Posted by : Unknown 03 March 2011

  AHMAD (dua dari kanan) melihat kereta milik Ahmadinejad  selepas  berjaya dijual RM7.6j ketika lelongan antarabangsa, di Teheran, kelmarin.

TEHERAN: Kereta Peugeot 504 tahun 1977 milik Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dijual dengan harga AS$2.5 juta (RM7.6 juta) dalam lelongan antarabangsa kelmarin, lapor laman web Organisasi Kebajikan Negeri.

Syarikat yang membeli kereta itu dengan harga 25 bilion riyal tidak mahu dikenali, katanya selepas majlis lelongan yang diadakan di barat daya bandar Abadan.

“Pelanggan saya membeli kereta itu kerana minatnya terhadap Presiden Ahmadinejad dan semangatnya yang tidak bongkak dan antizionis,” kata peguam, Mahmoud Esari, yang bertindak mewakili syarikat yang membeli kereta itu.
Pengerusi organisasi kebajikan itu, Ahmad Esfandiari berkata “lebih setengah juta pembida berdaftar dalam laman web itu dan kebanyakan menyatakan mahu membeli kereta itu kerana minat dengan cara hidup Ahmadinejad yang ringkas, merendah diri dan pendirian anti Zionis.

Pada 1 Januari lalu, Ahmadinejad melancarkan laman web www.ahmadinejad-car.com untuk mengajak pembida antarabangsa membida kereta itu yang hasil jualannya akan digunakan untuk membiayai projek membina 60,000 rumah untuk orang cacat dan wanita yang mencari nafkah untuk keluarga. – AFP 





     

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -