  | 
| SERI... Pemain Thailand gembira setelah berjaya
 menjaringankan gol penyamaan pada perlawanan separuh akhir pertama di 
antara Malaysia menentang Thailand pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 
di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam Ahad | 
 
KUALA LUMPUR: Keputusan seri 1-1 pada aksi separuh akhir 
pertama Piala AFF Suzuki menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit 
Jalil pada Ahad bakal menyaksikan saingan kedua di Bangkok nanti sebagai
  perlawanan 'hidup mati' skuad negara.
Aksi bertenaga anak buah Datuk K Rajagobal  pada separuh masa pertama
 gagal mencuri sebarang gol walaupun mereka dilihat lebih menguasai 
permainan.
Harimau Malaya memulakan aksi garang di depan hampir 70,000 penonton 
yang hadir dengan meletakkan Norshahrul Idlan Talaha sebagai penyerang 
tunggal perlawanan. Manakala pasukan Thailand yang dibimbing jurulatih dari Jerman, 
Winfried Schafer mempamerkan aksi berhati-hati memandangkan keadaan 
padang yang sedikit licin.
Turun selaku juara Kumpulan A, pasukan Gajah Putih itu telah 
melakukan serangan di luar kotak penalti dengan percubaan berbahaya 
daripada Asul Lonso pada minit ke-11, namun  berjaya diselamatkan 
penjaga gol negara, Farizal Marlias.
Bersambung pada separuh masa kedua, skuad Harimau Malaysia bangkit 
dengan corak permainan yang lebih agresif mencari gol dan hantaran 
Mahali Jasuli ke depan pintu gol berjaya ditanduk sempurna Norshahrul 
pada minit ke-48 sekali gus mendahului satu jaringan.
  | 
| JARINGAN
 PERTAMA...Norshahrul Idlan Talaha menanduk masuk jaringan pertama 
pasukan Harimau Malaya ketika menentang Thailand pada perlawanan separuh
 akhir pertama diantara Malaysia menentang Thailand pada Kejohanan Piala
 Suzuki AFF 2012. | 
 Namun kedudukan satu gol yang dikutip skuad Harimau Malaya tidak 
bertahan lama apabila tandukan Teerasil Dangda mengenai tiang gol 
sebelah dalam sebelum bola keluar sekali gus menyamakan kedudukan pada 
minit ke-79.
  | 
| Penjaga
 Gol Malaysia, Mohd Farizal Marlias melihat sudut jaringan selepas 
pemain Thailand, Teerasil Dangda menjaringkan gol penyamaan pada 
perlawanan separuh akhir pertama di antara Malaysia menentang Thailand 
pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil. |  |  | 
Kedudukan seri satu sama mengakhiri perlawanan pertama ini dan 
pastinya selepas ini bakal menyaksikan percaturan baru kedua-dua pasukan
 pada aksi separuh akhir kedua nanti.
Apa jua percongakan yang bakal diambil oleh Rajagobal selepas ini, 
keputusan menang amat diperlukan bagi melengkapkan siri ke final nanti.
SENARAI PEMAIN
MALAYSIA: Mohd farizal Marlias, Mahali Jasuli, Mohd Bunyamin Umar, 
Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, Safiq rahim, Norshahrul Idlan Talaha, 
Amar Rohidan, Gary Steven Robbat, Azammuddin Mohd Akil, Baddrol 
Bakthiar, Mohamad Fadhli Mohd Shaas
THAILAND: Kawin Thamsatchanan, Panupong Wongsa, Theerathon Bunmathan,
 Chonlatit Jantakan, Datsakorn Thonglao, Teerasil Dangda, Anucha 
Kitpongsri, Adul Lohsoh, Jakkapan Pornsai, Phichitphong Choeichiu, 
Piyaphon Buntao
sumber mstar online