Posted by : Unknown 06 August 2012

Tarikan utama di Legoland Malaysia, miniatur Menara Berkembar Petronas.
 
Sekumpulan 15 jurubina Lego hanya memerlukan tempoh kira-kira setahun untuk menyiapkan pemasangan miniatur Menara Berkembar Petronas, salah sebuah projek gergasi taman tema Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya, Johor.
Miniatur bangunan pencakar langit setinggi 10 meter itu adalah menara tertinggi yang terdapat di taman tema Legoland seluruh dunia..
Seorang pekerja melakukan kemasan terakhir pada model lego.
 
Menurut pereka bentuk Legoland, Eric Hunter yang juga ketua jurubina untuk projek tersebut, pasukannya telah berkunjung ke Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur untuk mengkaji pembinaan dan struktur bangunan tersebut.
Beliau berkata, pasukannya mengambil masa selama 5,500 jam untuk memasang lebih 542,000 kepingan lego bagi membina menara berkembar itu.
"Di dalam menara berkembar itu, lapan meter besi dan logam dipasang untuk menampung miniatur tersebut.
Miniatur bangunan Perdana Putra turut tersergam indah.
 
"Jika sesiapa saja ingin cuba membina bangunan tersebut dengan sendiri, ia akan mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan," kata Hunter ketika ditemui di tapak miniatur menara berkembar itu di Legoland Malaysia, baru-baru ini.
Miniatur Menara Berkembar Petronas itu adalah satu daripada 12 model lego yang mewakili 17 bangunan terkemuka di Asia Tenggara yang terdapat di taman tema itu.

Salah seorang jurubina berasal dari Taiping, Muhammad Khairul Zainon Noor, 27, yang diberi penghormatan untuk memasang kepingan lego terakhir di puncak menara berkembar itu berkata ia adalah pencapaian terbaiknya setakat ini.

Ikon terkemuka India, Taj Mahal.
 
"Ini adalah saat paling membanggakan dalam hidup saya," katanya.
Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst berkata, kerja-kerja pembinaan taman tema seumpamanya pertama di Asia hampir siap dan akan dibuka kepada umum pada 15 September ini.

"Taman tema itu hampir siap dengan kebanyakan laluan dan infrastruktur sudah dipasang sepenuhnya.
"Dalam tempoh beberapa minggu lalu, kami sudah melakukan kemasan terakhir di taman itu dengan menguji laluan untuk roller coaster, memasang 15,000 model lego dengan 50 juta kepingan lego," katanya.

Masjid Putrajaya antara model bangunan yang dipasangkan di taman tema ini.
 
Boerst berkata, kira-kira 45,000 pas tahunan telah dijual dalam tempoh tiga bulan lalu.
Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.legoland.my. 
sumber mstar online

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -