Posted by : Unknown 07 February 2013

Azli Paat Meninggal Dunia Pakar It Azli Paat Meninggal Dunia   Pakar It



KUALA LUMPUR – Takziah dan al Fatihah atas pemergian Allahyarham Azli Paat, pakar teknologi maklumat (IT) dan juga kandungan mudah-alih tempatan yang meninggal dunia dalam tidurnya pukul 7.30 petang semalam (Rabu 6 Feb).

Beliau adalah antara pakar IT terhebat di negara ini.

Bagi mereka yang tidak mengenali Azli Paat, beliau merupakan salah seorang usahawan yang telah membangunkan dan hadir dengan beberapa perkhidmatan memfokuskan kepada kandungan mudah-alih dan juga komuniti.

Salah satu yang popular, semestinya adalah DAPAT Vista yang terkenal dengan perkhidmatan permesejan SMS yang telah merevolusikan dunia kandungan berasaskan SMS di Malaysia. Syarikat tersebut kemudiannya telah diambil-alih oleh Hi-Tech Padu Berhad pada tahun 2010.

Selain DAPAT, Azli Paat juga merupakan pengasas perkhidmatan berasaskan komuniti, RAKANCOP, disamping merupakan ahli aktif dalam komuniti IT dan telekomunikasi di Malaysia. Salah satu perkhidmatan baru daripada beliau adalah Adacode yang mana membolehkan kandungan dihantar ke emel atau SMS dengan hanya membuat panggilan miscall.

Pelbagai anugerah telah diterima beliau sebelum ini, termasuk Prime Minister’s “Best of the Best” Award 2012 di MSC Malaysia APICTA 2012.

Takziah buat keluarga allahyarham. Alfatihah
 
sumber hiburan.my

{ 3 comments... read them below or Comment }

  1. Beliau memang antara perintis dalam dunia IT nie... selalu tengok slot dia kat RTM

    ReplyDelete
  2. memang slalu gak tengok dia time zaman sekolah menengah.....kehilangan yang besar dalam dunia IT

    ReplyDelete

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -