Posted by : Unknown 12 April 2013


Minggu lepas saya dan wife berkesempatan untuk menonton filem sekuel kedua G.I Joe iaitu  G.I Joe – Retaliation. Bagi yang telah menonton sekuel pertama pastinya takkan lepaskan peluang untuk menonton sambungannya pada kali ini.For me amat berbaloi menonton filem ini dengan kesan khas dan efek dari teknik CGI mereka yang sangat real dan berkesan. Saya menonton filem ini dalam format biasa sahaja sudah cukup berbaloi, dapat couple seat lagi, sangat selesa.
 
Satu yang saya puji ialah tiada langsung adegan 18SX dalam cerita ini. Very clean dan keseluruhan filem ini penuh dengan aksi yang mendebarkan.

Berikut review filem ini yang diulas oleh portal OhBulan.

MULA TAYANGAN: 28 Mar 2013
GENRE:Action / Adventure
PENGARAH:Jon M. Chu
PELAKON:D. J. Cotrona, Byung-hun Lee, Adrianne Palicki, Ray Park, Jonathan Pryce, RZA, Ray Stevenson, Channing Tatum, with Bruce Willis and Dwayne Johnson
ULASAN: Ohbulan

Sebelum ini, anggota GI Joe telah terbabit dalam konflik menyelamatkan dunia dari pengganas Cobra yang menggunakan senjata nanotech yang berbahaya. Kali ini pula, kumpulan askar elit yang telah dilatih ini terpaksa mengharungi kejadian yang tidak pernah mereka sangka akan berlaku. Seluruh pasukan GI Joe diserang hendap disebuah gurun dan menyebabkan ketua mereka iaitu Duke (Channing Tatum) dan semua anggota yang lain mati dibunuh.

Serangan ini telah diarahkan oleh Zartan (Jonathan Pryce) yang telah menculik dan kemudian menyamar sebagai presiden Amerika. Akibat dari kejadian ini, hanya beberapa anggota GI Joe sahaja yang terselamat iaitu Roadblock (Dwayne Johnson), Lady Jaye (Adrianne Palicki), Flint (D.J. Cotrona), dan juga Snake Eyes (Ray Park).

Hanya tinggal mereka berempat yang merupakan anggota asal GI Joe, Roadblock kemudian dilantik sebagai ketua baru dan merancang untuk menuntut bela atas kematian ahli pasukannya. Dibantu oleh General Joseph Colton (Bruce Willis), seorang pegawai atasan yang telah bersara, mereka dibekalkan dengan pelbagai senjata dan juga maklumat sulit.

Dalam pada itu, Storm Shadow (Byung-Hun Lee) yang sebelum ini berjaya melarikan diri telah dihantar oleh Zartan untuk pergi membebaskan Commander Cobra yang telah dikurung di sebuah penjara sulit. Dengan bantuan seorang lagi penjahat iaitu Firefly (Ray Stevenson), Commander Cobra berjaya meloloskan diri walaupun telah ditahan dengan ketat.

Klimaks cerita ini ialah apabila Zartan telah meminta semua pemimpin negara yang mempunyai senjata nuklear, menghadiri sidang kemuncak kuasa nuklear yang diadakan di Amerika Syarikat.


Zartan yang telah menyamar sebagai presiden Amerika ini kemudian telah mengugut kesemua pemimpin negara yang hadir dan mengaktifkan senjata nuklear Amerika dihadapan mereka dan terus mengarahkan senjata itu ditujukan ke negara pemimpin yang hadir. Tindakan ini mengejutkan mereka semua dan tanpa berfikir panjang, kesemua pemimpin negara tersebut turut mengaktifkan senjata nuklear mereka dan mengarahkan ke Amerika pula.

Dalam waktu genting itu, kesemua mereka bertelagah dan secara tiba-tiba Zartan telah menyahaktif peluru berpandu yang dihantar dan ia terus meletup di atmosfera. Sekali lagi, tindakan mengejutkan ini telah menyebabkan pemimpin negara lain keliru dan terpinga-pinga. Akhirnya, mereka terpaksa mengikut langkah yang sama.

Tujuan Zartan melancarkan senjata nuklear ini ialah supaya semua negara yang mempunyai senjata nuklear menggunakan senjata mereka pada waktu yang sama. Ia demi memberi laluan pada Commander Cobra untuk berkuasa tanpa ancaman dengan senjata berteknologi tinggi ciptaan mereka yang dinamakan Zeus.


Anggota GI Joe yang terselamat mengetahui rancangan Cobra untuk menguasai dunia. Mereka kemudian merancang strategi lebih awal dan dibantu oleh Jeneral Colton, Roadblock bersama yang lain telah menyerang hendap sidang kemuncak nuklear tersebut.

Namun ketika mereka sampai, senjata Zeus sudah diaktifkan ke beberapa lokasi dan kesannya, ia mampu membunuh semua populasi manusia di bumi. Dalam ketegangan ini, pertempuran dan perebutan berlaku diantara GI Joe dan Cobra. Sebuah beg bimbit yang mempunyai akses kepada senjata Zeus menjadi penentu hidup dan mati penduduk dunia.


Namun, yang menjadi persoalannya ialah, sempatkah GI Joe menyahaktif senjata Zeus tersebut? Mampukah mereka menyelamatkan dunia atau akan ada lagi kah sambungan kepada franchis filem GI Joe lagi selepas ini?

Nota Penulis
Filem ini tidak lagi berkisarkan tentang Duke dan juga konfliknya bersama isteri seperti filem sebelum ini. Hampir kesemua watak asal dalam “GI Joe : Rise Of The Cobra” telah dimatikan dan diganti dengan watak baru iaitu Roadblock, Lady Jaye, Flint, Jinx dan juga Jeneral Colton.

Walaupun begitu, pengarah berjaya membawa watak baru dengan seimbang dan secara jujur, saya masih merasa kewujudan Duke yang telah pun mati diawal filem ini.

Memang tidak dijangka, gandingan Dwayne Johnson dan Bruce Willis memberikan satu kelainan kerana kedua mereka memang diketahui umum, selalu berlakon dalam filem-filem aksi yang ganas. Lihat sajalah pada filem “Die Hard” dan juga filem-filem lakonan Dwayne yang lain, anda pasti takkan lupa adegan-adegan ‘nyaris mati’ mereka.

Apa yang lebih menarik ialah, Storm Shadow yang sebelum ini dipihak Cobra akhirnya telah sedar bahawa dia telah ditipu dan dimanipulasi oleh Zartan. Dia kemudian membantu pasukan GI Joe menewaskan Cobra bersama Snake Eyes. Boleh tak anda bayangkan kedua-dua ninja ini bergabung dan mempamerkan aksi mereka menewaskan musuh?
GI Joe Retaliation-20

Tak perlu saya nafikan, teknologi CGI di Hollywood sangatlah berbeza dari kita. Setakat adegan letupan dan memusnahkan segala objek didalam filem, itu sudah menjadi perkara biasa. Susah hendak digambarkan, anda saksikanlah sendiri dalam filem itu nanti.

Kesimpulannya, filem “GI Joe : Retaliation” adalah sebuah filem wajib tonton bagi anda yang menantikan filem aksi pada tahun ini. Jujur kata, tiada istilah rugi membeli tiket wayang selepas selesai menonton filem ini!

{ 6 comments... read them below or Comment }

  1. citer nie pun diorang buat propaganda.... pasal babak nak letupkan peluru nuklear tu... siap ada wakil korea utara tu.... hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui2....tapi mcm semua takut dengan amerika masa lancarkan nuklear tu...

      Delete
  2. Replies
    1. kalau dah layan yg 1st dulu mesti takkan lepas tgk yg 2nd nye

      Delete

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -