- Back to Home »
- Amazing , Archetecture »
- "The Ark" Hotel Terapung Berasaskan Bahtera Nabi Nuh
Posted by : Unknown
27 June 2011
Bahtera Nabi Nuh baru kini dibangunkan oleh para arkitek Rusia. Kali ini, bahteranya berbentuk dan bercirikan hotel yang dinamakan "Ark Hotel". Bahtera yang bercirikan hotel ini, dalam konsep yang ditayangkan pada Isnin (10/1/2011), dibina untuk mengatasi bencana banjir akibat kenaikan pemukaan air laut.
Ketika bencana banjir terjadi, hotel ini boleh terapung di air laut sehingga mampu menyelamatkan manusia yang berada didalamnya. Dalam keadaan tersebut, hotel yang direka berbentuk kulit kerang ini juga masih mampu membekalkan tenaga kepada penghuninya kerana dibahagian dalamnya ditanam pokok yang kehijauan.
Selain mengatasi banjir, hotel ini juga dikatakan tahan gempa. Para arkitek yang merekabentuknya mengatakan, rangka dan design hotel mampu menyeimbangkankan berat secara merata sehingga mampu menjamin penduduk dari bencana gempa bumi yang mungkin terjadi.
Hotel ini juga memiliki panel suria dan penampung air hujan yang akan memberikan tenaga dan air secara semulajadi. Bahagian dalam hotel dilengkapi dengan tumbuhan hijau yang selain memberikan kualiti udara yang baik juga mampu menjadi sumber bahan alternatif.
Rekaan luar hotel dibuat dari bahan yang transparent untuk memastikan cahaya mencukupi. Kontrol penyebaran cahaya dilakukan dengan adanya filter di bahagian dalam ruangan. Sementara, sebuah lapisan khusus juga digunakan untuk memastikan kualiti cahaya yang masuk ruangan adalah mencukupi.
Hotel ini akan dibina oleh firma arkitektur Remistudio Rusia dan International Union of Architect. Alexander Remizow dari Remistudio mengatakan, "Hotel ini dibina sebagai cabaran yang ada saat ini. Dibina untuk menyokong sistem kehidupan yang independen."
Cabaran yang dimaksud antaranya adalah keperluan keselamatan dan perlindungan dari kesan perubahan iklim serta keadaan alam sekitar yang extreme. Selain itu juga akan menjadi penyelesai keperluan perlindungan dari aktiviti manusia yang merosakkan.
Untuk membina sistem kehidupan yang independen, Remistudio mengatakan, "Semua tanaman telah dipilih berdasarkan kesesuaian, efisiensi dalam mengatur pencahayaan dan kemampuan dalam memproduksi oksigen. Atap yang transparan mebuat tanaman mampu mendapatkan cahaya yang cukup."
ps: terbaca di akhbar Kosmo dan rasa amat menarik untuk dikongsikan dgn semua.