Archive for February 2013
Malaysia Kini Ada 14 Bilionair - Forbes
SINGAPURA: Robert Kuok kekal sebagai orang terkaya Malaysia dengan kekayaan bernilai AS$12.5 bilion (RM38.63 bilion), demikian menurut senarai terkini orang terkaya Forbes. Malaysia juga kini mencatatkan kekayaan bernilai 14 bilion dolar, melonjak daripada 11 setahun yang lepas.
Indeks Komposit Kuala Lumpur telah bergerak naik empat peratus sejak tahun lepas dan dalam tempoh itu, keluaran dalam negara kasar negara mengukuh 6.4 peratus. Dalam proses itu, seramai 23 taikun di senarai itu menyaksikan kekayaan mereka meningkat dengan Robert Kuok mendahuluinya untuk lapan tahun berturut-turut dengan kekayaan bersih AS$12.5 bilion. Pegangannya termasuk Shangri-La Hotels, Kerry Properties dan the South China Morning Post, akhbar berbahasa Inggeris terkemuka di Hong Kong.
Tempat kedua ialah Ananda Krishnan yang menyaksikan kekayaannya meningkat daripada US$9.9 bilion pada 2012 kepada AS$11.7 bilion tahun ini. Antara urus niaga terbaru yang menambahkan kepada kekayaannya ialah penjualan kepentingan dalam syarikat telekom gergasi Maxis dan penyenaraian syarikat pengendali TV berbayar Astro, yang dijadikan persendirian pada tahun 2010 dan mengumpul US$1.5 bilion dalam proses ini.
Lim Kok Thay, anak lelaki kepada usahawan kasino terkenal, mendiang Lim Goh Tong pula mengendalikan Genting Group dengan rangkaian resort dan kasino di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Filipina dan United Kingdom dan 43 peratus kepentingan dalam Norwegian Cruise Line. Beliau berkongsi kekayaan bersihnya yang bernilai AS$6.6 bilion itu dengan ibunya, Lee Kim Hua yang berusia 82 tahun dan anggota keluarganya yang lain.
Senarai 50 orang terkaya di Malaysia tahun ini termasuklah sembilan anggota baru.
Antara bilionair yang pertama kali memasuki senarai ialah taikun auto Tan Heng Chew dan keluarganya yang menduduki tempat ke-11 dengan kekayaan bernilai AS$1.2 bilion. Keluarga itu memiliki Tan Chong Motor Holdings yang memasang kenderaan bermotor, menghasilkan alat ganti dan berurus niaga kelengkapan perindustrian dan barangan pengguna.
Shahril dan Shahriman Shamsuddin, adik beradik di belakang kejayaan Sapura Group, turut memasuki ranking bilionair selepas penggabungan bernilai AS$3.7 bilion antara SapuraCrest dan Kencana Petroleum (dikendali oleh Mokhzani Mahathir, di tangga ke-15 dengan AS$980 juta). Kedua-dua adik beradik itu muncul di tangga ke-12 dengan harta bernilai AS$1.05 bilion, naik daripada AS$845 juta tahun lepas.
Tahun lepas merupakan tahun bertuah untuk taikun perjudian, Chen Lip Keong, yang mengasaskan kumpulan kasino Kemboja, NagaCorp, yang telah mengaut keuntungan daripada hasil perniagaan itu.
NagaCorp menguasai secara monopoli kasino-kasino di Phnom Penh sehingga 2035. Beliau turut menceburi bidang perhotelan, restoran, runcit dan kompleks hiburan yang sedia untuk siap pada 2015.
Tahun ini, minimum bersih bernilai AS$145 juta diperlukan untuk layak dalam senarai itu yang dikumpul menggunakan maklumat pegangan saham dan maklumat kewangan yang diperoleh daripada keluarga dan individu, bursa saham, penganalisis, pangkalan data persendirian, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan sumber-sumber lain.
Angka bersih adalah berdasarkan kepada harga pasaran dan kadar tukaran pada penutup pasaran 14 Februari 2013.
Syarikat-syarikat persendirian dinilai menggunakan nisbah kewangan dan perbandingan lain dengan syarikat-syarikat serupa yang diniagakan awam.
Senarai 14 orang terkaya Forbes di Malaysia ialah:
1) Robert Kuok - AS$12.5 bilion,
2) Ananda Krishnan - AS$11.7 bilion
3) Lim Kok Thay - AS$6.6 bilion
4) Teh Hong Piow - AS$5.6 bilion
5) Quek Leng Chan - AS$4.8 bilion
6) Lee Shin Cheng - AS$4.5 bilion
7) Yeoh Tiong Lay - AS$2.8 bilion
8) Syed Mokhtar AlBukhary - AS$2.75 bilion
9) Tiong Hiew King - AS$1.8 bilion
10)Vincent Tan - AS$1.3 bilion
11)Tan Heng Chew - AS$1.2 bilion
12)Shahril & Shahriman Shamsuddin - AS$1.05 bilion
13)Chen Lip Keong - AS$1.01 bilion
14)Lee Oi Hian & Lee Hau Hian - AS$1 bilion
Senarai penuh boleh dilihat di www.forbes.com/malaysia, serta keluaran terbaru Forbes Asia. - BERNAMA
Salih Yaacob Umum Bersara Selepas Dikritik Hebat
KUALA LUMPUR: Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan untuk bersara dari dunia hiburan.
Pengumuman itu dibuat disaat beliau dikritik hebat oleh peminat dan juga pihak penyokong politik ekoran tersebarnya video pendek lakonannya dalam siri video Bangkang dari Longkang di Youtube sejak beberapa hari lalu.
"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat."
"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya yang dipetik Utusan Malaysia semalam.
Dalam video pendek tersebut, Salih membawa watak seorang wakil rakyat dan seorang pembantu yang dilakonkan oleh rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.
Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis dilihat mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak menunaikan janji di empat buah negeri.
Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.
Harakahdaily sebelum ini turut melaporkan laman Facebook Sinar FM turut dihujani kritikan peminat yang kecewa dengan tindakan Salih dan Nabil itu.
Boleh dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu, terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salleh Yaakob sendiri.
Isu kritikan dan boikot ini bukan kali pertama malah sebuah rangkain restoran ikan bakar tekemuka juga pernah menerima nasib sama apabila secara terbuka menganjurkan tarian punggung di hadapan rumah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Datuk Ambiga Sreenevasan.
sumber Harakahdaily
Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli
Eraz Fadli mengajak semua blogger untuk join Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.59 malam ini sahaja.. Top Refferal akan mendapat sesuatu daripada Eraz Fadli..
Syarat : -
- Follow blog Eraz Fadli , dan like Page E'raz Fadli..
- Buat tajuk entri Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli..
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen..
# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini Eraz Fadli kreditkan kepada blogger Mia Liana..
Dah berkurun lama tak join segmen, kena buat selalu kalau nak backlink kata blogger2 otai. Komen sini jika anda dari segmen yg sama.
Wassalam.
Pizza Hut Wow Savers 50% Discount 2013 di Pizza Hut Nilai
Assalamualaikum....
Dah berapa hari tak update blog, rasa malas sangat walau ada banyak perkara best nak share dengan pembaca semua.
Last week me ada godek-godek Berita Harian dan ternampak iklan pasal Pizza Hut Wow Savers 50% Discount is back. Pada penggemar Pizza Hut boleh la makan hari-hari sebab kali nie adalah setiap hari dari Isnin hingga Ahad berdasarkan promo tagline mereka 'Signature dishes at half the price all day, every day!'. Jom terjah menu yang ditawarkan pada promo kali nie.
Me and wife telah mencuba dishes pada hari Selasa iaitu Island Supreme Personal Pan Pizza, Blueberry Smoothie, Chicken Lamb Sausages.
Yang tak bestnye sorang hanya boleh pilih 1 sahaja dari 3 pilihan yang ditawarkan. So me pilih Chicken Lamb Sausages , wife plak pilih Blueberry Smoothie.
So, nie lah masanya kalau nak cuba makanan lain selain pizza yang slalu kita dah makan. Me dah try, anda bila lagi.
Wassalam.
Dah berapa hari tak update blog, rasa malas sangat walau ada banyak perkara best nak share dengan pembaca semua.
Last week me ada godek-godek Berita Harian dan ternampak iklan pasal Pizza Hut Wow Savers 50% Discount is back. Pada penggemar Pizza Hut boleh la makan hari-hari sebab kali nie adalah setiap hari dari Isnin hingga Ahad berdasarkan promo tagline mereka 'Signature dishes at half the price all day, every day!'. Jom terjah menu yang ditawarkan pada promo kali nie.
Me and wife telah mencuba dishes pada hari Selasa iaitu Island Supreme Personal Pan Pizza, Blueberry Smoothie, Chicken Lamb Sausages.
Yang tak bestnye sorang hanya boleh pilih 1 sahaja dari 3 pilihan yang ditawarkan. So me pilih Chicken Lamb Sausages , wife plak pilih Blueberry Smoothie.
Wifey tengah pilih apa yg dia nak makan.
Blueberry Smoothie nie memang sedap plus side order Tempura Calamari Rings feveret isteri.
Wife order set lain, Meatball Bolognaise Spaghetti (Beef) with soup and soft drink. Kalau makan set promo je tak kenyang la kan.
Add on Garlic Bread, baru kena dgn soup.
Nie la Chicken Lamb Sausages, served with brown sauce, roasted onions, mashed potato, broccoli and carrot sticks. Boleh tahan la rasanya, first time try. Add on Garlic Bread, baru kena dgn soup.
So, nie lah masanya kalau nak cuba makanan lain selain pizza yang slalu kita dah makan. Me dah try, anda bila lagi.
Terms and Condition :-
Each person can choose one item of 50% discount
Valid for dine in only
Offer is not valid on public holidays
Offer valid for a limited time only
Wassalam.
Dokumen Samsung Galaxy S4 Bocor
London – Telefon pintar Samsung Galaxy S IV dilaporkan telah bocor di internet, beberapa minggu sebelum pelancarannya.
Telefon Galaxy terbaru itu yang melalui beberapa perubahan melibatkan skrin sentuhnya, dikhabarkan akan dilancarkan bulan depan.
Maklumat mengenainya disyaki didedahkan oleh sebuah syarikat kewangan Korea.
Berdasarkan maklumat dalam dokumen itu, Galaxy SIV itu merupakan produk tebaru Android Jelly Bean.
Ia juga menyebut kamera dalam telefon berkenan akan memaparkan standard 2MP an berdefinasi tinggi 13MP.
Manakala videonya pula mampu merakamkan gambar 1080p dengan 30 frame sesaat.
-Bernama-
ps - cepat betul dah nak kuar SG S4, S3 pun aku blum pakai, setakat nie Corby 2 je yang mampu. Asal bleh tepon, mesej, facebook, twitter sudah dulu.
Tips Elak Mengantuk Waktu Pagi
Assalamualaikum..........
Pagi nie agak lewat masuk ofis sebab bawak my daughter pegi klinik. Actually malam tadi dia demam panas, suhu cecah 38 ÂșC. Then bila nak bagi ubat check dalam fridge memang stok ubat dah habis, means dah takde. So malam tadi tawakal je lah mandikan dia dengan air suam sebab nak turunkan suhu, so bangun pagi the fever still there but dah kurang skit. Lega skit.
So pagi nie memang mengantuk jugak la sebab terpaksa berjaga malam dok monitor si kecik tu. Then pagi nie ter 'google' tips untuk elak mengantuk dari blog Life Kami, saya kongsikan beberapa tips berguna yang dirasakan sangat berkesan di mata dan hati.
1) Baca potongan Ayat Qursi
2) Berhenti / Berehat
Pagi nie agak lewat masuk ofis sebab bawak my daughter pegi klinik. Actually malam tadi dia demam panas, suhu cecah 38 ÂșC. Then bila nak bagi ubat check dalam fridge memang stok ubat dah habis, means dah takde. So malam tadi tawakal je lah mandikan dia dengan air suam sebab nak turunkan suhu, so bangun pagi the fever still there but dah kurang skit. Lega skit.
So pagi nie memang mengantuk jugak la sebab terpaksa berjaga malam dok monitor si kecik tu. Then pagi nie ter 'google' tips untuk elak mengantuk dari blog Life Kami, saya kongsikan beberapa tips berguna yang dirasakan sangat berkesan di mata dan hati.
" LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."
maknanya: "DIA (ALLAH) TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR"
Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi sebanyak 3 kali sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan kita ditambah dengan ayat :
"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" (3 kali)
2) Berhenti / Berehat
- Berhenti sebentar membuat kerja, rehat dulu ambil nafas, cuci muka, kalau dah masuk waktu solat pergi la bersembahyang dulu, air wuduk tu dapat menyegarkan kita.
3) Makan / Minum
- Makan atau minum apa yang patut, kalau dalam kereta senang la kan,kalau kat tempat kerja kunyah la apa yang patut bagi tak nampak. Selalunya ramai diantaranya menghisap rokok dulu lebih-lebih lagi masa memandu, sebaiknya elakkan lah hisap rokok tu yer tau-tau je la kan, ayat biasa korang dengar rokok merbahayakan kesihatan.
4) Bersembang / Berlawak
- Kalau semasa memandu korang buat-buatlah bersembang dengan kawan sebelah tu, cerita le apa-apa pun, kalau bole buat lawak sikit baru rasa cergas jer. Kalau kat opis, sembang tu jangan la kuat2 sampai ganggu ofismate lain. Jaga adab bro.
- Pasang la zikrullah ke, lagu nasyid ke, lagu mat saleh ke, apa-apa yang boleh menghilangkan sunyi dan rasa bosan di tempat kerja atau kenderaan.
- Buat diri korang rasa sakit, sakit sikit je le jangan sampai luka pula, contohnya cubit peha ke, tampar pipi ke tak pun tarik bulu hidung, perghh yang ni boleh berair mata dibuatnya. mesti ramai yang buatkan.
Keindahan Masjid Sheikh Zayed, Abu Dhabi
Dubai – Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi
telah diumumkan sebagai masjid yang paling banyak diperkatakan di
seluruh dunia kerana keindahan hasil rekaannya yang bercirikan kesenian
Islam.
Pada tahun lalu sahaja seramai 4.6 juta
jemaah dan pelancong telah melawat masjid berkenaan dan ia kini berada
sebaris dengan Colosseum, Eiffel Tower, Sydney Harbor, New York’s
Central Park dan Table Mountain di Cape Town. Menurut laman web TripAdvisor,sebanyak 1,400 ulasan dibuat dalam masa tujuh hari, bermula Isnin lalu.
“Dengan tersenarainya dalam laman web
terkemuka dunia itu, ia merupakan satu pengiktirafan kepada keindahan
dan hasil kerja mereka yang terlibat dalam pembinaan masjid ini,’’ kata
pengarah masjid berkenaan, Yousif al Obaidli.
Majis itu turut menggunakan lampu
bertahtakan emas 24 karat dan dihiasi dengan permaidani buatan tangan
yang terpanjang di dunia.
Selain itu, penggunaan sistem pencahayaan yang menyinari bangunan berkenaan pada waktu malam, telah menambahkan keindahannya.
Ia dibina Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan dan dibuka pada 2007, iaitu pada hari Raya Aidiladha.








sumber gambar - NationalGeographic
Makan Frozen Yogurt Di Snogurt Nilai
Assalamualaikum.........
Minggu lepas wife request nak cuba rasa frozen yogurt di cawangan Snogurt Nilai yang baru je dibuka di 9 Avenue (depan Giant). So lepas balik keja, amik si kecik Tihani dan terus singgah di Snogurt. Actually Snogurt nie berada di aras 2 bersebelahan dengan restoran steamboat Q-Thai.
Agak impress jugak dengan rekaan dalaman Snogurt nie, tema pink, white and green, very welcoming. Memang teruja nak merasai frozen yogurt yang di tawarkan oleh Snogurt. Sebelum nie dah slalu rasa Tutti Frutti, dan harganya lebih mahal, but very worthwhile and delicious. Actually Tutti Frutti dah dibuka lebih kurang 2 tahun yang lalu di 9 Avenue Nilai nie. So lepas nie ada persaingan sihat antara Tutti Frutti dan Snogurt.
Untuk info Snogurt di jual pada harga 4.90 per 100gram. Menampilkan 8 perisa utama antaranya Chocolate Chips, Lichee, Strawberry, Mango, Apple, Blueberry, Butter Cookies, Pure Snogurt dan banyak lagi perisa baru yang akan diperkenalkan. So bersempena dengan grand oppening, luckily Snogurt ada promotion 30% discount. Boleh terjah hari-hari kalau nak.
For me Tutti Frutti dan Snogurt tak jauh beza. Both based on frozen yogurt and for healty. Tapi kalau makan banyak sangat pun dah tak jadi sihat. Depends on you, you taste it, you feel it and dah makan jangan lupa baca Alhamdulillah.
Wassalam.
Minggu lepas wife request nak cuba rasa frozen yogurt di cawangan Snogurt Nilai yang baru je dibuka di 9 Avenue (depan Giant). So lepas balik keja, amik si kecik Tihani dan terus singgah di Snogurt. Actually Snogurt nie berada di aras 2 bersebelahan dengan restoran steamboat Q-Thai.
Agak impress jugak dengan rekaan dalaman Snogurt nie, tema pink, white and green, very welcoming. Memang teruja nak merasai frozen yogurt yang di tawarkan oleh Snogurt. Sebelum nie dah slalu rasa Tutti Frutti, dan harganya lebih mahal, but very worthwhile and delicious. Actually Tutti Frutti dah dibuka lebih kurang 2 tahun yang lalu di 9 Avenue Nilai nie. So lepas nie ada persaingan sihat antara Tutti Frutti dan Snogurt.
Untuk info Snogurt di jual pada harga 4.90 per 100gram. Menampilkan 8 perisa utama antaranya Chocolate Chips, Lichee, Strawberry, Mango, Apple, Blueberry, Butter Cookies, Pure Snogurt dan banyak lagi perisa baru yang akan diperkenalkan. So bersempena dengan grand oppening, luckily Snogurt ada promotion 30% discount. Boleh terjah hari-hari kalau nak.
frozen yogurt zone......pilih apa yang anda suka
my wife @main counter with topping table.
After promo 30% my wife hanya bayar RM14 lebih jer.
After promo 30% my wife hanya bayar RM14 lebih jer.
suasana di dalam snogurt yg menampilkan mood happy
my wife and daughter enjoy their own froyo
duta snogurt for men
For me Tutti Frutti dan Snogurt tak jauh beza. Both based on frozen yogurt and for healty. Tapi kalau makan banyak sangat pun dah tak jadi sihat. Depends on you, you taste it, you feel it and dah makan jangan lupa baca Alhamdulillah.
Wassalam.
Apakah Relevennya PSY Datang Ke Malaysia
Ilustrasi komik dari MFR Studio menyatakan bantahan dengan cara berhikmah.
Assalamualaikum.........
Rasanya seluruh negara dah tahu Psy aka Gangnam Style telah 'dijemput' oleh kerajaan Malaysia untuk membuat persembahan pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2013 di Pulau Pinang. Actually jemput tu bukan bermakna free, kerana dikhabarkan ada syarikat swasta (event management) yang menaja sepenuhnya persembahan Psy pada hari tersebut.
Yang aku persoalkan apakah relevennya Psy dibawa ke Malaysia untuk persembahan singkat yang memakan belanja mencecah jutaan ringgit? Rasanya ramai yang membantah dari mengiakan sahaja kedatangan Psy ke sini.
Ada juga yang memberikan komen di facebook Psy dengan menulis 'Please do not come to Malaysia' memintanya untuk tidak datang ke Malaysia.
Apa pula pandangan korang pasal isu nie......tepuk dada tanya Iman. For me duit tu boleh guna pada tempat atau orang yang lebih memerlukan. Bukan dibazirkan pada perkara yang tidak berfaedah seperti nie.
Wassalam.
Lembaga Tabung Haji Umum Bonus 8.0 Peratus

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji pada Khamis mengumumkan bonus Jubli Emas iaitu 6.5 peratus sebagai bonus tahunan dan tambahan bonus khas sebanyak 1.5 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012.
Ia melibatkan jumlah pembayaran keseluruhan sebanyak RM2.46 bilion merangkumi pembayaran bonus tahunan sebanyak RM2.13 bilion dan bonus khas sebanyak RM325 juta yang mana merupakan yang tertinggi sejak 50 tahun penubuhan Tabung Haji. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jumlah pembayaran sebanyak RM2.46 bilion itu adalah setelah mengambil kira pembayaran zakat perniagaan sebanyak RM47 juta.
"Inilah hadiah ulang tahun terbaik daripada Tabung Haji bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan dana di Tabung Haji," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan bonus Jubli Emas itu, di sini, Khamis.
Beliau berkara kedudukan kewangan Tabung Haji yang positif dan kukuh serta lebihan wang rizab yang telah dikumpul selama tujuh lalu, membolehkan Tabung Haji memberi hadiah istimewa ini kepada pendeposit. Sebelum ini, Tabung Haji mengumumkan bonus enam peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2011.
Jamil Khir berkata Tabung Haji berjaya mencapai pendapatan melebihi RM2 bilion selama tiga tahun berturut-turut sejak 2010 dan keuntungan bersih buat pertama kalinya melepasi RM2 bilion selepas berjaya berada di paras RM1 bilion selama lima tahun berturut-turut dari tahun 2007. "Keuntungan selepas zakat dan cukai Tabung haji buat julung kalinya mencecah RM2.1 bilion berbanding RM1.7 bilion pada tahun 2011 iaitu peningkatan sebanyak 27 peratus. Keuntungan ini menunjukkan peningkatan lebih tiga kali ganda keuntungan tahun 2006," katanya. Ia menghasilkan tambah nilai sebanyak RM9.2 bilion kepada dana pendeposit sejak tahun 2006, kata beliau.
Sementara itu, pertumbuhan saiz dan dana pendeposit terus menunjukkan perkembangan yang baik dengan 8.2 juta pendeposit dan RM35.8 bilion dana terkumpul iaitu peningkatan masing-masing sebanyak 17 peratus dan 13 peratus, berbanding tujuh juta pendeposit dan RM31.7 bilion dana pada tahun 2011.
Jamil Khir berkata pertumbuhan saiz dan dana pendeposit meningkat hampir tiga kali ganda sejak awal tahun 2006, sekaligus menunjukkan keyakinan dan kesetiaan pendeposit kepada Tabung Haji.
Beliau berkata jumlah aset pelaburan Tabung Haji 2012 terus mencatatkan pertumbuhan yang sihat sebanyak 22 peratus kepada RM38.4 bilion daripada RM31.4 bilion pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan positif ini adalah hasil peruntukan taktikal pelaburan dan tabungan yang konsisten daripada para pendeposit.
Beliau berkata sumber pendapatan pelaburan Tabung Haji bagi tahun 2012 adalah daripada pelaburan ekuiti sebanyak RM1.7 bilion di mana RM1.2 bilion daripada urusniaga saham dan RM530 juta pendapatan dividen. Penyumbang kedua terbesar pula adalah pelaburan sekuriti hutang terutamanya bon Islam yang menyumbang RM516 juta.
Sementara itu, para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Bonus Jubli Emas melalui kaunter Tabung Haji dan ATM bank-bank rakan strategik Tabung Haji iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic mulai 10 Februari ini. -BERNAMA
Pakar IT Tempatan Azli Paat Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Takziah dan al Fatihah atas pemergian Allahyarham Azli Paat, pakar teknologi maklumat (IT) dan juga kandungan mudah-alih tempatan yang meninggal dunia dalam tidurnya pukul 7.30 petang semalam (Rabu 6 Feb).
Beliau adalah antara pakar IT terhebat di negara ini.
Bagi mereka yang tidak mengenali Azli Paat, beliau merupakan salah seorang usahawan yang telah membangunkan dan hadir dengan beberapa perkhidmatan memfokuskan kepada kandungan mudah-alih dan juga komuniti.
Salah satu yang popular, semestinya adalah DAPAT Vista yang terkenal dengan perkhidmatan permesejan SMS yang telah merevolusikan dunia kandungan berasaskan SMS di Malaysia. Syarikat tersebut kemudiannya telah diambil-alih oleh Hi-Tech Padu Berhad pada tahun 2010.
Selain DAPAT, Azli Paat juga merupakan pengasas perkhidmatan berasaskan komuniti, RAKANCOP, disamping merupakan ahli aktif dalam komuniti IT dan telekomunikasi di Malaysia. Salah satu perkhidmatan baru daripada beliau adalah Adacode yang mana membolehkan kandungan dihantar ke emel atau SMS dengan hanya membuat panggilan miscall.
Pelbagai anugerah telah diterima beliau sebelum ini, termasuk Prime Minister’s “Best of the Best” Award 2012 di MSC Malaysia APICTA 2012.
Takziah buat keluarga allahyarham. Alfatihah
sumber hiburan.my
7 Tips Berbelanja Secara Bijak
Assalamualaikum.....
Setiap hari kita pasti akan berbelanja sekurang-kurangnya sekali, dan dalam seminggu berapa wang tunai yang kita habiskan. Adakah kita merancang perbelanjaan sebelum berbelanja? At least kena la buat shortlist barang-barang yang nak dibeli, tu pun dah kira berbelanja secara bijak. I'm very lucky sebab dapat wife yang sangat mementingkan aspek pengurusan wang dengan sangat bijak for our future. Bayangkan la saya dapat simpan hingga 600 ringgit sebulan atas nasihat dan panduan yang diberi oleh isteri. Simpanan isteri sure la lebih banyak, but saya tak dapat nak nyatakan jumlahnya disini. Hahahaa
Disini saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh dijadikan panduan anda setiap masa. Berikut adalah antara 7 langkah mudah dalam menguruskan pengunaan wang anda dalam keadaan terbaik ketika berbelanja.
#1: Berbelanja Secara Tunai Sahaja! (Go Cash-Only)
Amalan yang terbaik ketika hendak berbelanja adalah dengan menjauhi
kad kredit. Anda tidak akan terlebih berbelanja sekiranya anda tidak
membawa bersama kad kredit semasa membeli-belah. Tinggalkan sahaja ia di
rumah dan jangan sekali-kali membawanya bersama di dalam beg duit
ataupun beg tangan. Jika ia bersama anda, kebarangkalian anda untuk
swipe adalah tinggi! Faktor anda tidak nampak duit anda keluar ketika
membayar inilah yang seringkali menyebabkan anda terlebih dalam
berbelanja tanpa anda sedari.
#2: Tetapkan Matlamat Jangka Panjang! (Set Long-term Goals)
Jika anda inginkan kebebasan kewangan dalam jangka masa yang panjang,
tetapkanlah satu matlamat di mana anda akan selalu diingatkan untuk
tidak berbelanja sesuka hati demi mengejar impian tersebut. Sebagai
contoh, anda ingin bebas kewangan dalam masa 5 tahun sahaja lagi,
tuliskan matlamat tersebut di atas kertas dan tetapkan satu tarikh
berserta jumlah simpanan yang anda inginkan. Letakkan matlamat tersebut
di tempat yang anda mudah nampak seperti cermin, peti ais, meja pejabat
dan sebagainya. Matlamat ini akan menjadi pengawal kepada tingkah laku
anda untuk berbelanja. Baca matlamat ini setiap hari.
#3: Bezakan Antara Keperluan Dan Kehendak! (Distinguish Between Needs and Wants)
Adakah beg tangan atau kasut baru menjadi tarikan kepada anda
semata-mata atau anda betul-betul memerlukannya? Sebelum anda membuat
sebarang keputusan untuk memiliki beg tangan atau kasut baru tersebut,
lebih baik anda berfikir seketika. Jika ia adalah keperluan dan berada
dalam lingkungan bajet anda, teruskan untuk membuat pembelian. Jika ia
hanyalah kehendak anda, fikirkanlah kesan selepas anda membuat
pembeliannya. Adakah anda gembira jika dapat memilikinya ataupun anda
sekadar ingin penuhkan wardrob. Atau adakah anda betul-betul mampu untuk
memilikinya? Sekiranya masih ada lagi keperluan lain yang perlu
dipenuhi, pertimbangkanlah untuk memiliki beg tangan ataupun kasut baru
itu tadi. Perkara paling utama dalam berbelanja adalah anda perlu jujur
kepada diri sendiri dan berani untuk mengatakan tidak kepada
perkara-perkara yang tidak mendesak anda untuk memilikinya buat masa
sekarang.
#4: Berbelanjalah Dengan Senarai Perkara Yang Diperlukan! (Shop with a List)
Perkara yang paling mudah dan selalunya diabaikan ketika ke luar
berbelanja adalah dengan menulis senarai barangan yang diperlukan. Bila
kita tidak mempunyai senarai barangan yang diperlukan, daripada ingin
membeli satu barang sahaja maka tanpa disedari kita sudah terlebih
berbelanja. Mula-mula nak beli lampin anak, jalan selangkah ada tawaran
syampu, promosi kopi, tudung murah dan sebagainya. Akhirnya daripada
membeli lampin sahaja, beg plastik yang ringan menjadi berat. Tetapkan
apa barangan yang perlu dibeli sahaja, jika anda tergoda untuk membeli
selain daripada senarai, masukkan barangan tersebut dalam senarai
pembelian yang akan datang.
#5: Berikan Peruntukan Untuk Diri Anda Sendiri! (Give Yourself an Allowance)
Memang tidak dapat dinafikan sama sekali sifat setiap individu
inginkan sesuatu yang baru selepas penat lelah bekerja selama sebulan.
Lihat kembali kepada bajet anda, fikirkanlah berapa banyakkah yang mampu
anda gunakan untuk tujuan tersebut. Sebagai contoh anda peruntukkan
sebanyak RM200 sebulan untuk membeli baju atau menonton wayang dan
sebagainya. Berbelanjalah dalam tempoh sebulan tersebut dengan
peruntukan tadi. Bilamana peruntukkan tersebut habis, berhentilah
berbelanja! Tiada pengecualian dalam kes ini. Anda tidak dibenarkan sama
sekali untuk berbelanja lebih daripada yang diperuntukkan.
#6: Carilah Teman Untuk Keluar Berbelanja! (Find a Shopping Buddy)
Jika anda seorang yang cepat dan mudah tertawan dengan promosi
daripada jurujual, anda dinasihatkan untuk mencari seorang teman samada
daripada rakan-rakan ataupun keluarga yang mampu untuk berkata tidak
kepada sebarang tawaran yang di luar kawalan anda. Anda hanya dibolehkan
ke luar berbelanja dengan syarat membawa mereka bersama, jika tidak
jangan sekali-kali memberanikan diri keluar keseorangan, bimbang anda
akan terjebak dengan kes terlebih berbelanja.
#7: Meninjau Terlebih Dahulu Pilihan Anda! (Survey Your Selections)
Perkara yang terbaik sebelum anda membuat senarai barangan untuk
berbelanja adalah dengan meninjau terlebih dahulu harganya. Dengan
adanya teknologi internet, anda bolehlah menyemak senarai harga di laman
web yang berkenaan dan membuat perbandingan harga. Buat ulangkaji harga
terlebih dahulu sehingga anda betul-betul yakin dan mendapat harga yang
terbaik.
Wassalam
sumber asal iluvislam.com






















