- Back to Home »
- Sultan Perak Mangkat »
- Terkini : Sultan Perak Mangkat - Al Fatihah
Posted by : Unknown
28 May 2014
Makluman terkini Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mangkat hari ini 28/5/2014
Al Fatihah
Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi.
Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta anakanda baginda termasuk Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berada di sisi ketika kemangkatan baginda.
Seluruh rakyat jelata turut bersedih dengan berita kemangkatan baginda yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir.
Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung manakala bendera Negeri Perak selama tempoh perkabungan selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tempoh perkabungan tujuh hari.
Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar esok.
sumber BH