Posted by : Unknown 25 March 2011

Kempen earth hour kembali lagi, seperti tahun-tahun sebelum ni saya pernah lakukan dirumah. Tutup lampu selama sejam di semua ruangan dalam rumah kecuali toilet.....kang gelap sgt cmner nak melaburkan. :) Di Malaysia kebanyakan premis perniagaan dan bangunan tinggi seperti KLCC dan KL Tower telah mengambil inisiatif ini untuk membantu dalam kempen Earth Hour ini dengan mematikan lampu dibahagian yang tidak kritikal. Sekiranya seluruh bandaraya KL bersama-sama dengan kempen ini bandaraya metropolitan ini pastinya KL akan bergelap dalam tempoh sejam.

earth hour 2011 official video

Kempen Earth Hour telah dimulakan di Sydney, Australia pada tahun 2007 atas kesedaran mengenai perubahan iklim. Setahun selepas tu, kempen ni tersebar serata dunia dan menjadi pergerakan global yang melibatkan lebih daripada 50 juta penduduk di 35 negara. Menurut laman webnya, pada march 200, dianggarkan 100 juta penduduk diseluruh dunia mengambil bahagian dalam kempen Earth Hour ke-3. Manatahu untuk tahun ni hampir kesemua penduduk didunia menyokong aktiviti ni kan. Walau apapun, jom kita sokong aktiviti ni dengan menutup suis lampu selama sejam pada  26 Mac 2011 dari pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -