Showing posts with label Baby Imani. Show all posts

Imani dan Kutu

Salam,

Isnin lepas cikgu Imani bagi tahu yang dia terkena jangkitan kutu kepala. So saya dah boleh agak dia mesti terkena jangkitan nie dari best friend dia , Amina. Sebab before nie dia penah cakap yang kawanya tu ada kutu.

Balik dari school wife trus beli ubat kutu dan sikat, try cari kat rambut Imani, memang ada kutunya, telur pun ada, tunggu masa nak menetas jer. Kesian la plak patut la dia slalu gatal-gatal, padahal slalu gak shampoo rambut dia. Dah pesan kat dia jangan tidur dekat amina, jauh-jauh skit, tapi dia suka sangat kat budak tu, friends forever gitu. Hopefully teacher dapat jarakkan diorg bila tido sama.

Tadi google jap nak tau punca bleh kena kutu nie. Dapat dari blog DrZubaidi.com, ada sedikit perkongsian dari beliau yang boleh dijadikan panduan.

Antara tanda-tanda jangkitan kutu kepala ialah:

1. terdapat telur putih berkilat yang melekat pada pangkal rambut terutama di kawasan belakang telinga dan belakang leher.

2. kelongsong kosong yang putih berkilat terdapat agak jauh ke atas pada batang rambut. Kelongsong kosong ini menunjukkan telur kutu kepala telah menetas.

3. kutu dewasa kelihatan di kulit kepala atau rambut.

3. kulit kepala atau kulit di belakang leher menjadi merah kerana radang akibat terkena najis kutu.

Cara terbaik untuk pastikan anak kita dijangkiti kutu kepala ialah dengan menyikat rambut si anak dengan penyikat rambut yang bergigi halus dan menadah sekeping kertas putih untuk melihat samada ada kutu hidup yang jatuh.

Kebanyakan kanak-kanak yang berada di sekolah rendah mengalami jangkitan kutu kepala. Jangkitan kutu kepala dari seorang kanak-kanak kepada kanak yang lain melalui sentuhan kepala di mana kutu kepala akan merayap ke kepala kanak-kanak yang bersentuhan itu.  Kutu kepala tidak boleh melompat, terbang atau berenang kerana ia tidak mempunyai sayap.

Kutu kepala boleh menyerang kanak-kanak yang mempunyai rambut pendek atau panjang, dan tidak merebak melalui perkongsian baju, tuala dan topi yang mengandungi kutu. Jadi barang-barang itu tidak perlu dibasuh atau dijemur.
21 March 2014
Posted by Unknown

Sesi Photoshoot Tihani (8 Gambar)

Assalamualaikum....
Entry kali ni mengenai sesi Photoshoot my daughter yang telah diambil di sebuah studio Kuantan. Sesi photoshoot nie ambil masa yang agak lama, maklumla ini budak tak bleh duduk diam, blum sempat snap dia dah gerak-gerak. Alhamdulillah, selepas hampir 3 jam setengah baru lah selesai. So inilah hasil gambar-gambar yang sempat saya kongsikan bersama blogger semua. Wassalam. (entry pendek je hari nie fokus on Pictures)
21 December 2011
Posted by Unknown

Keletah Si Kecilku Nur Imani Tihani

Assalamualaikum.....
Entry kali ni khas untuk anakku yang comel lote ni...Nur Imani Tihani Binti Ayahnya (huhuhu). She's already 1 year and 3 months old. Dah besar dah anak ayahkan, banyak perkara yang dia dah explore dan nak tahu. She can say many words now likes :
  • Nak/ Tanak
  • Air
  • Abih dah
  • Aa Ba Taa (tiga huruf je yg lekat dibibir)
  • A B C Nanananaa (pun 3 huruf jugak)
  • Ayah/Ummi/Abi (Ibu dia susah skit nak sebut, sian ibunya....hu3)
  • Sedap....(kalau makan je mesti sebut perkataan ni)
  • Akit aka Sakit...
  • Tima kashih....(nie aku paling suka)
  • Jatuh (dia jatuhkan benda tu pastu ckp jatuh...so genius my girlkan)
          Memang best dan rasa sungguh bertuah dapat melayan keletah si kecil ni....penat-penat balik dari keja amik dia kat rumah pengasuh, pastu bila nampak je kitorang ni terus jadi tak tentu arah (I mean dia trus lari depan pintu umah then menjerit kegembiraan) seronok la tu ibu ayah nak amik dia bawak balik. 
          Bila bab makan la yang paling dia suka....anything yang kita bagi sure dia akan makan....pedas skit pun boleh tahan (ikut ibunye kot suka pedas, ayah tak berapa suka pedas). Now plak she's trying to makan nasik sendiri, tanak dah ayah suap, tak adventure katanya. Hu3. Macam2.
          Itulah antara keletah anak2 yang akan sentiasa membuat kita tersenyum, terjerit sana sini (bila dia cuba buat sesuatu yg membahayakan) dan ketawa bersamanya. Semoga anak ayah membesar dengan sempurna dan penuh kasih sayang dan Insyaallah didikan agama yang paling utama perlu dititik beratkan dalam mendidik anak. Moga menjadi insan solehah dan taat pada ibu ayah. Amin...
Ni gambar photoshoot Imani yang dibuat di Kuantan tempoh hari. Nanti saya akan masukkan lebih banyak gambar Imani dalam entry berkenaan sesi Photoshoot nie. Wassalam....


14 December 2011
Posted by Unknown

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -