Posted by : Unknown 31 January 2012


KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.

Seorang saksi kejadian, Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo milik adik kepada pemilik kedai ‘Superbike’ berkenaan.


Gambar kedai dan superbike yang dilanggar:Screen Shot 2012-01-31 at 12.58.23 AM.png

“Mungkin makcik tu panik sangat.. lepas dia langgar volvo kat belakang..dia reverse dan ke depan dan belakang lebih kurang lima kali..kali yang kedua dia reverse (mengundur) itu dia hentam pulak dua buah Myvi yang terletak kat tempat letak kerata kat belakang dia.

“Kali ke enam dia maju ke depan dan terus rempuh masuk dalam kedai..masa melompat masuk kedai tu dia sempat langgar sebuah motosikal Honda VFR 1000..pelanggan punya tu,” katanya bercerita mengenai kejadian yang mencemaskannya itu.

Menurut Mohd Noraimee yang merupakan pekerja kedai Superbike tersebut, wanita itu turut melanggar tiga buah motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki GSX 1000cc, Honda CBR 1000cc dan BMW 1400cc yang berada di dalam kedai berkenaan.

Seorang lagi saksi, Sarah Zamzuri, 30, pekerja RHB Bank yang terletak bersebelahan kedai superbike itu berkata, dia terkejut dengan bunyi dentuman kuat membuatkannya berlari keluar dari pejabat untuk melihat punca bunyi berkenaan.

Sarah berkata, dia bingung sebentar apabila melihatkan kereta yang dipandu oleh wanita terbabit berulang kali bergerak ke depan dan ke belakang dengan laju. Melihat kejadian itu, Sarah berkata, dia terus berlari mengalihkan kereta Avanza miliknya sebelum sempat dilanggar oleh wanita berkenaan.

“Saya panik tengok mak cik tu laju aje reverse dan pecut ke depan, saya terus lari ke kereta saya untuk alihkan kenderaan saya. Memang Tuhan sahaja yang tahu macam mana saya menggigil berlari ke kereta. “Waktu saya alihkan kereta saya, wanita itu masih lagi menggerakkan keretanya dengan laju” terang Sarah.


Adik kepada pemilik kedai Superbike yang enggan dikenali itu mendakwa, abangnya mungkin terpaksa menanggung kerugian mencecah setengah juta ringgit akibat insiden tersebut.

Sementara itu, ketika mendapatkan kenyataan dari suami wanita tersebut, lelaki itu hanya banyak berdiam dan turut terkejut dengan kejadian yang berlaku. Lelaki berkenaan tidak percaya kemalangan yang berlaku itu berpunca daripada isterinya yang ditinggalkan sekejap sewaktu dia keluar untuk membeli barangan.

Orang ramai yang turut berada di tempat kejadian sempat menjerit ke arah wanita berkenaan supaya menghentikan enjin keretanya supaya dia tidak terus menggerakkan kenderaannya.
Wanita berkenaan juga kelihatan masih bingung. 


Kesian kan.....benda nak jadi apa bleh buat....redha je lah. (mau abih duit pencen dok bayor gantirugi)

sumber OhMedia

{ 7 comments... read them below or Comment }

  1. Kesian makcik tu....
    Kesian jugak pada 'mangsa²'.

    ReplyDelete
  2. berhati hati la ketika memandu

    ReplyDelete
  3. memang kesian.... 'kerugian dianggarkan RM500K'
    trus pengsan mokcik kat situ....

    ReplyDelete
  4. alahai..terlebih gabra kot tu..akan datang,kalau kurang yakin drive kene dok sebelah je la.

    ReplyDelete
  5. kena test jalan KL baru leh bg lulus ujian memandu...hu3

    ReplyDelete
  6. Giler betui...heheheheh
    Ni ler kalau panik !!
    Jom join Hanif Blog Bloglist
    Hanif blog bloglist
    Salam kenal….dan I follow sekali
    Tolong komen setelah letakkan bloglist…Thanks

    Letakkan Hanif Blog ( http://hanifidrus.blogspot.com) di bloglist anda.
    Setiap hari saya akan merayau 10 blog di bloglist saya malah akan di ping ke Ping.busuk.
    Entri anda juga akan dilink ke bloglist

    ReplyDelete

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -