Posted by : Unknown 12 November 2013

Assalamualaikum........
Disini saya kongsikan petikan harian metro jumaat lepas berkenaan seorang bayi yang mengidap jantung berlubang memerlukan sumbangan daripada mereka yang budiman dan dermawan bagi membolehkan pembedahan ke atasnya dilakukan. Untuk makluman rakan semua, ayah kepada bayi ini iaitu en. Azhar adalah rakan sekerja isteri saya begitu juga saya kerana kami bekerja di dalam universiti yg sama cuma jabatan berbeza. Wife minta saya war-warkan dalam blog atas keizinan en. Azhar sendiri. Insya Allah.
 
Kuala Lumpur: Seorang ibu merayu sumbangan orang ramai bagi membolehkan anaknya, Nur Qaireena Sofea Azhar berusia enam bulan yang menghidap penyakit jantung berlubang menjalani pembedahan dengan segera.

Menurut Intan Hazreena Hamidee, 27, dia memerlukan kira-kira RM40,000 untuk menampung kos pembedahan selepas pemeriksaan doktor mendapati lubang pada jantung anaknya membesar sehingga 10.3 mm berbanding hanya 10 mm ketika pemeriksaan kali pertama.

Katanya, anaknya mula disyaki menghidap penyakit berkenaan pada usia dua bulan selepas demam dan selesema. Intan berkata, selepas beberapa pemeriksaan selepas anak berusia tiga bulan, doktor mengesahkan anaknya menghidap jantung berlubang.


“Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya saya pada waktu itu,” katanya.

Atas nasihat doktor Intan membawa anaknya mendapatkan rawatan di Prince Court Medical Centre, yang mempunyai pakar bagi merawat penyakit berkenaan.


Menurut Intan, anaknya juga mengalami masalah Patent Ductus Arteriosus (PDA) apabila salur pembuluh darah dipanggil ductus arteriosus gagal menutup secara normal menyebabkan darah bercampur dan oksigen kurang sehingga mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.

“Sebagai ibu, sedih melihat anak tidak dapat bergerak aktif seperti kanak-kanak normal lain.

“Setiap kali dia banyak bergerak, dia akan berpeluh dan nafasnya juga laju. Dia juga kerap menangis dengan kuat seperti sedang menahan kesakitan,” katanya.

Intan berkata, pada peringkat awal doktor meminta supaya pembedahan ke atas anaknya ditangguhkan kerana risikonya yang tinggi, tetapi selepas mendapati lubang berkenaan semakin membesar, doktor meminta pembedahan segera dilakukan.

“Ibu mana yang sanggup melihat anaknya yang masih kecil dibedah, tetapi demi keselamatan anak, saya reda dan berharap agar dia segera sembuh.


“Saya harap ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi membolehkan anak saya mendapatkan rawatan segera,” katanya.


No Akaun Maybank 162263519939 Azhar bin Khozin

{ 9 comments... read them below or Comment }

  1. Salam, kalau kenal dgn ibu bapa baby ni tolong bgtau diorg maybank dah block account dia. Minta dia pergi maybak. Account wife dia pun sama da kena block..orang nak sumbang x dpt transfer

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok.....dia dah maklum pada bank......maybe byk aliran tunai so bank block

      Delete
  2. Salam, Isnin lepas kawan saya operate anak dia umur 2 tahun di Hospital Serdang. Masalah jantung juga. Pembedahan berjaya. Kawan saya ke Klinik Kerajaan untuk dapat refer letter kemudian terus ke Hospital Serdang. Dalam masa 6 bulan dia dah dapat slot. Sekiranya kes adik Nur Qaireena Sofea Azhar serius, pihak hospital mungkin akan mempercepatkan pembedahan. Kos rawatan juga percuma kerana bapanya kakitangan kerajaan. Sekadar pandangan. Maaf jika saya tersalah kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandangan yang sangat baik, insya Allah akan diutarakan kepada parents baby nie

      Delete
  3. Assalam boleh bg contacy number ibu or ayah dia tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti boleh beri contact no, kena tnya tuan punya badan.

      Delete
  4. tak boleh nak transfer la.. mcmana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba 2/3 hari lg.......terlalu byk aliran tunai masuk sebab tu bank block acc

      Delete
  5. No Akaun Maybank 162263519939 Azhar bin Khozin

    ini akaun siapa ya

    ReplyDelete

Tourist

Followers

Tabung Khairat

Popular Post

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -