Archive for January 2013

Drama Sahara Astro Prima Tidak Islamik

Assalamualaikum......
Ada terbaca di facebook dan blog sana sini heboh pasal sebuah drama yang tengah hangat diperkatakan. Begitulah yang berlaku kepada pengarah dan pasukan drama kononnya bertemakan Islam, Sahara yang disiarkan di Astro Prima.

drama astro sahara

Apa yang menimbulkan ketidakpuasan hati mereka dimana salah satu adegan dalam video promo drama tersebut di youtube yang memaparkan pelakon wanita yang berniqab (berpurdah) telah bersentuhan dengan pelakon lelaki tersebut .

Aku ada beberapa kali menonton drama ini di Astro Prima dan memang terperasan berkenaan adegan-adegan yang tidak wajar dilakonkan sebagai sebuah drama berkonsepkan Islamik yang ingin menunjukkan tauladan baik kepada penonton.

Kontroversi drama Sahara ini dilihat lebih berat kerana menampilkan imej wanita berniqab kemudian dimasukkan pula adegan bersentuhan dengan lelaki bukan mahram. Seorang penonton video promo di youtube menegur cara pemakaian niqab dalam drama tersebut dan juga pergaulan yang diketengahkan dalam drama tersebut yang agak salah.
kontroversi drama sahara astro prima hina wanita berniqab

Begitu juga komen dan pendapat yang diutarakan di facebook oleh mereka yang telah menonton drama ini.

drama sahara 
Diharap pada masa akan datang penerbit drama akan lebih sensitif dan peka akan isu-isu ini sebelum ianya disiarkan untuk tontonan umum.
Wassalam.

kredit gambar fitrihadi.com dan wootmedia.my
30 January 2013
Posted by Unknown

Asal-Usul Sambutan Maulidur Rasul


Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidakpernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda. 

Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.

Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.

Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah. 

Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.

Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.

Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.

Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah. 

- Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.
23 January 2013
Posted by Unknown

Patrick Teoh Hina Al-Quran dan Islam

Astaghfirullahaladzim........terkejut bila terbaca di mynewshub berkenaan Patrick Teoh yang telah membuat kenyataan menghina Islam. Tindakan pelakon tersebut mengeluarkan kenyataan itu adalah kerana satu peraturan dikeluarkan oleh kerajaan di negeri Utara Semenanjung sekiranya ingin mengadakan persembahan dalam ‘1 Malaysia Chinese New Year Celebration 2013’.
Ini kenyataan pelakon dan pelawak Patrick Teoh di dalam akaun peribadi Facebook beliau.

teoh

Setelah hebat dikritik, dia telah mengeluarkan pula kenyataan di bawah. 

teoh2

Screen-Shot-2013-01-16-at-12.26.30-PM 


Kenyataan Patrick Teoh juga telah membuatkan beberapa pelakon geram dan marah kepadanya. AC Mizal dan Danny X Factor telah meluahkan rasa marah mereka di Twitter.

ac

dany 

Bagi mereka, Patrick terlalu biadap dan kurang ajar kerana telah menghina kaum serta agama lain di Malaysia. Jika tidak puas hati pun tidak perlulah diluahkan di laman terbuka seperti Facebook, lebih baik berdiam diri dari mencetuskan rasa marah dengan menghina agama lain.

Apa yang kerajaan negeri tu buat memang patut dan layak dicontohi oleh negeri lain. Hiburan dibolehkan tetapi mestilah mengikut syariat dan panduan yang di tetapkan oleh Islam. 

 Bak kata Danny X Factor - semoga diberikan petunjuk....amin.
16 January 2013
Posted by Unknown

Penggunaan Kalimah Allah Oleh Bukan Islam

gambar dari en google

SILA SEBARKAN......Nauzubillahiminzalik, Astaghfirullahaladzim

Pengalaman Pelajar Kita Di Indonesia


Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that’s a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung tergolek… astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek lagi aku..

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye.. Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku..

Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya.. risau gak klu jadi camni kat M’sia

Moral dari cerita ini ialah, benda-benda yang di ceritakan oleh pelajar ini tidak mustahil akan berlaku juga di malaysia 5 ke 10 tahun lagi jika masih terus menyokong tindakan kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam setiap urusan ritual agama mereka.

Jadi korang semua fikir-fikirkan lah yang baik buruknya.
-share from facebook-
15 January 2013
Posted by Unknown

Pemenang Teka Bunyi Era Bernilai RM43,200

Pagi tadi ada dengar radio ERA secara online, tiba part teka bunyi ERA terperasan yang nilai teka bunyi telah menjadi RM300, walhal sebelum nie dah berkurun lama tiada pemenang dan nilai wang terkumpul meningkat menjadi RM43,200

Setelah diselidik, Teka Bunyi Era Bernilai RM43,200 telah ada pemenangnya. Beliau adalah En Yusni Bin Yusof. Nilai wang yang dimenangi oleh beliau boleh beli kereta MyVi secara cash atau bleh pinang anak orang dah lama di'aim' (kalau masih bujang, kalau dah nikah mintak izin wife no. 3 dulu yer en Yusni).



Jawapan yang membawa tuah pada beliau adalah Mesin Polish Lantai aka Floor Polisher. Memang tak tercapai di akal ku nak terpikir jawapan nie. Mungkin En Yusni berpengalaman memolish lantai rumah sendiri dengan mesin nie mana cek tau kan. 


Anyway sekalung tahniah pada beliau, semoga rezeki yang dimenangi akan digunakan dengan baik dan jangan lupa bayaq zakat sikit agar lebih berkat.

ps - bila la rezeki aku nak menang peraduan, dah banyak join, belum rezeki kot.
10 January 2013
Posted by Unknown

Ulser Mulut Buat Aku Tension

Assalamualaikum bro and sis....

Dah hampir seminggu aku kena ulser mulut nie dan macam takde tanda-tanda nak sembuh dalam sehari dua lagi. (nak mengadu). Ada orang panggil ulser nie sebagai mata ikan. Tak sure macam mane bleh kena, maybe tergigit something yang keras dan tajam then bagi injured kat area mulut aku. Aku ada terbaca antara punca ulser mulut nie :-
  1. Kurang Vitamin B12
  2. Kurang asid folic (slalu dengar orang pregnant je makan nie) dan zat besi
  3. Stress
  4. Hormones tidak seimbang.
Maybe sebab aku stress pun ada gak kot.Normally ulser mulut nie akan baik dalam jangkamasa seminggu ke 10 hari depend pada cara korang rawat ulser tu macam mana. Aku rasa ulser aku nie amik masa 11 hari kot, tu pun sebab cuba rawat dengan letak garam sekali and no more. Sakitnyer tuhan je yang tahu. 

Bila dah ada ulser nie ni memang menyakitkan. Time gosok gigi memang slow-mo sangat taknak bagi kena kat ulser tu. Kalau kena kompem terkejung seketika or buat-buat pengsan di bilik air. Then gosok gigi pun ala kadar je lah kan. So sebelum pegi opis sembur pewangi banyak-banyak dalam mulut takut kat opis kuar 'bau harum' yang tak disenangi plak.

Cara Rawatan Ulser Mulut

1. Bonjela - sapukan sikit pada tempat yang terkena ulser, gunakan secara kerap. kaedah nie disyorkan oleh doktor.



2. Garam - nie pun disyorkan oleh doktor. Letakkan garam atas tompokan putih /ulser. Cara paling kejam dan menyebabkan anda rasa nak tumbuk muka jiran anda.

Rahsia garam

3. Marjerin - sapu skit marjerin tu kat tempat ulser tu, tak penah cuba, tapi kalau cuba mesti nak lagi. Marjerin kan sedap. hu3

4. Asam Keping - cubit skit asam keping dan letak pada tempat ulser tadi. Nie satu lagi cara ganas untuk merawat ulser anda. Nasib baik tak de asam keping kat rumah. lega




Tetapi cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan petua berikut:
a.
Banyak minum air suam.
b.
Berehat dan tidur dengan cukup.
c.
Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik.
d.
Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin c.
Jika ulser mulut anda tidak sembuh malah semakin merebak, anda mesti segera berjumpa dengan doktor gigi. Ulser mulut yang lambat sembuh mungkin tanda awal barah mulut.

Harap-harap dua tiga hari nie sembuh la ulser nie, dapat la aku nikmati hidup nie dengan lebih baik. So aku akan akan lebih hargai kesihatan dan always taking care of my health.

Wassalam.
09 January 2013
Posted by Unknown

Azam Tahun Baru 2013 Tercapai

Assalamualaikum.......

Belum lewat untuk aku wish Happy New Year 2012 kat korang semua, walau diri ini agak malu sebab update blog lepas seminggu masuk tahun baru. Ampunkan patik penunggu gua (dengan nada yg betui). Agak kelam kabut seminggu dua nie, pengasuh Imani cuti seminggu sebab ayahnya meninggal. So kitorang terpaksa bergilir-gilir ambil cuti untuk jaga si kecik tu. Nak buat caner, soal mati bukan kita yang tentukan, semuanya qada' dan qadar Allah. 

Secondly tahniah sebab aku bakal jadi ayah sekali lagi, my 2nd baby, my daughter plak bakal jadi kakak katanya. Now Imani dah start buat perangai sebab bakal ada persaingan. Doakan yang terbaik untuk kitorang yer.

So azam tahun baru 2013 nak ada anak ke 2 dah tercapai, insyaallah due nyer penghujung bulan Julai 2013. Tapi agak kesian dengan wife sebab alahan mengandung kali nie agak teruk. Selalunya orang alahan teruk waktu pagi je, morning sickness. 

Ingat lagi entry lepas aku ada kongsikan doa untuk dapat anak lelaki. So kalau boleh everyday aku kena bacakan pada isteri aku setiap kali lepas solat, kadang-kadang miss gak. Lepas nie kena lebih istiqamah la yer.

Beberapa azam aku bg awal tahun baru 2013 
  1. bekerja dengan lebih fokus untuk mendapat APC (org keja gomen tau APC tu apa), 
  2. kumpul duit lebih banyak untuk lebih kaya, 
  3. cari side-income dengan penambahan ahli keluarga baru, 
  4. ubah penampilan oppa style, 
  5. jadi ayah yang hebat, soleh, penyayang, cool, 
  6. tak tinggal solat dan buat lebih banyak solat sunat/perkara sunat, 
  7. dan mesti jogging/workout/pegi gym 3 kali seminggu utk dapat 6 paxs.

Ok bye2. Wassalam.


08 January 2013
Posted by Unknown

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -