Posted by : Unknown 21 March 2014

Salam,

Isnin lepas cikgu Imani bagi tahu yang dia terkena jangkitan kutu kepala. So saya dah boleh agak dia mesti terkena jangkitan nie dari best friend dia , Amina. Sebab before nie dia penah cakap yang kawanya tu ada kutu.

Balik dari school wife trus beli ubat kutu dan sikat, try cari kat rambut Imani, memang ada kutunya, telur pun ada, tunggu masa nak menetas jer. Kesian la plak patut la dia slalu gatal-gatal, padahal slalu gak shampoo rambut dia. Dah pesan kat dia jangan tidur dekat amina, jauh-jauh skit, tapi dia suka sangat kat budak tu, friends forever gitu. Hopefully teacher dapat jarakkan diorg bila tido sama.

Tadi google jap nak tau punca bleh kena kutu nie. Dapat dari blog DrZubaidi.com, ada sedikit perkongsian dari beliau yang boleh dijadikan panduan.

Antara tanda-tanda jangkitan kutu kepala ialah:

1. terdapat telur putih berkilat yang melekat pada pangkal rambut terutama di kawasan belakang telinga dan belakang leher.

2. kelongsong kosong yang putih berkilat terdapat agak jauh ke atas pada batang rambut. Kelongsong kosong ini menunjukkan telur kutu kepala telah menetas.

3. kutu dewasa kelihatan di kulit kepala atau rambut.

3. kulit kepala atau kulit di belakang leher menjadi merah kerana radang akibat terkena najis kutu.

Cara terbaik untuk pastikan anak kita dijangkiti kutu kepala ialah dengan menyikat rambut si anak dengan penyikat rambut yang bergigi halus dan menadah sekeping kertas putih untuk melihat samada ada kutu hidup yang jatuh.

Kebanyakan kanak-kanak yang berada di sekolah rendah mengalami jangkitan kutu kepala. Jangkitan kutu kepala dari seorang kanak-kanak kepada kanak yang lain melalui sentuhan kepala di mana kutu kepala akan merayap ke kepala kanak-kanak yang bersentuhan itu.  Kutu kepala tidak boleh melompat, terbang atau berenang kerana ia tidak mempunyai sayap.

Kutu kepala boleh menyerang kanak-kanak yang mempunyai rambut pendek atau panjang, dan tidak merebak melalui perkongsian baju, tuala dan topi yang mengandungi kutu. Jadi barang-barang itu tidak perlu dibasuh atau dijemur.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -