Archive for April 2012

My Besday Wish List


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih memanjangkan usia aku kepada 28 tahun pada hari ini. Banyak besday wish dari keluarga dan rakan yang aku terima.....thanks bebanyak atas ucapan and sorry kalau tak sempat nak balas.
To my wifey thanks bagi kad yang comel......hadiah on da way katanya....sebut pasal hadiah nie, semua orang ada wish list diorangkan, So

Disini saya senaraikan my besday wish list

1.   Handphone baru - sebab yang lama dah takde back cover (dengan nada  utk tagih simpati)
      Brand apa pun boleh macam iPhone 4S, Galaxy S2, HTC Desire,  Note pun aku suka. Wife aku offer hadiah nie.....tapi masa tak sesuai kot.(banyak duit nak pakai)

2.   Kasut baru - kalau boleh nak kasut utk pegi keja, untuk g jalan2, dan sandal untuk aktiviti santai.
      Nie pun wife aku mcm nak pekenankan je....hahaa

3.   Kejutan majlis hari jadi - belum penah lagi la sapa2 buat kezutan untuk aku. Mungkin aku kena buat kejutan utk diri sendiri kot....

4.   Sport rim baru - sport rim yang diguna sekarang lama sangat dah. dah boleh jual kat kilang besi kot.

5.   Bercuti bersama keluarga (Honeymoon) - memang lama dah wifey ajak pegi bercuti tapi tak kesampaian je ( kekangan masa dan money ) 

6.   Pakaian baru - nie actually keperluan jugak sebab hari2 pakai pegi kerja.....so kena la ada baju dan seluar beberapa pasang untuk nampakkan kelainan. Masa awal2 keja dulu penah jugak pakai baju sama dua hari berturut - turut. 

Ok lah....nanti next post i story hadiah yg wifey bagi plak. ByeBye
      
25 April 2012
Posted by Unknown
Tag :

Kisah Wanita Tua, Pramugari & Lelaki Hodoh

Sila abaikan gambar di atas

Sebuah kisah benar yang berlaku di dalam sebuah kapal terbang syarikat TAM.

Seorang wanita tua berkulit putih berusia 50an mendapati tempat duduk bersebelahannya diduduki oleh seorang lelaki tidak kacak berkulit hitam. Dia sungguh terkejut lalu menjerit memanggil pramugari yang bertugas. Lalu bergegas seorang pramugari bertugas menuju kepadanya.
Ada apa-apa yang berlaku, Puan?
bertanya pramugari yang manis itu kepada wanita itu.
Tidakkah anda nampak dan lihat? Saya telah diberikan tempat duduk dengan nergo berkulit hitam yang langsung tidak kacak. Anda perlu menukarkan tempat duduk saya sekarang juga ! "  hampir satu pesawat mendengar jeritan wanita itu.
 Sila bertenang Puan, malangnya semua tempat duduk di kelas ekonomi sudah pun penuh. Tetapi saya akan memeriksa sekali lagi jika ada kerusi yang kosong"
Pramugari tersebut berlalu pergi tetapi kembali semula kepada wanita berkulit putih tersebut.
Puan, seperti mana yang saya beritahu sebentar tadi sememangnya tiada kerusi kosong di kelas ekonomi. Malah saya juga telah bertanya kepada kapten, beliau mengesahkan sendiri tiada kerusi kosong di kelas ekonomi. Tetapi kami punyai kerusi kosong di kelas pertama" Pramugari tersebut menjelaskan panjang lebar kepada wanita tersebut.
Sebelum wanita tua berkulit putih itu sempat berbicara, pramugari tersebut menyambungkan baris ayatnya yang seterusnya.
Namun ia adalah sesuatu yang luar biasa bagi syarikat kami membenarkan penumpang dari kelas ekonomi bertukar ke kelas pertama. Walau bagaimananpun, jika terdapat sebarang kesulitan yang ditimbulkan oleh penumpang sebelah. Kami terpaksa mengubah polisi tersebut."
Pramugari yang comel itu kemudian berpaling kepada lelaki tidak kacak berkulit hitam itu lalu berkata…….
Adalah lebih baik untuk Tuan mengemas segala barang-barang Tuan. Kami sudah memindahkan Tuan ke tempat duduk di kelas pertama"
Dan semua penumpang lain yang kelihatan terkejut dengan kejadian itu mula bertepuk tangan dan berdiri menyatakan sokongan kepada lelaki berkulit hitam itu.
Posted by Unknown

Keputusan Kemasukan Program Matrikulasi 2012


KUALA LUMPUR: Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya untuk mengikuti program matrikulasi bagi sesi 2011/2012 pada 25 April.

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang membuat permohonan sebelum tarikh tutup 10 Okt, 2011 boleh menyemak keputusan mereka di laman web KPM di www.moe.gov.my.

Pendaftaran pelajar untuk program matrikulasi akan diadakan pada 28 Mei ini dan pelajar yang berjaya dikehendaki mencetak sendiri surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen peribadi pelajar dan borang perjanjian pelajar (dua salinan).

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat di laman web KPM yang sama mulai 25 April hingga 13 Mei.

mstar online
20 April 2012
Posted by Unknown
Tag :

Wordless Wednesday : Nenek Pula Pergi Mengiringi Ibu

19 April 2012
Posted by Unknown

Blogging Shirts Giveaway By WootMedia

Klik untuk cuba nasib dan baca syarat penyertaan di bawah
  http://wootmedia.my/wootmedia-blogging-shirts-giveaway/

Prosedur penyertaan :

1) Buat  entry ringkas di blog anda mengenai giveaway ini ( tajuk dan isi bebas,yang penting jangan lupa letak link asal giveaway ini,copy paste entry ini dibenarkan )
2) Buat satu review di alexa mengenai wootmedia.my.Review tersebut bebas,anda boleh kritik wootmedia,asalkan ianya sebuah review.
3) Komen di entry ini dengan meletakkan LINK entry anda.
4) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 April 2012

Cara Review Alexa :

1)  Pergi ke halaman alexa ini
2) Anda akan diminta untuk login.Pilihan login sama ada akaun alexa ataupon facebook
3) Isi butiran butiran di ruang kosong dan submit.Selesai.
10 April 2012
Posted by Unknown
Tag : ,

7 Pesaing IPad


KEHADIRAN iPad baru mencetus fenomena malah mendapat sambutan luar dugaan di seluruh dunia. Sehingga hari ini, dilaporkan lebih tiga juta unit iPad dikatakan sudah dijual di seluruh dunia.

Layar teknologi Retina serta sambungan 4G LTE (Long Term Evolution) menjadi fungsi utama dalam tablet pintar ini. 
Walaupun mendapat sambutan dan ramai yang bermimpi-mimpi memilikinya, ada beberapa tablet lain yang dianggap ancaman 'serius' dan pesaing rapat iPad terbaru ini. 

Berikut disenaraikan tablet yang menjadi saingan iPad dari segi harga dan kebolehan teknologi yang dipaparkan:

ASUS PADFONE

GAJET hebat ini adalah gabungan tablet dan telefon pintar. Tablet ini beroperasi dengan OS Android 4.0, layar Super Amoled qHD serta prosesor dual core Snapdragon S4.

SAMSUNG GALAXY NOTE 10.1

TABLET ini juga mempunyai stylus S Pen untuk melakukan pelbagai fungsi menarik seperti mencatat atau mengedit gambar.

Spesifikasi Galaxy Note 10.1 seperti layar resolusi 1280 x 800; prosesor dual core Exynos 1,2 GHz; kamera belakang 3MP; kamera depan 2MP; sistem operasi Android 4.0 atau Ice Cream Sandwich; Wi Fi serta HSPA+.

TOSHIBA EXCITE X10

TOSHIBA Excite X10 memiliki ketebalan 0.76 cm dengan berat 0.5 kilogram. Beratnya ini hanya lebih beberapa gram daripada Lenovo IdeaTab S2. Tablet ini dilengkapi dengan prosesor TI OMAP 4330 dual core 1.2 Ghz, RAM 1GB, kamera belakang 5MP dan kamera depan 1.3 MP.

LENOVO IDEAPAD S2

TABLET ini memiliki keyboard dock yang boleh disatukan dengan senang ke rangka utamanya seperti Asus Transformer. Tablet ini dibekal dengan kamera 5MP, OS Android 4.0 serta prosesor dual core.

ASUS TRANSFORMER PAD INFINITY 700

TABLET ini termasuk Android paling laris di pasaran ketika ini, dibekalkan dengan prosesor quad core Nvidia Tegra 3 1.6 GHz dan memori dalamannya tersedia dalam dua pilihan, 32GB atau 64GB. Masih boleh ditambah slot microSD sehingga kapasiti 32GB.

LG OPTIMUS PAD LTE

TABLET ini menawarkan layar True HD IPS berukuran 8.9 inci dibekali dengan prosesor dual core Qualcomm 1.5GHz dan kamera 8MP.

SONY TABLET P

TABLET ini memiliki dua skrin masing-masing berukuran 5.5 inci dan tablet ini boleh dilipat. Seperti buku, ukurannya cukup kompak dan boleh diletakkan dalam saku.

Sony P boleh menampilkan dua halaman berbeza di kedua skrin seperti ketika dipakai membaca e-book. Sony P diperhebatkan dengan prosesor Nvidia Tegra 2, kamera depan dan belakang serta sambungan WiFi dan LTE. 
sumber artikel BH
06 April 2012
Posted by Unknown
Tag :

Wordless Wednessday - Alhamdulillah, 2 Cek Serentak


First cheque from nuffnang.....thanks nuffnang for this 'Rezeki'. Alhamdulillah walaupun tak sebanyak bro Eyriqazz tapi bleh la buat blanja anak isteri. hu3


Second cheque pulak from ChurpChurp......Nie cek kedua dari ChurpChurp... cek sebelum nie bleh tengok SINI. Semoga rezeki aku dalam dunia blog nie akan bertambah selepas nie.....Aku juga doakan rakan2 blogger semua akan perolehi rezeki lebih lagi. Insyaallah.

Kepada blogger2 yang belum register ChurpChurp bleh la daftar di sini :

04 April 2012
Posted by Unknown

Harga RON97 Naik 10 Sen Seliter


Harga petrol gred RON97 naik 10 sen mulai tengah malam tadi - meningkat daripada RM2.80 kepada RM2.90 seliter.

Harga baru ini sepadan dengan harga rekod yang ditetapkan pada Mei tahun lepas. Bagaimanapun, harganya turun RM0.10 seliter pada bulan berikutnya.

Persatuan Peniaga petrol Malaysia, Abdul Wahid Bidin mengesahkan ini.

Minggu lepas, kerajaan persekutuan mengumumkan ia telah meningkatkan subsidi petrol RON95 gred - yang paling banyak digunakan di Malaysia - sebanyak 10 sen ekoran harga minyak mentah global yang semakin meningkat.

Ini adalah kerana kerajaan persekutuan berkata ianya penting untuk mengekalkan harga RON95 bagi menghindari tekanan inflasi.

RON95 diperkenalkan pada bulan September 2009, selepas kerajaan persekutuan memutuskan untuk mengapungkan harga RON97 yang disemak setiap bulan.

Kenderaan pendaftaran asing tidak dibenar menggunakan minyak RON95.

malaysiakini
Posted by Unknown
Tag :

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -