Posted by : Unknown 30 January 2013

Assalamualaikum......
Ada terbaca di facebook dan blog sana sini heboh pasal sebuah drama yang tengah hangat diperkatakan. Begitulah yang berlaku kepada pengarah dan pasukan drama kononnya bertemakan Islam, Sahara yang disiarkan di Astro Prima.

drama astro sahara

Apa yang menimbulkan ketidakpuasan hati mereka dimana salah satu adegan dalam video promo drama tersebut di youtube yang memaparkan pelakon wanita yang berniqab (berpurdah) telah bersentuhan dengan pelakon lelaki tersebut .

Aku ada beberapa kali menonton drama ini di Astro Prima dan memang terperasan berkenaan adegan-adegan yang tidak wajar dilakonkan sebagai sebuah drama berkonsepkan Islamik yang ingin menunjukkan tauladan baik kepada penonton.

Kontroversi drama Sahara ini dilihat lebih berat kerana menampilkan imej wanita berniqab kemudian dimasukkan pula adegan bersentuhan dengan lelaki bukan mahram. Seorang penonton video promo di youtube menegur cara pemakaian niqab dalam drama tersebut dan juga pergaulan yang diketengahkan dalam drama tersebut yang agak salah.
kontroversi drama sahara astro prima hina wanita berniqab

Begitu juga komen dan pendapat yang diutarakan di facebook oleh mereka yang telah menonton drama ini.

drama sahara 
Diharap pada masa akan datang penerbit drama akan lebih sensitif dan peka akan isu-isu ini sebelum ianya disiarkan untuk tontonan umum.
Wassalam.

kredit gambar fitrihadi.com dan wootmedia.my

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -