Posted by : Unknown 27 May 2011

Photobucket
Cunkan Siti Saleha nie.....hu3
Para pelakon yang membintangi drama ini adalah pelakon terkenal Aaron Aziz, Siti Saleha dan beberapa barisan pelakon yang lain. Sekarang dah masuk kepada fasa selepas Nora dan Seth Tan berkahwin. Saksikan di TV3 Isnin - Khamis  jam 7.00 - 8.00 mlm (buat kaum muslimin sekalian jangan lupa break sat utk solat Maghrib)

nora elena
Sinopsis Drama Nora Elena
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

{ 1 comments... read them below or add one }

  1. setakat ni memang best. tak nak tinggal tenguk tiap episod. Novel KYS dah baca lama dulu. Ada sikit perubahan dalam drama, mungkin sebab nak kurangkan watak.

    ReplyDelete

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -