Posted by : Unknown
15 May 2013
Apa itu GST dan Penjelasan Mengenai Kekeliruan GST
1st,
GST bermaksud GOODS AND SERVICES TAX (GST). Bukan Goverment Sales Tax,
Goods Sales Tax atau sebagainya. GST bermaksud Cukai Barangan dan
Perkhidmatan.
2nd, GST ini diwujudkan untuk menggantikan cukai
perkhidmatan dan cukai jualan yg ada sekarang ni. Kadar cukai utk cukai
perkhidmatan dan cukai jualan adalah tidak sama. Cukai Perkhidmatan
(Services Tax) berkadar 6%. Manakala bg Cukai Jualan (Sales Tax)
mempunyai kadar yg berbeza2 mengikut jenis barang yg dijual. Ada yg
berkadar 5%, 10%,15% dan ada juga barang yg mencecah 20%. Kadar GST pula
(apa yg dicadangkan oleh kerajaan) adalah 4%. Kadar ini adalah kadar yg
terendah di Asia Tenggara. (Tak tahu le kalau di dunia antara yg terendah
atau tidak) Oleh itu kesemua cukai perkhidmatan dan jualan yg ada akan
digantikan pada kadar 4% utk semua (pukul rata) Selain itu GST ini akan
menghapuskan cukai bertindih atau cukai
berperingkat yg terdpt dlm cukai jualan di negara ini. Makna lainnya,
cukai akan dibayar sekali saja oleh end user (rakyat).
3rd, Jabatan yg terlibat dlm pelaksanaan GST ini adalah Kastam DiRaja Malaysia.
4th, apabila GST dilaksanakan, Akta Kawalan Harga akan dikuatkuasakan (seperti apa yang diterangkan).
5th, apabila GST dilaksanakan, pihak pengilang, pengeluar atau
pemberi perkhidmatan boleh membuat tuntutan balik GST terhadap segala
barangan yg dibeli dan digunapakai utk tujuan perniagaan dan didaftarkan
atasa nama syarikat. Tempoh tuntutan akan dijelaskan dlm tempoh 14hari
dari tarikh tuntutan. Tuntutan boleh dibuat secara online atau manual.
6th, sepatutnya apabila GST dilaksanakan, barang akan menjadi lebih
murah ini KERANA tiada lagi cukai bertindih atau berperingkat, kadar cukai
yg rendah iaitu 4%, akta kawalan harga utk semua jenis barang (tiada lagi
barang terkecuali), end user (rakyat) akan mengetahui jumlah cukai yg
dibayar oleh mereka (sebab skrg ni, nilai cukai utk semua barang tidak
dinyatakan kepada end user, cuma harga jualan barang sahaja. Harga
jualan ni sudah merangkumi cukai jualan yg berperingkat atau bertindih).
Saya pun masih belum arif tentang GST ini kerana belum abis belajar dan
jabatan saya masih lagi mengkaji dan memperbetulkan mana yg perlu utk
KEBAIKAN end user. Ini secara ringkas apa yg boleh terangkan ttg GST.
Utk pengetahuan kekawan, khabar angin mengatakan GST 6% adalah fitnah.
Cukai 6% itu adalah Cukai Perkhidmatan seperti yg termaktub didalam AKTA
CUKAI PERKHIDMATAN 1975. Cukai ini telah dilaksanakan sejak dari tahun
1975. Harap kawan jika yg tidak tahu mengenai GST berhenti memperkatakan
dan jika ada sebarang keraguan boleh melayari laman web KDRM dan tanyakan
keraguan anda di situ...
Moga tiada lagi kekeliruan berkenaan GST dengan penjelasan ringkas di atas. Sekian terima kasih...
Sumber fb PR Election News
nice sharing bro... thanks for the share...
ReplyDeletesama2....thanks sudi komen sini
DeleteBagus artikel nie....kalau x mselim3 pun x faham apa tu GST....
ReplyDeletemselim3
Ok. Sekarang aku hampir faham. Nice info.
ReplyDelete