Posted by : Unknown 08 November 2013

Petikan laporan Sinar Harian 

Stesen minyak kantoi menipu
IPOH - Dalam bahasa mudah, pengguna sepatutnya menerima 70 liter petrol untuk RM100, tetapi sebaliknya hanya menerima 65 liter sahaja.

Itu penipuan yang berlaku di tiga stesen minyak sekitar Silibin dan Chemor didapati mengubah suai pam pengagih minyak (pump dispenser) bagi mengaut keuntungan dengan cepat sejak beberapa bulan lalu.

Daripada tiga stesen diserbu, hanya satu daripadanya disita secara keseluruhannya kerana kesemua 26 pam pengagih minyak telah diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Metrologi Corporation Malaysia (MCM) Sdn Bhd.

Penipuan itu dikesan selepas pengguna kenderaan mendapati sukatan petrol atau diesel kurang dengan harga sebenar dan mereka bertindak membuat aduan ke Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri.

Aku selalu isi RM 50 so sepatutnya aku akan dapat 23.810 Liter. Macam mana dengan korang, bape korang isi dan bape liter yang terpapar kat skrin.
 
Di bawah ini sukatan minyak RON95 (Liter) yang anda patut dapat bergantung kepada wang yang anda bayar.

RM10 — 4.762 Liter
RM20 — 9.524 Liter
RM30 — 14.286 Liter
RM40 — 19.048 Liter
RM50 — 23.810 Liter
RM60 — 28.571 Liter
RM70 — 33.333 Liter
RM80 — 38.095 Liter
RM90 — 42.857 Liter
RM100 — 47.619 Liter
RM110 — 52.381 Liter
RM120 — 57.143 Liter
RM130 — 51.905 Liter
RM150 — 61.905 Liter
RM160 — 76.190 Liter
RM170 — 80.952 Liter
RM180 — 85.714 Liter
RM190 — 90.476 Liter
RM200 — 95.238 Liter

Perhatikan meter RM dan Liter semasa mengisi minyak di stesen minyak.
Jika anda dapati kurang daripada sukatan yang sepatutnya, sila laporkan kepada pihak berkuasa!

Sebarkan!

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Tourist

Followers

Tabung Khairat

Popular Post

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -