Posted by : Salam Yahya 21 October 2012

Assalamualaikum.........

Sambungan dari entry sebelum nie, hari ke dua di Seoul, Korea. Untuk info Korea time nie dah masuk musim Luruh, Autumn......tapi still early autumn la tu yang pokok dia belum merah.....agak frust menonggeng la. Suhu time nie dari  8 ke 16 degrees. Maaf entry agak panjang berjela, kalau malas baca tgk gambor je la.

Day 2 - 06.10.12


Yeoju Premium Outlets

Plan asal kitorg akan melawat Hanok Village, memandangkan tour guide cakap ada problem nak kesana , so dah tukar plan ke Yeoju Premium Outlets. Actually Hanok Village tutup pagi tu ntah apa hal aku pn tak sure, mmg frust la wife aku nak begaya pakai Hanbok (padahal sendri pun excited jugak tak ngaku).

Kat area Yeoju nie memang terkenal dengan sawah padi dan antara pengeluar utama beras di Korea. So sepanjang jalan memang banyak la kita nampak padi. Dah rasa mcm kat Malaysia plak. Hashhh....


Yeoju Premium Outlets ni lebih kureng mcm Johor Premium outlets laa......actually mmg sejibik pun. Cuma Yeoju PO nie jauh la kat Korea. So dah masuk sini just cuci mata je la, bapak mahal giler barang branded dia kat sini, rasanya Malaysia lagi murah kot.

Depan pintu utama Yeoju Premium Outlets


My wife with Tihani, mcm yg aku ckp dlm entry lepas anak aku tak sihat, so she look tak bermaya and nak tido jer sepanjang masa.


Ada gaya tak mcm model Armani......

Asyik2 gambar aku jer, mesti korang jeles kan

 Wifey posing cun ala-ala wonder girls

Time nie Tihani dah ada mood nak jalan, stroller bertukar tangan, cousin dia plak yg naik. My advice, pada yg travel jauh and bawa anak kecil, better bawak jugak stroller kecil sebab bila dah banyak jalan nie budak2 nie cepat letih dan ngantuk. Satu lagi tak letih tangan ayahnye asyik nak bedokong jer.

Tour guide bagi masa 2 hour jer kat sini then lepas nie kitorg akan makan tengah hari di sebuah restoran korea, first time makan korean food. Masa nie dok terbayang kimchi.Nama restoran nie Nijinamon Restaurant (aku main belasah jer)

 Makanan korea yang kitorg makan nie ada sup sayur, 2 jenis kimchi, seaweed and nasik. That's all and also air sejuk. Tapi kitorg bedal jer, sebab dah lapar, dari pagi belum makan. Mak mertua aku dah kuarkan sambal bilis dia dgn seruding lagi. Normal la orang malaysia bila travel oversea sure tak lupa nak bawak benda gini baru berselera, ada umphh gitu.

Begambor depan restoran, saja nak penuhkan entry blog.

Lepas selesai solat, kitorg terus gerak ke destinasi seterusnya, Nami Island.

Nami Island

Perjalanan untuk ke Nami Island mengambil masa lebih kurang 2 jam, so dijangka sampai dalam kul 5 petang. Hari nie plak cuti hujung minggu so mmg agak crowded la manusia nak ke Nami Island. My advice kalau nak ke Nami lebih sesuai datang pagi atau tengah hari coz bila dah lewat petang baru sampai, agak tergesa-gesa nak round satu pulau.
Finally we arrived here @ 5 pm, welcome to Naminara Republic. Se excited to be here with my family.


Cara lain untuk ke Nami Island - Zipwire : cost 39,000 won

 Ticket counter

 Atas nie entrance to wharf ke Nami Island


 siap ada skrin tayang Winter Sonata, lg excited la doh

 Wifey and Tihani atas feri,

 selamat sudah menjejakkan kaki di Nami Island

Group photo acara wajib, slalunyer tour leader dan tour guide yg kena buli amikkan gambar, he3
 Nami Island welcoming Malaysian people, bangga kejap

Kat Nami femes pokok sederet camnie



 Symbol of Nami Island.....

Alhamdulillah tamatlah pengembaraan kitorg di Nami Island pada hari ke 2 di Seoul, Korea. Memang happening habis, we really enjoy our holiday in Nami. Even banyak tempat yang kitorg x dapat pegi, ye lah masa dah time kan, kul 6 diorg dah start nak gelap skit2, kul 7 memang dah gelap gulita.

Then balik ke jetty dan naik ferry, kat depan bas our tour guide dah mencanak tunggu kitorg, of kos kitorg last skali smpai, maklumla bawak budak kecik, sabau je la yer.

Lepas selesai bergumbira di Nami, kitorg singgah makan di sebuah restoran korea, aku bab nak ingat nama restoran nie mmg fail. Hashhaaa....memang terbaek la makanan yg diorg provide, siap bleh tambah nasik ngan lauk lagi.

Deretan korean food yang mabeles, paling aku suka seaweed dia dan tofu......korealicious sgt

Nasik dia tanak dalam batu marble tu, panas sangat, aku tunggu 5 minit baru mkan, mau tak kang tebakau mulut den.

Alhamdulillah dah kenyang trus checkin kat hotel Gapyeong Sorak Hotel, dekat dgn mount Sorak. 

Can't wait for tomorrow, Everland Themepark, the largest themepark in Korea. Till then.

Kamsahamnida.
Bed time ;).......Wassalam

{ 14 comments... read them below or Comment }

  1. wahh, menarik tempatnya.. simbol winter sonata tu mmg popular ^^

    ReplyDelete
  2. mmg best....tp kalau nak ke sini kena g pagi2, bleh round + amik gmbr satu pulau, baru ohsem

    ReplyDelete
  3. seronok nya dpt pg holiday kt sana.
    :)

    ReplyDelete
  4. wahhh bestnya ....plan nak p th depan...harap tercapai le kot huhu

    ReplyDelete
  5. IdaRaida : mmg syok giler la....maybe nak pegi lg 2 thn lg....hu3

    ReplyDelete
  6. izyantyPersonalTaste : hope ur dream come true.....plan awal2 yer nak ke sana

    ReplyDelete
  7. seronok nya . bila lah dpt pergi . hehe

    ReplyDelete
  8. first time dtg blog ni.wah, bestnya ke korea=)
    nice review..teringin juga nak g sane

    ReplyDelete
  9. Shereen Yahya : i really enjoy myself in Korea, tips kalau nak pegi melancong mesti ada target n plan, so dah bleh start saving from now...he3

    ReplyDelete
  10. ✿MisS NadRAH♥ : thanks sudi jenguk blog yg x seberapa, hope satu hari awk pn bleh jejak kaki kat sana

    ReplyDelete
  11. sama la salam.masa gi europe dulu...sambal bilis ngan serunding tue mmg x dapat dipisahkan....lalalala

    ReplyDelete
  12. iwanz : sure la....ada org tak bleh telan pun apa yg diorg mkn...

    ReplyDelete
  13. Mummy Adriana : kalau dtg time winter mesti lg cantik

    ReplyDelete

Tourist

Google+ Followers

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -