Posted by : Unknown 28 November 2013

Aku baru berangan-angan nak melancong ke Beijing next year, nasib la ada reminder dari blogger azwan@MrMoney berkenaan Tips jika mahu shopping semasa di sana. Saya kongsikan pengalaman azwan semasa melancong ke Beijing.

Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain.

Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana, ada sorang lagi tour guide kitorang iaitu local chinese yang boleh tahan jugak cakap Melayu. Sepanjang perjalanan kat sana dua orang nie la guide. But they dont deserve to be called as guide. Bila teringat balik, aku rasa macam nak sepak je dua orang nie. Melayu ngan Cina sama je. Sabar... sabar...... 

Since trip kitorang nie dikategorikan sebagai technical visit so kitorang perlu ikut policy government sana dimana dalam tentatif kitorang perlu diselitkan dengan lawatan ke beberapa goverment store. Aku pon x faham sangat sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan technical visit tu. Tapi itulah penerangan dari dua orang guide yang sangat berwibawa habaq ang. For our group, kitorang dibawa ke 7 tempat iaitu Tempat Urut Kaki, Jade, Kristal, Bamboo Charcoal, Kedai Ubat, Kedai Sutera dan Pearl. Sape yang pernah lawat Beijing mesti pernah pergi beberapa tempat yang aku listkan nie. Aku rasa kitorang lagi banyak spent masa kat tempat macam nie berbanding tempat-tempat menarik ex tembok besar, Forbidden City, Summer Palace, Olympic Village. Masa diberikan untuk melawat tempat menarik nie pon lagi singkat berbanding government store tu. 

Dua orang agen nie suka bawak kitorang pergi govenment store nie sebab dari situ dorang boleh kaut untung melalui komisyen barangan yang kitorang beli. Mana taknya, harga barang yang jual kat kedai2x nie mahal nak mampus. Tak cukup dengan harga pakej kitorang bayar. Dia nak kaut lagi keuntungan dengan cara camni. Memang dasyat drama dorang nie. AKu boleh rate kan 5/5. Semua kedai nie, dorang xkan bagi korang amik gambar. Strictly prohibited sbb dari awal memang dorang tahu dorang nak menipu.

Hampir kesemua kedai memanipulasikan harga untuk kaut keuntungan lebih. Tapi paling tragis, paling bengang, paling tension, paling kuang ajaq, paling aku ingat sampai ke ari ini ialah kedai PEARL. Korang kena ingat, kedai PEARL yang terletak di dalam Beijing National Stadium berdekatan Olympic's Village. Kitorang pergi situ masa hari last. Time tu  hampir kesemua peserta rombongan dah keabesan duit sebab ade yang ditipu di kedai-kedai hari sebelumnya. So masa pergi kedai Pearl nie. Semua macam dah xde mood. Seperti biasa, macam kedai2 lain jugak, bila korang sampai je, akan ada sorang staff yang akan bawak korang masuk satu bilik dan bagi penerangan pasal produk dorang. Sama macam kedai PEARL nie. Tapi staff kat sini sangat kurang ajar. Aku malas nak cerita apa yang dia kurang ajar.  Nanti panjang pulak cerita. Sebelum bagi penerangan tu, beriya dia tanya ada tak diantara kitoang nie yang tahu cakap Cina. Unfortunately, xde sorang pon antara kitoang yg tahu. Yg tahu sikit-sikit tu ada la.

Lepas beberapa minit dia bagi penerangan. Then dia cakap tunggu kejap sebab nak panggil die punya Teacher to give further explanation. Dia buat macam kalut-kalut lepas tu dia datang balik cakap teacher dia busy. Tetiba ada sorang budak lelaki masuk. Lebih kurang baya kitorang masuk dan mengaku yang dia nie anak bos dan bakal inherit syarikat pearl tu tak lama lagi disebabkan ayah die tengah sakit. So dia cerita la sikit pasal Pearl tu, how to distinguish the original pearl and fake pearl. Kitorang nie pon semangat dengar. Anak bos kot yang bagi penerangan mana taknye. 
Ini die rupa si Apek nie. Yen Yu namanya. AKu tak tahu la dia tipu jugak nama die. So korang mesti kena ingat muka si apek nie.
Then drama bermula bila dia tetiba baik hati bagi hadiah kat kitorang  cincin pearl sorang satu sebagai hadiah coz we are his first customer and keep asking us to pray for him and his father. More gives more blessing katanya. Dia kata, lepas nie kalau datang Beijing lagi, tunjuk je cincin tu kat die so that he will recognize us. Orang bagi hadiah free, mana tak sukanya. So semua macam happy giler time tu. Tak abes2x berdoa untuk si apek kat depan tu. Lepas tu, yang lagi meyakinkan, dia bawak kitorang masuk satu bilik rahsia yang dipenuhi dengan barang kemas yang sangat berharga antaranya jade dan Gold Pearl yang dia simpan dalam cermin. Dia siap kuarkan pearl tu dan bagi kitorang pegang. Katanya harga sampai berbillion yuan. Tak dapat beli sentuh pon jadi la.
Ini dia rupa cincin pearl yang kitorang dapat sorang satu.
Lepas tu dia bawak kitorang kat bahagian luar dimana ada beberapa cermin kaca yang penuh dengan barang kemas yang dibuat dari Pearl. Harga memang mahal la. Kalau convert ke duit Malaysia hampir beribu-ribu ringgit. Ada satu bracelet tu harga die 2280yuan = RM1140. Tetiba si apek nie dengan baik hatinya sbb kitorang nie first customer die dan as anak bos yang bakal mewarisi syarikat tu so die pon bagi diskaun kat kitorang dari 2280yuan jadi 400yuan = RM200. Semua staff die yang ade kat depan tu buat muka terkejut sbb terlampau murah. Si apek tu siap cakap lagi kat staff die, "no commission for you".  Lepas pada tu je, semua macam kena rasuk ngan hantu. Bayangkanlah dari harga beribu-ribu tetiba jadi dua ratus je. So semua berebut pilih design mana yang dorang suka. Yang takde duit pon sanggup berhutang ngan member, ada yang bayar guna kredit kad, debit kad dan duit Malaysia. Hampir kesemua yang beli. Sampai sekarang aku masih dapat gambarkan muka sorang-sorang yang excited giler bila die bagi tahu harga macam tu. Aku antara seorang mangsa yang sanggup berhutang untuk beli benda tu. Untuk future wife kononya. Beli siap-siap. Baik tak aku? Excitednya kitorang siap amik gambar lagi ngan si apek tu kononnya nak show off la balik Malaysia nanti.

Group Photo. Kononnya nak show off kat member-member balik Malaysia nanti. Masing-masing siap tunjuk cincin dijari. Lawak plak bila tengok gambar nie. Ngan aku sekali pakai cincin tu. hahaa
Sebelum pergi airport untuk balik Malaysia, kitorang sempat singgah satu lagi tempat untuk shopping iaitu Silk Market. Kat Silk Market nie macam-macam ade jual. Disebabkan duit aku dah abes masa kat kedai pearl tu, so aku xde mood sangat nak shopping kat situ. Aku pon ikut la member aku nie pergi meronda dalam shopping complex tu. Sampai satu level tu, kitorang pon nampak ade a few kedai yang jual pearl. Kitorang pon sajalah nak try pergi compare harga kat kedai tu ngan barang yang kitorang beli tadi. Tetiba kitorang tengok, kedai kat situ jauh lebih murah. JAUH LEBIH MURAH. Bayangan cicin yang die bagi free, kononya harganya 480yuan iaitu RM240. Tapi kat kedai tu jual 20yuan je ia1tu RM10. Untuk sedapkan hati, kitorang anggapla yang tu adalah fake pearl. Tapi tak sedap hati jugak sebab terasa macam kena tipu je. So aku pon tanya la "these are real or fake?". Penjual tu pon cakap yang tu adalah real, dia siap buktikan lagi yang pearl tu adalah real sama macam apek tadi tu terangkan. Aku rasa macam nak bunuh diri je kat situ. 
Inilah Pearl Bracelet yang kitorang duk gilakan tu. Padahal kat Sabah berape ringgit je. Si pompuan lagi la menggila masa dapat tahu harga murah tu. Sumpah xleh lupa.
Ingatkan kitorang je yang terkena. Rupanya ada lagi yang terkena. Satu lagi rombongan iaitu orang Melayu/Malaysia jugak. Dorang kena tipu dengan taktik yang sama iaitu ada sorang staff ngaku anak bos then sogok dorg dengan bagi Anting-anting pearl. Kitorang tunjuk la gambar apek tadi, adakah anak bos dorang ceritakan tu sama macam si apek yg tipu kitorang tu, tapi dorang gtaw x sama. 

Patutla dia gtaw jangan bagi tahu orang lain. Kitorang crita la kat perniaga pearl kat Silk Market tu. Perniaga tu cakap memang dah ramai orang Malaysia kena tipu sebab dorang tahu orang Malaysia memang mudah percaya kat orang. Patut la dia target crowd dari Malaysia je. padahal time kitorang datang tu, ada lagi ramai tourist yang dari Europe. Padahal dorang lagi banyak duit. Kawan aku siap terduduk bila dapat tahu yang kitorang kena tipu sebab kitorang nie students so duit tak berapa nak ada. Tetiba kena tipu pulak. Kalau benda nie jadi kat Malaysia, sumpah aku pergi serang balik kedai tu. 

So aku berharap sangat. Sesape yang nak pergi Beijing, tolong jangan terpedaya lagi dengan cina kat sana. If korang nak membeli barang pape, sila beli di Yanshow Shopping Centre, dan Silk Market. Kat situ semua benda ada. Walaupun perniaga kat Beijing tak berapa nak ramah, tapi at least korang tak berhabis duit kena tipu beli benda yang tak sepatutnya. Selalunya agen nie akan bawak korang pergi tempat shopping spt Yanshow dan Silk Market nie last skali sebab dorang tahu nanti korang akan habiskan duit kat situ. Kalau korang nak beli souvenir spt fridge magnet, keychain, baju I Love Beijing, boleh beli kat Yanshow. Untuk Tips membeli belah kat sana aku akan cerita untuk next entry. Kalau korang rasa nak share benda nie boleh share. Biarlah kami je yang kena tipu, aku tak nak yang lain pon kena tipu macam kitorang. Buktikan pada Cina yang Melayu bukan kaum yang senang kena tipu.
 azwan@MrMoney

{ 5 comments... read them below or Comment }

  1. omg , carik keuntungan dengan menipu . hampeh punya apek . makan lah ko duit riba beriban riban !

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari untung dgn cara menipu, takkan senang pun

      Delete
  2. Erk, mmg ada hati nak pi Beijing, lpas ni kena take note la,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. same with me, baru bercadang nak g sana, kena alert pasal nie

      Delete
  3. terima kasih atas perkongsian broo..member gua ada p sana jugak..baru2 nii ja..dan cerita lu memang sama dengan dia punya cerita cuma anak tokey tu ja muka lain dia habaq...yg dalam pic ni pakai spek..dia cakap anak tokey yg dia jumpa rambut pacak2...tapi cerita memang sama..dan bagi pengetahuan lu..mak member gua beli barang dekat situ jugak..dan difahamkan lebih banyak nilai dia kena berbanding hampa semua satu rombongan tu..soo..terima kasih atas peringatan broo..nasib la aku ni xkaki jalan..melingkup ja la kat penang ni..habih kuat p Little India ja la..eheheheh..godd entry broo..

    ReplyDelete

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -