Posted by : Unknown
14 August 2013
Assalamualaikum........
Hari nie dah masuk hari ke 7 Syawal, masih dalam mood raya so buat kerja kat ofis nie pun nak tak nak jer. Maklumlah jasad je kat ofis nie, hati masih di kampung.Entry pasal raya pun tak sempat nak buat lagi, agak busy menguruskan 2 orang anak dan ibu yang sedang berpantang. Semalam dah start keja so agak sedih sebab wife kena uruskan sendiri. Tapi awal pagi dah mandi dan siapkan baby dan kakak, panaskan batu untuk bertungku, then hantar kakak ke rumah pengasuh.
Insyaallah minggu depan nak mula puasa enam dalam bulan Syawal. Buat pada hari Isnin dan Khamis so dapat 2 ganjaran sekaligus. Disini saya kongsikan dalil dan kelebihan puasa enam Syawal untuk panduan kita bersama.
Apakah dalil bagi kelebihan berpuasa di bulan syawal?
Dalilnya
ialah sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia
ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah
berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.)
Adakah disyaratkan puasa enam hari itu dilakukan berturut-turut?
Tidak
disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan
bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdhal) ialah
melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi memulainya dari dua
syawal.
Jika seseorang itu mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya, adakah harus ia berpuasa enam sebelum mengqadha puasanya?
Harus
kerana puasa qadha Ramadhan memiliki waktu yang panjang untuk dilakukan
iaitu sehingga Ramadhan tahun berikutnya, adapun puasa enam hari di
bulan Syawal waktunya adalah terhad. Namun jika kita dapat melakukan
puasa qadha terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan puasa Syawal, itu
yang terbaik kerana kita mendahulukan ibadah yang wajib ke atas yang
sunat. Dan ada ulamak berpendapat; harus kita meniatkan keduanya sekali
dalam satu puasa, tetapi yang terbaik kita memisahkannya kerana akan
memperbanyakkan amalan kita kepada Allah.
Wallahualam.
diambil dari Laman Fiqh Anda
Insya-allah akan mencuba untuk menunaikan puasa 6 di bulan syawal
ReplyDeleteinsyaallah sama2 kita cuba berpuasa 6
DeleteinsyaAllah nak start puasa next week..this week nk beraya lagi...huhu
ReplyDeletesama la.....beraya dulu, mgu depan kena start dah
DeleteAssalammualaikum....alamslegacy,
ReplyDeleteInsaallah , nak buat puasa 6 jugak... cuma belum mula lagi nie,,
mselim3