Archive for December 2012

10 Gambar Jejantas Khas Untuk Haiwan Di Lebuhraya

Kita sudah biasa dengan jejantas yang dilalui oleh kenderaan dan orang ramai, tetapi belum pernah dengar jejantas dibina untuk kegunaan haiwan melintas.

Di beberapa buah negara seperti, Kanada, German, Belanda, Amerika Syarikat dan beberapa negara lagi telah membina jejantas untuk haiwan melintas di tengah-tengah lebuhraya.

Pembinaan itu bagi memudahkan haiwan-haiwan dari hutan di sekeliling lebuhraya menyeberang ke kawasan hutan di sebelah lebuhraya yang lain.

Uniknya, jejantas itu dibina berasaskan elemen hutan seperti daun-daun, rumput dan pokok-pokok kecil.

Justeru, habitat haiwan di kawasan itu tidak terjejas dan dapat menyelamatkan spesis haiwan yang kian pupus.











sumber = mynewshub
19 December 2012
Posted by Unknown
Tag :

Selamat Hari Lahir Sayang

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah hari ini 18 Dis 2012 adalah hari lahir isteriku tercinta yang ke dot dot. Hehehe... Sepatutnya kitorang celebrate Birthday dan Anniversary sekaligus memandangkan kedua-duanya jatuh pada bulan Disember. Tapi apakan daya keadaan wife tak berapa sihat lately, kehadiran orang ke 4 mungkin. Mohon doakan yang terbaik untuk kesihatan my wife.

So kena pospond celebrate next year means January 2013, till wife dah ada selera nak makan. Buat isteri tersayang, abang doakan sayang cepat-cepat sihat dari alahan tut, moga impian dan cita-cita sayang nak further study di makbulkan oleh Allah. Insyaallah.

Hadiah akan menyusul kemudian, sabor yer, itupun kalau ada baki lepas renew roadtax dan insurans. Hehehehe... Just kidding honey.


love
18 December 2012
Posted by Unknown

10 Universiti Terbaik Dunia

Salam........
Hari nie nak kongsikan senarai ranking universiti terbaik dunia dan ranking universiti tempatan bagi tahun 2012. Memang gempak la kalau ada anak Melayu yang dapat further study kat universiti terbaik dunia nie. So, kena start from now kalau nak anak kita sendiri berjaya menempatkan diri mereka di kalangan 10 universiti dibawah, Insha Allah.

Top 10 Universiti Terbaik Dunia

  1. MIT (Massachusets Institute Of Technology)
  2. University Of Cambridge
  3. Havard University
  4. UCL (University College London)
  5. University Of Oxford
  6. Imperial College London
  7. Yale University
  8. University Of Chicago
  9. Princeton University
  10. Caltech (California Institute Of Technology)
Info Grafik di bawah ni merupakan senarai Top 10 University Dunia 2012 beserta dengan purata yuran kemasukan dalam nilai mata wang USD.

Ranking Universiti Malaysia
 
Universiti Malaya mendahului semua universiti tempatan yang lain di Malaysia berdasarkan QS World University Ranking 2012. Universiti Malaya (UM) terus mendahului 14 universiti di Malaysia yang telah disenaraikan dalam 300 ranking teratas tahunan. Ranking Universiti Malaya bertambah baik dengan mendaki empat tempat manakala Universiti Teknologi Malaysia berpindah 2 tempat yang lebih tinggi.
n 8umrankings QS Malaysia University Ranking 2012


Source : picture Visually
              info khaiangel.com

Wordless Wednesday : Follower Ke 500

Finally my blog has reached 500 followers on special date 12.12.12 and the lucky one is blogger http://cikkamie.blogspot.com. Jom ramai2 kasi terjah blog beliau.



12 December 2012
Posted by Unknown

10 Design Terbaik Bungkusan Produk

Entry santai petang nie just nak share beberapa design terbaik dalam kaedah pembungkusan produk. Bungkusan produk sedia ada di pasaran agak biasa dan kurang menarik minat pembeli. Dengan adanya design yang luar biasa dan comel ni pastinya pembeli lebih tertarik untuk mendapatkan produk mereka. So lepas nie kalau ada idea yang menarik dan awesome boleh la design dan patern kan, boleh buat duit lagi. 

10 Rekaan Terbaik Bungkusan Produk Di Pasaran










11 December 2012
Posted by Unknown
Tag :

10 Perkara Rahsia Tentang Israel Laknatullah

Assalamualaikum........

Aku ada terbaca dalam sebuah blog mengenai perkara ini, dan aku rasa korang pun pernah baca atau terdengar berkenaan rahsia yang disembunyikan oleh Israel Laknatullah kepada seluruh dunia. Israel yang bersifat talam dua muka memang tidak akan membiarkan umat lain terutamanya umat Islam melebihi atau lebih baik dari mereka. Oleh sebab itu mereka yakni yahudi merancang beberapa perkara yang disembunyikan dari pengetahuan umum.

Berikut adalah senarai utama atau 10 perkara (rahsia) tentang Israel yang kita tidak tahu :-

  1. Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia. Namun begitu rakyatnya tidak digalakkan merokok ciptaan mereka kerana mereka mengetahui tentang bahaya kandungannya.

  2. Israel mempunyai kepakaran mencipta vaksin dan mahir dalam bidang perubatan, namun kebanyakkannya untuk bangsa dari kalangan bukan Yahudi. Ini kerana mereka tahu terdapat ubat yang boleh merosakkan untuk jangka panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

  3.  Israel mengamal petua berikut di kalangan ibu mengandung. Kaum ibu Yahudi Israel akan mendengar suami mereka membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama semasa mengandung. Ini bertujuan untuk mendapat bayi yang bijak dan petah, ini kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan ibu adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan. Ini berbeza dengan cara yang biasa dilakukan dengan bercakap di perut.

  4. Israel mengubahsuai menu McDonald di Israel supaya berbeza dengan dunia luar. Contohnya, mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser.

  5. Israel membudayakan cara makan dengan mengajar rakyatnya memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) diikuti buah-buahan akan menyebabkan rasa mengantuk dan lemah.

  6. Israel akan terus berusaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhra sejak 50 tahun yang lalu. Contohnya melalui penggalian bawah tanah supaya terjadi runtuhan. 

  7. Israel berjaya memutar-belit sejarah dengan majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Sedangkan faktanya, Israel menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merampas kota Al Quds dan Tebing Barat.
  1. Israel menyembunyikan fakta yang mana di Palestin, penduduk Kristian Palestin dan Islam Palestin bersama melawan penjajah Yahudi.

  2. Israel melatih pelajar-pelajar sekolah dengan latihan ketenteraan dalam acara sukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

  3. Israel mendominasi dunia dengan Hosni Mubarak menjadi tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun.
Sekiranya apa yang sembunyikan oleh Isreel ini adalah benar, umat Islam harus sedar dan bangun dari lamunan dan memperbaiki diri agar tidak lagi dijadikan bahan manipulasi oleh yahudi laknatullah.

Semoga kita sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah agar nasib warga Palestin sentiasa dipelihara. 

Wallahulam.

10 December 2012
Posted by Unknown

Keputusan Penuh Malaysia vs Thailand Piala Suzuki AFF 2012

SERI... Pemain Thailand gembira setelah berjaya menjaringankan gol penyamaan pada perlawanan separuh akhir pertama di antara Malaysia menentang Thailand pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam Ahad

KUALA LUMPUR: Keputusan seri 1-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad bakal menyaksikan saingan kedua di Bangkok nanti sebagai perlawanan 'hidup mati' skuad negara.

Aksi bertenaga anak buah Datuk K Rajagobal pada separuh masa pertama gagal mencuri sebarang gol walaupun mereka dilihat lebih menguasai permainan.

Harimau Malaya memulakan aksi garang di depan hampir 70,000 penonton yang hadir dengan meletakkan Norshahrul Idlan Talaha sebagai penyerang tunggal perlawanan. Manakala pasukan Thailand yang dibimbing jurulatih dari Jerman, Winfried Schafer mempamerkan aksi berhati-hati memandangkan keadaan padang yang sedikit licin.

Turun selaku juara Kumpulan A, pasukan Gajah Putih itu telah melakukan serangan di luar kotak penalti dengan percubaan berbahaya daripada Asul Lonso pada minit ke-11, namun berjaya diselamatkan penjaga gol negara, Farizal Marlias.

Bersambung pada separuh masa kedua, skuad Harimau Malaysia bangkit dengan corak permainan yang lebih agresif mencari gol dan hantaran Mahali Jasuli ke depan pintu gol berjaya ditanduk sempurna Norshahrul pada minit ke-48 sekali gus mendahului satu jaringan.

JARINGAN PERTAMA...Norshahrul Idlan Talaha menanduk masuk jaringan pertama pasukan Harimau Malaya ketika menentang Thailand pada perlawanan separuh akhir pertama diantara Malaysia menentang Thailand pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2012.
 Namun kedudukan satu gol yang dikutip skuad Harimau Malaya tidak bertahan lama apabila tandukan Teerasil Dangda mengenai tiang gol sebelah dalam sebelum bola keluar sekali gus menyamakan kedudukan pada minit ke-79.

Penjaga Gol Malaysia, Mohd Farizal Marlias melihat sudut jaringan selepas pemain Thailand, Teerasil Dangda menjaringkan gol penyamaan pada perlawanan separuh akhir pertama di antara Malaysia menentang Thailand pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kedudukan seri satu sama mengakhiri perlawanan pertama ini dan pastinya selepas ini bakal menyaksikan percaturan baru kedua-dua pasukan pada aksi separuh akhir kedua nanti.
Apa jua percongakan yang bakal diambil oleh Rajagobal selepas ini, keputusan menang amat diperlukan bagi melengkapkan siri ke final nanti.

SENARAI PEMAIN
MALAYSIA: Mohd farizal Marlias, Mahali Jasuli, Mohd Bunyamin Umar, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, Safiq rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Gary Steven Robbat, Azammuddin Mohd Akil, Baddrol Bakthiar, Mohamad Fadhli Mohd Shaas

THAILAND: Kawin Thamsatchanan, Panupong Wongsa, Theerathon Bunmathan, Chonlatit Jantakan, Datsakorn Thonglao, Teerasil Dangda, Anucha Kitpongsri, Adul Lohsoh, Jakkapan Pornsai, Phichitphong Choeichiu, Piyaphon Buntao

sumber mstar online
09 December 2012
Posted by Unknown

10 Amalan Sunat Dilakukan Pada Hari Jumaat


Assalamualaikum.........
Bertemu lagi kita dengan hari Jumaat atau lebih dikenali sebagai "Sayyidul Ayyam" yakni penghulu segala hari, ramai yang kurang sedar kedudukan dan kemulian hari jumaat, lantaran itu tak hairanlah ramai yang tak ambil kisah bagaimana untuk mengisi dan menghormatinya. 

Antara amalan sunat yang biasa dilakukan :-
 
1. Mandi sunat Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan cantik serta bau-bauan.

2. Sunat memakai pakaian yang berwarna putih.

3.Keluar ke masjid dengan niat untuk menunaikan sembahyang Jumaat pada seawal waktunya secara berjalan kaki dengan penuh tenang dan sopan disamping membanyakkan membaca zikir, berselawat dan bertahmid kepada Allah.

4. Sunat mengelokkan rupa parasnya dan membersihkan anggota tubuh badan sebelum keluar bersembahyang seperti memotong kuku, misai, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu air-ari, menggosok gigi dan sebagainya.

5. Sunat membanyakkan membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat dan di waktu siangnya.

6. Sunat memperbanyakkan membaca doa dan memohon keampunan dari Allah pada malam dan waktu siangnya.

7. Memperbanyakkan membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. pada malam hari dan di waktu siangnya.

8. Melakukan sembahyang sunat 4 rakaat sebelum Jumaat dan 4 lagi selepasnya.

9. Sunat membaca surah al Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas setiap satunya sebanyak 7x selepas memberi salam sembahyang Jumaat.  

Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa membaca surah Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas sebanyak 7 kali sebelum ia mengubah cara duduknya setelah imam selesai memberi salam pada hari Jumaat, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah dilakukan dan yang akan datang serta diberi ganjaran pahala sebanyak bilangan orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya."

10. Disunatkan bagi orang yang mengantuk ketika mendengar khutbah pada hari Jumaat supaya berpindah tempat duduknya. 

 Berdasarkan riwayat dari Ibnu Umar katanya, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila salah seorang daripada kamu mengantuk pada hari Jumaat di dalam majlisnya maka hendaklah ia berpindah ke tempat duduk lain."     


  
Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan kita pada hari yang mulia ini dan juga hari2 mendatang.

Al Fatihah buat arwah Ibu yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Oktober 2011 pada pagi Jumaat.
 
Wallahualam.

Gambar Terkini Afdlin Di Gaza, Palestin

GAZA: Biarpun masih kanak-kanak, semangat dan keberanian mereka untuk berdepan dengan tentera Israel amat mengagumkan selepas menyedari kesinambungan perjuangan mereka penting untuk membebaskan bumi Gaza daripada cengkaman rejim Israel.

Seorang kanak-kanak Palestin, Masaab Alashi, berusia lapan tahun, berkata, dia amat benci kepada tentera Zionis yang memusnahkan kampungnya di Abasan Kabiran, di sini.


“Saya akan pukul mereka (tentera Zionis) dengan kayu kalau saya jumpa mereka. Saya akan pukul kuat-kuat supaya mereka jangan datang ke sini lagi,” katanya penuh bersemangat.

Dia yang hilang tempat tinggal akibat serangan Zionis itu mendakwa tidak gentar dengan tentera Israel walaupun menyedari tentera Israel dilengkapi senjata api.


“Saya tak takut tentera Zionis sebab mereka pengecut dan hanya berani menyerang dari udara atau laut. Mereka takut mati kerana akan dihantar masuk ke neraka,” katanya fasih.



Keberanian kanak-kanak Gaza ini turut diakui oleh seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gaza, Anwar Ibrahim, 45, yang mendakwa anak perempuannya, Waffa yang berusia enam tahun hanya ketawa dan tidak menunjukkan reaksi cemas sepanjang lapan hari serangan israel. Menurutnya, Waffa sedikitpun tidak lari atau menyorok ke dalam rumah sebaik mendengar dentuman bunyi letupan bom dijatuhkan tentera Israel.

“Anak saya itu hanya ketawa dan sekadar bertanya apa yang berlaku. Apabila saya memberitahu ia adalah letupan bom Israel...Waffa hanya tersenyum.


“Dia memberitahu akan memukul tentera Israel jika mereka terus membuat kacau di bumi Gaza. Saya bertanya sama ada dia tidak takut ditembak tentera israel namun Waffa sekadar menggeleng kepala,” katanya.
Menurutnya, dia turut sempat merakam gelagat anak perempuannya itu ketawa menggunakan kamera telefom bimbit ketika serangan Zionis berlaku bertali arus.


“Saya yakin beribu lagi kanak-kanak Gaza yang menjadi mangsa kekejaman Zionis turut mempunyai keberanian ini dan tidak gentar sama sekali terhadap ancaman maut Zionis,” katanya.


Di dapur di mana Aqsa Syariff menyediakan makanan panas kepada rakyat Palestin ketika perang. Masyaa allah yg menghantar makanan tu menjadi moving target kerana di waktu perang semua keenderaan adalah target f16 Israel


Afdlin merakam gambar kenderaan pengiring Ismail Hanniyeh yg telah di bom oleh israel

Afdlin bersama Zain Saidin dan Bront Palare


Anak anak ni meraikan kita dengan membaca ayat ayat quran dan lagu-lagu semangat palestin. Tersentuh betul hati, meruntun jiwa saya melihat keikhlasan mereka.



sumber : mediacyber
06 December 2012
Posted by Unknown

Doa Untuk Mendapatkan Anak Lelaki

Assalamulaikum..........

Hari ini just nak kongsikan dengan korang semua berkenaan tips dan doa yang biasa dibaca bagi sesiapa yang berhajat nak mendapatkan anak lelaki. Maklumla semalam dah sambut ulangtahun perkahwinan yang ke 3, first daughter pun dah besor, almost 2 tahun 4 bulan. Maybe dah tiba masa untuk kitorang menambah zuriat ke 2, kalau boleh nak baby boy plak kali nie. Comey-comey macam kat bawah nie, my wife mesti suker. Huhuhuuu





Ini adalah usaha dan tawakal yang mampu kita buat, selepas tu berserah kepada Allah apa yang telah ditentukan untuk kita.

Doa Untuk Mendapatkan Anak Lelaki


Bismillahirrahmanirrahim

(Doa ini dibaca sebanyak 3 kali dengan meletakkan tangan diperut isteri yang sudah hamil 2 atau 3 bulan)


Wassalam.......
05 December 2012
Posted by Unknown

Happy 3rd Anniversary Sayangku

Assalamualaikum....

Syukur alhamdulillah hari ini genap 3 tahun Ulangtahun Pernikahan aku dan isteri tercinta. Janji termeterai pada 4 Disember 2009 bersamaan 17 Zulhijjah 1430H. Cepat benor masa berlalu pejam celik dah 3 tahun pun usia perkahwinan kitorang.

Hadiah paling berharga tentu lah dengan kehadiran cahaya mata comel lote NurImani Tihani kat bawah nie yang menjadi pelengkap keluarga we alls. 

Banyak yang telah dilalui sepanjang 3 tahun, 
segala susah senang kita harungi bersama, 
pengalaman hidup mematangkan kita,
kesabaran dan sikap toleransi menambah kasih sayang,
moga ikatan ini kukuh dan teguh sepanjang hayat.


Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Allah,
Andai semua itu tak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu
Jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.


Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.


Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.


Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Amiin…
04 December 2012
Posted by Unknown

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -