Posted by : Unknown 17 April 2011

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.
DAP menambah enam kerusi kepada 12 kerusi, manakala PKR juga menambah satu kerusi menjadi tiga. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Jumlah pemilih keluar mengundi ialah 70 peratus.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN mendapat undi terbanyak dengan 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064).
Manakala seramai 71 calon telah hilang wang deposit.


Selain Taib Mahmud, yang juga Pengerusi BN negeri, berjaya mempertahankan kerusi Balingian, dua lagi pemimpin parti komponen BN, Datuk Seri Dr James Masing daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Datuk Seri William Mawan daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), turut mencatatkan kemenangan di kubu kuat  masing-masing iaitu di DUN Baleh dan DUN Pakan.

Bagaimanapun, BN mendapat kejutan bagi kerusi DUN Piasau di Miri apabila presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan, dikalahkan.

ps. rakyat Sarawak pun dah mula nak kan perubahan....bukan senang nak jadi pemimpin yang adil kepada rakyat....dan ikhlas kerana Allah.......renung2kan lah

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -