Posted by : Unknown 01 April 2011

Salam blogger semua.
Baru-baru nie, saya berkesempatan menonton filem terhebat dekad ini Hikayat Merong Mahawangsa. Sudah agak lama saya tidak menonton filem di pawagam lebih kurang 8 bulan kerana faktor-faktor yang tak dapat dielakkan (dah ada anak kecik kena la jadi ayah mithali). Kali terakhir saya dan isteri ke pawagam ialah menonton filem Lagenda Budak Setan. (support Malay Film ok).Tahniah buat Trio KRU terutamanya buat Sutradara Yusry KRU yang mengangkat taraf filem Malaysia ke satu tahap yang amat membanggakan.
Di atas dipaparkan kutipan terkini filem Hikayat Merong Mahawangsa yang dikeluarkan Finas semalam.
Inilah hasil review dari pemerhatian saya semasa menonton dengan kusyuknya.  

-Keseluruhan penceritaan sungguh menarik dan mengujakan. Penggunaan lenggok bahasa yg indah dan adegan pertarungan yang cukup hebat menambahkan lagi selera untuk menonton sampai penghujung hikayat.  

-Kerajaan Rom inginkan puteranya mengahwini Puteri Dinasti Han dari kerajaan China bagi mengukuhkan hubungan diplomatik dan kekuasaaan mereka. Putera Rom dan Puteri China mahukan kebebasan dan mereka tidak mahu terus dikongkong namun akhirnya mereka jatuh cinta. Begitu juga percintaan Merong dengan Embok yg pada asalnya tidak menyukai Merong Mahawangsa kerana menganggap Merong sama seperti orang asing yg lain namun disunting Merong sebagai Permaisuri setelah Merong ditabal sebagai Raja pertama Langkasuka. 

-Babak semasa adegan pertarungan agak menarik dan teratur walaupun adakalanya nampak biasa. Teknik CGI yang bagus dan cemerlang . Tidak terasa pun seperti menonton filem melayu, bahkan terasa seperti menonton filem epik rekaan Hong Kong ataupun Hollywood yang berbajet besar. 

-Babak semasa Embok menghalau Merong kelihatan agak pelik dan kelakar. Begitu juga semasa kemunculan Dato Rahm Razali yang kelihatan seperti kembar kepada Gandalf The Gray. 

-Memandangkan filem ini diedarkan ke 72 buah negara, penggunaan dua jenis bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris berserta terjemahannya memang sangat dialu-alukan. Bahkan ianya mudah difahami. 

-Penggunaan cermin Archimedes sebagai senjata macam tak masuk akal. 

-Pemakaian costume dan lokasi pengambaran yang amat bersesuaian dan ini menambahkan lagi ke"real"an filem. 

-Lagu dan muzik yang dimainkan sepanjang perjalanan hikayat epik ini sangat menarik dan sedap didengar hasil gabungan cemerlang pengarah muzik Edry KRU dan Orkestra Filharmonik Petronas. 

-Kekurangan yang ada tidak langsung menjejaskan mood penonton atau mencacatkan perjalanan filem epik ini. Sutradara Yusri KRU telah berjaya menjadi pengarah hebat yang berjaya. 

Tahniah KRU.  
Saya beri  8.5/10 bintang.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -