Ummaland.com - Alternatif Selain Facebook


Pelbagai cara digunakan oleh masyarakat seluruh dunia untuk memboikot barangan atau perkhidmatan yang menyokong gagasan Zionis.

Salah satu usaha yang boleh dikatakan memboikot servis dari Zionis adalah dari dua pemuda dari Uzbekistan, Maaruf Yusupov dan Jamoliddin Daliyev yang mencipta servis laman sosial menyerupai Facebook. Servis tersebut boleh didapatkan dengan melayari www.ummaland.com


Kelebihan ummaland adalah ia lebih menjurus kepada Islamik dimana salah satu objektif laman sosial tersebut adalah untuk mengurangkan masa terbuang dengan memaparkan isi kandungan agama.
Ummaland juga didatangkan dalam aplikasi Android dan juga iPhone. 


Apa pun, tahniah kepada dua pemuda ini. Semoga kerja keras mereka di rahmati dan diberkati. Sesiapa yang mahu mencuba servis baru bertemakan Islam ini amat digalakkan - siakapkeli
06 August 2014
Posted by Salam Yahya

Boikot Israel, Amerika dan Sekutu Mereka

PALESTIN SEPINTAS LALU
Negara ‘haram’ *israel terbina di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas semenjak tahun 1948; di atas restu England, Amerika dan PBB. Episod ganas dan mengerikan itu bermula pada 9 April 1948 apabila kumpulan komando pengganas Zionis yang terdiri dari kumpulan Irgun, Stern Gang dan Palmach menyerang perkampungan Deir Yassin yang jaraknya 5.5km dari sebelah barat kota Baitul Maqdis. Kumpulan pengganas ini diketuai oleh Menachem Begin, yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri israel. Sejumlah 254 dari 750 penduduk kampung tersebut dibunuh dengan kejam dalam masa 3 hari. Manakala mereka yang terselamat pula diarak di bandar israel sebagai trofi, dicaci maki, diludah, dibaling dengan batu; kemudiannya sebahagian dari mereka dibawa pulang semula ke Deir Yassin untuk dibunuh dan sebahagiannya lagi dipenjara dan diseksa. Bermula dari hari itu, seluruh rakyat Palestin terus menanggung episod derita yang tak berkesudahan. 

Setiap hari mereka dibunuh, dipenjara dan diseksa oleh tentera dan rakyat israel. Seperti juga di Iraq, senjata kimia juga digunakan secara meluas untuk menghapuskan orang-orang Islam Palestin. Kebun-kebun tanaman masyarakat Palestine dimusnahkan, perniagaan dan perdagangan dihancurkan, rumah dan sekolah dibom, serta tanah-tanah milik mereka dirampas sepanjang masa. Sebahagian masjid-masjid ditukarkan menjadi kuil Yahudi manakala sebahagiannya lagi dijadikan tempat minum arak (pub) dan pusat pelacuran. Hatta tempat-tempat menyimpan air bagi rakyat Palestin juga diracuni oleh Zionis israel yang jahat itu. Regim Zionis israel juga telah membina tembok-tembok raksasa yang tinggi untuk memisahkan baki wilayah Palestin yang tinggal dari negara haram israel. Akhirnya, seluruh rakyat Palestin akan tinggal dalam penjara gergasi ciptaan Zionis israel.

Pada bulan November 2006 lalu, Dunia Hari Ini (RTM) melaporkan 3000 kanak-kanak Palestine yang berusia di bawah 15 tahun (lelaki dan perempuan) ditahan di penjara-penjara israel. Kanak-kanak ini terdedah kepada penderaan fizikal, mental dan seksual yang dilakukan oleh tentera-tentera Syaitan israel setiap hari. Tidak kurang juga wanita-wanita Palestin yang menjadi mangsa. Semenjak tahun 1967, lebih 650,000 rakyat Palestin telah ditangkap dan dipenjarakan, sementara lebih 2 juta orang lagi menjadi pelarian yang hidup dalam keadaan yang sangat daif. Secara keseluruhannya, 6 juta rakyat Palestin telah diusir dari tanah air mereka semenjak tahun 1946.

Peristiwa penyembelihan di Shabra dan Shatila (kem pelarian Palestin yang terletak di sempadan Lubnan) pada 16 September 1982, menyaksikan lebih 3000 pelarian Palestin yang tinggal di kem-kem sementara telah dibunuh dengan kejam oleh pengganas israel yang dibantu oleh kumpulan Falangis (kumpulan pengganas kejam Kristian Lubnan). Pembunuhan kejam itu dilakukan dalam masa 36 jam. Kanak-kanak disembelih di hadapan ibu-ibu mereka. Wanita dan gadis diperkosa. Orang-orang tua disiksa dengan memotong anggota badan termasuk mencungkil keluar mata dan dibiarkan mati perlahan-lahan. Bayangkan….tiada kata-kata yang dapat menggambarkan keadaan yang berlaku pada waktu itu. Jika ini boleh berlaku di Palestin, ianya mungkin pada bila-bila masa boleh berlaku di tempat kita sekiranya kita terus mengambil langkah mendiamkan diri dan berpeluk tubuh.

Masjidil Al Aqsa, tempat ketiga paling suci bagi umat Islam (di mana Nabi Muhammad SAW Mi’raj ke langit bertemu Allah Ta’ala) berada dalam keadaan yang amat genting. Golongan Yahudi Zionis di israel dan seluruh dunia sedang berusaha keras untuk merobohkan masjid ini bagi mendirikan kuil mereka di atas tapak Al Aqsa. Masjid Al Aqsa telah beberapa kali mengalami kebakaran yang teruk akibat percubaan Yahudi untuk memusnahkannya semenjak berpuluh tahun yang lalu. Mereka telahpun menggali beberapa terowong yang besar di bawah Al Aqsa untuk melemahkan strukturnya. 

IRAQ DAN AFGHANISTAN
Selain dari Palestin, Amerika yang didalangi oleh israel telah melakukan pemusnahan total terhadap Iraq dan Afghanistan. Lebih 1.2 juta nyawa yang tidak berdosa melayang. Iraq, sebuah negara yang paling maju di Timur Tengah suatu masa dulu, telah dihancurkan dengan berbagai jenis bom sehingga mengembalikannya ke zaman batu. Lebih 800,000 kanak-kanak Iraq menjadi yatim. Kebanyakan mereka hidup melarat dan terdedah kepada kegiatan tidak bermoral. Lama sebelum perang bermula, lebih setengah juta bayi dan kanak-kanak Iraq terkorban kerana kekurangan zat dan kemudahan perubatan akibat tindakan sekatan ekonomi yang dikenakan PBB atas desakan Amerika semenjak tahun 1991. Generasi yang sepatutnya menjadi harapan untuk mempertahan dan membangunkan negara pada masa depan telah habis dihapuskan secara sistematik. Sepanjang sekatan ekonomi, hampir semua jenis kemudahan yang diperlukan disekat sekeras-kerasnya termasuk kertas dan pen. Ini untuk memastikan generasi Islam di Iraq yang masih hidup akan terus menjadi bodoh tanpa bahan pendidikan yang sempurna.

Masihkah anda ingat, seluruh dunia dikejutkan dengan peristiwa yang berlaku di penjara Abu Gharib, Iraq. Betapa dahsyat apa yang kita saksikan berlaku di situ melalui foto-foto yang kita lihat tersiar di media massa seluruh dunia. Malahan, terdapat banyak lagi foto-foto ngeri tentang penyeksaan dan penderaan seksual ke atas tahanan lelaki, wanita serta kanak-kanak yang masih tersimpan rapat di dalam peti rahsia di Pentagon USA. Sebahagian besar bukti penyeksaan telah berjaya dimusnahkan oleh ‘Bush and the gang’, sebelum mereka meninggalkan Rumah Putih.

Tidak dilupakan, Vietnam juga dihancurkan lebih 35 tahun dulu sewaktu Amerika cuba menjajah negara tersebut (1965-1975). 3 juta orang awam dibunuh tanpa sebab. Banyak lagi negara lain di dalam dunia menerima nasib yang sama dari angkara Amerika, cuma kisahnya dibiarkan tersorok dalam lipatan sejarah silam. (untuk berita terkini dan analisis sila layari http://www.uruknet.info) 

APA YANG PERLU KITA LAKUKAN? BAGAIMANA DAPAT KITA MEMBANTU?
BERMULA dengan ‘3B’: Berdoa. Berderma. Boikot.

BERDOA dan terus BERDOA UNTUK SAUDARA KITA.
Doa merupakan senjata bagi orang mukmin. Ibnu Abi Aufa berkata :
“Aku mendengar Rasulullah SAW berdoa di waktu peperangan Ahzab : “Wahai Allah, Tuhan yang menurunkan Al Kitab, dan Tuhan yang cepat perhitunganNya, kalahkanlah tentera-tentera musuh dan goncangkanlah mereka.” (Ibnu Mas’ud).

“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.” (Al Baqarah 2:186)


 
BERDERMA

Di antara usaha lain yang InsyaAllah dapat kita lakukan ialah dengan menghulurkan derma sekadar yang mampu kepada warga Palestin (melalui badan-badan Amal tertentu). Mereka sajalah umat yang ada untuk menjadi sandaran bagi mempertahankan Masjidil Al Aqsa dan bumi Palestin buat masa ini. Hilang bangsa Palestin, hilanglah Al-Aqsa. Walaupun dalam keadaan yang serba daif mereka masih bertahan dengan izin Allah, hampir 60 tahun lamanya. Rakyat Palestin sangat sengsara akibat sekatan ekonomi oleh israel mutakhir ini. Bekalan makanan semakin berkurangan begitu juga ubat-ubatan. Jika mereka tidak ditolong oleh saudara-saudara Islam yang lain, maka ramailah di antara mereka yang akan mati akibat kebuluran dan penyakit. Kanak-kanak pula akan mati akibat tidak cukup zat dan ubat-ubatan. Oleh itu, pertolongan melalui derma oleh Umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia sangat-sangat diperlukan dengan segera. Lebih Memburukkan lagi keadaan apabila kerajaan pengganas israel pada 27 Disember 2009 melancarkan serangan berskala besar yang meragut banyak nyawa yang tidak berdosa terutama kanak-kanak. Beribu-ribu pula cedera parah, dan jika berpeluang untuk hidup, kebanyakan mereka akan mewarisi kecacatan kekal sepanjang hayat. Bom kimia WP (White Phosphorus) digunakan dengan berleluasa yang mengakibatkan kecederaan parah dan kematian yang mengerikan. SEGERALAH BERTINDAK! 

BOIKOT
Nabi bersabda: “Apabila kamu melihat kemungkaran, hendaklah kamu cegah dengan tangan; jika tak mampu, dengan lidah; jika tak mampu juga, dengan hati; maka itu adalah selemah-lemah iman.” Riwayat Muslim. 

Kenapa perlu Boikot? 
Setiap ringgit yang kita belanjakan untuk membeli produk seperti Coca Cola, Pepsi, Mirinda, Pringle’s, Kraft, Johnson&Johnson, Levi's, Caltex, Esso, McDonald, KFC, Burger King, dan banyak lagi, akan secara langsung menyumbangkan kepada kekukuhan ekonomi Amerika dan israel. Dengan kekukuhan ekonomi, mereka dapat mencipta lebih banyak senjata pembunuh dan pemusnah yang bakal digunakan terutamanya ke atas Umat Islam bukan sahaja di Iraq, Afghanistan, Palestin, malahan di seluruh muka bumi ini pada suatu hari nanti.

Sebagai manusia yang beragama dan bertamadun, sudah tentu kita tidak suka menggunakan cara keganasan yang digunakan oleh Amerika dan israel untuk menegakkan pendirian (dengan menjadi pembunuh dan pemusnah). Boikot adalah salah satu cara untuk meluahkan penentangan terhadap kezaliman, ketidakadilan dan keganasan zionis; tanpa perlu kita bertindak ganas. Sebagai pengguna, kita mampu memainkan peranan untuk merubah keadaan. Kalau tak mampu boikot semua produk keluaran Amerika dan syarikat yang menyokong israel, kita bermula dengan beberapa item yang kita mampu dulu, InsyaAllah. Kita sebagai Insan yang lemah hanya merancang, mencari ikhtiar dan berusaha, Allah Taa'la yang Maha menentukan segalanya. Walau apapun, perjalanan 1000 batu bermula dengan satu langkah.

Bagi kita rakyat Malaysia yang merdeka, kita masih mampu mengubah keadaan dengan lidah dan tangan. Sebagai pengguna pula, kita masih mampu untuk berbuat sesuatu dengan kuasa membeli yang ada pada kita. Kita juga mampu menggunakan lisan kita untuk memberi penerangan dan pendidikan kepada oran lain.

Sewaktu Nabi Allah Ibrahim a.s dibakar oleh Namrud dengan api yang menjulang seperti gunung, seekor burung membawa beberapa titis air di dalam paruhnya untuk cuba membantu memadamkan api yang membakar. Burung-burung yang lain mengatakan apalah gunanya engkau membawa beberapa titis air untuk memadamkan api yang menggunung itu. Belumpun sempat air itu jatuh ke bawah, sudah tentu hilang sekelip mata akibat kepanasan api. Burung yang cuba membantu menjawab, "sekurang-kurangnya, aku tidak berpeluk tubuh tanpa cuba berbuat sesuatu. Setidak-tidaknya aku telah berusaha setakat termampu untuk menyelamatkan agama Allah di atas muka bumi ini."

(Ar Raad 13:11) "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri …" 

Apakah matlamat yang ingin dicapai dengan memBoikot?
Aktiviti pemboikotan barangan negara-negara yang terlibat dalam keganasan membunuh Umat Islam bukan sahaja dipraktikkan oleh kita di Malaysia sahaja malahan di merata tempat di seluruh dunia dengan matlamat untuk menghentikan keganasan Amerika Syarikat dan sekutunya terhadap orang awam yang tidak berdosa. Sebahagian dari penduduk di negara-negara Timur Tengah telah lama mengambil langkah ini. Sebahagian rakyat Eropah misalnya dari Norway, Belgium, Greece, Perancis, Sepanyol dan lain-lain lagi telahpun secara terbuka memulau barangan Amerika, israel dan negara penyokong mereka. InsyaAllah, dengan gabungan ini, tidak dapat tidak, syarikat-syarikat gergasi Amerika terutamanya akan terasa juga bahangnya. Hanya 10% penurunan dalam jualan mereka di seluruh dunia akan membuatkan pelabur-pelabur mereka melompat dari kerusi. Ini diharapkan dapat memaksa mereka untuk mengkaji dan menilai kembali sokongan terhadap dasar luar kerajaan mereka yang ganas. (Untuk maklumat dan gambaran jelas layari http://www.inminds.co.uk/)

Cari Alternatif - Alhamdulillah, mutakhir ini, telah terdapat banyak produk kegunaan harian keluaran Malaysia yang lebih murah dan bermutu tinggi. Kalau dahulu, kita hanya kenal Colgate, tetapi hari ini kita dapat berbangga dengan produk ubat gigi keluaran negara kita sendiri seperti Safi, Najwa, Halagel, Mukmin, Raiya yang kesemuanya berstatus Halal. Begitu juga dengan produk sabun, kita sudah punya banyak alternatif lain selain dari Fab (USA) dan Breeze (England); misalnya Puteri Emas, Daia, Harimau Kuat dan banyak lagi. Nestle merupakan salah satu penyumbang utama kepada Ekonomi israel. Oleh itu, carilah alternatif kepada Milo >>>(Vico - buatan Malaysia, MyVico-M’sia), Maggie mee >>>(Mamee, Adabi, Rusky - Malaysia, Indo Mi - Indonesia), Cap Junjung >>> (Marigold, F&N, Dairy Champ - Malaysia), Nescafe >>> (Radix, Gold Choice, Super CoffeeMix - Malaysia, Indocafe-Indonesia) dan banyak lagi pilihan yang lain dengan kualiti yang setanding dan harga yang lebih murah.

Adakah cara ini efektif? Proses pemulauan barangan pernah dilakukan oleh sebahagian penduduk dunia ke atas regim kulit putih Apartheid di Afrika Selatan yang menindas kaum kulit hitam berabad lamanya. Hasilnya, ekonomi regim Apartheid terpukul dan seterusnya melemahkan mereka dan akhirnya terpaksa menyerahkan kembali negara tersebut kepada mereka yang berhak. Ini memberi ruang kepada penduduk asal menikmati kembali hak mereka di mana Presiden Nelson Mandela yang dipenjarakan oleh tentera regim kulit putih berbelas tahun lamanya akhirnya dibebaskan.

Bagi negara-negara kapitalis, kekuatan ekonomi merupakan kunci bagi mereka menakluki dunia dan menjalankan aktiviti keganasan sesuka hati mereka. Kebanyakan punca kekayaan yang mereka perolehi semenjak berkurun dulu datang dari hasil rompakan yang mereka lakukan ke atas negara-negara timur dan Afrika yang kaya dengan hasil bumi yang ditakluki mereka. Hari ini, ekonomi mereka disokong penuh oleh sebahagian besar pengguna di dunia terutamanya melalui pembelian produk dari negara Amerika.

Walaubagaimanapun, mutakhir ini dunia menyaksikan Amerika dan negara-negara Eropah mengalami kejatuhan ekonomi yang terburuk di dalam sejarah. Ini diharapkan dapat merencatkan keegoan mereka untuk terus membuli negara-negara lemah dan mencipta lebih banyak pembunuhan dan kemusnahan. Sebagai pengguna, ini adalah kesempatan terbaik untuk digunakan bagi memberi tekanan serta menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan Amerika supaya berhenti dari terus menyokong keganasan israel secara membuta tuli.

Keadaan ini juga membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk memberi sokongan penuh kepada produk tempatan dan di dalam masa yang sama membebaskan diri dari kebergantungan hidup kepada produk dari luar. Menyokong produk tempatan menjadikan Malaysia negara yang berdikari. Lebih banyak kita menggunakan produk tempatan, lebih mengukuhkan ekonomi negara kita sebenarnya. 

Kenapa Disney pun perlu diBoikot?
Selain dari menjadi penyumbang kepada ekonomi Amerika dan israel, Syarikat Disney melalui filemnya memainkan peranan penting untuk menanamkan rasa kekeliruan serta kebencian, terutamanya kepada golongan kanak-kanak. Contohnya filem animasi bersiri Aladin, yang telah tersiar semenjak hampir 20 tahun dulu. Di dalam filem ini, orang Arab digambarkan sebagai ganas dan jahat. Orang Arab yang ‘jahat’ di dalam filem ini akan bertutur di dalam bahasa Inggeris dengan pelat Arab yang pekat. Manakala hero dan heroin di dalam cerita tersebut pula akan bertutur bahasa Inggeris Amerika yang standard. Di dalam filem itu digambarkan Baghdad (Iraq) dipenuhi dengan orang-orang jahat. Anak-anak kecil terutamanya dari Amerika akan membesar dengan mendapat gambaran yang salah dan kebencian yang menebal kepada bangsa Arab. Hari ini, sebahagian anak-anak dari Amerika ini menjadi tentera yang menyerang Iraq dan Afghanistan. Mereka menyeksa dan membunuh manusia sesuka hati akibat dari perasaan benci yang menebal akibat dari gambaran buruk yang ditonjolkan dengan salah oleh Disney terhadap orang-orang Arab.

Tidak cukup dengan itu, Disney juga pernah menggunakan taman temanya ‘Disneyland’ di Florida Amerika untuk membuat satu pertunjukan bagi menggambarkan bahawa Baitulmaqdis adalah ibu negara israel. Baitulmaqdis telah diduduki secara haram oleh israel. Perkara ini telah diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa dan disahkan melalui resolusi 242, 237 dan 405 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Resolusi PBB juga menyatakan, Baitulmaqdis (Jerusalem) tidak boleh menjadi ibu negara israel. Disney memperuntukkan sejumlah USD 8 juta bagi merealisasikan projek itu, dimana israel turut menghulurkan sumbangan sebanyak USD 1.8 juta. 

TERKINI

Usaha boikot telah mula menampakkan kesan dan memberi tekanan kepada ekonomi Amerika dan sekutu mereka. Coca-Cola mengalami kejatuhan jualan 20% di seluruh dunia. 20% merupakan satu peratusan yang besar buat syarikat itu yang memungkinkan kerugian berbilion dolar. Begitu juga dengan syarikat-syarikat penyokong zionis yang lain. Ditambah dengan keadaan ekonomi yang sangat gawat, Amerika, israel dan sekutu mereka juga berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Semuga keadaan ini dapat meredakan keganasan dan kebinatangan mereka; juga bakal menghancurkan cita-cita mereka untuk menguasai dunia, Insya Allah!

"Dan berpegang teguhlah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai."
(Ali Imran : 103)

"...dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa selain Allah..."
~Ali Imran : 135~

*p/s: Semua perkataan yang melibatkan ‘negara haram’ israel, secara sengaja ditulis dengan huruf kecil. Ini adalah kerana israel sememangnya tidak layak untuk diiktiraf sebagai sebuah negara pun.

sumber asal http://www.sabasun.com
Posted by Salam Yahya

Menunaikan Kewajipan





Alhamdulillah dah selesai menunaikan tanggungjawab bayar zakat fitrah tahun nie. Bayar untuk wife and my 2 princess. Kadar zakat fitrah bagi Negeri Sembilan kali nie sama macam tahun lepas, RM 6.50 sorang. So total bayar RM 26 ringgit. Tahun nie tahun ke 2 kitorg beraya berempat, last year wife bersalin seminggu before 1 syawal, so dah sempat beraya dengan baby. 

Tahun nie turn raya belah my hometown dulu di Perak, kampung Sungai Baharu, Kuala Kurau. Lepas tu balik ke kampung belah wife di Mentakab, Pahang. 

Insya Allah jika tiada halangan malam nie dah nak gerak balik Perak, doakan perjalanan kitorg selamat dan lancar. Aminn

24 July 2014
Posted by Salam Yahya

Iftar Di Bangi Golf Resort Restaurant

Assalamualaikum.....
Last week aku berkesempatan berIftar di Bangi Golf Resort Restaurant. Alhamdulillah dapat free voucher dari bro mahamahu.com melalui facebook contest. Thanks bro atas contest yang dianjurkan, rezeki menjadi milik ku dan 4 orang lagi pemenang. Each winner dapat 2 voucher berbuka puasa di BGR. Aku bawak wife dan anak-anak, budak 4 tahun ke atas je kena bayar, so lega everything FOC.Untuk info harga buffet Ramadhan di BGR after booking adalah RM50 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak.

Menu yang ditawarkan memang terlalu banyak, rasanya tak sempat merasa semua. Asyik melayan my 2 princess nak makan, memang tak sempat nak ambil macam2, takut membazir plak nanti. Yang pasti favorite main dish pastinya kambing bakar dan satay yang sedap tu, que panjang tak ingat.
Tetamu turut dihiburkan dengan nyanyian akak baju biru nie, boleh tahan suara dia. Tengah dok makan ternampak macam kelibat orang yang dikenali, Ustaz Don rupanya. Patut la nampak ramai dok bergambar dengan dia. Kitorg pun tak lepaskan peluang bergambar dengan keluarga Ustaz Don.
Rasanya belakang tu wife dia kot, pakai tudung hijau dukung budak. Ustaz Don masih mampu tersenyum walaupun penat melayan orang ramai nak bergambar. Syukran ya ustaz.

Overall makanan di sini memang sedap, memang pack la malam tu, full house, perut pun fully loaded jugak. Buffet Ramadhan dari BGR nie orang kata antara yang termurah, wallahulam. 
Masih sempat kot kalau ada yang teringin nak try berbuka disini. Wassalam

BANGI GOLF RESORT
Tel : 03 - 8925 3728 / 03 - 8210 0265
Email : bgb.bangigolf@gmail.com
23 July 2014
Posted by Salam Yahya

Inaas Aseefa Dah 1 Tahun



Alhamdulillah 16 Julai lalu Inaas Aseefa dah cukup setahun. Cepat betul dah setahun, unfortunately Inaas belum boleh berjalan, masih berusaha untuk berjalan, maybe next month dia dah bleh berlari. Baby, aja aja fighting. Cousin dia yang sama baya 2 orang, dan both of them dah boleh berjalan, syoknye dah dapat kaki raya nanti. Sian anak ayah nie belum dapat join cousin dia jalan sama2 mintak duit raya.This little girl memang manja sangat, lain skit dari kakak yang sulung. Nampak sifat lemah lembut, baby perempuan melayu terakhir gitu.

We love her smile a lot. Cair bila tengok dia senyum. Keletahnya yang sangat menghibur. We are really thankful for having you. 

Happy 1st Birthday my baby Inaas Aseefa.

ps - Busy skit lately so lambat update
22 July 2014
Posted by Salam Yahya

Cara Mudah Derma Kepada Tabung Aman Palestin

sumber Fanikatun.com
Assalamualaikum,

Seperti yang kita sedia maklum dimana rejim Israel laknatullah telah kembali menyerang rakyat Palestin dalam bulan mulia nie. Setiap masa ada update dari Aman Palestin di facebook rasmi mereka keadaan terkini rakyat Palestin yang serang. Sehingga kini lebih 70 rakyat mereka telah syahid dan kebanyakannya adalah anak-anak kecil yang tak berdosa.

Kita sebagai saudara se-Islam seharusnya terkesan dengan apa yang terjadi kepada rakyat Palestin. Mungkin dengan sumbangan kecil kita yang ikhlas ini dapat membantu sedikit sebanyak keperluan mereka yang amat mendesak. Cara mudah untuk menderma kepada Tabung Aman Palestin seperti di atas. Alhamdulillah saya sudah, kini giliran sahabat2 sekalian pula.


Ayuh berikan sumbangan anda sempena bulan Ramadhan ini melalui Aman Palestin. Usah bertangguh lagi kerana rejim Zionis tidak pernah menangguhkan hajat mereka memusnahkan bumi Gaza dan Palestin
11 July 2014
Posted by Salam Yahya

WW : Zakat Oh Zakat


Memang inilah yang berlaku dalam masyarakat kita. Semoga pihak yang bertanggungjawab kurangkan birokrasi bagi penerima zakat yang layak. Nak suruh orang bayar zakat segala mak nenek kaunter depa bukak, Kenapa pusat zakat tak buka kaunter untuk agihan zakat? Sekadar pandangan.
09 July 2014
Posted by Salam Yahya

Giveaway Cash RM1000 by Emas Putih

As-Salam

[Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]

07 July 2014
Posted by Salam Yahya
Tag : ,

Menang Al-Quran Digital dari Tabung Haji


Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur menang conso bagi sesi ke-2 peraduan ‪#‎INFO_TH‬! dari facebook Tabung Haji. Contest nie slogan based dan jawab satu soalan mudah berkaitan Tabung Haji. Hadiah yang saya dapat adalah sebuah Al-Quran Digital, so lepas nie dah boleh belajar dan memperbaiki bacaan dengan Al-Quran Digital nie. Anak-anak pun senang kot kalau belajar Al Quran guna gajet digital macam nie, lebih menarik minat mereka, Insya Allah.

Terima kasih pada Tabung Haji. Wassalam.
Posted by Salam Yahya

Felixia Yeap Sah Memeluk Islam

Bekas model majalah dewasa Playboy, Felixia Yeap berkata beliau kini berasa lebih tenang apabila bertemu “jalan pulang” selepas memeluk Islam secara rasmi.

Yeap, 28, dalam tulisan di blognya felixiayeap.blogspot.com berkata, beliau mengucap syahadah di hadapan empat orang saksi dalam satu majlis tertutup hari ini.
Beliau bersyukur kerana hasratnya untuk memeluk Islam selepas pencarian selama bertahun-tahun itu direstui oleh ibunya.

Walau ada yang menyokong, tidak kurang juga yang sangsi dan memberi reaksi negatif ke atas tindakannya itu, katanya lagi.

"Saya telah mengharungi pelbagai dugaan, bantahan, makian, sindiran, fitnah, penyisihan, tekanan.

"Tetapi syukur Alhamdulillah...saya juga dapat sokongan yang begitu hebat. Saya harus berterima kasih dengan kedegilan saya," tulisnya.

Tak bimbang disisihkan

Yeap berkata, beliau tidak bimbang untuk mengumumkan keputusannya memeluk Islam - tidak seperti individu lain yang terpaksa menyembunyikannya dari pengetahuan keluarga.

"Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui," tulisnya.

Yeap, yang meraih populariti melalui kemunculan di majalah Playboy pada tahun 2010 berkata beliau mula tertarik dengan Islam selepas memperaga pakaian muslimah untuk satu sesi fotografi.

Sejak enam bulan lalu, beliau tampil dengan imej bertudung – satu perubahan yang menarik perhatian ramai.

Wanita kelahiran Ipoh itu mendedahkan, beliau sejak itu juga sudah mendalami ilmu agama Islam.

Mengulas lanjut, Yeap berkata beliau kini lebih selesa dengan nama “Rania” dan merancang untuk membuka perniagaan menjual pakaian untuk golongan muslimah sepertinya.


sumber : Malaysiakini.com
 
ps - Alhamdulillah bertambah lagi umat Islam di muka bumi Allah nie.
03 July 2014
Posted by Salam Yahya

Saya Nak RM300 Duit Raya Daripada Nile.com.my


Assalamualaikum.......

Hari nie nak try my luck untuk dapat duit raya RM300 dari Nile.com.my. Actually dah dua kali beli online dari Nile, alhamdulillah barang yang dapat semuanya memuaskan.

Apa yang saya akan beli jika menang RM300 dari Nile, saya akan belikan kelengkapan baju raya untuk isteri tercinta dan juga dua puteri kesayangan saya iaitu Imani dan Inaas, cukuplah RM100 setiap sorang kan, fare and square.

Hadiah menarik menanti pemenang iaitu :
2 x Lucky Winner , hadiah RM300 Cash
4 x Lucky Winner , hadiah RM100 cash

Mudah jer untuk join sama, buat satu blog post dan ikut 4 langkah berikut :

1. Tajuk: Saya Nak RM300 Duit Raya Daripada Nile.com.my
2. Letakkan gambar di bawah dan back links kan permalink ini –  http://www.nile.com.my/page.php?cd=76
3. Hasilkan satu entri, kalau anda dapat RM300 apakah yang anda akan beli sempena puasa or raya ini? (I.e. kelengkapan baju raya, belanja keluarga berbuka puasa, beli biskut raya, berbuka puasa di hotel, etc)
4. Emailkan ke  give_away@nile.com.my beserta tajuk email  – Raya Giveaway (and your full name)
a. Blog Link -
b. Full Name -
H/p Number -

5.  Result akan diumumkan di sini, sini laaaa. Closing date is 21/07/2014, 11.59pm.

P/s:Pemenang akan berdasarkan ,  Lucky draw via random.org
Posted by Salam Yahya
Tag : ,

Yes Dapat Bonus Raya RM500

Syukur alhamdulillah yang ditunggu-tunggu telah terjawab semalam, semua penjawat awam bakal terima bantuan khas kewangan sebanyak RM500 sebelum raya nie.

Fuh lega rasanya, boleh tampung mana yang kurang. Kiranya buat duit minyak dan tol la untuk balik beraya di my hometown, Kuala Kurau, Perak tahun nie. 

Isnin lepas pulak baru je tukar tayar depan baru, tayar lama dah ada crack. Then mekanik tu check break pad pun dah haus tinggal besi je, nak tak nak kena tukar jugak la. Melayang RM480 sekali dengan tayar 2 bijik. 

Itu belum lagi masuk bab nak servis kereta before balik raya nanti, slalu servis RM200 jugak yang terbang, tapi keselamatan keluarga lebih utama kan.

Wife pun dapat jugak, bleh kecek skit buat bayaq tol. Hu3
Posted by Salam Yahya

Tourist

Google+ Followers

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -