Showing posts with label News. Show all posts

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1435H/2014M

Jadual Waktu Imsak Dan Waktu Berbuka Puasa Tahun 2014/1435H | Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi laman sesawang rasminya telah mengeluarkan senarai jadual waktu imsak dan waktu berbuka puasa di bulan Ramadhan tahun 2014 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia.

Muat Turun Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Seluruh Malaysia 1435H/2014M 

Bagi jadual waktu imsak dan berbuka puasa 1435H/2014M bagi seluruh Malaysia, anda boleh rujuk pautan di bawah ini :-

Semoga perkongsian ini menjadi panduan dan bermanfaat untuk semua. 
Wassalam.

Sumber hasrulhassan.com
20 June 2014
Posted by Unknown

Juruteknik Jutawan Segera - Menang 1 Juta


JURUTEKNIK dari Kedah, Mohd Suhaimi Abdullah, 53, menjadi jutawan segera hari ini selepas menerima hadiah wang tunai RM1 juta menerusi Kempen Al-Awfar ' Dream of A Liftime' daripada Bank Islam Malaysia Berhad pada majlis penyampaian di Sri Pentas, Damansara, pagi ini. - BeritaHarian
Bertuah pakcik nie menang sejuta ringgit, rezeki yang tak disangka-sangka. Banyak tu sejuta, bukan seribu, puluh ribu. Tapi kalau dapat seribu pun dah syukur sangat-sangat kan. Apa la yang pakcik nie nak buat dengan duit sebanyak tu, belanja sekampung pun ok (buat kenduri). 

ps - Kalau korang dapat sedebuk duit sejuta ringgit, firstly apa yang korang akan buat dulu?
06 February 2014
Posted by Unknown
Tag :

Khidmat Masyarakat : Mohon Sumbangan Bayi 6 Bulan Jantung Berlubang

Assalamualaikum........
Disini saya kongsikan petikan harian metro jumaat lepas berkenaan seorang bayi yang mengidap jantung berlubang memerlukan sumbangan daripada mereka yang budiman dan dermawan bagi membolehkan pembedahan ke atasnya dilakukan. Untuk makluman rakan semua, ayah kepada bayi ini iaitu en. Azhar adalah rakan sekerja isteri saya begitu juga saya kerana kami bekerja di dalam universiti yg sama cuma jabatan berbeza. Wife minta saya war-warkan dalam blog atas keizinan en. Azhar sendiri. Insya Allah.
 
Kuala Lumpur: Seorang ibu merayu sumbangan orang ramai bagi membolehkan anaknya, Nur Qaireena Sofea Azhar berusia enam bulan yang menghidap penyakit jantung berlubang menjalani pembedahan dengan segera.

Menurut Intan Hazreena Hamidee, 27, dia memerlukan kira-kira RM40,000 untuk menampung kos pembedahan selepas pemeriksaan doktor mendapati lubang pada jantung anaknya membesar sehingga 10.3 mm berbanding hanya 10 mm ketika pemeriksaan kali pertama.

Katanya, anaknya mula disyaki menghidap penyakit berkenaan pada usia dua bulan selepas demam dan selesema. Intan berkata, selepas beberapa pemeriksaan selepas anak berusia tiga bulan, doktor mengesahkan anaknya menghidap jantung berlubang.


“Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya saya pada waktu itu,” katanya.

Atas nasihat doktor Intan membawa anaknya mendapatkan rawatan di Prince Court Medical Centre, yang mempunyai pakar bagi merawat penyakit berkenaan.


Menurut Intan, anaknya juga mengalami masalah Patent Ductus Arteriosus (PDA) apabila salur pembuluh darah dipanggil ductus arteriosus gagal menutup secara normal menyebabkan darah bercampur dan oksigen kurang sehingga mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.

“Sebagai ibu, sedih melihat anak tidak dapat bergerak aktif seperti kanak-kanak normal lain.

“Setiap kali dia banyak bergerak, dia akan berpeluh dan nafasnya juga laju. Dia juga kerap menangis dengan kuat seperti sedang menahan kesakitan,” katanya.

Intan berkata, pada peringkat awal doktor meminta supaya pembedahan ke atas anaknya ditangguhkan kerana risikonya yang tinggi, tetapi selepas mendapati lubang berkenaan semakin membesar, doktor meminta pembedahan segera dilakukan.

“Ibu mana yang sanggup melihat anaknya yang masih kecil dibedah, tetapi demi keselamatan anak, saya reda dan berharap agar dia segera sembuh.


“Saya harap ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi membolehkan anak saya mendapatkan rawatan segera,” katanya.


No Akaun Maybank 162263519939 Azhar bin Khozin
12 November 2013
Posted by Unknown

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -