Assalamualaikum......
My wife now dah 7 bulan lebih atau 32 minggu so persediaan menjadi bapa untuk kali kedua kena lebih lagi. Walaupun dah ada pengalaman during 1st child dulu, kena jugak mantapkan lagi ilmu kebapaan nie. Tengah dok surf facebook ternampak petua nie yang telah dikongsikan oleh beberapa orang rakan. Saya share disini utk panduan blogger2 yg bakal jadi bapa.......
 |
Me n my daughter Tihani semasa di Korea |
Petua Untuk Lelaki Yang Bakal Menjadi Bapa
1. Biasakan berjaga malam. Tiada alasan untuk tidur nenyak dan berdengkur sepanjang malam. Jangan mengharapkan isteri
anda sahaja untuk berjaga. Sebaliknya tunjukkan kesungguhan anda untuk
bangun bersama dan beri perhatian kepada anak anda yang baharu lahir.
2. Kejutan kasih sayang. Inilah detik terbaik untuk melakukan kejutan
terbesar buat isteri yang telah berkorban bertarung nyawa untuk
melahirkan zuriat anda. Apa kata anda pula yang mengambil peranannya
ketika isteri dalam pantang. Mungkin anda boleh mulakan dengan
menyediakan sarapan, membantu isteri menguruskan dirinya, menyediakan
keperluan si bayi dan sesekali hadiahkan bunga tanda kasih sayang.
3. Ringan tulang. Jika sebelum lahirnya si kecil, anda dimanjakan oleh
isteri. Kali ini, anda harus beralah dan mengambil alih peranan menjaga
isteri dan anak. Memadailah dengan membantu menyediakan makanan,
membasuh pinggan atau mengasuh si kecil.
4. Sedia untuk
kotorkan diri. Terimalah hakikat bahawa anda harus membersihkan najis
bayi dan belajar memakaikan lampinnya. Fikirkan bapa anda juga dahulu
pernah melakukan perkara yang sama ketika anda masih kecil dahulu.
Mungkin agak kekok pada permulaannya, namun, alah bisa tegal biasa.
5. Dapatkan petua orang tua. Ketepikan ego serta sikap tahu seba-serbi.
Sebagai bapa yang masih muda, anda perlu mendapat banyak nasihat dan
petua daripada orang yang lebih berpengalaman. Guru terbaik untuk
mendapatkan maklumat ialah ibu bapa serta saudara-mara atau kenalan yang
lebih arif mengenai soal penjagaan bayi dan kanak-kanak. Tidak perlu
malu kerana maklumat yang diberi akan memudahkan urusan menjaga si
kecil.
6. Sediakan
pengasuh. Jika mampu, dapatkan pengasuh untuk meringankan tugas anda dan
isteri di rumah. Pengasuh bukan sahaja boleh menguruskan isteri yang
sedang berpantang, malah pada masa yang sama boleh menjaga si bayi yang
memerlukan perhatian hampir 24 jam sehari.
7. Belajar
berhadapan dengan tekanan. Bohonglah jika anda tidak tertekan
terutamanya apabila tiba saat si comel 'mengamuk' atau menangis tanpa
henti. Jika waktu siang, mungkin anda tidak terasa, tetapi di kala
tengah malam, tentu haru biru anda dibuatnya. Usah panik, uruskan saat
itu dengan tenang dan penuh motivasi. Selidik punca bayi menangis,
mungkin kerana kembung perut atau berasa panas atau mungkin juga
kesejukan. Belajarlah bersabar!
9. Kawal nafsu. Sudah namanya
lelaki, tidak dapat tidak, nafsu selalu bergelora. Jangan gelojoh dan
akurlah pada detik yang sesuai untuk bersama isteri dalam hubungan
intimasi. Fikirkanlah yang isteri anda sudah bersusah-payah menggendong
si kecil ke sana ke sini selama 9 bulan 10 hari tanpa keluh kesah dan
kini dalam pantang pula. Tentulah mengambil masa untuk pulih seperti
sedia kala. Fikirkan juga yang kini ada orang ketiga yang harus
diutamakan.
10. Pastikan tabungan mencukupi. Ayah muda perlu
memastikan tabungan sentiasa mencukupi bagi menghadapi saat-saat
kecemasan terutamanya bila membabitkan si kecil yang mungkin diserang
demam serta perlu mendapatkan rawatan segera di hospital. Peruntukan
sebahagian daripada pendapatan bulanan untuk memenuhi keperluan
kecemasan si kecil dan isteri sepanjang bergelar ayah.
sumber : mukabuku
nice sharing...bukan bapa jer... ibu pun kena biasakan ni...he he he..occay occay noted...semat dalam hati...
ReplyDeletebetui2....petua nie terpakai utk semua....mummy n daddy...hu3
DeleteMemang besar betul tanggungjawab ye.... :)
ReplyDeleteanak tu amanah Allah....so kena jaga baik2....
Deletetetiba aku ternampak post ni.bab jaga malam tu aku ok.. kejutan kasih sayang ok, ringan tulang perfect..bla bla bla.. err yang ke 9 tu..err :D
ReplyDeleteha3.....yang ke 9 tu kena betui2, silap terjah kang kaki makan dia....tak la....kena tunggu masa yg sesuai....wife dapat cuti 3 bulan (gov) so 3 bulan la kita 'kena cuti'....he3
ReplyDelete