang-kurangnya lima tahun lagi di luar negara. “Dia lebih mengambil sikap ingin bermain daripada ingin bersama. Safee lebih mengutamakan peluang bermain untuk meningkatkan tahap permainannya selepas mengetahui faktor umur yang menjadi kayu pengukur kebanyakan kelab,” katanya.

Pada Selasa, akhbar Warta Kota Indonesia melaporkan Safee bakal menerima gaji sekitar Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan jika memperbaharui kontrak bersama kelab tersebut.
Kontrak Safee selama setahun dengan kelab Pelita Jaya berakhir semalam (31 Januari).
sumber mStar Online
02 February 2012
Posted by Unknown

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -