Posted by : Unknown 14 February 2012

       Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang "menggadai akidah" apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini. Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... Sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka. Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... Sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu. "Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... Itu upacara ibadat mereka."

"Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan," katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.

Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

"Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... Kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah."

"Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... Kalau tidak mahu dengar terpulang," kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.

Gambar sebesar patung berhala

“Kami menegaskan agar pihak Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa terhadap hal ini agar umat Islam khususnya dan rakyat amnya tidak akan keliru demi menjaga kemuliaan Islam dan aqidah umat,” katanya lagi.

Harussani juga dilapor membidas menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam dan penasihat agama perdana menteri kerana gagal menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

najib thaipusam 2011Pada acara tahun ini, gambar perdana menteri juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves dan pasangan itu dipakaikan kalungan bunga yang amat besar.

HarakahDaily

Apa pandangan anda....tepuk dada tanya Iman....

{ 3 comments... read them below or Comment }

  1. iman terletak di dada... time taipusam aritu siyess aku pon pergi... dan pastinya, ramai org ke situ tak kira bangsa.. Tak kira agama... upacara hindu duadakan di dalam gua dan hanya org hindu menjalankan upacara tuh... org islam dan org2 lain xde pon panjat tangga tuh.. yang lain datang shopping jerr kat bawah2 tuhh...

    begitulah harakah.. kadang2 ada jugak berita yg berbau fitnah.. sama jerr ngan tv3, rtm, dan sewaktu dengannya.. berita tak pernah pon betul..

    so, kita sebagai ummat islam yg biasa, jangan cepat menghukum dan hanya Allah SWT jerr yg lebih mengetahui..

    kes najib tuhh.. mungkin beliau meletakkan diri dalam keadaan darurat dan tanggungjawab seorang pemimpin untuk bertemu rakyat.. Takkan beliau nk layan org islam jerr?? makan org bukan islam, akan rasa tertindas.. nak bagi kejadian 13 mei berulang kerr?? fikir2kan lah..syukur lah kita hidup dlm aman sekarang..

    p/s : org pas pon layan jugak umah terbuka deepavaly.. apa cerr??

    ReplyDelete
  2. masing2 ada pendapat yang berbeza...saya tidak menyokong mana2 pihak....

    for me....najjib ada option utk tidak hadir pada majlis tu....beliau bleh hantar wakil menteri dari kalangan berbangsa India. Thaipusam adalah upacara keagamaan mereka bila kita hadir bermakna kita merestui agama mereka sedangkan tiada agama lain yang diterima Allah selain Islam.

    rumah terbuka berlainan dgn konsep ritual agama mereka...rumah terbuka utk tujuan ziarah dan tak dilakukan di rumah ibadat.

    Apa2 pun kena rujuk kepada Majlis Fatwa dan orang2 yang arif pasal hukum hakam agama.
    Wallahualam

    ReplyDelete

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -