- Back to Home »
- Astro Prima , Drama Sahara »
- Drama Sahara Astro Prima Tidak Islamik
Posted by : Unknown
30 January 2013
Assalamualaikum......
Ada terbaca di facebook dan blog sana sini heboh pasal sebuah drama yang tengah hangat diperkatakan. Begitulah yang berlaku kepada pengarah dan pasukan drama kononnya bertemakan Islam, Sahara yang disiarkan di Astro Prima.
Apa yang menimbulkan ketidakpuasan hati mereka dimana salah satu adegan dalam video promo
drama tersebut di youtube yang memaparkan pelakon wanita
yang berniqab (berpurdah) telah bersentuhan dengan pelakon lelaki tersebut .
Aku ada beberapa kali menonton drama ini di Astro Prima dan memang terperasan berkenaan adegan-adegan yang tidak wajar dilakonkan sebagai sebuah drama berkonsepkan Islamik yang ingin menunjukkan tauladan baik kepada penonton.
Kontroversi drama Sahara ini dilihat lebih berat kerana menampilkan imej wanita berniqab kemudian dimasukkan pula adegan bersentuhan dengan lelaki bukan mahram. Seorang penonton video promo di youtube menegur cara pemakaian niqab dalam drama tersebut dan juga pergaulan yang diketengahkan dalam drama tersebut yang agak salah.

Begitu juga komen dan pendapat yang diutarakan di facebook oleh mereka yang telah menonton drama ini.
Diharap pada masa akan datang penerbit drama akan lebih sensitif dan peka akan isu-isu ini sebelum ianya disiarkan untuk tontonan umum.
Wassalam.
kredit gambar fitrihadi.com dan wootmedia.my