Archive for April 2013

Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2013 di Mialiana.com bermula tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
29 April 2013
Posted by Unknown

Kek Red Velvet Dan Kad Birthday Dari Wife

Thanks pada wife yang bagi kek red velvet yang sangat sedap. 


Birthday card........
Terima kasih sebab jadi isteri terbaik untuk abang.......

Nanti citer lagi yer........Esok nak pegi checkup wife di Annur Bangi. Then terus ke Melaka and stay there for 2 days. Entry berkenaan, coming soon.
25 April 2013
Posted by Unknown

Today Is My 29th Birthday


Assalamualaikum........

Alhamdulillah hari nie 25 April 2013 dah naik lagi umur aku ke 29 tahun. Syukur pada Allah kerana masih memberikan nyawa dan oksigen untuk aku hirup dan hidup atas muka bumi nie.

Thanks pada kawan2 yang wish dekat facebook dan sms, semoga doa kalian semua akan dimakbulkan Allah. Aku pun doakan korang semua sihat dan panjang umur.

Tak lama lagi dah nak dapat 2nd baby, so perangai zaman remaja yg dok terbawak-bawak tu kena ubah ke arah lebih dewasa. Of kos la tanggungjawab pun makin bertambah bila umur dah makin tua.

Azam, kena tingkatkan amalan akhirat, solat kena awal waktu, banyak bersedekah, belanja kawan2 bila ada lebih duit gaji, kerja plak kena lebih komited dan fokus, dan bekerjalah seperti beribadah.

And finally semoga Allah panjangkan umur aku, sihat tubuh badan, murahkan rezeki, kuatkan iman and kebahagiaan dunia dan akhirat .

Amin
Posted by Unknown

Wordless Wednesday : Friday Here We Come


Wordless Wednesday - Setiap hari rabu ramai blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Pengunjung atau pembaca blog akan membuat pelbagai ulasan dan komen bagi menggambarkan situasi gambar.

gambar : www.hattenhotel.com
24 April 2013
Posted by Unknown

Wordless Wednesday : Kaki Dinosaur Masak Kicap


Wordless Wednesday - Setiap hari rabu ramai blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Pengunjung atau pembaca blog akan membuat pelbagai ulasan dan komen bagi menggambarkan situasi gambar.

Kredit gambar : facebook
Posted by Unknown

6 Langkah Elak Makan Berlebihan



Berikut dikongsikan 6 tips untuk mengenali rasa lapar anda supaya anda boleh mengawal kalori yang anda ambil dan mengelakkan pengambilan makanan secara berlebihan: 

1. Gunakan skala kelaparan

Adakah anda benar-benar tahu bagaimana rasa lapar yang sebenar? Adakah setiap kali anda berasa lapar anda terus mencari makanan? Anda perlu mengenali isyarat fizikal pada badan anda yang menunjukkan keperluan sebenar badan anda. Sebelum anda makan, cuba anda menilai skala kelaparan untuk mengetahui keperluan makanan yang sebenar seperti berikut: 
  • Sangat lapar: Rasa tidak selesa, tidak boleh fokus dan ditambah dengan rasa sakit kepala atau rasa gelisah. Ini disebabkan kandungan gula dalam badan yang rendah kesan daripada kurangnya pengambilan makanan. Situasi ini boleh mendorong anda untuk makan dengan jumlah yang banyak.
  • Lapar: Anda sudah fikir apa makanan yang anda ingin makan selepas ini. Jika anda tidak makan dalam masa sejam pada waktu tersebut, anda mungkin akan masuk ke dalam tahap ‘sangat lapar’ seperti di atas.
  • Sederhana lapar: Perut anda mula berbunyi dan anda sudah memikirkan untuk mengisi perut anda yang kosong itu. Ini adalah masa yang terbaik untuk anda makan.
  • Senang hati: Anda berasa kenyang; bukan terlalu kenyang dan tidak berasa lapar. Anda rasa tenang dan selesa dan tidak terfikir tentang snek atau minum petang.
  • Kenyang: Jika anda masih lagi makan pada waktu ini, anda telah makan di luar rasa lapar dan keperluan anda. Perut anda akan berasa penuh dan rasa makanan yang anda suapkan ke mulut itu tidak lagi sesedap seperti suapan pertama anda
  • Terlalu kenyang: Anda berasa tidak selesa dan rasa pedih ulu hati berpunca dari asid perut yang menganggu kawasan esofagus anda.
2. Makan setiap 4 jam

Masih tidak boleh meneka bagaimana rasa lapar yang sebenar? Cuba setkan jam anda. Kebiasaanya, rasa sederhana lapar bertukar kepada terlalu lapar berlaku dalam tempoh 4 – 5 jam selepas anda menikmati makanan yang seimbang. Jika anda menunggu terlalu lama untuk makan, ia boleh menyebabkan anda berasa terlalu lapar dan terburu-buru mencari makanan. Ini boleh menjejaskan pemilihan makanan anda pada waktu itu. Makan pada waktu yang tetap akan membuatkan tahap gula dalam darah dan tenaga anda sentiasa berada dalam keadaan stabil.
Jika anda berasa lapar di antara waktu makan anda, makan snek 150 kalori boleh membantu anda untuk menghilangkan rasa lapar anda itu. Anda boleh mencuba makan makanan serat penuh seperti buah-buahan dan kekacang tanpa garam. Makanan seperti ini mengandungi kandungan fiber dan air yang membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh yang panjang. 

3. Tidak skip sarapan

Kajian terhadap 900 orang dewasa mendapati mereka yang makan sarapan yang seimbang mengandungi lemak, protein, dan karbohidrat di waktu pagi berasa selesa dan tidak mudah lapar sepanjang hari berbanding mereka yang meninggalkan sarapan pagi.
Jika anda berasa sangat lapar sebelum waktu tengahari, ia mungkin disebabkan oleh tidak bersarapan. Oleh itu anda perlu makan sekurang-kurangnya makanan yang mempunyai 250 kalori setiap pagi dengan beberapa cara mudah:

  • Sediakan sarapan sebelum anda tidur. Anda perlu merancang sarapan anda supaya anda boleh membelinya dengan lebih awal seperti roti serat penuh, buah-buahan, dan lain-lain.
  • Sediakan sekotak bijirin atau sebungkus oat dengan susu rendah lemak atau susu soya di tempat kerja anda sekiranya anda tidak sempat bersarapan di rumah.
  • Makan sarapan sedikit lewat jika perut anda tidak boleh menerima makanan di awal pagi. Sarapan pada pukul 9 atau 10 pagi masih boleh membantu anda untuk sentiasa bertenaga dan selesa sepanjang hari.
4. Makan makanan rendah kalori

Makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi boleh membantu anda mengelakkan rasa lapar dengan cepat. Di dalam satu kajian mendapati seseorang yang makan makanan yang mengandungi cecair yang tinggi akan makan kurang 21% berbanding mereka yang makan makanan yang rendah kandungan cecairnya.
Anda boleh mencuba corak pemakanan yang dicadangkan seperti di berikut:

  • Untuk makan malam, anda disarankan untuk menambah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran bersama hidangan makan malam anda. Daging putih seperti ikan juga sangat baik untuk badan anda.
  • Pilih buah-buahan segar berbanding buah-buahan yang dikeringkan. Kalori kedua-dua jenis buahan ini adalah sama, tetapi dengan makan buah-buahan segar yang kandungan airnya tinggi, ia seperti anda telah minum secawan penuh jus anggur. Anda akan berasa lebih kenyang berbanding makan makanan kering dalam jumlah yang sama. 
5. Makan snek yang kaya dengan fiber

Fiber boleh membantu anda untuk berasa kenyang dengan cepat dan untuk jangka masa yang panjang. Ini adalah kerana badan anda perlu memproses makanan yang tinggi fiber ini dengan lebih perlahan. Ini menyebabkan anda akan berasa kenyang hampir sepanjang hari. Makanan yang kaya dengan fiber ini juga mengandungi kandungan kalori yang rendah.  Selain itu, antara kebaikan fiber juga ia dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes dan penyakit jantung.

Anda boleh mencuba makan sekurang-kurangnya 25g fiber setiap hari seperti tips berikut:

  • Masukkan buah-buahan seperti epal dan lobak merah yang kaya dengan fiber ke dalam makanan dan snek anda.
  • Cuba gantikan makanan yang anda selalu makan seperti roti dan nasi dengan makanan yang mempunyai serat penuh seperti roti serat penuh dan bijirin penuh.
6. Tambahkan protein sihat ke dalam makanan harian

Kajian terhadap 46 orang wanita yang sedang berdiet mendapati, 30% atau 18% daripada kalori yang diambil dari makanan adalah dari sumber protein. Makanan yang kaya dengan protein ini sebenarnya juga boleh membantu mengenyangkan dan mengurangkan rasa lapar. Selain itu, selepas 12 minggu, wanita-wanita ini akan meperolehi bentuk badan yang cantik hasil dari diet sihat mereka.
Anda juga boleh mencuba menambahkan pengambilan protein seperti berikut:

  • Tambahkan sehidang makanan protein sihat seperi putih telur atau tuna atau sepotong ayam tanpa kulit di setiap waktu makan anda. Anda boleh minum bersama susu soya yang rendah lemak dan tinggi kandungan fiber dan proteinnya.
sumber : kevinzahri.com
23 April 2013
Posted by Unknown

Cara Mudah Untuk Mendapat Six Pack

Membentuk enam otot di bahagian perut atau lebih dikenali sebagai six pack akan menyebabkan seseorang lelaki itu kelihatan lebih maskulin dan ganteng. Namun, untuk mendapatkan six tidaklah semudah memakan roti prata sambil cicah kuah dhal. Apa yang pasti sesiapa yang mengidamkan six pack terpaksa mengikuti disiplin yang agak ketat.
Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah:
  • Bagi yang memiliki berat badan berlebihan, tentu sahaja menurunkan berat badan merupakan langkah pertama yang perlu dilakukan dengan tabah.
  • Latihan dan senaman juga perlu dititikberatkan. Ada beberapa senaman yang perlu dilakukan oleh pemburu six pack, antaranya ialah bangkit tubi(sit up). Tentang bangkit tubi ini, paling minimum perlu dilakukan sebanyak 200 – 300 kali sehari.
  • Suplemen juga diperlukan jika ingin memiliki six pack. Suplemen seperti serbuk minuman protein amat berguna buat individu yang mahu mengekalkan six pack. Mungkin anda terpaksa membelanjakan sekitar RM300 hingga RM500 sebulan bagi perbelanjaan suplemen ini. Ia adalah satu pelaburan agar anda benar-benar maskulin dan ganteng. 
Anda juga boleh mengikut panduan dari jurulatih anda atau melalui video cara senaman untuk mendapatkan six pack idaman. 

video amatur workout untuk mendapatkan six pack


Saya yakin, ramai yang tidak sanggup memperuntukan masa dan wang sebegini rupa, juga tidak sanggup mengekang selera. Namun, dalam masa yang sama ingin memiliki six pack. Tidak mengapa akan saya terangkan cara-cara untuk mendapatkan six pack dengan mudah tanpa memerlukan anda berpenat lelah.

Sila perhatikan dengan cermat dan teliti kaedah-kaedah yang akan saya paparkan
























bawah lagi sikit........kata nak six pack kan



























tak jauh dah


















tu dia 

Salam jumaat alls......jangan marah
19 April 2013
Posted by Unknown

Gwiyomi Pulak Dah

Beberapa hari nie kalau surf youtube mesti jumpa pasal Gwiyomi nie. Katanya dah jadi fenomena pulak sebab banyak video parody meniru aksi Gwiyomi. Banyak jugak video yang cute, tapi ada jugak video yang aku menyampah sebab terlebih gedik.
Untuk yang nak tahu menahu actually lagu Gwiyomi, atau Kiyomi song (귀요 미송), adalah satu lagu K-pop oleh penyanyi dari Korea Selatan iaitu Hari dan telah dilancarkan pada 18 Februari 2013. Tarian 'tangan' lagu ini telah diilhamkan oleh rapper K-pop terkenal Jung Il Hoon yang juga dipanggil Gwiyomi Player dalam rancangan  BToB MTV DiaryMany, yang menjadi meme Internet popular pada bulan Oktober 2012.

rapper K-pop terkenal Jung Il Hoon yang mencipta tarian tangan comel Gwiyomi

Rapper K-pop terkenal Jung Il Hoon yang mencipta tarian tangan comel Gwiyomi. Tarian gestur tangan yang comel Gwiyomi ini mempunyai gerak tarian yang tersendiri dan video parodi Gwiyomi yang telah dimuat naik dilaman Youtube ada lebih dari 10,000 video dan sekarang ini tarian tersebut telah popular di beberapa buah negara Asia termasuklah Filipina, Singapura, Thailand, China, Jepun dan juga Malaysia.

Video oleh penyanyi asal Gwiyomi

Video parody oleh mereka yang kreatif



Yang paling latest Gwiyomi seorang gadis bertudung comel. Comel tak?  

Muaturun Gwiyomi Song (original) di  
18 April 2013
Posted by Unknown
Tag :

Deko Hebat Untuk Ruang Yang Terhad

Saya amat tertarik dengan sebuah blog yang telah memaparkan deko yang sangat cool bagi bilik atau ruang terhad. Rekaan perabot keluaran Tumidel Spa, Italy ini memberikan inspirasi bagaimana menggunakan ruang terhad dengan sebaiknya selain mengekalkan daya kreativiti pereka dengan menampilkan rekaan moden. 

Walaupun ruang dalam bilik agak sempit tetapi dengan dekorasi dari Tumidel mampu membuatkan ruang kelihatan luas dan selesa. Mungkin ini salah satu idea rekaan yang akan saya terapkan untuk rekaan bilik anak perempuan saya nanti.


Kredit gambar : http://blogyangsiot.blogspot.com
15 April 2013
Posted by Unknown

Tutorial Recent Comments With Rounded Images

Saya kongsikan tutorial untuk ubah style Recent Comments Widget anda judt like mine, nampak lebih menarik dan tersusun.

1. Go to blogger dashboard --> Layout --> Add a Gadget [ Html / JavaScript ].

2. Copy the peace of code given below.

<style type="text/css">
/*recent comments widget by bloggertricks.biz*/
ul.latest_recent_comments{
list-style:none;
margin:0;
padding:0;
}
.latest_recent_comments li{
background:none !important;
margin:0 0 6px !important;
padding:0 0 6px 0 !important;
display:block;
clear:both;
overflow:hidden;
list-style:none;
}
.latest_recent_comments li .avatarImage{
padding:3px;
background:#fefefe;
-webkit-box-shadow:0 1px 1px #ccc;
-moz-box-shadow:0 1px 1px #ccc;
box-shadow:0 1px 1px #ccc;
float:left;margin:0 6px 0 0;
position:relative;
overflow:hidden;
}
.avatarRound{
-webkit-border-radius:100px;
-moz-border-radius:100px;
border-radius:100px;
}
.latest_recent_comments li img{
padding:0px;
position:relative;
overflow:hidden;
display:block;
}
.latest_recent_comments li span{
margin-top:4px;color: #666;
display: block;
font-size: 12px;
font-style: italic;
line-height: 1.4;
}
.latest_recent_comments span{
display:none;
}
</style>
<script type="text/javascript">
//<![CDATA[    // Recent Comments Settings    var numComments  5, showAvatar  = true, avatarSize  = 60, roundAvatar = true, characters  = 30, showMorelink = true, moreLinktext = "More �", defaultAvatar  = "http://www.gravatar.com/avatar/?d=mm", hideCredits = true;//]]></script>
<script type="text/javascript" src="https://bloggertricksdotbiz.googlecode.com/svn/js/recent%20comments.js"></script>
<script type="text/javascript" src="http://alamslegacy.blogspot.com//feeds/comments/default?alt=json&callback=latest_recent_comments&max-results=6"></script>

3. Edit numComments in red color if u want more than 5 appear in your blog
4. Replace url with your blog url (highlighted with blue color). Then save.

Now go to your blog and view the official recent comments widget showing recent comments with commentators image rounded.

Enjoy 

G.I Joe – Retaliation Review


Minggu lepas saya dan wife berkesempatan untuk menonton filem sekuel kedua G.I Joe iaitu  G.I Joe – Retaliation. Bagi yang telah menonton sekuel pertama pastinya takkan lepaskan peluang untuk menonton sambungannya pada kali ini.For me amat berbaloi menonton filem ini dengan kesan khas dan efek dari teknik CGI mereka yang sangat real dan berkesan. Saya menonton filem ini dalam format biasa sahaja sudah cukup berbaloi, dapat couple seat lagi, sangat selesa.
 
Satu yang saya puji ialah tiada langsung adegan 18SX dalam cerita ini. Very clean dan keseluruhan filem ini penuh dengan aksi yang mendebarkan.

Berikut review filem ini yang diulas oleh portal OhBulan.

MULA TAYANGAN: 28 Mar 2013
GENRE:Action / Adventure
PENGARAH:Jon M. Chu
PELAKON:D. J. Cotrona, Byung-hun Lee, Adrianne Palicki, Ray Park, Jonathan Pryce, RZA, Ray Stevenson, Channing Tatum, with Bruce Willis and Dwayne Johnson
ULASAN: Ohbulan

Sebelum ini, anggota GI Joe telah terbabit dalam konflik menyelamatkan dunia dari pengganas Cobra yang menggunakan senjata nanotech yang berbahaya. Kali ini pula, kumpulan askar elit yang telah dilatih ini terpaksa mengharungi kejadian yang tidak pernah mereka sangka akan berlaku. Seluruh pasukan GI Joe diserang hendap disebuah gurun dan menyebabkan ketua mereka iaitu Duke (Channing Tatum) dan semua anggota yang lain mati dibunuh.

Serangan ini telah diarahkan oleh Zartan (Jonathan Pryce) yang telah menculik dan kemudian menyamar sebagai presiden Amerika. Akibat dari kejadian ini, hanya beberapa anggota GI Joe sahaja yang terselamat iaitu Roadblock (Dwayne Johnson), Lady Jaye (Adrianne Palicki), Flint (D.J. Cotrona), dan juga Snake Eyes (Ray Park).

Hanya tinggal mereka berempat yang merupakan anggota asal GI Joe, Roadblock kemudian dilantik sebagai ketua baru dan merancang untuk menuntut bela atas kematian ahli pasukannya. Dibantu oleh General Joseph Colton (Bruce Willis), seorang pegawai atasan yang telah bersara, mereka dibekalkan dengan pelbagai senjata dan juga maklumat sulit.

Dalam pada itu, Storm Shadow (Byung-Hun Lee) yang sebelum ini berjaya melarikan diri telah dihantar oleh Zartan untuk pergi membebaskan Commander Cobra yang telah dikurung di sebuah penjara sulit. Dengan bantuan seorang lagi penjahat iaitu Firefly (Ray Stevenson), Commander Cobra berjaya meloloskan diri walaupun telah ditahan dengan ketat.

Klimaks cerita ini ialah apabila Zartan telah meminta semua pemimpin negara yang mempunyai senjata nuklear, menghadiri sidang kemuncak kuasa nuklear yang diadakan di Amerika Syarikat.


Zartan yang telah menyamar sebagai presiden Amerika ini kemudian telah mengugut kesemua pemimpin negara yang hadir dan mengaktifkan senjata nuklear Amerika dihadapan mereka dan terus mengarahkan senjata itu ditujukan ke negara pemimpin yang hadir. Tindakan ini mengejutkan mereka semua dan tanpa berfikir panjang, kesemua pemimpin negara tersebut turut mengaktifkan senjata nuklear mereka dan mengarahkan ke Amerika pula.

Dalam waktu genting itu, kesemua mereka bertelagah dan secara tiba-tiba Zartan telah menyahaktif peluru berpandu yang dihantar dan ia terus meletup di atmosfera. Sekali lagi, tindakan mengejutkan ini telah menyebabkan pemimpin negara lain keliru dan terpinga-pinga. Akhirnya, mereka terpaksa mengikut langkah yang sama.

Tujuan Zartan melancarkan senjata nuklear ini ialah supaya semua negara yang mempunyai senjata nuklear menggunakan senjata mereka pada waktu yang sama. Ia demi memberi laluan pada Commander Cobra untuk berkuasa tanpa ancaman dengan senjata berteknologi tinggi ciptaan mereka yang dinamakan Zeus.


Anggota GI Joe yang terselamat mengetahui rancangan Cobra untuk menguasai dunia. Mereka kemudian merancang strategi lebih awal dan dibantu oleh Jeneral Colton, Roadblock bersama yang lain telah menyerang hendap sidang kemuncak nuklear tersebut.

Namun ketika mereka sampai, senjata Zeus sudah diaktifkan ke beberapa lokasi dan kesannya, ia mampu membunuh semua populasi manusia di bumi. Dalam ketegangan ini, pertempuran dan perebutan berlaku diantara GI Joe dan Cobra. Sebuah beg bimbit yang mempunyai akses kepada senjata Zeus menjadi penentu hidup dan mati penduduk dunia.


Namun, yang menjadi persoalannya ialah, sempatkah GI Joe menyahaktif senjata Zeus tersebut? Mampukah mereka menyelamatkan dunia atau akan ada lagi kah sambungan kepada franchis filem GI Joe lagi selepas ini?

Nota Penulis
Filem ini tidak lagi berkisarkan tentang Duke dan juga konfliknya bersama isteri seperti filem sebelum ini. Hampir kesemua watak asal dalam “GI Joe : Rise Of The Cobra” telah dimatikan dan diganti dengan watak baru iaitu Roadblock, Lady Jaye, Flint, Jinx dan juga Jeneral Colton.

Walaupun begitu, pengarah berjaya membawa watak baru dengan seimbang dan secara jujur, saya masih merasa kewujudan Duke yang telah pun mati diawal filem ini.

Memang tidak dijangka, gandingan Dwayne Johnson dan Bruce Willis memberikan satu kelainan kerana kedua mereka memang diketahui umum, selalu berlakon dalam filem-filem aksi yang ganas. Lihat sajalah pada filem “Die Hard” dan juga filem-filem lakonan Dwayne yang lain, anda pasti takkan lupa adegan-adegan ‘nyaris mati’ mereka.

Apa yang lebih menarik ialah, Storm Shadow yang sebelum ini dipihak Cobra akhirnya telah sedar bahawa dia telah ditipu dan dimanipulasi oleh Zartan. Dia kemudian membantu pasukan GI Joe menewaskan Cobra bersama Snake Eyes. Boleh tak anda bayangkan kedua-dua ninja ini bergabung dan mempamerkan aksi mereka menewaskan musuh?
GI Joe Retaliation-20

Tak perlu saya nafikan, teknologi CGI di Hollywood sangatlah berbeza dari kita. Setakat adegan letupan dan memusnahkan segala objek didalam filem, itu sudah menjadi perkara biasa. Susah hendak digambarkan, anda saksikanlah sendiri dalam filem itu nanti.

Kesimpulannya, filem “GI Joe : Retaliation” adalah sebuah filem wajib tonton bagi anda yang menantikan filem aksi pada tahun ini. Jujur kata, tiada istilah rugi membeli tiket wayang selepas selesai menonton filem ini!
12 April 2013
Posted by Unknown

Putrajaya Hot Air Balloon 2013


Entry 2 minggu lepas, agak busy so susah skit nak update blog. Curi2 masa untuk update walaupun sekadar sebuah gambar.

Main reason datang sini pun sebab nak jumpa my bro dengan famili diorang. Kitorang berkumpul di Masjid Putra lepak sekejap dan solat, then makan di Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Actually dah lama teringin nak makan kat situ, especially roti john nyer yang dikatakan sedap. Tapi dah full makan macam2, takde hati dah nak try roti john. Lagipun customer yang beratur bukan main panjang, maybe next time cuba.

Sampai sini agak lewat, hujan lebat so walaupun petang masih ramai yang tak berganjak nak tengok belon panas nie.
Crowd yang memenuhi dataran monumen di Putrajaya nie.
Me with my family

Lepak sekejap je, tak banyak gambar yang dapat me snap. Terlalu ramai orang kalau nak pegi lebih dekat dengan belon panas tu. My daughter memang excited nak tengok, tak terlayan dibuatnye. Then we decide untuk balik awal sebab esoknya nak keja.

ps - gambar tak cantik sebab guna phone cam jer.
11 April 2013
Posted by Unknown

Blog Ini Berwajah Baru


Ada tak yang perasan blog nie dah bertukar template, sebab template yg lama agak bosan. So cuba cari kelainan dan akhirnya jumpa template yang benar2 ngam dan serasi dengan saya. 

Saya memang suka template simple macam nie, tak serabut selain mudah dan senang untuk configure. Pembaca pun tak la stressed bila baca blog kita, dah la stressed kat tempat keja baca blog pun tambah tekanan lagi memang double stress la.

Penggunaan template yang user friendly juga adalah faktor yang baik dalam mencari pembaca yang setia. So harap2 blog nie mempunyai ciri2 user friendly dan kemas supaya pembaca tidak jemu untuk kembali singgah. 

Wassalam


09 April 2013
Posted by Unknown

Adab Kejutkan Anak Dari Tidur

Assalamualaikum....

Pagi tadi susah jugak nak kejutkan my daughter, Tihani tu, kalau dia tengah nyenyak tidur memang susah nak bangun. Selalunya dia akan bangun sendiri bila lihat ayah dan ibu dah tiada disisi. Satu perkara yang saya puji pasal Tihani, jarang dia menangis bila bangun tidur, sebab normal bagi budak 3 tahun ke bawah nangis kalau bangun tidur dan dalam keadaan gelap.Ramai cakap my daughter nie matured dari usia sebenarnya, sebab tu la kot.
Photo Studio masa umur 1 tahun setengah

Saya ada terbaca post di Facebook berkenaan cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak - kanak , remaja atau dewasa. So di sini saya kongsikan untuk panduan kita bersama.

Adab Kejutkan Anak Dari Tidur

1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur

2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.

3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.

4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.

5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.

6. Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.

7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.

8. Insya ALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.

Cara ini juga boleh dilakukan kepada suami isteri tersayang atau sesiapa saja.. 


Wassalam.

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan


10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan :

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

 
Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini
04 April 2013
Posted by Unknown
Tag :

WW : Usia Kandungan Isteri 6 Bulan

Insyaallah due date penghujung Julai 2013. Doakan yang terbaek untuk me and wife. Thanks
03 April 2013
Posted by Unknown

Sinopsis Drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia


Jumaat lepas telah bersiaran drama terbaru arahan Raja Ahmad Alaudin yang diadaptasi dari novel popular Sebenarnya, Saya Isteri Dia. Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia bersiaran pada setiap hari Jumaat jam 9.00 malam menerusi slot Zehra. Drama bersiri 13 episod terbitan Primeworks Studios ini dibarisi oleh pelakon popular tanahair seperti Tiz Zaqyah, Izzue Islam, Qi Qushairi, Uqasha Senrose, Azlee Khairi, Fezrul Khan, Zuhairi Ibrahim, Wilma, Marisa Yasmin dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia TV3
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu. Syaf tidak pernah terfikir bahawa jodohnya tertulis dengan Firash, adik kepada kekasihnya, Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang untuk ke jinjang pelamin.
Namun, satu peristiwa hitam telah mengubahkan segalanya.
Syaf, Farish dan Firash masing-masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan harijadi oleh Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan.
Datin Farizah (Wilma) telah menasihati anaknya Firash untuk berkahwin dengan Syaf yang juga merupakan anak angkatnya. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik. Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua 4 tahun daripadanya.
Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya demi menjaga maruah Datin Farizah dan tidak mahu hubungan dua adik beradik terjejas disebabkan oleh dia. Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf yang bersetuju untuk berkahwin dengan Firash walaupun tidak ada rasa cinta. Syaf mengganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish.
Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia. Tiada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang dikhabarkan dan dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul. Farish telah membawa diri kerana tidak sanggup kehilangan Syaf. Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut.
Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai.
Kehidupan sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan rakan-rakannya meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar universiti dalam jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikut kehendak anaknya yang kurang matang itu dan berusaha untuk menyatukan Firash dan Syaf di bawah satu bumbung satu hari nanti.
Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali Firash dan Syaf berjumpa. Kalau bertemu, Firash sering melemparkan kata-kata sinis untuk menyakitkan hati Syaf manakala Syaf hanya menelan dan memendamkan dalam hatinya.
Suatu hari, Datin Farizah telah merancang kenduri arwah buat Farish yang akan diadakan di kampung mereka di Terengganu. Syaf dipelawa ikut bersama. Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat kepada Datin Farizah sahaja untuk mengelakkan sebarang kemusyikilan.
Di sana, Syaf bertemu dengan rakan universitinya, Haqimy yang juga merupakan abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka semasa belajar. Melihat kepada kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash berasa cemburu.
Syaf telah ditugaskan ke Kerteh, Terengganu. Firash memberi persetujuan kerana dia juga bakal menjalani latihan pratikal di tempat Syaf bekerja. Syaf terkejut apabila berjumpa dengan Haqimy yang juga bekerja di situ. Bermulalah pelbagai insiden yang melucukan kerana Haqimy yang tidak mengetahui status sebenar Syaf dan Firash telah mula mengambil berat dan menyayangi Syaf.
Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula terharu dengan usaha Firash, dia menerima sepucuk surat misteri yang berbau ugutan beserta VCD yang menunjukkan kemesraan Rania dan Firash. Raina tidak pernah berputus asa untuk menggoda Firash walaupun mereka ialah adik-beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul.
Firash cuba memberi penjelasan tetapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu, baru Firash sedar akan ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf kepadanya. Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi dan menjaga Syaf sebagai isterinya?
 Lagu Tema Sebenarnya Saya Isteri Dia - Kita (Forteen)

Untuk Drama Sebenarnya Saya Isteri dia , lagu yang terpilih untuk diangkat menjadi lagu tema ialah lagu bertajuk "KITA" nyanyian Forteen.Sedap jugak lagu nie.


Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -