Posted by : Salam Yahya 24 May 2011

Kereta yang terpantas di dunia iaitu Bugatti Veyron ini dikatakan milik Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim yang telah tiba di Malaysia baru-baru ini. Difahamkan Bugatti Veyron milik Baginda Sultan Ibrahim akan menjadi kenderaan yang pertama berada di Malaysia setakat ini. Terdapat spekulasi mengatakan sudah ada 2 orang individu yang memiliki Bugatti Veyron di Malaysia tetapi tiada yang dapat mengesahkan kesahihan berita tersebut.

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Bugatti Veyron yang anda perlu tahu (beli tak mampu buat apa nak amik tahu ye tak):
1. Satu liter minyak yang di isi untuk Bugatti hanya boleh bertahan sejauh 3.2 kilometer sahaja.
2. Sistem brake yang digunakan untuk kereta Bugatti mampu bertahan untuk suhu setinggi 1800°C.
3. Tenaga yang digunakan bagi menjalankan enjin Bugatti mampu menghasilkan tenaga haba untuk 10 buah rumah ketika musim salji.
4. Bugatti Veyron menggunakan tayar Michelin PAX yang tidak dijumpai bagi mana-mana kenderaan. Sebuah tayar adalah 14.5 inci lebar iaitu 2 kali ganda tayar biasa. Tayar yang ingin ditukar harus di import dari Perancis dengan kos sehingga USD70,000.
5. Sebuah tangki minyak Bugatti mengambil masa sehingga 8 hari untuk disiapkan.
6. Kelajuan Bugatti mampu mencecah 100km/j dalam masa 3 saat dan 300km/j dalam masa kurang 14 saat.
7. Bugatti Veyron dapat berhenti pada kelajuan 400km/j dalam masa kurang dari 10 saat sahaja.
8. Pada kelajuan 400km/j di atas jalan raya, tayar Bugatti Veyron hanya mampu bertahan selama 15 minit sahaja.
9. Difahamkan harga bagi sebuah kenderaan yang dihasilkan di Perancis ini mencecah RM4 juta sebelum cukai. Jika termasuk cukai, harga terus melambung ke RM12 juta. Berminat?
10. Kuasa maksimum enjin Bugatti ialah bersamaan dengan 1100 BHP iaitu menyamai 10 enjin Campro CPS.
11. Sebuah enjin Bugatti mempunyai 16 silinder iaitu menyamai 4 buah enjin kereta biasa.
12. Bugatti Veyron mempunyai 7 gear sama seperti kereta Formula 1.
13. Berat kosong Bugatti ialah kira-kira 1.9 tan iaitu hampir sama dengan berat 2 buah kereta MyVi aku.
14. Pada kelajuan 400km/j ke atas, Bugatti menggunakan lebih kurang 1.2 liter petrol.
15. Pada kelajuan 400 km/j juga, jumlah udara yang disedut oleh enjin Bugatti membolehkan manusia normal bernafas selama 4 hari.

{ 5 comments... read them below or Comment }

  1. apa yg nabi saw akan kata jika nabi saw nampak benda ni berlaku? rakyat miskin terus miskin kan?

    ReplyDelete
  2. mahal nye.. xmmpu aku kalo nk pkai kete camni.. bek aku beli bnglo kalau ade duit 14 juta tu.. Then bawak mak ayah aku gi mekah.. dari semata2 nk beli kereta camni.. :)

    ReplyDelete
  3. nk bawak kt jalan mne kt malaysia ni sampai 400km/j???

    ReplyDelete

Tourist

Google+ Followers

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -