Archive for March 2012
Gaji Programmer Syarikat Google
TAHUKAH ANDA BERAPA GAJI PROGRAMMER GOOGLE? |
Google telah lama diketahui sebagai tempat terbaik untuk bekerja. Mereka menawarkan makanan percuma, tempat bersenam, tempat berehat dan potong rambut profesional di pejabat mereka di California. Perkara tersebut telah menjadikan mereka syarikat pilihan pekerja dari seluruh perniagaan yang ada di dunia.
Selain dari persekitaran tempat kerja yang relax dan makan free mestilah gaji pekerja Google menarik juga kan. Tahukah anda berapa gaji pekerja-pekerja Google? Data berikut tidak terlalu mudah dicari, jika anda tidak percaya, anda boleh search di Google.
Berikut adalah statistik gaji pekerja Google yang cukup menarik.
- Google Programmer di Phoenix – $174,000 setahun
- Google Programmer di California – $197,000 setahun
- Google Programmer di Chicago – $222,000 setahun
- Google Programmer di New York – $242,000 setahun
(menurut Indeed.com)
Itu hanya gaji… apa lagi yang ditawarkan Google kepada pekerjanya?
- Google akan membayar $8,000 setahun jika anda mahu sambung belajar. Mereka hanya mengharapkan keputusan gred “B”.
- Jika anda memperkenalkan seorang pekerja untuk menjadi staff Google dan mereka bertahan untuk 60 hari, Google akan membayar $2,000 kepada anda.
- Jika anda hendak mengambil anak angkat, Google akan memberikan $5,000 untuk urusan legal dan kos.
- Bergantung kepada berapa lama anda bekerja di Google, anda akan mendapatkan sehingga dengan 25 hari bonus hiburan dalam setahun.
Satu lagi perkara yang menarik dari segi pendapatan pekerja Google, menurut New York Times, kira-kira ada 1,000 pekerja Google yang mempunyai saham dengan nilai $5 juta dollar.
Masih menurut New York Times, setiap pekerja yang bersama Google untuk setahun sahaja memiliki nilai lebih dari $250,000.
Pesaing Google mengatakan bahawa programmer Google telah menikmati 50% kenaikan gaji dalam beberapa tahun terakhir ini. Entry Asal
Mantaplah Google nie....Nak try apply programmer kat sana lah....ada harapan ke rakyat Malaysia nie keje situ?
Semoga Roh Ibu Dicucuri RahmatMu
Salam sahabat blogger.......
Hari ini (Jumaat) sudah lebih 5 bulan arwah Ibu - Zakiah Binti Haji Othman pergi meninggalkan aku. Dalam kiraan hari lebih kurang 162 hari dari tarikh arwah Ibu pergi pada 7 Oktober 2011 bersamaan 9 Zulkaedah 1432 Hijrah.
Mungkin kerana aku bekerja dan dah ada anak dapat menghilangkan rasa rindu atau ingatan aku kepada ibu, tapi mcm mana plak dengan ayah. Sepanjang pemergian ibu ayah sorang2 je kat kampung tu. Nasib la abang aku dan dua orang adik still ada kat sana tu pun setiap hujung minggu. Bleh la diorang tengok-tengokkan ayah tu.....kitorg anak2 yang duk jauh ni tepon la yang menghubungkan kami, bertanya kabar.
![]() |
| Gambar Arwah Ibu bersama Isteri, Saya dan Ayah |
Kesian kat ayah aku dah takde tempat berkongsi citer, teman berbual....so sapa yang solo tu nak masuk minang ayah aku dipersilakan (acah ajer) ha3. Hopefully ayah sentiasa sihat dan jaga diri elok2 dan sentiasa dalam perlindungan Allah.
Aku amat berharap dapat bermimpi bertemu dengan Ibu....rasa rindu sangat2 nak peluk, cium dan mintak ampun daripada Ibu. Semoga Roh Ibu Dicucuri RahmatMu Ya Allah. Kepada sahabat2 yang masih ada Ibu dan Ayah, sayangilah dia, peluklah dia, mohon ampun dari dia, berbuatlah baik kepada mereka kerana Syurga itu dibawah telapak kaki Ibu.
Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.
(al-Tirmizi)
Wassalam......AlFatihah
Jom Kitar Semula - Sayangi Bumi Anda
Assalamualaikum...
Mesti boring kan kalau kuar citer pasal kitar semula aka recycle. 1st time aku jual barangan kitar semula dan hasilnye dapatlah dalam RM 5 je, takde la banyak. Tapi aku dah mula sedar akan kepentingan program kitar semula yang disarankan oleh pihak kerajaan nie. Bukan saja kita dapat protect bumi dan alam sekeliling, at the same time dapat duit plak lagi. Sapa nak bagi walaupun 5 hinggit....iye tak.
So lepas nie kalau ada kertas terpakai, old newspaper, botol plastik, tin minuman/susu, besi-besi buruk (jangan gatai tangan nak amik besi tutup longkang masjid plak ye) korang bleh kumpul, seminggu lepas tu dah bleh jual. Kalau tak mampu nak buat korang kasi kat aku, longgok je kat depan umah aku, then aku jual duit aku dapat habuk pun dapat. Pasnie aku nak jadi apply jadi 'ahli kelab pencinta alam'. He3.
Kat sini aku aku nak kongsi dengan korang sistem kitar semula yang dipraktikkan di Kanada dan Jerman. Diharap rakyat Malaysia cuba mencontohi sistem recycle yang digunakan oleh mereka.
Sistem Kitar Semula di Kanada (ehsan http://affanruslan.com)
Sistem kitar semula diorang sebenarnya sangat sistematik. Mungkin bukan yang terbaik di dunia, tapi sekurang-kurangnya jauh lebih baik dari Malaysia.
1. Berbanding di Malaysia, di Kanada ni hampir semua tempat ada tong sampah kitar semula, tak kira di universiti, tempat makan, stesyen keretapi (subway) dan tempat-tempat lain.
2. Untuk setiap beg plastik ketika membeli barang, selalunya anda perlu membayar untuk beg plastik tersebut. Kalau di Malaysia, cuma dikhaskna pada hari Sabtu sahaja. Jadi di sana memang orang akan membawa beg kertas/kain sendiri ketika membeli-belah.
3. Jika di Malaysia kita hanya sumbat semua sampah ke dalam plastik sampah, tapi di Kanada anda tidak dibenarkan berbuat demikian. Bagaimana ianya berfungsi:
![]() |
| Tong sampah kitar semula disusun rapi di kawasan perumahan. |
- Pada setiap minggu, telah ditetapkan pada hari tertentu lori sampah dan lori kitar semula datang untuk mengutip sampah dan barangan kitar semula dari setiap rumah.
- Setiap rumah dihadkan hanya kepada satu beg plastik hitam sahaja. Kemudian satu tong sampah hijau pula dikhaskan untuk sampah-sampah organik seperti tulang ayam dan sisa-sisa makanan yang lain.
- Kemudian, terdapat tong biru yang dikhaskan untuk barang-barang kitar semula.
- Pengguna juga wajib mengasingkan antara tin aluminium, gelas kaca dan kertas. Kalau salah asingkan, lori sampah takkan ambil barang-barang yang ingin dibuang tersebut!
Sistem Kitar Semula di Jerman. (ehsan http://khairulabdullah.com)
Jerman sangat berjaya di dalam usaha mengurangkan pengeluaran sampah yang semakin meningkat setiap hari. Kitar semula adalah salah satu sumbangan negara ini untuk perang global terhadap alam sekitar dan ianya sangat berjaya. Tetapi keseluruhan subjek mengenai kitar semula dan cuba untuk memehami sistem tersebut adalah merupakan sesuatu yang agak sukar bagi orang yang baru tiba di negara ini.
Jerman mengeluarkan sampah hampir 30 juta tan setahun. Namun dengan pengenalan sistem “Green Dot” atau sistem titik hijau telah berjaya mengurangkannya. Pengeluar/pengilang dan juga penjual perlu membayar yuran/cukai “Green Dot” terhadap setiap produk yang dikeluarkan atau dijual.
Sistem bijak ini telah berjaya mengurangkan penggunaan kertas, kaca yang lebih nipis dan kurangnya penggunaan besi/aluminium serta plastik dan secara langsung kuranglah sampah yang perlu dikitar semula. Hasilnya, sampah berjaya dikurangkan sebanyak 1 juta tan pada setiap tahun.
" Faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan sistem kitar semula di Jerman adalah pengasingan sampah. Dan di sinilah segalanya bermula. "
Kitar semula akan mengurangkan jumlah barangan buangan dan ini akan mengurangkan keperluan serta jangka hayat tapak pelupusan sampah. Pencemaran juga dapat dikurangkan dan menyelamatkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Dari segi jangkamasa panjang kitar semula lebih murah daripada penyelenggaraan tapak atau sistem pelupusan sampah yang lain. Paling penting kitar semula meningkatkan kebersihan dan kualiti hidup kita.
Oleh itu fikir dahulu sebelum membuang sampah. Segalanya perlu bermula dari rumah dan diri kita.
Oleh itu fikir dahulu sebelum membuang sampah. Segalanya perlu bermula dari rumah dan diri kita.
Lagu Best Awal Tahun 2012 (Top Sepuluh)
Assalamualaikum......lama sungguh aku tak hapdep blog nie....bersawang tak ingat. So hari nie dapat idea nak buat post pasal lagu baru tahun 2012....(nak buang sawang jap.)
Sejak masuk tahun baru nie banyak lagu-lagu baru (lagu yg tak brapa familiar dgn cuping telinga aku) yang aku dengar dari corong2 radio . Mana taknya.....lagu tu diulang 4 atau 5 kali dalam sehari so memang aku bleh perasan la kan mana lagu baru yang masuk, first time dengar macam biasa je lama yang biasa pun bleh jadi perghhhh sedap gak kan.
Pada aku lagu ni popular mungkin sebab ia adalah OST atau bahasa 'melayu' nya Original Sountracks' bagi drama-drama atau filem baru yang sedang, telah atau akan di tayangkan di TV LCD skrin atau pawagam berhampiran korang.
So korang layan la antara lagu-lagu yang best dan sedap awal tahun 2012 ni (Top Sepuluh)
- Sofarz - Pencinta Terbaik (OST Cinta Kura-Kura)
- Suka - Suki Low - Terlalu Mencintaimu (bab menambah memang kerja aku)
- Ramlah Ram ft SleeQ - Sesaat Kau Datang
- Ungu - Doa Untuk Ibu
- GX4 - Kerana Kasihmu (OST Vanila Coklat)
- Melly Goeslaw feat. Irwansyah – Love Story (OST Love Story)
- Ungu ft. Rossa -Ku Pinang Kau Dengan Bismillah (Ku Pinang Kau Dengan Bismillah)
- Fiza Elite, Shahrizal(Shah Jazle) dan Shah Iskandar - Atas Nama Cinta (OST Atas Nama Cinta)
- Black - Dewi Aleeya
- Yuna - Terukir Di Bintang (lagu 1st from Yuna yang aku suka - tutup muka skit malu)
Ok thats all. Kalau nak dengar bleh la download guna berukband sindiri.
Alhamdulillah, SBPA Batal, SSM Akan Ditambahbaik - Najib
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Sementara itu Najib, turut mengumumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.
"Selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2012 suka saya umumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM," katanya pada Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Najib berkata, kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan.
"Kerajaan juga bersetuju Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
"Kepada para guru jangan gundah gulana. Kerajaan amat komited terhadap kebajikan dan prihatin terhadap kebimbangan anda. Di sini saya mengumumkan bahawa kerajaan akan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip 'time-based' Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012," katanya.
Justeru, Mohd Najib berharap keputusan tersebut dapat meredakan ketidakpuasan hati yang wujud di kalangan penjawat awam di semua peringkat.
"Bagi isu-isu lain berkaitan perkhidmatan dan skim perkhidmatan, perkara ini akan dikaji oleh suruhanjaya yang saya umumkan.
"Saya berdoa ke hadrat Allah SWT agar keputusan yang dibuat ini mudah-mudahan menjadi penyelesaian terbaik bagi manfaat seluruh penjawat awam," katanya.
Antara pelarasan gaji yang diumumkan mengikut gred-gred adalah seperti berikut:
1) Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulam pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54.
2) Pelarasan gaji sebanyak 9 peratus untuk gred utama dan gred khas C, B dan A.
3) Pelarasan gaji sebanyak 8 peratus untuk Turus III dan Turus II.
4) Pelarasan gaji sebanyak 7 peratus untuk Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
mstar.com.my
mstar.com.my
Hotel Moden Berkonsepkan Hollywood Sign

Seorang arkitek dari firma Bay Arch ingin mengubah Hollywood Sign yang sungguh femes di dunia kepada sebuah hotel moden.
Hotel 10 tingkat yang dicadangkan oleh mereka akan mengandungi 308 buah bilik, 3 kolam renang dan dek pemerhatian dan peninjau - kesemuanya tersemmbunyi oleh perkataan HOLLYWOOD yang amat besar. Sungguh menakjubkan bukan.

Tugas Isteri, Kerana Dia Tidak Bekerja !
Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!
Hargailah seorang ibu@isteri anda selagi mereka ada...Kerana pengorbanannya tidak terkira...Sayang awak selamanya isteriku...Pn Ekin
sumber : muka bukuku
Tazkirah Jumaat : Renungan Bersama
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah
Kalau semua nak tahu ...
Si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.
2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

source m-tazkirah