Posted by : Unknown 30 May 2011



Berikut adalah guidance ataupun panduan nak langsaikan hutang :
1) Senaraikan Hutang, Pendapatan dan Perbelanjaan – Bila kita senaraikan semua hutang, pendapatan dan perbelanjaan bulanan, kita akan dapat kenal pasti hutang mana yg paling tidak baik dan perlu diselesaikan terlebih dahulu. Dengan menyenaraikan perbelanjaan bulanan kita boleh kenal pasti perbelanjaan mana yg boleh dikurangkan. Dengan mengetahui sumber pendapatan kita boleh tahu berapa banyak yg lebih untuk kita selesaikan hutang tidak baik tu

2) Jangan Tambah Hutang – Memang boleh berhutang untuk selesaikan hutang(seperti overdraft, refinance property utk dapat cash atau another personal loan), tapi amatlah tinggi risiko kalau tak ada orang asing yg monitor, mendisiplin dan guide all the way. Untuk mereka yg sedia bermasalah, memang tidak perlu menambah lagi hutang, kelak jadi semakin berserabut.
hutang

3) Selesaikan hutang yang paling tinggi interest – Tak perlu tambah hutang jadi kita selesaikan hutang yang paling tinggi interest. Ranking pertama interest tinggi selain ALONG adalah  kad kredit, jadi kad kredit la kene selesaikan dulu, kalau ada 3,s elesaikan 3 dahulu baru proceed ke hutang lain.  Kemudian baru proceed untuk personal loan pulak yg mana kadar interestnya tidak setinggi kad kredit tapi masih lagi dikira tinggi. Harus diingatkan yg hutang lain kene serve jugak, bukan semua duit settlekan kad kredit tapi loan lain tak bayar
Pernah dengar Pay Yourself First? Yang bermaksud kita set aside our income untuk simpanan dan pelaburan, selebihnya barulah utk perbelanjaan. Untuk mereka yg ada masalah hutang, menyelesaikan hutang tak baik adalah perbuatan ‘pay yourself first’, ini kerana perbuatan ni akan selamatkan diri penghutang dari situasi hutang yg lebih teruk seperti muflis

4) Step by Step, Month by Month – Nak berhutang kadang2 dalam 24 jam dah boleh ada cash dekat tangan. Kalau hutang pakai kad kredit lagi cepat, leret atau ‘swipe’ jer. Part nak membayar adalah sebaliknya. Untuk mereka yg nak langsaikan hutang tidak baik, dengan situasi kewangan, memanglah perlu dilakukan satu per satu, dari bulan ke bulan. Kalau ada kenaikan gaji, bonus atau dividen dalam simpanan/pelaburan, boleh salurkan untuk selesaikan hutang  tidak baik secepat mungkin. Sabar dan disiplin agar tak guna kenaikan gaji, bonus atau dividen utk tujuan lain. Alternative lain ialah dengan cara menambah pendapatan melalui part time, tak kiralah berniaga kerongsang, tudung, burger atau blogging, yg pasti kita boleh segera keluar dari lubang hutang yg membelanggu itu. Macam contoh diatas, kalau bergantung dgn kerja harian dan budget yg betul sahaja, rasanya perlu sabar dan disiplin selama 2 tahun barulah boleh selesai (hutang x baik)

Hutang tidak baik (bad debt) perlu dilupuskan terlebih dahulu. Kelak hutang tak selesai, kaya confirm tak tercapai. Biarlah one step at a time. Bila dah berjaya keluar dari lubang hutang, barulah bina semula asas kewangan yang kukuh. Jangan risau kalau perlu tangguh setahun atau dua keinginan untuk menjadi kaya kerana hendak melangsaikan hutang tidak baik. Kalau kesihatan mengizinkan, memang boleh tercapai satu hari nanti. Ingat, Colonel Sanders memulakan empayar KFC pada umurnya 66 tahun
Pada saya mencegah lebih mudah dari mengubati. Utk itu seawal mula bekerja kita sudah perlu utk merancang wang kita.Semoga panduan ini dapat memberikan kita sedikit ruang untuk cuba melangsaikan hutang-hutang di sekeliling kita dengan berhemah.


ps : jangan lupa hutang kita dengan Allah wajib ditunaikan.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Tourist

Followers

Tabung Khairat

Popular Post

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -