Posted by : Unknown 21 June 2012

Assalamualaikum.........
Alhamdulillah hari ini kita telah pun berada dalam bulan Syaaban setelah kita meninggalkan bulan Rejab sebelum  kehadiran bulan penuh kerahmatan, bulan Ramadhan. Semoga Allah memanjangkan usia kita untuk kita menempuhi bulan Ramadhan kelak. Disini saya ingin kongsikan kelebihan yang terdapat dalam bulan Syaaban.
Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata: "Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan Syaaban." Aku bertanya kepada baginda "Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dibulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban." Baginda SAW menjawab: Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu diantara bulan Rejab dan bulan Ramadhan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah SWT. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad Dan Nasaie)

Disini Nabi menyebut dua kelebihan bulan Rejab:-
  • Bulan yang disunatkan beramal terutamanya puasa kerana bulan yang mana manusia biasa lalai dalam bulan ini.
  • Bulan yang diangkat amalan kepada Allah SWT.
Adakah Nabi SAW berpuasa penuh pada bulan Syaaban?
  • Ada hadis yang menunjukkan Nabi SAW berpuasa penuh dalam bulan Syaaban seperti hadis "Nabi SAW berpuasa penuh didalam bulan Syaaban." (Hadis Riwayat Bukhari)
  • Ada hadis yang menunjukkan Nabi SAW berpuasa sebahagian besar pada bulan Syaaban dan tidak penuh seperti hadis: "Rasulullah SAW telah berpuasa sebahagian besar dari bulan Syaaban." (Hadis Riwayat  Nasaie)
Antara kelebihan amalan di bulan Syaaban adalah seperti berikut :
  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
  4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
  5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

{ 1 comments... read them below or add one }

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -