- Back to Home »
- Ibu , Islamic , Tips/Nasihat »
- Perihal Kematian dan Kenduri Arwah
Posted by : Unknown
04 November 2011
Assalamualaikum rakan semua......
Hari ini cukup empat minggu Ibu pergi meniggalkan kami sekeluarga.....atau lebih tepat 29 hari selepas kematian Ibu. Ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir pada subuh Jumaat 7 Oktober 2011. Lihat entry terdahulu. Memang sukar untuk kita percaya Ibu atau orang terdekat atau orang paling kita sayang pergi menghadap Ilahi. Tapi itulah realitinya dimana yang hidup itu pasti menemui mati dan sesungguhnya mati itu adalah pasti. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
“Tiap-tiap yang bernyawa akan pasti merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu” (Surah Ali Imran: 185)
Pada kebiasaannya, apabila ada kematian, majlis tahlil atau kenduri arwah akan diadakan oleh keluarga orang yang telah meninggal dunia. Keluarga tersebut menjemput orang-orang hadir yang terdiri daripada keluarga, sanak saudara dan sahabat handai ke rumah si mati bagi membacakan ayat-ayat Al-Qur‘an seperti surah Yasin, bertahlil dan sebagainya untuk dihadiahkan pahalanya kepada si mati. Selepas acara tersebut semua tetamu yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan oleh tuan rumah. Apakah amalan sedemikian sesuai dengan kehendak hukum syarak?
Kenduri Arwah
Sebagaimana yang kita ketahui, agama Islam sangat menggalakkan berbuat kebajikan seperti bersedakah, memberi makan dengan mengundang orang ke rumah dengan tujuan silaturahim, membaca ayat-ayat Al-Qur‘an dan berdoa beramai-ramai memohon rahmat bagi si mati dan sebagainya. Hal ini dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam firmanNya :
“ Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu , tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya”. (Surah Al-Muzzammil: 20)
Jelasnya, mengadakan kenduri arwah dan membuat jamuan itu jika tujuannya untuk membalas budi baik kepada orang dan jiran kepada si mati serta menghubungkan silaturahim tidaklah menjadi kesalahan dalam agama.
Yang lebih elok dan sunat pula, apabila kaum kerabat dan jiran menghantar makanan kepada ahli si mati sebagai tanda simpati untuk meringankan beban mereka kerana ahli si mati ketika itu dalam keadaan sibuk menguruskan perkara-perkara si mati. Inilah yang sebenarnya wajar dilakukan oleh orang Islam dalam usaha meringankan bebanan keluarga si mati dan di antara cara menghiburkan mereka.
Inilah juga perkara yang disuruh oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika sampai kepada Baginda berita kematian Ja‘afar bin Abi Talib, Baginda bersabda :
“Buatkanlah makanan oleh kamu untuk ahli keluarga Ja‘afar yang telah meninggal, (kerana) telah datang kepada mereka perkara yang membuat mereka sibuk (disebabkan ditimpa kematian itu)”. (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Saat kedatangan ajal maut itu wajib sentiasa dalam ingatan supaya setiap orang akan siap sedia dengan amalan yang membawanya ke syurga. Kenduri arwah atau seumpamanya selepas kematian seseorang itu hanyalah satu usaha daripada orang-orang yang hidup. Namun usahanya sendiri di samping rahmat Allah penentu kepada nasib sebenarnya.
Semoga Allah mencucuri RahmatNya ke atas roh Ibundaku dan juga muslimin muslimat yang telah pergi menghadap Pencipta Nya.....Al Fatihah
kat negara kita nie keluarga si mati plak kena wat kenduri@makan-makan untuk orang..kenduri 3 hari ah 7 hari ah..tak ke membebankan keluarga si mati..
ReplyDeletebetul tu ummi....sepatutnya jiran2 atau sedara mara yg bantu....tapi alhamdulillah dah ada sedikit kesedaran dlm masyrakat kita...
ReplyDeletebetul apa yang di beritahu tu, kita hanya pinjaman sementara sahaja didunia ini, dan semua makhluk Allah akan merasa detik itu..Apa2 pun takziah tuk fammily ummi dan Al-Fatihah untuk Allahyarham Ibu umi.Semoga rohnya di tempat golongan orang2 yang beriman.
ReplyDeletekhairiz....actually Ibu saya yang meninggal tu...
ReplyDeleteHanya 3 bekalan utk dibawa kesana.. Semoga "doa dari anak-anak yg soleh" sentiasa dgn arwah ibu anda... Buatla banyak kebajikan dan kebaikan dan sedekahkan kpd arwah ibu . Takziah..wallahualam
ReplyDeletethanks Qaseeh....insyaallah saya takkan lupa utk utk berdoa utk arwah ibu...
ReplyDeletesalam takziah dr sis. telah tiba janji Allah. sis juga telah kehilangan ibu kandung 6 thn dahulu n ayah angkat 3 thn dahulu (sis tgal dgn keluarga angkat). hanya doa mengiringi yg telah pergi
ReplyDeletethanks sis ninazahar....takziah juga buat ibu sis...bila kita sayangkan sesorang....Allah sebenarnya lebih menyayanginya...
ReplyDelete