Archive for March 2013
Nick D’Aloisio, Pelajar 17 Tahun Yang Bergelar Jutawan

Aplikasi itu akan membolehkan D’Aloisio menjadi salah seorang jutawan termuda di dunia.
Ia dicipta pada November 2012.
Syarikat Yahoo! tidak mendedahkan perjanjian urus niaga itu tetapi akhbar London Evening Standard menyatakan Yahoo! akan membayar antara AS$30 juta (RM92.05) hingga AS$60 juta (RM184.1 juta).
Menurut syarikat itu menerusi satu kenyataan bahawa ia teruja untuk memiliki Summly yang memudahkan maklumat diperoleh dengan pantas, mudah dan ringkas.
Ketika berusia 15 tahun, D’Aloisio mencipta aplikasi Summly di rumahnya di sini.
Syarikat Yahoo! menyatakan, D’Aloisio dan pasukan Summly akan menyertai syarikat itu dalam tempoh beberapa minggu lagi.
D’Aloisio membuat kenyataan di Twitter dengan menyatakan: “@Summly telah menandatangani satu perjanjian untuk dimiliki Yahoo!
“Teruja untuk memulakan babak baharu Summly!
“Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada saya.”
Akhbar London Evening Standard menyatakan, D’Aloisio pada mulanya mencipta aplikasi itu sebagai hobi. “Saya tidak menyedari ia boleh menghasilkan wang,” kata D’Aloisio.
Ketika ditanya tentang pendapatannya yang besar ekoran pembelian syarikatnya, D’Aloisio berkata” “Saya suka kasut. Saya akan membeli sepasang kasut Nike dan saya mungkin memperoleh sebuah komputer baharu.
“Namun, buat masa kini, saya hanya mahu menyimpan wang itu di bank.
“Saya tidak perlu untuk banyak berbelanja.”
D’Aloisio belajar kod komputer semasa berumur 12 tahun selepas Stor Aplikasi Apple dilancarkan. Dia kemudian mencipta beberapa aplikasi termasuk Facemood yang merupakan perkhidmatan yang menganalisis sentimen bagi menentukan mood para pengguna Facebook.
Pelajar itu juga pernah mencipta aplikasi perkhidmatan mencari muzik, SongStumblr.
D’Aloisio turut memberikan nasihat kepada beberapa remaja iaitu: “Jika anda mempunyai idea yang baik atau anda terdapat satu ruang kosong di dalam pasaran, terokailah dan lancarkannya kerana terdapat beberapa pelabur di seluruh dunia kini yang mencari syarikat-syarikat untuk membuat pelaburan.” – Agensi
ps - untungla muda-muda dah jadi jutawan.....bakat dan kepakaran digunakan untuk perkara baik maka jadinya mabeles.
Dr Muhammad Uthman El-Muhammady Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR – Negara kehilangan ulama besar bila Dr Muhammad Uthman
El-Muhammady meninggal dunia di kediamannya di ISTAC, Taman Duta di sini
petang tadi.
Dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, Dr Muhammad Uthman ialah
tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah
menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam amnya.
Memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam
Pengajian Islam; menjadi tutor dan mendapat M.A; dikurniakan Ijazah
Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.), Universiti Sains Malaysia (USM);
dikurniakan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara
Malaysia.
Dilantik sebagai Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia
Kuala Lumpur sejak 1995 hingga 2008. Kemudian dilantik semula hingga
2010.
Kini beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, dan ahli
lembaga pemegang amanah Yayasan karyawan, juga pensyarah sambilan
peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.
Dr. Uthman juga adalah mantan Profesor Adjung Pengajian Islam Universiti Petronas. – Mynewshub.my
Al Fatihah buat keluarga Dr Muhammad Uthman
El-Muhammady, semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin.
Gambar David Beckham Jatuh Terlentang
Gambar DAVID BECKHAM tergelincir dan jatuh selepas membuat
tendangan sewaktu lawatannya ke Kelab Bola Sepak Zall di Wuhan, wilayah
Hubei China kelmarin.
WUHAN, China - Bekas kapten pasukan bola sepak England, David Beckham mengalami situasi memalukan apabila dia tergelincir dan terjatuh selepas melakukan satu aksi tendangan bola, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Bintang berusia 37 tahun itu jatuh di hadapan sekumpulan pemain bola sepak muda China semasa dia mengadakan lawatan di Kelab Bola Sepak Zall di wilayah Hubei kelmarin.
Beckham muncul di padang dengan mengenakan sut mewah berwarna kelabu dan memakai kasut kulit ketika mengambil tendangan.
Pemain kelab Perancis, Paris Saint-Germain itu dilaporkan menunjukkan cara mengambil sepakan percuma yang sempurna. Bagaimanapun, dia gagal untuk mengimbangi diri lalu jatuh terlentang.
Dia berada selama lima hari di negara tembok besar itu kerana memegang peranan sebagai duta sukan bola sepak China. - Kosmo
WUHAN, China - Bekas kapten pasukan bola sepak England, David Beckham mengalami situasi memalukan apabila dia tergelincir dan terjatuh selepas melakukan satu aksi tendangan bola, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Bintang berusia 37 tahun itu jatuh di hadapan sekumpulan pemain bola sepak muda China semasa dia mengadakan lawatan di Kelab Bola Sepak Zall di wilayah Hubei kelmarin.
Beckham muncul di padang dengan mengenakan sut mewah berwarna kelabu dan memakai kasut kulit ketika mengambil tendangan.
Pemain kelab Perancis, Paris Saint-Germain itu dilaporkan menunjukkan cara mengambil sepakan percuma yang sempurna. Bagaimanapun, dia gagal untuk mengimbangi diri lalu jatuh terlentang.
Dia berada selama lima hari di negara tembok besar itu kerana memegang peranan sebagai duta sukan bola sepak China. - Kosmo
MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara
Salam.....
Hari nie terperasan yang mak jemah......bukan2, actually blogger Mak Dara buat GA terbesar tahun 2013 aka tahun Ular. So memang wajib join sebab hadiahnyer memang banyak dan semuanya ditaja oleh blogger2 jugak. So cara2 nak join mcm kat bawah nie :-
1. Follow Blog Bicara Mak Dara
2. Buat entri dengan tajuk - "MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara"
3. Masukkan Banner Di Atas Ke Dalam Entry dan Linkkan Ke sini 4. Copy paste senarai penaja di bawah ke dalam entry anda itu.
SheilaSalim,MrsVelentine,PuanGojes,MasZull,SeneoritaBaharin, Hazmanakaspecies1980,NadiaFarahida,Keyme,mamahannybunny,
MimeMF,ZamaniAbe,MrsValentine,NormiNieza,SayaSukaGelak,
5 .Tag 3 Orang Rakan Anda Untuk Menyertai GA Ini. (Dan mereka harus tahu akan GA ini)
Saya tag blogger PezolStyle, ofismate Faeza dan bro Ustaz Selim
6. Setelah selesai sila tinggalkan Url link entry di kotak komen entry beliau....
Good luck pada semua......
Satu Giveaway, 30 Penaja,
56 Hadiah, Siapakah Yang Bertuah?
MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER
by Mak Dara
by Mak Dara
Semakan Online Keputusan SPM 2012
Keputusan SPM 2012 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2013 iaitu pada hari Khamis bermula jam 10.00 pagi. - SUMBER
Semak Keputusan SPM 2012 Secara Online
- Masuk ke laman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, http://sapsnkra.moe.gov.my, kemudian tekan pada semakan ibubapa di sebelah kiri laman tersebut.
- Gambar seperti dibawah ini akan keluar dan isikan maklumat yang diperlukan
Semak Keputusan SPM 2012 Secara SMS
Semakan Keputusan SPM 2012 juga boleh dibuat melalui perkhidmatan mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 27 Mac 2013.

Semoga adik-adik semua peroleh keputusan yang cemerlang untuk menentukan halatuju seterusnya samaada menyambung pengajian di peringkat matrikulasi atau universiti pilihan.
19 March 2013
Posted by Unknown
Lirik Cinta Kasih – Nubhan & Mila (OST Cinta Qaseh)
Pernah hati ini menjadi milikmu
Kasih dan cintaku hanyalah untukmu
Namun bukan kamu akhirnya cintaku
Ini takdir aku milik dia
Kasih dan cintaku hanyalah untukmu
Namun bukan kamu akhirnya cintaku
Ini takdir aku milik dia
Ku anggap selamanya tak pernah berubah
Kasih dan cintamu teguh untuk aku
Namun bukan aku ahirnya cintamu
Ini takdir engkau milik dia
Biarkan hati ini
Merawat lukanya sendiri
Membuang cinta
Lama terbenam dalam hidup ini
Kasih dan cintamu teguh untuk aku
Namun bukan aku ahirnya cintamu
Ini takdir engkau milik dia
Biarkan hati ini
Merawat lukanya sendiri
Membuang cinta
Lama terbenam dalam hidup ini
Tiada daya diri ini
Menerima hatimu lagi
Maafkan aku
Cinta kasih bukan untukmu
Menerima hatimu lagi
Maafkan aku
Cinta kasih bukan untukmu
Lupakan semua
Janji-janji kita
Bersama
Janji-janji kita
Bersama
Lama telah berakhir
Kisah kasih kita
Terpadam tersisih
Oleh arus masa
Kisah kasih kita
Terpadam tersisih
Oleh arus masa
Akan aku cuba
Bawa jauh cinta
Ini takdir
Engkau milik dia
Bawa jauh cinta
Ini takdir
Engkau milik dia
Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.
Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.
Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.
Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
- Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
- 10 blog akan dipilih melalui random.org
- Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
- URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
WW : SMS Terakhir Prebet Ahmad Hurairah Ismail
"Saya reda kerana kematian arwah adalah untuk mempertahankan negara," kata Ismail Husin, bapa Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah.
Semoga Allah menempatkan mereka yang telah terkorban kerana mempertahankan tanah air. Amin
Al Fatihah.
16 Gambar Yang Diambil Dengan Cara Paling Kreatif - Part 2
Sambungan dari entry sebelum nie, di sini. Beberapa lagi keping gambar untuk tatapan semua. Layankan.















Kenaikan Gaji & Elaun Kakitangan Kerajaan 2013
PUTRAJAYA — Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat
awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT)
yang diawalkan pada 1 Julai 2013, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.
“Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5
bilion,” katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan
‘Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020′, di sini.
Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa
serta menteri-menteri Kabinet.
Najib berkata semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian
daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan
Transformatif (SST). Perdana Menteri juga berkata berkuatkuasa 1 Januari
2013 semua struktur gaji maksimum dalam jadual Gaji Minimum-Maksimum
akan diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak tiga KGT.
“Ini bagi membolehkan seramai 182,434 pegawai yang berada di gaji
maksimum mendapat faedah pergerakan gaji tahunan mulai tahun ini (2013)
tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa. “Semoga inisiatif itu dimanfaatkan penjawat awam bagi meningkatkan
motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada negara,” katanya.
Najib berkata sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat,
dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan
berproduktiviti, kerajaan turut bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak
tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada di gaji
maksimum tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk
syarat prestasi yang ditetapkan.
Perdana Menteri turut menyampaikan berita gembira kepada pegawai
kontrak yang berjumlah hampir 50,000 orang yang tamat kontrak pada 31
Disember 2013 bakal disambung setahun lagi sementara kajian secara
menyeluruh dilaksanakan.
Najib berkata, kerajaan juga bersetuju menambah baik pelaksanaan
urusan kenaikan pangkat kumpulan pelaksana dengan memendekkan tempoh
kenaikan pangkat berdasarkan tempoh khidmat daripada 15 tahun kepada 13
tahun.
“Ia akan memanfaatkan lebih 17,000 penjawat awam yang layak. Kriteria
penilaian kecemerlangan penjawat awam yang menjadi asas pertimbangan
kenaikan pangkat berdasarkan tempoh khidmat itu akan dimuktamadkan
bersama dengan semua pihak berkepentingan,” katanya.
Beliau berkata kerajaan secara prinsipnya turut bersetuju bagi
melunaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat
Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat
Laluan Kemahiran Tinggi.
“Kaedah pelaksanaannya termasuk pembangunan kriteria dan struktur
panel khas untuk ketiga-tiga laluan baru tersebut akan diperincikan
sebelum dilaksanakan,” katanya.
Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga telah mula
mengadakan perbincangan dengan Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan
yang terlibat bagi penambahbaikan 22 skim perkhidmatan yang berkaitan
daripada segi perluasan skop, fungsi dan tugas sewajarnya.
“Skim perkhidmatan dalam kelompok gred jawatan dan gred gaji satu
hingga sepuluh akan dinaik taraf ke gred jawatan atau gred gaji yang
setaraf dengan kelayakan masuk Penilaian Menengah Rendah (PMR),”
katanya. Skim perkhidmatan yang terlibat antaranya ialah Pembantu Am Pejabat, Pemandu Kenderaan dan Tukang K3.
“Dengan penambahbaikan skim perkhidmatan yang dijangka selesai akhir
tahun ini, daripada segi jangka panjang seramai 166,541 penyandang akan
menerima manfaat dari segi laluan kerjaya lebih baik dan peningkatan
gred gaji,” katanya.
Sementara itu, 81 skim perkhidmatan yang telah ditambah baik tetapi
tidak dapat dilaksanakan sebelum ini akan dirundingkan semula dengan
Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan, melibatkan antaranya skim
perkhidmatan Bakat, skim perkhidmatan Juruteknik, skim perkhidmatan
Pegawai atau Penolong pegawai dan Pembantu Galian serta skim
perkhidmatan Tukang K1 serta K2
— BERNAMA
11 March 2013
Posted by Unknown
Majlis Fatwa Kebangsaan : Anggota Keselamatan Terkorban di Lahad Datu Mati Syahid
Kuala Lumpur: Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang semalam memutuskan anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah tergolong dalam syahid akhirat.
Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin, berkata jawatankuasa berpandangan kematian mereka dalam mempertahankan keselamatan rakyat dan negara sangat mulia di sisi agama.
“Jasa dan pengorbanan anggota keselamatan sangat besar kepada negara kerana mereka terkorban dalam mempertahankan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara,” katanya dalam kenyataan tiga perenggan, semalam.
Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad, berkata langkah kerajaan mempertahankan kawasan yang diceroboh bertepatan dengan syarak.
Beliau berkata, kerajaan juga sudah menggunakan kebijaksanaan dan memberi tempoh rundingan damai seperti yang dituntut dalam Islam bagi mengelakkan pertumpahan darah.
Pertahan hak
Katanya, bagaimanapun, jika mereka menolak proses perdamaian itu, pemerintah wajib melaksanakan tindakan demi mempertahankan hak dan kedaulatan negara.
“Islam menyuruh kita menggunakan kebijaksanaan dan langkah itu sudah diambil kerajaan. Namun, dalam isu ini mereka secara terang-terangan menolak proses perdamaian. Jadi, pemerintah berhak menggunakan tindakan sepatutnya,” katanya.
Mohd Shukri menegaskan, menceroboh negara lain walaupun sesama Islam adalah haram kerana ia bukan milik mereka.
Penasihat kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadot, pula berkata, pencerobohan itu disifatkan sebagai perbuatan terkutuk dan menyalahi Islam.
“Tindakan mereka adalah haram sama sekali kerana melakukan pencerobohan ke atas apa yang bukan lagi hak milik mereka. Dalam al-Quran pun, Allah secara terang menegah manusia daripada mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.
“Malah, perbuatan pencerobohan itu juga kalau dinilai dari segi logik akal fikiran dan undang-undang juga, adalah salah dan keterlaluan,” katanya.
Satu jihad
Noh menyifatkan tindakan tegas diambil pihak berkuasa terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah satu jihad kerana bertujuan mempertahankan negara daripada ancaman musuh yang merosakkan.
“Saya menyokong 100 peratus tindakan tegas diambil pihak berkuasa ke atas pengganas kerana kita sudah memberi mereka tempoh yang cukup untuk melakukan sebarang perundingan secara damai,” katanya.
Pengurus Besar Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr Samsudin Munir, pula menganggap pasukan keselamatan yang bertungkus lumus mempertahankan negara ketika ini sama seperti dilakukan Nabi Muhammad SAW ketika baginda mempertahankan Kota Madinah.
sumber BH
Friend Wedding @ Sangkot The Garden Wedding Place
Last Sunday sempat jugak attend wedding my ofismate, Syafinaz di Hulu Langat. Majlis wedding telah diadakan di sebuah tempat bernama Sangkot, The Garden Wedding Place. Actually nie first time dengar nama dan sampai di Sangkot nie. Sangat unik dan lain nama sangkut tu.
Sangkot nie located front of IKBN Dusun Tua. Dah dekat kalau ada yang berhajat nak ke Sungai Congkak. Time nie memang panas yang amat, tuhan saja yang tahu. Lepas tu orang yang datang serang 'Sangkot' ramai plak, no parking space, so kena menapak jauh skit untuk sampai sini.
Lastly congratulation to Syafinaz and her husband Asyraf,
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan hingga ke syurga.
May Allah blessed korang berdua.
Wassalam
Sangkot nie located front of IKBN Dusun Tua. Dah dekat kalau ada yang berhajat nak ke Sungai Congkak. Time nie memang panas yang amat, tuhan saja yang tahu. Lepas tu orang yang datang serang 'Sangkot' ramai plak, no parking space, so kena menapak jauh skit untuk sampai sini.
the sign of Sangkot
Syafinaz dan Asyraf
the bride and their friends
my wife and Tihani pose depan pelamin. siankan daddy takde gambar dalam nie.
Lastly congratulation to Syafinaz and her husband Asyraf,
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan hingga ke syurga.
May Allah blessed korang berdua.
Wassalam
16 Gambar Yang Diambil Dengan Cara Paling Kreatif
Fotografi boleh memberikan sumber inspirasi yang sangat bagus. Anda boleh mendapat inspirasi daripada segala-galanya hampir kesemua yang ada disekeling kita, dan koleksi ini boleh memenuhi keperluan Forced Perspective Photography Inspiration (Inspirasi Perspektif Dipaksa) anda, macam pelik jer bila translate ke bm. Fotografi berkaitan kreativiti anda dalam mengambil sesuatu gambar adalah trend yang agak popular ketika ini. Disini saya kongsikan beberapa gambar yang diambil dengan cara paling kreatif mengikut inspirasi photographer. Layankan.


































