Archive for November 2012

Day 6 : Holiday In Saigon, Vietnam (Final)

Assalamualaikum.
Sebelum November rain melabuhkan tirainya, baik aku habiskan baki perjalanan holiday aku di Vietnam nie. Mood nak berblog baru nak mai, so straight to the point. Sebelum tu bagi, untuk entry-entry sebelum nie aku di Seoul, Korea dan Vietnam bleh baca sini.


Day 5 : Holiday In Saigon, Vietnam
Day 4 : Holiday In Seoul, Korea (Blue House, Gyeongbok Palace, MyeongDong Market)
Day 3 : Holiday In Seoul, Korea (Everland)
Day 2 : Holiday In Seoul, Korea (Nami Island)
Day 1 : Holiday in Seoul, Korea

Jom sambung hari terakhir aku di Ho Chi Minh City, Vietnam.

Breakfast pagi di Hotel Kingston tempat kitorg menginap, luckily this hotel provide halal food here, erkkk...alhamdulillah. So lepas breakfast terus bershopping di Ben Thanh Market.

main entrance Ben Thanh Market - rembat en google punyer gambar

 ruang dalam Ben Thanh Market yang agak crowded

Aku dapat rembat sepasang kasut adidas dan belt jer kat sini. Wife aku plak borong kain cotton kat sini. But make sure before beli, bandingkan harga dan kualiti material kain yang dijual, sebab some of them sell low quality with higher price. Be carefull. Kat sini kita kena pandai main harga, tawar sampai harga paling rendah dulu then baru naikkan. Lama jugak la diorg memilih sampai tak sedar masa dah dekat jam 11pm. 

Then cepat-cepat balik hotel, packing bag dan ready untuk check out. Before siap2 ke airport, kitorg dibawa ke sebuah restoran cina muslim di sini. Satay House memang femes kat sini, tourist dari malaysia wajib singgah sini. The food was mabeles, memang sedap tak ingat, next time kalau ada rezki sure akan singgah lagi. Restoran nie jugak telah dikunjungi oleh team rancangan JJCM, TV3.


bukti maria datang sini........kredit pic blog nota-kembara

Untuk lebih lanjut jika berkunjung ke sana:

307/25 Nguyen Van Troi St

Phu Nhuan Ward, HCM City

Tel :84.08 38458 484

Email:satayhouse1998@yahoo.com.vn


Alhamdulillah selesai makan, tibalah masa untuk meninggalkan bumi Saigon nie, kitorg terus dibawa ke Airport untuk check in luggage. On the way tu sempat jugak snap beberapa gambar kenangan disini.


 kreatif org vietnam nie, antara hasil craft yang dibuat dari kertas. Ada org jual depan restoran Satay House.
 Kalau kat Malaysia kompem dah hilang ATM nie, tak pun kena bom, terang lagi bersuluh.

The crowd of people with motorcycles.

Finally sampai di Airport, it's time to going back to KL after check in luggage bagai, kitorg ada masa dalam 2 jam before boarding. Masa berlepas adalah pada jam 3.15pm waktu Vietnam dan dijangka sampai di KLIA jam 6.05pm waktu Malaysia.
 check in luggage

Bas nie akan bawa kitorg ke boarding hall, kalau kat malaysia or korea guna train.

 Finally, bye-bye Vietnam.


Memang tak puas bercuti di Vietnam selama 2 hari shj, tak sempat nak explore semua tempat bersejarah dan menarik di sini. Maybe next time akan ke sini lagi, tiket flight pun tak mahal sgt, lagipun Tony Fernandes selalu bagi free seat.

Finally tamat jugak akhirnya siri terakhir holiday aku di Korea dan Vietnam selama 6H4M bersama Poto Travel. Next trip bleh guna khidmat Poto lagi kot.

Till then, kalau ada sebarang pertanyaan boleh komen kat bawah nie. hohoo

Wassalam.
30 November 2012
Posted by Unknown

Ya Allah Selamatkan Palestin, Pilihan Di Tangan Kita


Sinyu: Apsal nak kaitkan McD kat sini ngan Israel? Management diorang pun da nafikan.
Nobita: McD kat sini@mana2 pun still jual jenama dan produk sama. Jadi xkan takde kaitan/keuntungan kepada headquaters McD kat US?

Sinyu: Tapi xbaik tuduh diorang buat offer free meal sebab ada boikot. Mungkin diorang dah lama plan untuk hargai pelanggan setia.
J: Wallahu'alam. It's just at the right time! Dulu p
enah ke ada offer free meal?


Sinyu: Alaa, kan free tu. Bagus la. Kita xyah bayar pape, so diorang pun x untung pape.
J: Diorang akan untung senarnya, dari segi sokongan moral. Sebab itu yang diorang perlu sewaktu tertekan macam ni.

Sinyu: Ok, kalu aku amik jugak meal free tu dan makan, apa hukum dia? Haram?

Nobita: Tak haram pun, even kalau bayar. Sebab makanan itu sendiri diperakui halal. Tapi ini bukan soal agama, halal@haram. Ini soal kemanusiaan.

Sinyu: So, depend kat pilihan masing2 la kan nak boikot @ x? xleh paksa kan?

Nobita: Untung kita kat sini ada pilihan nak boikot @ tak. Saudara kita kat sana xleh pilih pun sama ada nak diserang dan menderita.
 
amik dari facebook Aqsa Syarif
19 November 2012
Posted by Unknown

Day 5 : Holiday In Saigon, Vietnam

Assalamulaikum.......sambungan percutian aku di Korea dan Vietnam tempoh hari belum tamat, so hari nie nak sambung sikit lagi. Hujung minggu lepas agak busy dengan famili dan keja so memang tak sempat nak hapdet. So tanak sembang kencang, habuk pun tadek, meh baca sambungan holiday aku di Vietnam plak.

Day 5 - 09.10.12

Actually today is the last day kitorg di bumi Seoul nie. First thing we check out from Charis Hotel then take a simple breakfast. Kitorg di bawa ke tempat jualan borong rumpai laut Korea or Korean seaweed. Se kena pandai pilih seaweed yang mana korang nak, and be carefull takut ada campuran yang tidak halal. Selain tu ada jugak jual coklat, tapi kitorg tak beli sebab was-was. So better tak payah beli la kan.

Our flight back to Saigon, Vietnam adalah pada 10.00am, so memang agak rushing pagi nie ke Incheon Airport takut tak sempat nak checkin bagai. After checkin bagasi, it's time to say goodbye to our tour guide, Ms Gina, thanks for the experience we have in Korea. Kamsahamnida.

 Gambar kunang-kunangan. sowy pic agak blur.

 Waiting area, before boarding to Vietnam Airlines

 Next trip, Jeju Island, 5 tahun lagi laa, kena start kumpul duit balik dalam tabung 1 malaysia.
 
Finally, bye bye Korea.....cantik kan view nie. We're gonna miss everything about Korea.

Perjalanan dari Seoul, Korea ke Saigon, Vietnam memakan masa lebih kurang 4 - 5 jam. Dijangka tiba di Saigon pada jam 2.30pm waktu Vietnam. Cuaca hari nie agak baik, so diharapkan bila sampai di Saigon nanti pun cuaca cerah. Kalau weather ok baru ada mood dan enjoy nak round satu bandar Ho Chi Minh nie.

Ho Chi Minh City

 gambar airport cilok en google

Alhamdulillah akhirnya sampai kembali ke Saigon, kitorg akan tansit di Vietnam selama 2 hari sebelum bertolak balik ke KL esok hari. Ketibaan kitorang disambut oleh tour guide di sini iaitu Mr Aan.

 Mr Aan memang friendly, cakap melayu fasih plak tu, siap ingatkan kitorang pasal waktu solat and so on, even he is not a muslim. Terbaek.

Tour guide kat sini most of them memang pandai speak malay, kalau tak banyak pun, regular words memang diorg tau punya. Sebab ramai pelancong dari Malaysia and Indon yg datang sini. Tak heran la kalau penjual tepi-tepi jalan pun bleh cakap melayu.


 Main transport di Ho Chi Minh City adalah motosikal, tak heran la ada lebih 4 juta pengguna moto di bandar ini sahaja.



Sebelum aktiviti round city bermula, kitorg checkin dulu di Kingston Hotel, simpan apa yang patut, bawak bag sandang lebih senang nak jalan. Stroller my daughter kena sentiasa bawa, kang dia penat memang dia nak tido. Actually kedudukan Kingston Hotel dekat dengan Bến Thành Market, 5 minit je jalan kaki.

We have visited old post office called Vietnam Post. Before tu depan post office tu ada Gereja Notre Dome - senibina Perancis gitu. We stop by here just to take a couple of pictures. Here some of my daughter's pictures, Imani with her sepupu Deanna, bukan main lagi posing.




Family portrait depan Gereja Notre Dome, gambar aku je takde.

This is the post office, Vietnam Post yang aku cakap tadi.

Ruang dalam Vietnam Post

Aweks vietnam with their traditional cloth. Comey gok

Then kitorang telah dibawa ke sebuah tempat handicraft iaitu Phuong Nam Lacquerware on Nguyen Trai Street. Disini diorang ada tunjuk cara pembuatan handicraft  daripada bahan utamanya adalah lacquer dan kulit telur. Memang agak rumit dan memerlukan kesobaran yang tinggi, so tak heran la harganya agak mahal, coz it handmade.
Wifey sempat rembat 2 bijik pinggan hiasan, untuk kenang-kenangan. For me memang agak mahal, but berbaloi la.



 Workshop area.

Phuong Nam Shop, ruang pameran. Buy one then u got one lah!


Seterusnya kitorg di bawa ke salah sebuah restoran muslim yang femes di HCMC nie. Masing2 ngaku dah kelaparan, padahal dalam flight dah melantak tak hingat. Hehe....
Nama restoran adalah Kedai Shamsudin yang menyediakan makanan halal Malaysia dan Vietnam. Kalau tak tau just ask the local people here, sure diorang tau pasal restoran nie. The food was awesome, sedap giler, banyak plak tu lauk dia, bleh kenyang sampai besok la orang kata. Kepada yang melancong ke HCMC, rugi kalau korang tak rasai kesedapan makanan di sini. Terbaek.

Main entrance to the restaurant


Then, kitorg kembali ke Kingston Hotel untuk rehatkan badan, membersihkan diri dan solat jamak seperti biasa. Pada sebelah malam kitorang akan menonton teater air atau lebih popular Thang Long Water Puppet Theatre.
Rakyat Vietnam menceritakan legendanya dengan cara yang unik, iaitu dengan menggunakan teater yang dimainkan oleh boneka-boneka di atas air. Harga tiket untuk menyaksikan teater nie lebih kurang 10USD or dalam RM 30. Memang gempak la persembahan diorg walaupun tak paham apa yang diorang cakap, but jalan cerita yang nak disampaikan boleh difahami oleh penonton. Awesome kan, kat Malaysia belum ada lagi teater camnie.....



 Seat penuh dengan mat saleh, luckily masa kitorg sampai teater baru start 5 minit dan masih ada seat yg kosong.

Inilah para pemain patung boneka, memang saspek la kat diorang. Aku pun tak mampu nak buat.

Alhamdulillah tamat sudah hari kelima overall holiday dan pertama di Saigon, Vietnam, back to hotel and have a sweet dream.
So tunggu sambungan hari terakhir.

Till then see u tomorrow on the next post. Wassalam.
14 November 2012
Posted by Unknown

Amaran! - Jangan Tengok Kalau Tak Nak

Salam Jumaat u alls.....
Petang2 nie entry agak santai tapi benar-benar menguji anak mata anda.....Naik berpinau mata aku nie bila tengok image gif yang bergerak seperti kat bawah nie. Mampukah korang bertahan selama beberapa minit dengan fokus kepada image2 nie. Jangan marah yer kalau mata korang juling itik selepas nie.

Amaran ...Dont' try this sambil makan sebab boleh menyebabkan anda muntah darah. ha3














entry asal encikcopypaste
02 November 2012
Posted by Unknown
Tag :

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -