Posted by : Unknown 30 May 2011


Kejohanan Piala Sudirman 2011 / Sudirman Cup telah pun sampai ke kemuncaknya, perlawanan akhir yang melibatkan pasukan tuan rumah China dan lawannya dari eropah Denmark baru sahaja selesai.

Pasukan
China memonopoli setiap perlawanan dalam peringkat akhir tadi apabila menang kesemua perlawanan. Mereka menewaskan Denmark dengan mata 3-0. Tiga perlawanan pertama dimenangi oleh China dan mengesahkan mereka sebagai juara. 2 perlawanan belakang iaitu perseorangan wanita dan beregu wanita tidak perlu dilangsungkan lagi.

3 perlawanan awal yang telah menjadikan China sebagai Juara adalah beregu campuran, perseorangan lelaki dan beregu lelaki. Nama peserta dan keputusan perlawanan tersebut adalah seperti bawah ni.


[klik untuk besarkan]
 Dengan ini, kuasa besar badminton itu sekali lagi telah menguasai kejohanan berprestij dan tidak kurang hebatnya itu. China merangkul kejuaraan tersebut untuk kali yang ke-8 secara keseluruhannya. Untuk rekod, kejohanan berpasukan itu disertai 32 negara dari seluruh dunia untuk 2011 ini.

Sumber : www.phycrewz.com
bila la pasukan badminton Malaysia akan kembali menjadi Juara....i'm waiting

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -