Showing posts with label Tips/Nasihat. Show all posts
Mengatasi Masalah Kuat Marah Pada Anak
Buat renungan
kita bersama.. para ibu bapa sekalian.. Kepada ibu bapa yang ringan
tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri
kita……..
Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan.
Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.
1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.
Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akan
kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.
5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya.
Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.
Tuan/Puan,
Mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.
Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini. Sekian, semoga Allah mengurniakan
rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.
Dipanjangkan oleh Sharifah Norbaizura Tuan Ahmad Kamil, Bank Negara Malaysia.
Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi Pada Hari Jumaat
Soalan: Adakah kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari jumat ? :
Jawapan: Al-Quran adalah kitab suci umat islam yang memiliki kelebihan dari seluruh kitab-kitab yang lain sebelumnya, membaca Al-Quran diniliai suatu ibadah yang besar walaupun orang tersebut tidak memahaminya, diantara surah-surah yang memiliki kelebihan dan keistimewaan dalam membacanya adalah surah Al-Kahfi, demikian juga surah Al-Kahfi memiliki kelebihan dan keistimewaan jika dibaca pada hari Jumaat.
Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki seratus sepuluh ayat, begitu banyak hadits-hadits yang telah menceritakan kelebihan surah ini, sebahagian hadits yang datang dari Rasulullah SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari didalam kitab Shahihnya :
قال البخاري : حدثنا عمرو بن خالد : حدثنا زهير : حدثنا أبو إسحاق،عن البراء قال : كان رجل يقرأ الكهف وإلى جانبه حصان مربوط بشطنين، فتغشته سحابة فجعلت تدنو وتدنو، وجعل فرسه ينفر، فلما أصبح أتى النبي صلى الله عليه وسلم قذكر ذلك له، فقال : تلك السكينة تنزلت بالقرآن. صحيح البخاري كتاب فضائل القرآن، باب فضل الكهف، ص : 898 ، ط : دار السلام للنشر والتوزيع، الرياض
Ertinya : Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898 .)
قال البيهقي : أخبرنا محمد بن عبد الله الحاقظ، أنبأنا أبو بكر محمد بن المؤمل، ثنا الفضل بن محمد الشعراني، ثنا نعيم بن حماد، ثنا هشيم أنبأنا أبو هاشم عن أبي مجلز، عن قيس بن عباد، عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاءله من النور ما بين الجمعتين. رواه البيهقي في السنن الكبرى في كتاب الجمعة، باب ماسؤمر به في ليلة الجمعة ويومها من كثرة الصلاة على رسول الله وقراءة سورة الكهف وغيرها ؟، مجلد 4، ص : 530 ط : دار الفكر
Ertinya : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Mkan Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang brikutnya. ( H.R Baihaqi)
قال الحاكم : عن أبي بكر بن المؤمل: حدثنا الفضل بن محمد الشعراني، حدثنا نعيم بن حماد، حدثنا هشيم،حدثنا أبو هاشم، عن أبي مجلز عن قيس بن عباد ، عن أبي سعيد، عن النبي صلى الله عليه وسلم، أنه قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاء له من النور ما بينه وبين الجمعتين، ثم قال : هذا الحديث صحيح الإسناد، ولم يخرجاه
Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali jum`at. (H.R Hakim didalam Mustadrak)
قال السيوطي في الجامع الصغير : عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف يوم الحمعة أضاءله النور ما بينه وبين البيت العتيق ( هب ) عن أبي سعيد، ورمزه بالحسنIni sebahagian hadis yang menceritakan tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi. Marilah bersama-sama menghidupkan salah satu sunnah rasulullah ini.jom baca, harinikan hari JUMAAT.
Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantaranya dan Bait `Atiq.
sumber http://myibrah.com
WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing
Aku baru berangan-angan nak melancong ke Beijing next year, nasib la ada reminder dari blogger azwan@MrMoney berkenaan Tips jika mahu shopping semasa di sana. Saya kongsikan pengalaman azwan semasa melancong ke Beijing.
Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain.azwan@MrMoney
Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana, ada sorang lagi tour guide kitorang iaitu local chinese yang boleh tahan jugak cakap Melayu. Sepanjang perjalanan kat sana dua orang nie la guide. But they dont deserve to be called as guide. Bila teringat balik, aku rasa macam nak sepak je dua orang nie. Melayu ngan Cina sama je. Sabar... sabar......Since trip kitorang nie dikategorikan sebagai technical visit so kitorang perlu ikut policy government sana dimana dalam tentatif kitorang perlu diselitkan dengan lawatan ke beberapa goverment store. Aku pon x faham sangat sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan technical visit tu. Tapi itulah penerangan dari dua orang guide yang sangat berwibawa habaq ang. For our group, kitorang dibawa ke 7 tempat iaitu Tempat Urut Kaki, Jade, Kristal, Bamboo Charcoal, Kedai Ubat, Kedai Sutera dan Pearl. Sape yang pernah lawat Beijing mesti pernah pergi beberapa tempat yang aku listkan nie. Aku rasa kitorang lagi banyak spent masa kat tempat macam nie berbanding tempat-tempat menarik ex tembok besar, Forbidden City, Summer Palace, Olympic Village. Masa diberikan untuk melawat tempat menarik nie pon lagi singkat berbanding government store tu.Dua orang agen nie suka bawak kitorang pergi govenment store nie sebab dari situ dorang boleh kaut untung melalui komisyen barangan yang kitorang beli. Mana taknya, harga barang yang jual kat kedai2x nie mahal nak mampus. Tak cukup dengan harga pakej kitorang bayar. Dia nak kaut lagi keuntungan dengan cara camni. Memang dasyat drama dorang nie. AKu boleh rate kan 5/5. Semua kedai nie, dorang xkan bagi korang amik gambar. Strictly prohibited sbb dari awal memang dorang tahu dorang nak menipu.Hampir kesemua kedai memanipulasikan harga untuk kaut keuntungan lebih. Tapi paling tragis, paling bengang, paling tension, paling kuang ajaq, paling aku ingat sampai ke ari ini ialah kedai PEARL. Korang kena ingat, kedai PEARL yang terletak di dalam Beijing National Stadium berdekatan Olympic's Village. Kitorang pergi situ masa hari last. Time tu hampir kesemua peserta rombongan dah keabesan duit sebab ade yang ditipu di kedai-kedai hari sebelumnya. So masa pergi kedai Pearl nie. Semua macam dah xde mood. Seperti biasa, macam kedai2 lain jugak, bila korang sampai je, akan ada sorang staff yang akan bawak korang masuk satu bilik dan bagi penerangan pasal produk dorang. Sama macam kedai PEARL nie. Tapi staff kat sini sangat kurang ajar. Aku malas nak cerita apa yang dia kurang ajar. Nanti panjang pulak cerita. Sebelum bagi penerangan tu, beriya dia tanya ada tak diantara kitoang nie yang tahu cakap Cina. Unfortunately, xde sorang pon antara kitoang yg tahu. Yg tahu sikit-sikit tu ada la.Lepas beberapa minit dia bagi penerangan. Then dia cakap tunggu kejap sebab nak panggil die punya Teacher to give further explanation. Dia buat macam kalut-kalut lepas tu dia datang balik cakap teacher dia busy. Tetiba ada sorang budak lelaki masuk. Lebih kurang baya kitorang masuk dan mengaku yang dia nie anak bos dan bakal inherit syarikat pearl tu tak lama lagi disebabkan ayah die tengah sakit. So dia cerita la sikit pasal Pearl tu, how to distinguish the original pearl and fake pearl. Kitorang nie pon semangat dengar. Anak bos kot yang bagi penerangan mana taknye.
Ini die rupa si Apek nie. Yen Yu namanya. AKu tak tahu la dia tipu jugak nama die. So korang mesti kena ingat muka si apek nie. Then drama bermula bila dia tetiba baik hati bagi hadiah kat kitorang cincin pearl sorang satu sebagai hadiah coz we are his first customer and keep asking us to pray for him and his father. More gives more blessing katanya. Dia kata, lepas nie kalau datang Beijing lagi, tunjuk je cincin tu kat die so that he will recognize us. Orang bagi hadiah free, mana tak sukanya. So semua macam happy giler time tu. Tak abes2x berdoa untuk si apek kat depan tu. Lepas tu, yang lagi meyakinkan, dia bawak kitorang masuk satu bilik rahsia yang dipenuhi dengan barang kemas yang sangat berharga antaranya jade dan Gold Pearl yang dia simpan dalam cermin. Dia siap kuarkan pearl tu dan bagi kitorang pegang. Katanya harga sampai berbillion yuan. Tak dapat beli sentuh pon jadi la.
Ini dia rupa cincin pearl yang kitorang dapat sorang satu. Lepas tu dia bawak kitorang kat bahagian luar dimana ada beberapa cermin kaca yang penuh dengan barang kemas yang dibuat dari Pearl. Harga memang mahal la. Kalau convert ke duit Malaysia hampir beribu-ribu ringgit. Ada satu bracelet tu harga die 2280yuan = RM1140. Tetiba si apek nie dengan baik hatinya sbb kitorang nie first customer die dan as anak bos yang bakal mewarisi syarikat tu so die pon bagi diskaun kat kitorang dari 2280yuan jadi 400yuan = RM200. Semua staff die yang ade kat depan tu buat muka terkejut sbb terlampau murah. Si apek tu siap cakap lagi kat staff die, "no commission for you". Lepas pada tu je, semua macam kena rasuk ngan hantu. Bayangkanlah dari harga beribu-ribu tetiba jadi dua ratus je. So semua berebut pilih design mana yang dorang suka. Yang takde duit pon sanggup berhutang ngan member, ada yang bayar guna kredit kad, debit kad dan duit Malaysia. Hampir kesemua yang beli. Sampai sekarang aku masih dapat gambarkan muka sorang-sorang yang excited giler bila die bagi tahu harga macam tu. Aku antara seorang mangsa yang sanggup berhutang untuk beli benda tu. Untuk future wife kononya. Beli siap-siap. Baik tak aku? Excitednya kitorang siap amik gambar lagi ngan si apek tu kononnya nak show off la balik Malaysia nanti.
Group Photo. Kononnya nak show off kat member-member balik Malaysia nanti. Masing-masing siap tunjuk cincin dijari. Lawak plak bila tengok gambar nie. Ngan aku sekali pakai cincin tu. hahaa Sebelum pergi airport untuk balik Malaysia, kitorang sempat singgah satu lagi tempat untuk shopping iaitu Silk Market. Kat Silk Market nie macam-macam ade jual. Disebabkan duit aku dah abes masa kat kedai pearl tu, so aku xde mood sangat nak shopping kat situ. Aku pon ikut la member aku nie pergi meronda dalam shopping complex tu. Sampai satu level tu, kitorang pon nampak ade a few kedai yang jual pearl. Kitorang pon sajalah nak try pergi compare harga kat kedai tu ngan barang yang kitorang beli tadi. Tetiba kitorang tengok, kedai kat situ jauh lebih murah. JAUH LEBIH MURAH. Bayangan cicin yang die bagi free, kononya harganya 480yuan iaitu RM240. Tapi kat kedai tu jual 20yuan je ia1tu RM10. Untuk sedapkan hati, kitorang anggapla yang tu adalah fake pearl. Tapi tak sedap hati jugak sebab terasa macam kena tipu je. So aku pon tanya la "these are real or fake?". Penjual tu pon cakap yang tu adalah real, dia siap buktikan lagi yang pearl tu adalah real sama macam apek tadi tu terangkan. Aku rasa macam nak bunuh diri je kat situ.
Inilah Pearl Bracelet yang kitorang duk gilakan tu. Padahal kat Sabah berape ringgit je. Si pompuan lagi la menggila masa dapat tahu harga murah tu. Sumpah xleh lupa. Ingatkan kitorang je yang terkena. Rupanya ada lagi yang terkena. Satu lagi rombongan iaitu orang Melayu/Malaysia jugak. Dorang kena tipu dengan taktik yang sama iaitu ada sorang staff ngaku anak bos then sogok dorg dengan bagi Anting-anting pearl. Kitorang tunjuk la gambar apek tadi, adakah anak bos dorang ceritakan tu sama macam si apek yg tipu kitorang tu, tapi dorang gtaw x sama.Patutla dia gtaw jangan bagi tahu orang lain. Kitorang crita la kat perniaga pearl kat Silk Market tu. Perniaga tu cakap memang dah ramai orang Malaysia kena tipu sebab dorang tahu orang Malaysia memang mudah percaya kat orang. Patut la dia target crowd dari Malaysia je. padahal time kitorang datang tu, ada lagi ramai tourist yang dari Europe. Padahal dorang lagi banyak duit. Kawan aku siap terduduk bila dapat tahu yang kitorang kena tipu sebab kitorang nie students so duit tak berapa nak ada. Tetiba kena tipu pulak. Kalau benda nie jadi kat Malaysia, sumpah aku pergi serang balik kedai tu.So aku berharap sangat. Sesape yang nak pergi Beijing, tolong jangan terpedaya lagi dengan cina kat sana. If korang nak membeli barang pape, sila beli di Yanshow Shopping Centre, dan Silk Market. Kat situ semua benda ada. Walaupun perniaga kat Beijing tak berapa nak ramah, tapi at least korang tak berhabis duit kena tipu beli benda yang tak sepatutnya. Selalunya agen nie akan bawak korang pergi tempat shopping spt Yanshow dan Silk Market nie last skali sebab dorang tahu nanti korang akan habiskan duit kat situ. Kalau korang nak beli souvenir spt fridge magnet, keychain, baju I Love Beijing, boleh beli kat Yanshow. Untuk Tips membeli belah kat sana aku akan cerita untuk next entry. Kalau korang rasa nak share benda nie boleh share. Biarlah kami je yang kena tipu, aku tak nak yang lain pon kena tipu macam kitorang. Buktikan pada Cina yang Melayu bukan kaum yang senang kena tipu.





